Sunday, August 31, 2008

Kisah gedebi sambut ulang tahun kemerdekaan tanah melayu

Tahun ni sambut kat BJ.
sebab gedebi temankan mak2-pak sedara sepupu dia.
Kami tak pergi mana pun cuma pergi tengok bunga api.Dari BJ aja..kat simpang jalan bidai.Nampak la bunga api KLCC(maybe)..Shah Alam(confirmed) dan juga tudm subang....

On mummy

Ya ampun
Mummy rasa baru(?) 2 tahun tinggalkan BJ tapi BJ sudah terlalu banyak perubahan.Tak daya nak diikuti lagi

Opsss...Masa dok BJ dulu2 kami tengok bunga api new year dan 31 august dari balkoni ataupun dari back yard sahaja..Dah cukup jelas heheheheee

salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan 1429

Selamat menjalani ibadat puasa.


Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-51

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah melayu yang ke-51

Saturday, August 30, 2008

hakhakhak

Aku malam td tido umah mak cik aku

sampai pkoi 11pm gitu
lakiku balik kereja punya la lambat
Arghhhhhhh

al kisah anak aku ngamuk kat taska
kes:nak main kat luaq time maghrib.aku kat sana la menunggu lakiku

Aku bagi dua tiga das...geram seh!

Kena tangankan juga kalau idak bebal!!
tak setuju dok diam naaa

Dari pemerhatian aku..Anak ni kena juga kita tangankan.
Sebab aku tengok anak zaman moden ni kalau yg tak ditangankan ya ampun susahnya nak lentur.
maghrib2 main kat luaq..org mkn dok atas kerusi depa dok atas meja setaraf ngan juadah!
apa hal???

oHhhh ada juga anak yang tak ditangankan yang behave yang amat..
Tu mak pak dia amat bijak la...macam aku ni tak cukup pijak lagi dalam urusan menawan hati anak.

Apa yang aku dapat sejak jadi ibu ni..anak aku mudah ja nak pujuk hatta lepas kena sedas dua......
ambik pen ambik kertas...

"akif..nanni ga ii no kana?"
dia akan faham.....
"mummy lukis ultraman..turtle,....cat...lion...fish...yada yada"

so bila aku dah start lukis apa dia minta dia akan diam dan tak ngamuk lagi.
Unless ada org lain plak kacau..
OKlah kan at least ada juga 'ubat'

Tapi kalau sebelum aku tangankan aku keluarkan pen kertas bagai pun dia tak pandang.....Aiyaaa...

Alaaaaa..aku bukan bantai sampai sakit pun!
pap sikit jaaaa.....gila apa nak belasah anak..sila baca akta hak kanak2 ..kahkahkah...

sekian.....

Friday, August 29, 2008

topic?

1. Aku baru balik dari SJMC.ESP part II
Result medical check up tahun ini.
Alhamdulillah
Aku makin improve..i mean kesihatan aku...
semuanya better than last year
yang best
lemak bawah kulit pun tak bnyk..sangat minima..maka kolestrol pun minima la..
cukup kalsium untuk tulang....
Alhamdulillah..cuma yang tak improve2 hanyalah berat badan yang tak mau turun2 ni

Dan aku ngan muka pelik tanya doktor...
"abih tu yg saya bagai dipam2 ni mana dtg lemaknya doc?"
doctor sengeh ja
Banyakkan excercise...
tu ja nasihat.

2. Anak aku
Anak aku jarang benar belasah orang
Dia garang ja tapi dia tak 'tangankan' orang
Tapi ada bdak baru (cucu owner baru taska) suka benar tampar muka anak aku
Dah 3 kali aku tengok
Dan berkali2 dah anak aku mengadu kat aku
So semalam aku cakaplah kat pengasuh2nya(aku tgk depa ni tak kisah ja..tak tegur pun bdak tampar anak aku..ke sbb cucu owner?bleh buat suka hati????)

Aku tanya dulu
anak aku ni suka belasah org ka?
jawapan...TIDAK

Si XXX ni memang suka pukul orang ke?

jawapannya YA

aku cakap
kalau dah takleh nak halang dah just ajar dia jgn tampar muka boleh tak?
tampar kaki ke ok lagi la
muka ni sensitif!

pengasuh tu angguk ja

aku bkn nak berkira ngan bdak kecik
tapi bdak tu rebung lagi
kalau tak bentuk la ni tak ada harapan lagi dah...

Anak kita ni kita boleh ajar.
Yang dok jadi aneh2 tu ajar tak kena cara le tu....kalau tua32 jahat tu aku taknak komen la yg kecik2 nih...
Aku memang tak nak ajar anak aku bergaduh..
So aku cakap kat dia...
Elakkan duduk dekat XXX....
Akif tak boleh gaduh ...tak boleh babab orang sebab orang yang babab orang tu orang tak pandai.
Akif pandaikan?
Dia angguk...dan bagi komen

"orang babab tu sama la macam raksasa...jahat.."

