Friday, October 31, 2008

berbaktilah-ADA UPDATE!081101


Pada suatu hari
Aku search about hukum hakam bagai.

Sekali aku sampai kat satu website abour Q&A-tanggungjawap anak

Ada satu soalan tentang
‘Adakah menjadi tanggungjawap seorang anak perempuan untuk menjaga ibu bapanya?’

Jawapannya:
Ya. Selagi dia anak ibu dan bapanya
Tanggungjawab menjaga ibubapa adalah tanggungjawab bersama anak lelaki dan perempuan.
Jika anak perempuan itu sudah bersuami, suaminya perlu memikul tugasan itu atau benarkan isteri berbakti kepada ibubapa kandungnya.
-pilih suami yang baik..banyak harta pun jika jiwa kacau tiada maknanya-

Apakah yang aku ingin sampaikan
Berbaktilah kepada orang tuamu.

UPDATE
Dari website Muis(majlis ugama islam s'pore)


soalan: Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua?

Jawapan:Tanggung jawab menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua adalah tanggung jawab semua anak, tidak kira lelaki dan perempuan. Tiada ada perbezaan dalam tanggung jawab tersebut. Hanya jika anak perempuan itu sudah bersuami, maka izin suami perlu ada sebelum anak perempuan itu menjaga ibu bapanya. Namun, si anak perempuan itu tidak boleh berselindung di sebalik suami untuk tidak menjaga ibu bapanya yang sudah tua. Dia mesti yakinkan suaminya bahawa menjadi kewajipannya untuk menjaga orang tuanya, dan jika si suami tidak izinkan maka dosanya akan kembali kepada suami.
Walau bagaimanapun si anak perempuan itu berhak untuk menyumbang wangnya kepada orang tuanya walaupun tidak diizinkan suami kerana itu adalah wangnya dan bukan wang suaminya.


Soalan

Adakah wajib seorang isteri memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya yang tidak lagi bekerja walaupun dilarang oleh suaminya?

Jawapan
Kewajipan menjaga dan menampung kehidupan ibu bapa yang sudah tua adalah kewajipan yang dikongsi bersama kesemua anak-anak, lelaki dan perempuan. Mereka perlu berbincang akan cara perkongsian yang sesuai untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka. Mereka perlu sedar bahawa keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.
Apabila seorang suami melarang isterinya dari memberi nafkah kepada ibu bapa isteri tersebut, dosanya berpindah dari isteri kepada suami. Oleh itu, para suami tidak wajar melarang isteri mereka dari menziarahi dan membantu sekadar mampu ibu bapa mereka.


UPDATE LAGI-sebenarnya sebelum aku publish entry ni aku dah tulis bab bawah ni bab aku tak jadi..sebab itu syeh tak mari...

Bab mertua-menantu
Saya ingin menyentuh bab menantu yang asyik nak menag dalam erti kata lain...mengawal suami..Nak dia ja tak mau share ngan MIL dia..
Ehem...
Ini topik berat ni

But aku nak share sikit pendapat aku
Bagi aku, adalah tidak adil bila kita jadi isteri kita nak kawal suami kita(kes aku lain ya aku tak kenal pun MIL aku...Ada orang kata sedap la kau....sedap le nak ngater orang yang ade prob ngan MIL...IDAKKKKKKK)

Pendapat aku

Berapa tahun kita kenal suami kita?
Dan berapa tahun suami kita kenal mak dia???
Got the point????

Kalau korang 'termenikah' dengan suami yang memang 'ibuku ratu hatiku'(sepatutnya la)
korang jangan melatah.
Itu memang hakikatnya
Terima saja la

Bayangkan 25 tahun dia berkasih sayang dengan mak dia tiba2 kita nak ragut cinta depa..bayangkan ada org lain ragut cinta kita yang baru 10-11 tahun..bayangkan.....

Sebagai pencinta yang setia adakah anda akan rilex?Buat tak tahu
Itu juga yang berlaku jika bila kawin sahaja anda nak suami anda 'pilih' anda 24 jam 365 hari..
Dan bayangkan jika itu yang menantu anda lakukan...

Dan begitu juga if suami/isteri kita lebihkan family dia ....
Just think positif...

Kita baru hadir 10 tahun dalam hidupnya tapi mereka sudah 20 tahun sebati dengan jiwanya...

Aku mula2 dulu pun ala2 aku la 'ratu hatinya' juga...tapi bila dah ada anak ni aku mula nak jadi 'ratuhati' anak aku...(walaupun aku kata aku akan prepare myself to be a very supporting mom and MIL in the world..yet aku tetap sangsi dengan kemampuan aku!)
Kalau dua2 anggap aku ratuhati depa memang tak cukup besar negeri selangor negeri sarawak aku tadah...

Terlalu selfish jika kita nak semuanya..
isn't?

Betul MIL/FIL juga perlu fikirkan kedudukan menantu
Bukan semua MIL/FIL kita ada ilmu secukupnya...
Namun.....Macam kata one of my aunties...Berapa lama sangat kita akan hidup..If bukan dia yang pergi dulu..kita yang pergi....so selagi masih ada nyawa dikandung badan....Berbuat baiklah dengan ibubapa/mertuamu

Dan aku pernah ingat aku pernah kata
"kalau laki aku tak mau ikut cakap aku sia2 dia kawen dgn aku.."
Yes...aku nak dia ikut kehendak aku..jika kehendak aku itu betul jika songsang dan alpa haruslah dia betulkan...

Menjadi suami bukan sekadar memandikan isteri dengan intan permata....Membimbingnya terus maju ke Jannah!Main objective!

maka itulah pandangan aku yang sudah berusia 29 tahun senja...
Besday aku 12 jan..so kalau nak bagi hadiah ka..bleh la...handbag 2nd hand pun aku terima....ehemmm...(agak2 ada orang nak sedekah ke???)





faster internet connection

Apasal aku punya internet connection hari ini sangat minima?

Tension pun ada.

Dah la hari ni aku kena masuk lab..ohh ohhh....

