Tuesday, May 22, 2007

join forum dan etika

Aku suka join satu forum ni.
Banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsi bersama terutama tentang penyusuan susu ibu dan ibu bekerja.
Tapi sejak akhir-akhir ini aku mula kurang berminat hendak membacanya. Aku hanya 'menyampuk' topik-topik yang aku rasa aku patut menyampuk sahaja.
Dipersetujui dan pihak webmaster pun pernah mengingatkan para forumer agar tidak menjadikan ruangan forum itu ruangan meniaga..malahan dulu pernah diperdebatkan. Tak bestlah kan..tempat kita share ilmu pengetahuan dijadikan medan meniaga pula..Pihak webmaster juga bermurah hati sediakan ruangan pengiklanan, tapi aku pelik tak ramai plak yang nak buat iklan secara yang dibenarkan.

Lately kat forum tu..bagi aku....
ada peniagaan/pengkilanan kat forum tentang lampin pakai buang. Bagus kalau nak share info tapi aku lagi suka kalau diiklankan diruang sepatutnya.Malahan pihak pengiklan ada website tersendiri alangkah moleknya kalau diiklankan dengan izin webmaster.Mungkin juga ramai yang tidak menyedari yang webmaster juga ada online shopping link...Lepas tu tadi ada aku terbaca ada yang buat iklan pad herba...
Tak salah aku webmaster pernah tegur agar tidak diiklankan barangan yang webmaster ada jual.
Dengan adanya mende2 yang macam ni membuatkan aku tawar hati nak join seaktif dulu....

Aku hanya baca yang mana aku suka..yang aku rasa'tak relevan' aku ignore.

Lagi satu
kalau kat forum online ni memang perkara biasalah tak sependapat....
Namun ada juga yang tak boleh terima hakikat ada antara pendapatnya yang tidak patut dikongsi dengan orang lain.
Ada beri pendapat then ada orang lain ramai2 kata tak betul, mula nak melenting.....Terutama kalau bab petua orang2 tua..hahahaaaaa
Lawak je rasa....

7 comments:

Rizza said...

fid... ya betull
aku pun dah tawar hati....

Anonymous said...

mula2 dulu teruja gak nengok thread lampin tu kengkonon cam adala cara nak menjimatkan budget... tapi tah apsal lama2 nak masuk thread tu pun cam malas...

dari awal dah pernah rasa perasaan tak baper best dlm forum tu.. tapi demi ilmu ku teruskan jua... tapi post pada thread yg berkaitan jerla... tu pun kdg2 rasa tak best sbb off topik je selalu tp persoalan kenkadang tak berjawab... yerla sapala kita, bukannya org kenal sgt dlm tu huhu...

Fid said...

nonie
kiter pun bkn kenal semua hahahaaa
tapi kalau ada ilmu yg relevan kita nak juga..tp kalau dah 'kacau' bisnes org kiter rasa bersalah laaaaa...

rizza..
seperti yg kita selalu bincang laaa

NeroEcha said...

Same le fid...tu psl saya pun dah malas nak masuk forum tu lg..sangat jarang masuk pun skrg..bercerita entahapeapentah

Fid said...

korang pun ada 'rasa' mcm aku rasa rupanya

Anonymous said...

fid aku pun rasa apa yg ko rasa...
dah tak tau nak baca apa...

Anonymous said...

helo lovebaby

saya ni member dalam SI. Then saya tahu yg lovebaby ni member lama dalam SI tu.

saya pun dh boring nak baca forum SI pasal ramai sangat yg nak meniaga. niaga lampin le, cupcakes le, buku ciplak le, kereta pun ada...

rasanya ble tak lovebaby tolong tegur member2 yg buat aktiviti menjual ni. saya nk tegur, tp saya ni baru lagi salam SI tu pun.

anyway, tq

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search