ERkkkkkk

3. "Akif kat rumah auntie anamiraa ada 4 ultramans...Nak gi jumpa ke?"
"Tak payah! acif pung ultraman!"

Ultraman sama ultraman takleh bersidang ka?????

4. "Mummy bila hepi besday to u acif?"

Hari2 anak aku tanya...
Aku ingat weekend ni aku nak belilah sebiji kek kecil untuk dia.


5. Start esok aku cuti sampai senin tapi...mlm ni aku tido kat BJ..malam esok pun sbb aku kena tengok2kan cousins aku 10,7,3 ngan bibik depa sekali sebab mak ayah depa pi Bali...
Takleh nak ke mana lah aku..uhuks

sekian..Happy weekend..
Dah nak september dah yaaaaa





Thursday, August 28, 2008

kisah kita

Anak bertuah aku tiba2 melondeh semua pakaiannya lepas dia habiskan suapan terakhir nasi goreng yang mummy masak malam tadi.(nasi goreng pattaya tu)

Aku tercengang...
dalam hati

awat plak dah ni..ada apa2 tak kena ka...

(controllll.... jangan tanya)

tiba2 anak aku cakap..

"mummy jomlah acif nak basuh kaki tangan ngan nak $%^&*&*"

alahai perkataan 'jerman' tu apa makna..

so aku pun berpimpingan tangan dengan dia pi bilik ayaq...

"mummy basuhhh basuhh...kaki..tangan...nak #$%%^&"
"#$^^& tu apa?"

"tu tu..tuu"

"ohhh berus gigi?"

"haa tuuu"

"apa lagi?"

"tu"

"ubat gigi?"

"tuuu"
aku pun ambik ubat gigi calit sikit kat berus gigi dia....
Ubat gigi orang dewasa.keluaran HPA industries.Halal...
Taklah pedas sangat tapi memang beranginlah..

Bukan main lagi dia menggosok gigi dia...walaupun ala2 kepedasan dia pulun juga...

"mmm...dah....antik(cantik) gigi acif!Nak cuci..."

Dia keluar dari bilik air....

Dah insaf dan sampai seru ka anak aku ni untuk gosok gigi?Alhamdulillah

Yang mummy musykil
pasai pa nak gosok gigi kena buka abih baju???
Dah tu ekau buat lap air masak yg kau tumpahkan plak baju kau gara2 takut daddy sergah dia tertumpahkan air atas karpet...




Wednesday, August 27, 2008

weii help me

kawan2 tolong aku

aku ada masalah
masalah aku
walaupun aku busy aku pi menempel ke forum

tolong
i cannot tahan weiii

1. bab tukang bg nasihat tak tgk kiri kanan.
cth: anak FM berak keras..pi cadangkan kurangkan kepekatan susu.
Cet...ni mana belajaq..takkan aku nak biaq...aku tertempel juga!
Dah la bdak tu FM ko pi suruh kurangkan susu dia plak kesian la kat dia
mana nak cukup khasiat..sah2 pihak pengeluar susu dah kaji buat selidik berada keperluan seseorg budak kat usia dia tu

2. bab cadangan nak forum2 (i think thread) la macam forum2 lain kat alam maya
Juga aku sedih gila(padahal tak kacau aku pun)
sbb aku tak mau direction forum yg bnyk membantu aku tu hilang arah tuju

aku ni over ka?
busy body?

sila beri nasihat membina..

sekian...

p/s: ni aku tujukan kat sapa2 yg rasa dia kwn aku....yg rasa bkn kawan aku jgn gatai tgn mengomen naaaa

PEACE

Peace-Jadi macam jangkitan la plak..ampun...

Salam
Hari ni gue nak membebel.
Aku ni apasai suka bebel????
Ni aku punya iken/opinion/pandangan.

1. Merancang sendiri selamatkah?
Rancang keluarga la...Family planning kalu dlm bahasa londonnya.
Mm.....Susah juga aku nak kupas dan ulas(hakhakhak....)

Pandangan aku ya
Selamat tak selamat tu bergantung kepada disiplin kome laki bini la.
Kalau asal teringin ja ON teringin ja ON....Haru juga la ....
Tapi bagi yang plan nak anak setiap tahun tu OK laaaa
Opss...planning sendiri tu lagu mana?Lupa plak nak definasikan.
Planning sendiri bg aku maknanya tak ambil apa2 pil perancang ataupun suntikan la.
Maknanya guna barrier(kondom) ka kira kalendar la.
OK..faham?

Hatta ambil pil atau suntikan bagai pun DISIPLIN..SHITSUKE...itu paling penting...Apa2 pun based on disiplin..
Kalau pil...disiplin menelan pil
kalau suntikan disiplin nak ikut tarikh luput bila harus suntik lagi....