Thursday, October 30, 2008

search button

Kalau korang perasan bawah ticker usia anak aku BF tu aku ada letak 2 google custom search button

1. search@yuitsumuni
2. cari@susuibu.com
(jadi email address la plak cehhh)

Tujuan, 1. untuk para pembaca aku cari info dari blog aku hahhaa
tujuan, 2 sebab ramai sangat claim susah nak search kat susu ibu.com so aku tolong cari jalan la

Aku dah sms mama moderator dan usulkan
Aku takleh nak letak le sendiri2 kat 'rumah' orang.


Untuk no. 2 tu aku try memang mudah aku jumpa tajuk dibincangkan dgn keyword aku letak...

pakat2lah try...

sekian...

pesanan khidmat masyarakat dari saya yang baik hati!.

pot pet pot pet cik gedebi 3

ambil kamus dia then start bertanya

mummy ...wot dis?
motorcycle
moto-syikel?
yes...
Bukan...bukan moto-syikel....moto
ye la motor tu motorcycle la...
Bukannnnn

Erk...

Mummy...wot is mai nem?
Ur name?
(angguk)
Akif Hafiy...
Bukan ACIF HAFI....
Habis tu???
Bukan ACIF HAFI...ACIF!!!!
Ye la full name akif hafiy..
Tak yah fu-nem...ACIF!
ya la ya la

mak confuseeeeeeee
tapi layan ja laaa

Wednesday, October 29, 2008

kena tahan wad

Aku pelik la awat zaman moden ni masih ada manusia yang masih 'takut' anak kena tahan kat wad...takut admitted

kalau takut admitted private hospital sbb kos mahal..ok faham..but y takut juga kalau hospital kerajaan?

kenapa sanggup cuba ubat yg ntah sahih tak sahih betul tak betul dari ditahan kat wad dan doktor/jururawat semua monitor?
Kenapa?

Contoh:Paling simple.Anak kena jaundice.
Ada yang sanggup bg anak..ubat sensei la..susu kambing la...macam2 la sebab konon akan pulihkan anak.
Sebab tak mau kena tahan kat wad.

Kalau aku kan...aku senang
Aku lagi rela dok hospital dari aku buat benda yang tak tau kesan dan sebab musabab.

Memang la kalau kena tahan spetal kena cuti bagai..Tapi itu la yang paling baik aku rasa.

Dari mencuba benda yang tak pasti

Pandangan aku ya

Pelik dengan orang yang kata depa moden..up-to-date tapi hakikatnya takuttttt nak terima kemajuan dunia perubatan dan teknologi!

30% ekuiti bumiputera

Perasan tak akhir2 ni
Isu yang tak patut dibuat isu dah makin dijadikan isu.

Aku tengok PM5 ni amatlah tak tegas langsung!

Aku salute Tun M.
Dia tetap PM terbaik aku!

Yang aku tak puas hati
PM5 ni kalau PM4 tegur sure dia akan jawap..ya ampun amat tak de respect..then how?macam mana aku nak respect dia?

petrol turun harga tapi..

Tapi barangan lain tak akan turun2 harga dah

Aku baru perasan
Kat pasar malam(takyah citer la restotren besar/mewah ya)..pasar malam dah la
Laksa sebungkus rm3!

seingat aku masa aku baru balik ke Malaysia kat shah alam ni rege laksa sebungkus baru rm1.50
lepas tu naik jadi rm1.80..rm2.50 dan sedar2 dah rm3

petrol naik rm0.78(kan) harga air kat pasar malam naik rm0.20.....

Al maklum semua makanan disebut memang masak kena curah petrol!

pot pet pot pet cik gedebi 2

Suatu malam mummynya malas nak pakaikan dia seluar kecik sebab dah dekat 12am..time nak ajak masuk tidur.
Sat lagi nak kena pakaikan diapers.
so mummy dia tak pakaikan dia seluar kecil dia yang mana dia panggil-'ende'

Mummy...ende mana?
Tak ade
Ende tak ade?
Ya..
Hah????
Kenapa?
Epesh pun habis..ende pun habis????
(mummy angguk)
Daddddddyyyyyyyyyyyyyyyyy...epesh habis...ende pong habissssssssssssssssss...acif nak pakai ape ni?
(muka susah hati....)
Mummy..ende tak de ke?
(geleng)
Cepat cuci...mana nak lipat..mana????

Dan

Mummy..masak ape tu?
masak nasi
Nasi ape?
Nasi putih
Nasi putih tu ape?
nasi is rice..rice is gohan
nasi rice gohan tu ape?
Nasi la
Ya la nasi ape?
Nasi untuk dimakan
siapa makan?
kita semua
kita tu sape?
akif ..mummy ..daddy
Ni acif?
Ya..
Ni mummy?
Yaaa...
Daddy???
Ada kat dalam bilik...
Buat ape dalam bilik?
Buat kerja
Kerja apa?
Kerja office...
Ni rumah!!!!

Mummy dan daddy rajin so kitaorang pun cuci la basikal2 dia
sekali dia bangun tidur tengok basikal2 dia basah..Blom sempat lap

Nape syikel basah?
mummy ngan daddy cuci
Nape cuci?
Kotor
Nape kotor?
Banyak habuk...
Habuk mane?
Dah buang.
Mummy!Daddy! syikel acif..acif cuci!(basikal saya biar saya cuci sapa suruh korang cuci????-sambil jegil2 mata)
Takuttttttttttttt

Macam burung murai tau!

Itu belom bab saintifik lagi tuh
sampai aku kena minta 'hold' sat sebab nak search cari info....

Bota kanan ke kiri?

Ape?(Sila baca dalam loghat orang Bota,Perak...Loghat bota adalah antara loghat yang popular di Perak Darul Ridzuan)

Sejak sabtu lepas anak aku ni bercakap ala2 orang Bota(kanan ke kiri aku dah lupa-tapi loghat hok popular tu)

Aku doklah pikir punya pikir
Kat mana le dia belajo.