Setakat yang aku tanya gynea..(Erna..gynea kita tu la)
dia kata...Kalau implanon 99% berjaya...maknanya 1% ja kebarangkalian termengandung.
Kalau pil 70% berjaya maknanya 30% Insya Allah mengandung....
IUD juga dalam 70% berjaya
(aik aku dah macam tak ingat la percentage tu)
So sapa2 ambil pil ka IUD ka...kalau termengandung takyah la nak saman spetal ka doktor ka...sebab patutnya korang tanya dr awal apa jaminannya...
Kaji betul2 sebelum buat apa2...
Aku ni memang pi tanya A-Z..last2 sendiri2 juga..sampai bebaru ni(taklah baru 3 bln lps kot)terserempak ngan Dr.T dia tanya...'Bila nak tambah lagi"
Hakhakhak...
Kami jawap.."nanti dah ada kita jumpa ya doc.."

Btw...
**********************************************************************************************************
kaedah kalendar
kaedah kalendar sesuai digunakan utk wanita yg mempunyai kitar haid yg tetap samada 26-30 cycles atau 32-36 cycles.
dlm kaedah ini kita kena kenalpasti waktu subur kita.
cuba lihat blk kitar haid kita dlm masa 4 -6 bulan lepas.
kenalpasti kitarhaid yg terpanjang (cth 30 hari) dan kitar haid terpendek (cth 26 hari) dlm masa 4 -6 bulan tersebut.


cth:
kitar haid terpendek (26) - 14 = 12
kitar haid terpanjang (30) -10 = 20

Jadi antara hari ke 12 hingga hari ke 20 dlm kitar haid anda dikira waktu subur dan precautions kena diambil utk mengelakkan pregnancy (cth kondom atau abstinence)

kitar haid dikira bermula hari pertama haid anda pada bulan ini hinggalah hari sbl dtgnya haid bulan depan.

satu lg kaedah kalendar yg boleh diaplikasikan,

katakan kitar haid anda ialah 29-30 hari,
so ambik 29 - 14 = 15.15 ini dikira waktu ovulasi.jadi kondom atau abstinence haruslah dilakukan /guna 5 hari sblm dan 5 hari selepas hari ke 15.
ini kerana ovum boleh hidup (viable) selama 3 hari tanpa disenyawakan dan kemudian akan mati dan bersedia utk stimulate next kitar haid...dan sperma pula viable dlm rahim selama 24-36 jam.

***************************************************************************************************************
2. Laki kaki bola...
Pada pandangan aku..lelaki dengan bola memang tak boleh nak pisahkan mentelah yang memang kaki bola.Hatta anak aku yg belum cukup 3 tahun pun dah suka bola...
OK...
lelaki kaki bola bukannya terhasil dalam 1-2 hari...Lelaki kaki bola ni sebenarnya dari kecik lagi dia memang hantu bola...so syikatanai dayo!
Seharusnya dari awal perkenalan kita akan dapat spot dah kaki bola ka kaki botol(?)
ke kaki betina...semua kaki2 tu sepatutnya kita dah bleh dapat hint...unless lelaki tu memang kaki bangku!
Tapi yang kaki bangku minat bola pun ramai juga.
Jadi kalau kome termenikah ngan hantu bola apa kome nak buat?
a) kome pun jadilah hantu bola
b) lantak ke dia la
c) layannnn
d) ignore
e) galakan
f) lu pikir la sendiri

Maka apa yang aku nak kata...Kalau termenikah ngan kaki bola...redha ja la..
Alhamdulillah suamiku ulat buku! pekerja paling berdedikasi!Layaaaannnnn...Bertuah company!
Mana2 company yang established dan stabil lagi ada future yang jelas kalau cari CEO bleh la kontek laki aku! Kahkahkah...
Jamin maju jaya!

3. Panduan berforum
Ni aku tak tau la aku ni kata dulang paku serpih ka apa...
IMHO...
Etika dan panduan berforum ni sepatutnya bagi seorang manusia yang berakal dan berilmu adalah sesuatu yang amat mudah difahami.

Kalau kita masuk rumah orang kita bagi salam..
Kalau orang jepun dia sebut GOMENKUDASAI!

Kita pergi 'tempat baru' kita kena selidik dulu sebelum kita terjah (ni common sense la tapi memang la dalam buku2 teks tak ada laa)

Peribahasa melayu
"masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang harimau mengaum"(kandang harimau ada kat zoo aja....Tapi kandang kambing kat kampung aku banyak juga la....Aku dulu suka juga la kacau anak2 kambing dalam kandang dia..walaupun mak aiii busyukkkkkkkkkkk....kambingkan takut ayor!)

Baguih orang2 lama kan...berperibahasa...
Mai orang2 modern nih tak faham bahasa!

Oitt..aku kena berbahasalah kan....


4. Makanan yang boleh membanyakkan susu
Secara terus terangnya tiada jaminan!
Apa yang anda perlu lakukan
Cuba cuba cuba cuba...sampai jumpa yang sesuai dengan anda
Dan kalau cuba hari ni jarang2 sangat la esok dapat kesan...
istiqamah dan sabar....

Instead of pk apa mknn yang bleh bantu tambahkan susu tingkatkan merangsang..pam ka bg anak direct feeding ka.

Lepas tu ambiklah makanan seimbang.


5. Bulan posa susu ada ka?
Dari pengalaman aku yang tak seberapa nilah kan
Bulan posa la susu aku bertambah hahahahaaaa
Orang lain ..lainlah kesannya
think positif lah kan....

sebabnya bln posa time break aku takyah pk nak makan..aku pk nak pam ja...so layannnnnn..

btw..kita ja posa..'kilang susu' kita tak posa...

6. penat sangat bila Breastfeed anak
Memanglah penat...Tapi dah jadi ibukan...so faham2lah ya tanggungjawap.
Kalau anda mengeluh hari ini nanti dah tua2 anak mengeluh nak kisah bab anda terimalah ya.

[Pesanan untuk anakku:
Mummy halalkan setiap titis susu mummy buatmu kerana itu hakmu....harapan Mummy kauanak yang soleh yang akan membantu mummy melangkah ke syurga.]

[Pesanan aku kat ibu-ibu yang menyusukan anak:
Kalu nanti sakit ati ngan anak janganlah sampai ungkit titisan2 susu plak..halalkanlah itu tanggungjawap kita]

Panjang berjela plak membebel..tak dak manfaat plak tu..
sekian saya sudahi.....

mata kakimasu node .
kahkahkah





Tuesday, August 26, 2008

Eat healthy be healthy

Kerabu

Aku suka kerabu.
Kerabu sardin..kerabu sotong kerabu taugeh....
Apa-apa kerabu laaaa

kerabu dari myresipi.com

Ngan aku beli Majalah Rasa August pelbagai resepi kerabu

Kecur ayaq lioq weiiii

so bln posa ni kami plan nak makan kerabu pelbagai..homemade..yummy...

Petang ni aku nak wat kerabu sardin..Yihaaaaa

Satu entry khas buat anakku

Mummy target anak mummy akan baca entry ni(jika masih wujud) 25 tahun lagi.Not now..not in this few years.

Sebab dalam 25 tahun lagi anak mummy akan jadi cukup matang untuk membaca segala rapu raban mummy dalam blog ini...25 tahun Lagi Insya Allah...

Apa yang mummy nak tulis adalah tentang anak manja mummy ni....
Ini hanya 0.00000001% aja kot dari apa yang sebenar.

Mummy bersyukur kepada Allah dianugerahkan anak mummy ini.
Alhamdulillah

Mummy bangga sangat dengan anak mummy.
Mummy bangga bila ada ibu-ibu kawan anak mummy cakap..
"kan best kalau XXX macam akif..."
Bangga tau sebab depa berangan nak anak macam anak mummy.
Mereka 'admire' anak mummy.....
Mummy tak pernah berangan nak anak mummy macam anak orang lain.
Mummy memang suka apa jua anak mummy....
Akif no arinomama ga suki desu.

Mummy suprise...impress..kandou bagai bila mummy tengok anak mummy pergi tesco kat fruit's area anak mummy start memperkenalkan nama-nama fruits kepada daddy....Dan bila ada orang lain turut terpegun dengan anak mummy.
Mummy bangga...Teruskan usaha...
Gambarou ne!

Mummy angin tau bila anak mummy buat hal.Mengamuk degil dan sebagainya
Tapi Mummy tahu itu adalah perkara yang wajib bagi setiap manusia..
Kadang-kadang Mummy jerit-jerit marah anak mummy...Mummy sayang anak mummy...
Mummy ingat lagi....

"kenapa akif mengamuk?"
"Mummy scold acif"

Anak mummy kata tujuan anak mummy mengamuk sebab mummy marah...
Ohhh..noooo....
Mummy rasa bersalah sangat tau.

OK....
Point mummy

In future andai kata anak mummy sudah berkahwin..beristeri....
Didiklah isterimu dengan baik.
Pilihlah isteri yang bijak...Isteri yang soleh.
(kalau boleh isteri yang minum susuibu ketika kecil..Over kah mummy?)

Mummy akan sedaya upaya mencuba menjadi ibu yang senantiasa meredhai anaknya.
Mummy akan cuba untuk tidak berkecil hati andai kata ada apa2 yang anak mummy buat mencuit hati Mummy..Kalau boleh, anak mummy janganlah buat hati mummy tercuit sedih.
Kalau boleh laaaa....Boleh tak?

Daddy kata mummy ni over protective...
Semua nak jaga..sampai anak Mummy tak kenal selut tak kenal semut!
Hakhakhak....
Mummy pun kelakar juga bila fikir...
Apsal ya?
Seperti biasa bila anak Mummy dah besar..Kau akan faham apa yang Mummy rasa sekarang.

Sekian..Nanti banyak lagi pesana Mummy...TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Oh ibu mertuaku

Aku nak komen sikit bab ibu mertua ni
Bab mengadu bab ibu mertua kat alam maya.