So kesempatan berada sepetang di taska aku gunakan untuk mengenali kawan2nya la..
Kahkahkah

Nazo ga toketa!
Dia 'dapat' loghat Bota dari kawan dia budak kecik 2 tahun, Hana.
Hana ni pendiam budaknya.Dia hanya bercakap/bersembang dengan kawan2 terpilih sahaja.(gedebi is favorite friend la)
Nasib baik la aku dolu2 bersahabat juga ngan orang Bota...

Kihkihkih

Update on birthday event cik gedebi


Dengan Kawan-Adam


Dengan kawan-kawan-yang baju merah belakang sekali tu best friend gedebi(Bob)


Ultraman 'Akif'


Ultraman ni ramai yang teringin nak makan


Cake yang ditempah khas dari planet mana ntah laaaa....

Majlis bermula jam 430pm bertempat di taska dia.
Sampai saja ke taska dia nangis tak nak turun kereta sebab dia ingat kami nak hantar dia petang2 ke taska
apa kes daaa...
puas pujuk baru OK

Bermula dengan nak tiup lilin..sekali dia tiup lilin tak padam..bantai nangis waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
so take 2...tiup sama2 ngan daddy...berjaya!!!!
(anak aku ni kalau ada ibubapanya dia memang kememe sikit tau!)

potong kek..
makan kek...

Bersurai
Majlis kanak2 bergembira sahaja.
Pakat nak makan ultraman!
Semua peminat ultraman.

Monday, October 27, 2008

burger malaysia

Alkisah satu cerita
aku buat burger malaysia
Anak aku seperti biasa.
Akan menolong

"biar acif buat"
"Biar acif tolong"

Seperti biasa juga aku sediakan sebiji bowl ngan tepung untuk dia uli

mummy..bila bleh makan?
Nanti..esok...
Alaaaaa...

Sementara aku nak biarkan doh naik bagai aku buat kerja lain.Sekali aku tengok ada orang mengunyah2.

Dia kunyah doh dia uli!
Jenuh aku pujuk suruh luahkan.

Jenuh berkumur la plak

"acif ingat dah masak!"

Anak bertuah!

wanita, haid dan antara hukum....

Entry ni sama content macam kat fidsweetstory.blogspot.com
Cuma aku nak menambah serba sikit hahaha

Bolehkah wanita yang dalam haid masuk ke dalam masjid?


Wanita yang haid tidak dibenarkan masuk dalam masjid kecuali untuk lalu sahaja atau untuk ambil barang sahaja, tanpa berada lama dalam masjid.

-->Ni ustazah aku sekolah Quran Tajwid dah bagi tau masa aku belom akil baligh lagi. Tapi orang2 tua kampung aku memang 100% kata takleh jejak.Ishhh


Bolehkah seorang wanita menunaikan solat jika terdapat tanda-tanda berwarna coklat?

Wanita tidak perlu menunaikan solat semasa dalam keadaan haid atau nifas. Tanda-tanda berwarna coklat semasa hamil bukanlah haid atau nifas. Maka, wanita tersebut mestilah melakukan solat.

-->Ni soalan kekadang orang yang dah 20 tahun berpengalaman ngan haid pun akan tanya juga

Bolehkah wanita menggunting rambut dan mengetip kuku pada malam hari atau dalam keadaan haid?

Tidak ada nas Al-Quran atau hadith yang mengatakan bahawa salah bagi wanita yang dalam haid untuk memotong rambut dan kukunya. Orang Islam dibenarkan untuk memotong kuku dan rambutnya pada bila-bila masa, siang dan malam.

--> Orang2 tua akan kata tak boleh

Adakah rambut dan kuku yang dipotong semasa haid perlu dibasuh sekali semasa mandi hadas (ghusl) atau adakah ia harus ditanam?

Memotong rambut dan kuku dibenarkan bagi wanita yang dalam keadaan haid. Tiada hukum yang bertentangan dengan perkara ini. Juga tiada hukum yang mengatakan bahawa apabila dia mandi hadas, harus membasuh sekali rambut dan kuku yang dipotong itu. Selain dari itu, adalah sunnah untuk menanam anggota-anggota badan yang terpisah dari badan seperti rambut, kuku dan uri. Akan tetapi, jika menanam itu sesuatu ynag menyusahkan, maka tidak mengapa jika ia dibuang dengan cara lain.

Bolehkah para wanita menziarahi kubur?

Menziarahi kubur boleh mengingatkan kita akan kematian dan hari akhirat. Malahan, anjuran tersebut telah disebutkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadisnya. Anjuran tersebut umum bagi lelaki dan wanita.

Oleh itu, tiada salah bagi wanita untuk menziarahi kubur jika ia dapat mencapai objektif tersebut selagimana wanita itu dapat menjaga adab dan etika sewaktu di tanah perkuburan.

Bolehkah wanita dalam haid menziarahi kubur?

Umat Islam digalakkan menziarahi kubur kerana ia mengingatkan kita kepada kematian dan mendoakan kepada umat Islam yang telah meninggalkan kita. Ini termasuk lelaki dan wanita. Tiada ada nas Al-Quran atau Hadith yang melarang wanita yang kedatangan haid dari menziarahi kubur. Namun, wanita yang menziarahi kubur sebaiknya tidak datang berseorangan kerana ia adalah tempat yang sunyi. Juga wanita yang menziarahi kubur harus mengawal emosinya agar menjaga tertib dan adab.

--> bab ke kubur ni pun.Orang2 tua akan kata tak bleh.

p/s:orang2 tua merujuk kepada orang tua kampung aku.
Banyaknya fahaman songsang depa peturunkan ke anak cucu

so friends....apa orang2 tua kata tu kata..kaji selidik la dulu jangan menonong ikut..fikir2kanlah ya

UPDATE
Komen dari
***********************************************************************
Mommy Lyna said...ni dari ustaz/ustazah/segala cikgu cikgi saya plak. hehe. suka2 je nk share:

1. pompuan haid BOLEH MASUK masjid & BOLEH DUDUK di dalamnya selagi tidak ada khuatir akan mengotorkan masjid tu dgn darah haidnya. zaman skg dah ada pad wings lagi membolehkan darah2 tu tak bocor menitik2.

statement ni dinyatakan oleh ustaz di UTP dulu, sebab ramai Muslimah masa ada ceramah taknak datang atas alasan haid.