Aku terpanggil untuk komen bab mengadu domba(ada ke perkataan ni)
bab Mertua di alam maya

1. Pada aku kalau mengadu ngan orang online secara personal melalui Email ka..YM ka..Gtalk ka...itu OK lagi la sebab bukan semua orang boleh access itu Email, YM, Gtalk bagai.
Tapi bila kita memperkatakan di forum yang seluruh umat manusia boleh access, pada aku ralat sikit la

Bayangkan mertua anda baca...Apa akan berlaku.

Bagi aku...Kalau suami kita mampu lantak dia la dia nak beli apa untuk mak dia...Kalau dia mampu lantaklah dia nak bina istana ka apa ka untuk parents dia...lantak!
Kalau tak mampu yang mana kita pun kena terkulat2 kerja sebab nak tolong dia...berbincanglah dengan suami anda...
Paling basic, komunikasi antara suami dan isteri mesti ada.Baru rukun rumah tangga.

Bisikkan syaitan jahanam..
Tak payah nak nafikan....kalau kita nak buat baik dia akan sedaya upaya suruh kita jahat juga...
Nafsu satu lagi....
Astagfirullah hal a'zim...

Kita isteri ni kadang kala terlalu melampau!
Kita kekadang fikirrrr kitaaaaaaaaaaaa aja...
konon kitalah paling berjasa kat suami....Sampai lupa mana datangnya lelaki itu.

Aku paling menyampah kat bini2 yang rasa depa terbagus..terlawa terbagai lagi!Tapi hampas...
Hari2 laki kena makan kat luar (ada yg kata ...'hubby i mkn kat luar pun bkn mkn kedai mamak atau gerai tepi jalan..kami gi 5-stars hotel') Whatever....
Bagi aku bini2 jenis ni too much! Serius.....Lainlah kalau laki korang kaya melana 44tahun harta makan tak habis...
Tapi bila mai tang bab laki spend duit untuk mak pak dia ..depa mula melompat tak puas hati....
BEWARE aaaaaaaa....

Untuk diri aku juga.
Kalau ada tak puas hati apa ngan mertua..ipar duai kita bincang ngan suami terlebih dahulu.
salah satu tugas isteri..menjaga hak dan maruah suami....fikir-fikirkanlah.

(ke aku pun dah tersasar?)

Bab serumah dengan PIL or ipar duai..
Sebaik2nya elakkanlah..Kalau ngan PIL ok lagi...ngan ipar duai cubalah elakkan...banyak kena consider..aurat etc kena jaga....

sekian aku membebel..
Hish!!

Bersamalah kita bangunkan ummah yang berkualiti.

UPDATE


Ada orang message ke aku kata
"u tak berada kat tempat mereka yang bermasalah ngan MIL memang u tak akan tau perasaan sebenar"

Itulah harapan aku...Aku tak nak berada di tempat mereka!

Bagi aku benda gitu tetap ada jalan untuk selesaikan.
Fikirkan yang positif la

Kalau aku ikutkan perasaan aku........


Monday, August 25, 2008

superhero

Anak aku makin minat kat segala 'superhero'
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tak abih2 dia tu Ultraman!
(anamiraa harus aku bawa dia melawat 4 beradik Ultraman kat umah hang la kalau macam ni biaq dia tau betapa ramainya Ultraman!)

Semalam tengah dia menyusu dia cakap.
"acif ultraman...mummy raksasa"(sambil tepuk2 aku...

Hah??Kalau mummy raksasa kenapa Ultraman minum susu dari raksasa...

"Acif kena nenen..ambik po-wer raksasa..Ultraman jadi kuat"

ternganga aku!

Anak bertuah

Sunday, August 24, 2008

shah alam bandar anggerik

salam
Nyah2 sekalian..
mak nak habaq..
mak kekal dok shah alam bandar anggerik sehingga....tak tau
hakhakhak.....

btw malam tadi bola kedah kalahkan selangor 3-2....
awat aku tiba2 sebut pasai bola....

sbb adik mak tipu mak!
adik aku sms..
"kak tolong bg aku rm30 ka rm50 aku tak dak duit nak mkn..."

sebagai kakak ynga mithali lagi baik ati...aku pun bank in rm100(bg org kaya 100 tak dak apa la kan....)

sekali adik aku yg sorang lg bg tau itu adik yg sudah dapat rm100 mai bkt jalil nun dr kulim kedah......

rasa nak tembak ngan senapang gajah pun ada!

hidup2 aku kena....aku ingat ka serius benau adik aku tak dak duit nak makan!

ada komen?sila

ni aku punya posting kat forum susuibu bertarikh seperti yg tertera...
************************************************************
Posted on: 2007/9/25 9:34
Rakan Istimewa
Joined: 2005/12/27
From: Shah Alam
Posts: 3985
Online
liquid milk/cow's milk-discussion open to mother with 2 yrs and above kid
Salam
It's me again..Ini kali ke-4 ke 5 ntah saya buka new topik....
Saya ingin mengajak ibu2 yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas membincangkan tentang liquid/fresh milk...

menurut info dari web pengeluar susu terkenal..cheewah...

liquid ada 3 jenis...

UHT, pasteurised and sterilised milk
copy paste
UHT is a process that uses temperatures not lower than 135‹C for at least 2 seconds to kill all bacteria in milk. The milk is then packed in an enclosed, sterilised environment. It can be kept for 10 months at room temperature if the pack is unopened.

Pasteurised milk is processed at temperatures not lower than 73‹C for at least 15 seconds, then immediately reduced to 4‹C and maintained at that temperature until consumed. It kills only the pathogenic bacteria (bacteria that make you sick). Because of this, pasteurised milk has to be kept refrigerated all the time (even if unopened) and its shelf life is short (4 weeks).

Sterilised milk is treated with a temperature of not lower than 100‹C heating for a length of time. Since it is packaged in bottles, additional treatment of the bottles is required to ensure the sterile condition of the product. As a result, the sterilised milk can be kept for 8 months (if unopened) at room temperature

All liquid milk is equally good and delivers the same nutrients that fulfil growth requirements. Your choice very much depends on circumstances such as convenience, preference in taste or storage choices that you prefer.

Dan
Fresh milk is fresh from the farm, while full cream milk is recombined milk with added ingredients for a creamier taste.

Saya masih menyusukan akif dan masih mengepam
Namun saya bercadang ingin memperkenalkan dia dgn cow's milk..(Dah start kenalkan dgn soy milk minggu ni so far ok but dia amat 'geli' dgn cow's milk..mummy juga dok hasut dolu2...)
saya bercadang nak bg dia liquid milk..
Tadi dah tanya pengasuh dia ttg kesudian mereka menguruskan liquid cow's milk bila nak kenalkan nnt dan mereka kata SUDI...(actually diaorg dah masak sgt dgn EBM so bila my son nak diberi susu lain diaorg plak susah hati..kenalah explain ebm ttp bg...liquid milk tu utk minum play2 buleh?)

masalah saya...
saya nak bg fresh flavour milk(fresh from the farm)..(plan) tp pihak taska nasihatkan beli yg kotak kecik2 sbb kotak besar cepat jd masam kalau selalu buka tutup fridge...
namun..kalau keluaran dutch lady....(sbb mummy suka susu dutch lady) kotak kecik tak de fresh flavour....ada full cream flavour dan sebagainya shj...
Apakah pendapat anda ttg full cream flavour..?
(nak beli fresh milk kotak besar tu mmg confirmlah membazir sbb dia minum play2 je)
Harap rakan2 dapatlah berkongsi ilmu dan pendapat.

saya berharap sgt thread ni berkisarkan liquid/fresh milk shj..kalau formula kalau boleh dielakkan kat thread ni...
*********************************************************************

Satu post yg tak relevan kat susuibu.com sebab post ni bab susu lembu

Hahahahahahaaaaaaaaaa

sila komen......

Friday, August 22, 2008

atari mae da yon! ..

toiu koto de....

aku nak bebel sikit bab ..soalan2 yang kita patut ke idak tanya orang yang bukan pakar.
mean kat forum2 yang pelbagai latar belakang

1. anak saya baru 44 hari selsema banyak kahak..any petua..
jawapan aku:
Bawa pi jumpa pakar kanak2..baik buat fisio ka apa ka dari ko belasah anak ko ngan petua yang ntah zaman mana datangnya.
Lagi satu...kalau susukan anak jagalah makan anda..
kalau bagi anak susu lain...sah susu tu la punya pasai ...bagilah susu ibu...

2. pil perancang atau cara merancang/family planning yang terbaik
Jawapan aku:
Melambak..pilih mana ko nak..Tapi terbaik tak terbaik itu disiplin diri...
side effect pil perancang etc boleh tanya pakcik google....Tapi kalu aku..aku jumpa gynea je terus(gynea aku bayar sendiri ya..company tak cover)
Kita boleh tanya org yg dah ambik apa kesan kat dia la tapi kita takleh anggap kesan kat dia 100% akan kena kat kita juga...guna logik akal la kan...

2 bebelan jerk hahaha

sekian..
+peace+

patriotik

Selamat menyambut bulan kemerdekaan tanah melayu yang ke-51...
Alhamdulillah.


Dan semalam....

negaraku tanah tumpah nya dalahkulakyat tido be.....

ha????rakyat tido???hidup la sayang...
ido....
Hidup!
idup....
yaaaa...Hidup...

lakyat tido besatu dan meju...lahmat bagia tuhan kurnia$%^&**&laja%^&$%^ tata

Nyah! Anak Mak dah tau nyanyi lagu negaraku!

rakyat tido pun tido laa(hakikatnya PM5 yang tido kan?)

Dan semperna bulan sambutan merdeka ni rata2 aku tengok bendera jalur gemilang dinaikkan.