& terdapat khilaf dalam hal ni yg mana ulama2 syafie, ahmad, hambali & malik berpendapat bahwa wanita tidak bole duduk dalam masjid berdasarkan hadis Rasululllah bahwa org junub tdk bole mendekati masjid tp terdapat ulama2 yg membolehkan, berdasarkan peristiwa di satu Haji Widak yg mana Rasulullah membenarkan Aisyah melakukan semua perkara yg dilakukan jemaah haji kecuali tawaf & solat. & ulama2 bersepakat bahwa duduk di masjid termasuk dlm perkara2 yg dilakukan oleh jemaah walaupun tdk utk solat.

2. tanda2 coklat, sekalipun darah yg kuar di luar kitar haid, atau darah yg kuar semasa labor (sblm baby lahir) adalah bukan darah haid & diwajibkan solat.

3. ketip kuku, potong bulu adalah perkara2 fitrah dalam hidup manusia, xkire haid ke apa ke kene potong utk jaga kebersihan.

tak bole ketip kuku malam sbb zaman dulu xde lampu cam skg, & xde safety clipper. kang terpotong benda lain plak, naya kang. hehe.

4. orang tua kata kat kubur banyak hantu, org pompuan & budak2 tak bole pegi nanti kene rasuk. ekekeke.

dari pe yg saya belaja:

1. org pompuan salu xleh kontrol emosi. bila ikut sekali g kubur, takut melalak2 jadi histeria (sbb sedih sgt, bukan sbb kene rasuk), pitam ke (susahkan org plak nak ngangkat dia) dsb.
2. budak2 pegi kubur buat ape... bukan tahu amik pengajaran pon..(merujuk pada budak2 tak aqil baligh macam baby & budak2 yg hanya tahu maaaaain je 24jam) ziarah kubur kan utk orang2 hidup mengingat mati & akhirat.

mungkin larangan2 tu dari zaman turun temurun, bukan berdasarkan hukum agama. (ada yg betulnya tp 'sebab'nye tu tak relevan). tp orang2 tua skg still pegang benda2 tradisi tu meskipun orang2 skg dah bijak2 & belajar agama. hehe.

jualan gudang-SALE!

Kalau tak salah aku
kat stadium melawati ada jualan gudang kan?

Aku memula plan nak le gi 'tengok' tapi
bila kulihat cara kereta dipakir sahaja telah mematikan segala keinginan hahahaa

selamat!

Kepada yang shopping
Happy shopping!!!

Tukang jahit

Dear friends,

To those in Johor.
(Negeri lain pun OK)

Kalau nak cari tukang jahit yang Insya Allah bleh tahan juga hasil kerjanya.
Bleh hubungi aku.
email ke apa ke la ...
Adik aku dok kat Johor.Kluang ke mana ntah Hahahahahaaa
dia menjahit(poli JB graduated)

So far aku tengok bagus juga la
Ada cousin aku kahwin tempah baju ngan dia bagai juga
Dia kerja ngan butik but..kalau nak murah bleh direct kontek dia..kihkihkih....
Part time maaaa

Mesin jahit kat rumah.Bukan dia gi jahit kat tempat kerja
kat tempat kerja jahitkan ikut arahan boss..kat rumah yang side income la.
so.

so kalau berminat hubungi saya nnt saya bg no.tel adik saya ya...

p/s:kalau nak tempah baju untuk ibu2 menyusu pun OK! sebab aku dah 'ajar' dia..kihkihkih
Untuk gaun princess besday anak pompuan pun OK!-Ni cousin2 kemetot aku selalu nyuruhnya...

Gadis hangat!

Oh my my my...
Tajuk dia atas aku quote dari satu sms aku dapat

Ntah mana depa dapat no henpon aku.
Spamming le ni.

Ada plak tu on gadis hangat!
Daptkan gambar2 hangat gadis2 cantik.
Astagfirullah hal a'zim!

apa dah jadi ni????

pot pet pot pet cik gedebi

Jika anda adalah anak yang dibesarkan oleh pasangan ibubapa yang bekerja anda bayangkan..
Ibu anda tak gi kerja hari ni

Aku dulu mak aku menoreh getah.
Kalau hujan tak gi menoreh
mak aku kata kalau tak menoreh tak da duit la tapi aku ta kisah sebab aku suka mak aku cuti!

Tapi anak aku lain
selalunya mummy dia cuti ke kerja ka duit tetap masuk sama..tu bezanya

Anak aku tengah happy sangat2 sebab mummy dia cuti
Mummy dia kata
mummy dia akan jaga dia...suap dia makan..dan paling penting dia bleh nenen bila dia nak
takyah tunggu petang atau malam
Gembirakan

Jujur perasaan itu

So disini beberapa soalan/perbualan dengan budak happy

mummy nak epesh(diapers)
Tak boleh
Nak juga
Tak boleh budak besar takyah pakai diapers.Lagi pun dah habis.
dadddyyyyyyyyyyyyyyy..jom beli epesh
Nanti malam kita beli
Kenapa kena malam?
Siang panas
Panas?
Ya
Naik kereta panas?

Erkkk...
Kami memang tak bagi dia diapers kecuali bila dia nak tidur malam tapi kekadang mamat ni ada angin malas gi toilet so dia nak statik dan buat segala aktiviti.
kenalah kelentong sikit.