Namun jika semangat patriotik hanya sekadar dengan menaikkan bendera tiada maknanya....
Tiada perubahan tiada kebaikan.
apa kata semperna bulan kemerdekaan ni kita sama2 memerdekakan lagi diri kita


Jangan buang sampah merata-rata
Jaga dan gunakan kemudahan awam sebaiknya
Hormati hak sesama jiran tetangga

Bagi aku sudah cukup patriotik jika seorang rakyat itu menjaga kebersihan dan keamanan negaranya.

Tiada gunanya 18 kibaran bendera jika cara2 nak buang sampah pun tak tau..

dalam maknanya....!
bebelanku

Wednesday, August 20, 2008

Memilih Taska

Memilih day care center

Setelah hampir 3 tahun aku tinggalkan berfiir akan perkara ini, tiba2 aku kembali perlu meneliti hal ini.

Apa yang perlu kita lakukan ketika memilih day care center/Taska


Jangan terburu-buru memilih mana2 taska.
Lakukan lawatan dan tanya apa yang sepatutnya.
Kalau Taska yang OK/berdaftar mereka akan layan kita..Kalau nak tak nak tu tak yah fikir cabut je terus.

Spend at least 1 hour untuk perhatikan sekeliling dan aktiviti depa.
Bagus pergi hari ada budak la.



Antara yang perlu kita tahu:


The child care Director's qualifications?Owner tu la kan

* Has the Director of the child care center got a bachelor's degree in child care or a child related field?
(aku tak sure sebab hari tu aku tak tanya..so lepas ni aku kena tanya)

* Has the director got at least two years experience in working in child care?
(Owner dulu 10 tahun lebih buka Taska..yang owner baru aku tak tau...ada kata dia pernah ada taska tapi gagal)

* Does the Director understand the importance of the early years in a child's life?
(yang dulu OK...yang ni gua tak tau)


The lead teacher or head of child day care center staff

* Does the lead teacher have a bachelor's degree in child care?
(Tak derk..tapi aku consider experience dia tapi dia dah tak ada...dah berhenti)

* Does the lead teacher give the appropriate toys for the child's age?

* Is the lead teacher experienced, have they worked in child care for at least 1 year?
( 8 tahun tuh..tapi....)

Is there enough child care supervision?

* Do the children receive enough supervision, ask if they are supervised while they are taking naps.

* What discipline procedures does the child care center have? For example do the children understand it? Is the discipline fair? Is it consistent?
(ni ikut anak sapa...ada anak org 'tu' tak faham...naik hangin juga aku)

What is the child care center's policy on cleanliness?

* Are older children taught to wash their hands after using the bathroom?

* Is the place where nappies are changed clean, is the bathroom clean?

* Do care givers make sure the child is never alone if being changed off the floor; do they keep a hand on them all the time?

* Do care givers clean and sanitize the changing area after every change?

How many child carers' work there?

* What is the staff to child ration, are there enough carers to ensure that each child gets the attention they need?

* What policy does the day care center have regarding unruly children or children with learning difficulties?

Are all child carers qualified in giving first aid?

* Do the carer's know how to give basic first aid?
(sat lagi petang aku nak tanya)

* How many carers' have a certificate in first aid including resuscitation techniques?

* Are all staff trained in safe sleeping policies for example, are the children on their backs without stuffed toys or pillows around them that could suffocate them?

Medication you child might need?

* Are the carer's trained in giving medication to those that need it?

* Is the medication kept in a safe place and clearly labeled with the child's name, age and address?

Play areas and play grounds

* Are the areas in which the children play safe?

* Is the outside area fenced off?

* If there is a sandbox is it cleaned everyday?

* Is the grounds inspected everyday for hazards?

Ni semua aku search kat Internet ya...kan aku kata nak apa2 tanya pak cik google.....

so....aku ada banyak homework ni.....

nanti

Nanti maybe aku akan jarang lawati blog kawan2 waktu siang...maybe malam aja kot.

then aku punya blog pun maybe update malam2 aja kot.....
(ada optionkan...send guna Email..but tengoklah dulu)

apa2 pun bergantung kepada peubahan hahahahahaa...

Tuesday, August 19, 2008

akta

Mummy tengah gila cari info
so antara yang dapat

5. Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308)
- Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman - Taman Asuhan Kanak - kanak dan bagi maksud - maksud yang berkaitan dengannya.
i- Kemudahan :-
- Akta ini memberi perlindungan kepada kanak - kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taman asuhan kanak -kanak (TASKA) semasa ibubapa mereka di tempat kerja.
- Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 10 orang kanak - kanak dibawah usia 4 tahun.
- Menentukan kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak - kanak.
ii- Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
- Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2000.00


6- Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pengangkatan.
- Akta ini memudahkan orang - orang berugama Islam atau bukan berugama Islam mendaftarkan pengangkatan anak angkat mereka tetapi pengangkatan ini tidak memberi sama taraf seperti anak kandung khasnya mengenai mewarisi harta ibubapa angkat.