Mummy nak epesh..
dah habis.
alaaaaa
tak yah diapersla dah besarkan
nak
kalau pakai diapers no more nenen nenen...
kalau nak nenen?
nak nenen no diapers
nak diapers no nenen.
acif nak nenen.Daddyyyy tak yah beli epesh!

kami kelentong dia yang kami beli diapers tiap2 hari sekeping ja buat pakai tido..Hahahahahahahaa

Dan ada satu hari tu dia nak juga pakai diapers so aku tak bagi dia nenen...dia akur..tak nenen seharian sebab nak pakai diapers!
moral:Budak kecik ni patuh pada janji yang termetrai.
hahahaa

mummy
ape(kenapa) malam ada epesh
daddy beli
ape(kenapa) beli malam?
Balik kerja beli la
ini ari cuti..beli epesh?
Nanti malam kita pergi beli...
ape(kenapa) sikalang(sekarang) tak beli?
Kita rehat kat rumah sekarang
oooooooo

tak abis2 sekarang bab diapers...

mummy nak kek hepi be-day to u acif
nanti kita buat
nanti tu bila?
kejap lagi la
kejap lagi tu bila?
kejap la
bila?
jom laaaa....gi keluarkan butter...

kelam kabut dia gi cari bahan2 kek

Dan pihak pengasuh dia pun bercerita
ini budak kecik banyak tanya tau

suatu hari dia bangun tidur dah time minum petang
menu taska hari tu keledek goreng

kakak ape ni?
keledek
keledek tu ape?
keledek ni ubi
ubi ni ape?
ubi ni makanan
makanan ni apa?
makanan untuk makan
ape(kenapa) makan?
makan untuk besar dan kenyang
ape(kenapa) kenyang?
sebab perut penuh..
ape(kenapa) acif makan acif kenyang?????

Derang kata kekadang tak larat nak jawap
Tapi aku minta jasa baik derang tolong jawapkan juga...
else tukar la topik lain...

Pada pandangan aku
soalan2 bdak kecik ni kita kena layan bagi menjadikan mereka insan yang senantiasa berfikir hatta perkara2 kecil sekali pun.
Think think think

Sunday, October 26, 2008

Agensi peminjam wang berlesen

Agensi peminjam wang berlesen..ke pemberi pinjam wang berlesen?

Tumbuh gah bagaikan tiada siapa perduli!

Kenapa?
Kerana ramai yang meminta!

Aku meronda2 seksyen 18 Shah Alam
Ya Allah banyaknya!
Ada satu block kedai sampai 3!
Dari iklan tertulis, boleh pinjam dari rm300-rm300k!
Bayangkan berapa bunganya kalau pinjam 300k...Mahu akan kena bayar balik berjuta2 ringgit..kalau juta2 rupiah ok la

Pihak berwajib manakah yang control benda ni?
Memang depa berlesen tapi......(faham2 la)
Lesen untuk pinjamkan duit tapi...tak de lesen untuk lanyak orang, bunuh orang!

Rakyat Malaysia pun kenapalah mudah terpedaya sangat?

Nasihat aku..
Janganlah pinjam duit dari Ahlong....
Kalau dari Along ok(tak kisah la Along mana..Along lain lebih ramai...Along mamihafiy ke..along umihassan ka..along cik yan...kahkahkahkah...)

Saturday, October 25, 2008

plan

Aku kan cuti sempena deepavali selama 5 hari.Ni company calendar memang cuti.

So aku plan nak buat sambutan kelahiran gedebi yang ke-3(lewat sebulan laa) kat taska dia..Nak buat 17 sept hari tu kan puasa.

Aku tak de nak buat besar-besaran pun haha
sekadar nak bagi gedebi tiup cake ja. potong cake settle.

menu pun. Cake coklat (tempah laa)
carbonara spagetty
goreng nugget sikit
air

itu aja.
Nak buat time tea time taska dia.

Ada la goodies simple sikit.

Cik gedebi amat teruja entah hari tu nanti mood Ok ke idak blom tau.
Aku nak buat on 28 Oct 2008.

itulah plan aku coti ni.

Friday, October 24, 2008

hai hai

salam
saya agak sibuk akhir2 ini
saya juga kurang sihat
saya juga makin gemuk! hahahaaaaaa

saya berasa sangat penat!Saya rasa macam saya ingin pulang ke rumah dan duduk diam-diam.

saya akan bercuti 25- 29 Oct.

saya akan berada di rumah saya sahaja hahahaaaaaaaaa

To Rizza
Za, aku tak dan nak YM la ngan ko la ni sibuk benau.
Ada apa2 nak 'dibincangkan'..ko emaillah ke aku hahahahaaaaaaaa


to Kanda anamiraa ku yang tersayang
awat aku takleh masuk blog hang??
apa dosa aku diperlakukan sebegini?????
hakhakhak
sekian

Thursday, October 23, 2008

busy gamaknya

Aku predicted (ada ka guna gini?)
aku busy hari ni ngan esok

saja nak kepoh

hari selasa hari aku MC tu malam tu aku pi mkn kat Ani sp Utara section 7...
Jumpa Roza(tuan kedai la)

Kenai siapa Roza?
Ala kalau kat SI nick Zahra(budak comel dah anak dara u!)

Dok gi berkali2 tak pernah terserempak hehee....
Apa2 pun Thanks Roza!

Kak Non smileyku yang tersayang aka mama arina cute(arina yg cute naaa)kahkahkahkah
Roza pesan(kira pesan la kan?) singgah2 le kedai!

To kawan2...Kalau nak gathering....Bleh wat kat Ani Sup Utara section 7(Roza, sekali dikau offer 100 kaliku kepoh..ampun ampun)

sekian...I nak masuk lab!

Wednesday, October 22, 2008

FB and friendster

Salam

Aku kerja hari ini.
Ya ampun banyaknya kerja!

Tekak sakit lagi..Uhuks...

Aku nak cerita
Aku nikan ada facebook(FB) ada friendster(yang ni semedang aku lupa password)
so maknanya aku jarang login la hahaaa

FB plak...Aku tak retinya nak guna!
1. Malas explore
2. Malas baca
3. Rasa baca blogs lagi best..
Pendek kata MALAS la

Tapi semalam aku tryla godek2 sat..Almaklumlah ada 'little helper' tolong on lappy..tolong connect network..so mummy guna ja la...
Lepas dia buat semua tu dia gi menonton cerita kegemaran dia la..(apa2 ja la)

Tentang FB and friendster ni..
Haruskah aku aktif????
Kalaulah aku aktif mak aii banyaknya aktiviti!
Mana dan!Kerja banyak ni!
Kahkahkahkah


p/s: sesiapa nak add aku ke FB depa sila la

FB orang bagi email ka apa???
Kalau email..crafidah at gmail dot com

Untuk friendster.
Aku sebenarnya dah totally lost la.
.hahahaaaa
kalau nak tukar password at mana erk?email bleh tukar ke yang lain????

update!!!!

Aku dah reti tukar password and email kat friendster hahahaaa
Buta buta buta sungguh...blind!
Celik dah....hahahaaaaa

so
email den
sama macam kat FB di atas..
PLUSSSS
crafidah

Tuesday, October 21, 2008

darusa ni maketa

Aku MC hari ni
Tak larat gila
tekak sakit
badan lemah
semalam aku redah hujan dari lab-opis.
Kalau tak redah tak dan nak hantaq sample ke Japan..so redah
basah kuyup.
Payung tak de
tula
sapa suruh tak buat jalan berbumbung?
melepek tadi...Cik gedebi selsema
Ni baru bangun! hahahahaa

Monday, October 20, 2008

His favorite collection



Cik gedebi sekarang tengah buat koleksi buku2 little einsteins

kenduri-open house

semalam...Aku dok juga tunggu tunggu lakiku untuk pi open house(3-in-1 party Pn Erna)
tapi tunggu bulan laaaaaaa
tunggu bulan jatuh ke riba
Takat ni aku pi 1 open house ja..sabtu minggu sudah2 nun tu pun sebab malam..lps Isyak!

weekend akan datang ada 2 jemputan kenduri..25&26
Aku plan nak pi tapi aku tak tau 1/2 aku tu nak pi ke idak...
1 kenduri tu kenduri kawin kawan gedebi
korang jgn terperanjat..kawan anak aku dah nak kawin!

Kahkahkah

sebab apa aku kata kawan gedebi?
sebab memang gedebi kawan ngan dia
aku dijemput pun sebab dia nak jemput gedebi!

siapakah dia..
'kawan gedebi' ni sebenarnya pengasuh taska berhampiran.Dia ni suka gi mengusik cik gedebi kat taska cik gedebi
Gedebikan selalu balik lambat so..Bila kanak2 taska dia balik dia melepak ke taska gedebi so 'berkawan' la ngan gedebi...

sekian







aku bertunang!

Aku dah bertunang! Tahun 2004 akhir januari!
Tarikh tak ingat

Apa aku nak cerita?

Akukan kes bertunang ni kalau aku ingat aku sure akan komplen kat suamiku
sebab apa?

sebab.....
Akukan tak pernah bertunang...
Ikut adat melayu kampung aku..Kalau bertunang tu takat termetrai satu perjanjian..tukar2 hantaran..tukar2 cincin...bincang bila nak kawin bincang bab mas kawin..wang hantaran..tu ja..hahahaaaa

Adalah buat kenduri bertunang tapi kecil-kecilan ja

Sekaliiii..masa aku bertunang...
Ada plak terselit 'cara bertunang keluarga mami'!
Hahahahaaaa
Ada ka patut depa suap aku GULA!
Kalau honey ka..halwa kundur ka aci la.. ni GULA.....
Itulah kes yang aku cukup tak suka ketika bertunang
Hahahaaa

Kalau nak juga bagi GULA...bagi la gula melaka ka...gula perang ka....ni gula pasir...but nasib baik juga gula pasir..kalau GULA BATU???
jenuh aku nak 'pepak'!

GULA ni pihak lelaki yang bawa....
Ishh bawalah honey!Ish ish...
bila kutanya lakiku dia kata..dia pun tak tau..Al maklum tak pernah bertunang..betoi juga..manalah dia tau!

Then barang hantaran pun...keluarga mami punya 'bahan2 hantaran' ngan orang melayu kampung aku punya fahaman berbeza..nasib laa..Aku dah kawin pun!

Saturday, October 18, 2008

Poll

salam
aku ada menggatal created poll..so sila la...

kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih

Friday, October 17, 2008

Blog Ilmiah

Hahahaa
aku tengah dok pk macam mana nak jadikan blog aku ni berguna untuk bangsa dan nusa

Asyik2 kes tak puas hati hahahaaa

fikir fikir....

kalau korang perasan
yuitsumuni ngan fidsweetstory memang penggunaan bahasa berlainan..aci la kan?

DUIT SEGERA

Pernahkah anda bayangkan tiba-tiba anda mendapat RM1,000,000?

Anda ingin mencuba?

Sertai saya...
BERANGAN!

Apa dengan angan-angan kosong boleh dapat sejuta?
Wow!
BOLEH BELAH LAAAA

Sampai ke hari ini aku masih tak tercapai akal nak fikir kenapa orang boleh terima dan percaya jadi kaya wang ringgit tanpa usaha.... duduk melahu dapat duit...

DUIT...WANG..memang senjata utama la....

Rambang mata

penonton2 kekasihku seru malam tadi

Kan si Dahlia tu dia sanggup terima Waris semata-mata kerana harta benda....Susah payah mak dia(Mas Juita) menolak semua tu.Ish ish ish....

So terjawap dah la asal usul si Marisa tu....

-Fid deshita!-




Thursday, October 16, 2008

darui

semalam
Lepas aku suapkan cik gedebi makan..tetiba rasa darui sangat2..(darui tu rasa ala2 nak demam..baik korang guna word ni..mudah dan tepat)

rasa loya...rasa sakit kepala..terus aku baring....zzzzzzzzzzzzzz.....(p/s:aku tak preggy sebab aku tengah menses)

Bangun pagi Alhamdulillah OK...tapi aku call boss aku dulu bagi tau...'may be lambat 10 minutes'
but aku lambat 2 minutes aja..oklahkan...

Hahahaaaa

azam baru...walau busy nak juga update blog hahahaaa...

sweetstory aku pun ada update...sila la....
(yang ni aku type kat wordpad semalam time menanti aku punya test result kat lab....)

sekian, terima kasih

Wednesday, October 15, 2008

kerja?

Suamiku asyik bagi reason kerja banyak..busy..kerja banyak busy...Asal aku call aja tengah meeting..discussion dan sebagainya.

Lepas april abang free sebab account closing...lepas bln XXX abang akan free sebab 2nd quater dah habis..yada yada yada..yang mana aku dengar tapi tak pernah percaya..Hahahaaaa

Baru punya ayat..."sejak lepas raya ni banyak betul kerja...bla bla bla"

Dan aku dapat satu 'idea'....

so aku replied"OK..Abang next year raya abang kerja hari raya la..so that no different lepas raya ke sebelum raya sebab tak ada cuti..kerja ya raya tahun depan..jimat...takyah balik kampung..tak yah beli baju raya...kerja ya...."

baikkan aku?

Aku bagi dia pi kerja..hatta raya lepas pun..aku bagi..aku dah cakap kalau nak gi kerja pergi laaa....Dia ja yang tak mau....

Tapi..Ehem....Aku minta dia minta dari boss dia bonus 4 bulan gaji..paling cikai pun 3 bulan....Ada depa nak bagi????Bukan banyak pun gaji laki aku..kalau takat 4 bulan gaji tu.....haaa....
ada nak bagi???ada???

so lakiku..baik kaudengar nasihat isterimu....kerja berpada2 laa..jangan sampai anak bini suruh pi kerja tak bagi balik! Hahahaaaaaaa

Haaa...yang paling aku hangin..ayat gini.

"Patutnya malam ni abang gi Spain!"

"Patutnya esok abang gi London"

%^&**(&^%$ tau!
Marah ni!
Ingat london..spain tu 3 kaki 4 ela ka???

Kalau takat s'pore aku angguk la juga short notice 5 jam b4 berlepas..ni london ngan spain...sendiri mau ingat la...
silap hari kalu..ko gi Spain aku lari dari rumah! Hahahaaaa

apa moral post ini?
Moral:Buat kerja berpada-pada...Lebihkan anak isteri anda sebab anak isteri ni boleh bantu anda kat 'sana' nanti....Kalau kerja....anda kat 'sana ' nanti....depa bleh tolong????(aci?)


apa moral kisah ni?

demam?

Salam
Anakku demam malam tadiPetang semalam dilaporkan dia muntah.Malam tadi pukul 12am gitu aku perasan badan dia panas.Aku kejutkan hubby... sekali anak aku muntah!


so kami bagi dia ubat...jerlum dia...dah tak panas sambung tidur..

Tadi pagi..bagi ubat lagi....bekalkan ubat juga

pukul 10am tadi aku call..anak aku OK...

Aku baru call.1220pm....Dia OK...Harap2 OKlah sampai bila2....

Malam tadi juga..dia gatal telinga suruh aku cuci telinga dia...aku pun cuci la...memang le kotor benar!..sekali tengah aku masukkan cotton bud dia pi pusing plak..apa lagi..meraung laaaaaaaaAdussssssssss....

And he keeps saying he's a baby
maknanya..tiada baby dibenarkan masuk ke rumah..baby orang lain OK sebab baby tu akan balik...baby yang kekal dalam rumah hanya dia sahaja...aci???

Sunday, October 12, 2008

sibuk menyibuk

sungguh sibuk aku sekarang ni.mungkin akan berlarutan sampai aku dapat kerja lain hahahaha

sampaikan aku tak dak masa nak menyibuk kat blog kawan2...rasa sepi duniaku tanpa gurau senda kawan alam blog/forum /mayaku hahahhaa

sabtu depan pun aku kerja
penatnyaaaaaaaaaaaaaaa...aku kalau kerja 6 hari seminggu aku memang semput...
kalau sabtu halfday ok la ni idak...sampai ke petang...

Friday, October 10, 2008

Jebak

aku...
Aku berpendapat bahasa inggeris(BI) adalah satu bahasa yang penting tetapi bahasa malaysia/melayu(BM) juga tetap penting

Masa anak aku masih kat dalam rahim..aku bercadang nanti dia lahir aku tak nak ajar BM..Nak ajar BI dan BJ sahaja(BJ=Bahasa Jepun)
Sungguh..konon bila ada speaking BI berabuk.hebat..power...dahsyat!

Tapi bila anak aku lahir..persepsi aku berubah.
Aku ajar anak aku 3 bahasa....

aku nak bebel hari ini adalah tentang mengajar anak BI sahaja dengan mengabaikan BM dengan alasan nanti masuk sekolah pepandailah dia belajar..

kalau anak tu sambung sekolah english Insya Allah dengan english dia..dia akan terus maju

kalau anak tu hanya fasih BI..limgkup BM...hantar sekolah
kebangsaan...Hahahahahahaaa...Penatlah anda...
Subjek lain maybe anda akan tak kisah tapi bila datang bab BM...anda juga akan rasa nak menangis...

Kalau anda memang akan tinggal di negara yang cakap BI selamanya OK..takyah ajar anak anda BM...

Hakikatnya anak aku bahasa apa pun dia tak berapa fasih lagi..aci la baru 3 tahun (aci ka?)

Yg pelik iya iya nak suh anak speaking omputih....tak mo bagi cakap BM....kenapa BI je?Bahasa lain?

Ada yang kata tak nak anak confuse...
Budak kecik ni ajarlah 10 bahasa pun Insya Allah dia tak confuse dengan syarat yang mengajar tu guna teknik betul...

Tak salah nak ajar anak bahasa bukan bahasa ibunda kita tapi janganlah sampai ke tahap anak anda rasa BM tu bahasa tidak bermartabat...

Yaaa Aku tau BI penting...aku pun ajar anak aku BI....Tapi aku taknak la abaikan BM....

Sebenarnya bebelan aku ni berdasarkan kepada satu pengalaman aku time raya hari tu...

Aku lepak kat umah tok ngah aku pada suatu petang ketika anak dan suamiku tengah tidur petang(raya)

Aku tengok husband2 sepupu2 mak aku tengah dok siap2 nak keluar...so aku pun tanya

"pak-pak semua ni nak ke mana?"
"Pi tangkap ayam hutan" dijawap ringkas oleh sepupu mak aku yang aku panggil mak yah ..muda setahun dari aku..Tapi memandangkan org kampung aku amat mengikut adat melayu..hahhaa...panggilan kena ikut salasilah keluarga

"Ayam hutan???Kat mana????tangkap????"

"Haa..nak pi menjebak ayam..."

"hah????"

"apa hah?"

"Jebak ayam???bahasa apa tu???"

"Bahasa melayu laa.."

"loghat Baling???"

"Dak....bahasa buku.."

"Awat jebak??bukan jerat?pikat?"

"pikat tu pikat dengan bunyi-bunyi...macam lelaki mengorat perempuan...jerat...ganas sangat...."

"jebak?"

"Guna jebak laaa"


Tahukah anda (korang tau kot) Jebak adalah sejenis perangkap burung yang diperbuat daripada rotan....

Jadi..menjebak ayam adalah menangkap ayam dengan cara menggunakan jebak....

Maka bermulalah perbincangan tentang bahasa ni....

Sepupu2 mak aku tak sekolah tinggi mana pun..sorang ja grad Univ yang lain SPM...
Tapi bila kurenung-renung kutilik-tilik...vocabulary mereka dalam BM amatlah banyak berbanding aku....

Alangkah......






kisah raya yang lapok


Hari raya tahun ini merupakan sambutan raya kaki ke-4 bagi cik gedebiku...Raya kali pertama- dia baru 50 hari Raya kali kedua-1 tahun Raya kali ketiga-2 tahun
Raya-raya sebelum ini dia tak ambik kisah sangat pun...But raya kali ke-4 ni agak berbeza cara penerimaannya.


Bangun pagi pakai baju melayu bersampin(ke samping?)..Bila tetamu(read:kanak-kanak) datang dialah manusia paling sibuk...Bila ada orang bagi salam...dialah tukang jawap salam..

dah tu..masyuk..masyuk..duduk duduk...makan la..makan la...Achikkkkkkkkkkk...ayer abish..cepattttttttttt.(sampai mak cik dia marah..)

dah tu orang nak balik dia akan sibuk...duit..duit..bagi bagi..duit..duit...

Lepas tu kalau tetamu dewasa datang dia akan 'hiburkan' dengan nyanyian dia...Dia jadikan tongkat nenek dia microphone so dia akan nyanyi...lagu pilihan:
  • negaraku(atau dia panggil lagu rakyat tumpah)
  • Twinkle2 little star..
  • aspalela
  • baa baa black sheep...
  • are you sleeping
  • happy birthday

Itulah kisahnya
Malam tu dia tidur tak gerak..ponat! hahahahaaa

kisah anak teruna

Semalamdalam pukul 1044am aku called taska anakku bertanyakan tentang condition anak aku...sudah pee ke idak?Tak pee! Dari malam tau...so aku sedikit kelabah.Aku minta tolong penjaga dia agar paksa dia peePukul 1144am aku call balik...Dah pee but sangat sedikit kuantitinya.

Kufikir punya fikir....Sampai tak senang duduk

Aku call hubby minta balik awal nak jumpa doktor lagi sekali.
So balik pukul 4pm.Jumpa doktor..Doktor check ginjal dan pundi kencing dia..ginjal OK...pundi kencing plak..tak full...so tak dela nak pee...but mana pi ayaq yang dia minum???


Sambung ambil antibiotik.

Tapikan...malam tadi...Aku pakaikan dia diapers pukul 540pm semalam...malam tadi pukul 7pm+ dia bagi tau diapers dah kotor...
Bila aku buka dia pee banyak....


Pagi tadi check diapers ...dia pee sikit maybe sekali pee je...

apa2 pun asalkan dia tak sakit...

Wednesday, October 8, 2008

kesibukkan tiada bersempadan

salam kawan-kawanku

aku sibuk sangat la ni
sampai aku tak dan nak merapu! Balik rumah satu hal sibuknya....
anak aku hari2 sebiji kek oren dia bedal....
udah habis dia surh aku buat lagi
sampai dia dah ingat 'how to bake an oren cake'
Dia plak jadi 'instructor ' aku..
butter..next syuga(sugar) next helor(telur)..next...next....

Al kisah tengah aku sibuk nan amat pukul 1140am tadi...penyelia taska anak aku call...
Anak aku takleh duduk..sebab dia kata dia sakit 'bird' dia....

Udah.....
Aku dah pk macam..macam ..macam
melamine?(gila sungguh mak ni)

Aku pun cecepat call laki aku...
ambik gate pass(pass keluar kawasan kilang)...
Kami bawa pi klinik panel aja...
sekali...

"sunatkan dia...settle.."
Kami dua laki bini..ala2 mereng gitu...ternganga...

Kisahnya
itu anak akukan walau 3 tahun sudah 19kg...
itu bird sudah besar but itu kulit muncung kecik...sudah...
to solve the problem...kena sunatkan ja....

apa aku tengah pk..kalau bdak lasak tu disunatkan dia akan mengamuk tak????

kesimpulan...
I tengah sibuk survey klinik/medical center yang boleh menyunatkan anak aku dengan kos berpatutan ...
kawan2 yang ada info silalah kongsi...+++++...area shah alam sahaja...
(macam dah nampak ja spetal yang berkaitan hahhaaa)

UPDATE
Sila klik di sini ada sedikit artikel

Sunday, October 5, 2008

raya

kami bertolak balik kampung pada 30 sept jam 5pm...
Alhamdulillah tak jammed....
berhenti berbuka kat RSA Tapah..then sampai kampung pukul 11pm....

tak beraya ke mana sangat pun
penat tak habis...pukul 3pm raya 1st kami tertido hahahaaa

raya 2nd pun tak ke mana hahahahaa
opss p aloq setaq..

raya 3rd pukul 5pm bertolak balik SA...
sampai pukul 11pm...

raya 4th
lepak kat rumah
kemas rumah

aik tak happening langsung

raya tahun ni aku tak beli kuih raya..aku buat sendiri...

alahai malas plak aku...karang la aku sambung blogging hahaha

btw...gambar raya ada kat FP kami..hihihi

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search