7- Akta Kanak - Kanak 2001 (Akta 611)
- Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang - undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak - kanak serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara - perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
- Akta ini :-
? Mengiktiraf - Wawasan negara sebagai negara maju sepenuhnya ialah suatu negara dimana keadilan sosial dan pembangunan moral, etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan ekonomi dalam mewujudkan masyarakat yang penyayang, damai dan berperikemanusiaan.
? Mengiktiraf - Seorang kanak - kanak bukan sahaja suatu bahagian penting masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat.
? Mengakui - Seseorang kanak - kanak, tanpa kematangan dari segi fizikal, mental dan emosi memerlukan perlindugan, pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahirannya bagi memastikan kanak - kanak tersebut dapat memberikan sumbangan dalam pembentukan masyarakat madani.

detail

dan

list



Pilihan

Aku tiba2..realized that....
Apabila seorang wanita education background engineering besuamikan seorang suami berlatar belakang pendidikan Accounting.....
Adalah satu gandingan yang amat susah untuk aku definasikan hahahaaaaa

When an engineer is discussing something with an accountant...

Bla bla bla bla.....What say u?
(silent)
Excuse me....do u have any comment?
(silent)
I think bla bla bla...u?
(silent)

Helllllllllloooooooooooooo.....u ni ok ka ko ka yes ka no?
(silent)

Erk...STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.....

Apa keputusan abang?
(dia diam dan pandang aku)

STRESSSSSSSSSSSSSSS.....

So engineer naik angin..
I tak suka discuss ngan orang yang takleh buat decision ....

then accountant jawap...
I need time to think and figure out bla bla bla...

OPssss....

Aku terbawa2 cara kerja balik rumah....

Raf....we will 'cad out' this evening...what's ur decision?
(which is they want me to say YES)
so sepantas kilat...pk2.....A ok ..B ok...C ok......Z ala2 ko...tapi OK la....

so dalam 30-60 saat...jawapannya

"yes..please proceed!"

If there is any issue after this can u handle it?

"Yes...."
(walaupun tak konpident )

Carca merba...


Pilihan
Apabila diberi pilihan kenapa mesti ada kerisauan dan keraguan...
Jika tiada pilihan bukan main lagi sedih...
Sudah diberi pilihan rasa pelbagailah pula..
Mana satu ni...

Walaupun aku telah BULATkan satu keputusan aku tetap ada gusar...kenapa?????

Ya Allah permudahkanlah urusanku....

Monday, August 18, 2008

Emas pertama ..Olimpik beijing

Emas pertama terkubur sudah....

Apa2 pun tahniah to Lee Chong Wei...
Aku tengok sikit sahaja sebab aku memang tak tahan la dengar penyokong Lin Dan jerit2....Aku plak stress..ntah apa2...

Apasal ada pihak tulis 'sekadar perak'?
Tau la target nak EMAS....
Tapi OKlah ada juga PERAK dari ternganga....

Aku mudah berpuas hati?

Pada aku...ok..sebab Chong Wei bawa balik juga sesuatu dari yang bukan main berjanji tapi.....0!

Tapi bila ya Malaysia nak dapat pingat Emas ni??

Hehehehe

kes liwat

aku naik menyampah la...
bila kes liwat ni muncul
tak habis2 ngan kes nih...Dah tu akhirnya tak ada conclusion ....

1. Liwat tu memang tak buleh....berdosa..macam haiwan..tapi haiwan tak meliwat le plak...
2. wat malu jerk
3. apsal bila kes liwat melibatkan org2 tertentu bkn main lagi kepoh erk..
4. org yg bukan sangkut paut ngan politik tak de yg meliwat ke
5. org yg amalkan homosexual ni penyakit mental laaaa
6. berdosa!

Paling aku nyampah!!!

Buat lah kes lain yang relevan sikit.....

Aku dah confuse dah sapa betul sapa salah...nak kena tunggu sampai jumpa kat Padang Masyar ke ni???

Udah udah laaaaaaaaaaa

Tapikan...apsal bdak 23 tahun lelaki(andai lelaki tulin dan sejati) takleh nak lawan pak cik tua tu????
Lain le kalu anak dara 23 tahun.....
pak cik tua tu kalu lempang sedas dia tak condong ka?
terajang bg....pelik betul kalau anak jantan lembik takleh lawan....malu malu..

Pak cik tua tu pun...apa hal 'selera' lain macam benau! confuse...
benci aku!Dah tua2 nih....
Mmmm....susah betoi nak komen.....
Sapa suruh komen???

hakhakhak

asyak

Mummy...acif nak asyak...
Nak apa?
nak asyak....
asyak????
apa tu....mummy..nak asyak buwat kueh...
masak la..
tak nak..mummy jom asyak...
masak la...
mummy nak asyak..nak asyak...
(apa anak aku nak ni...pikir sat laa...oOOOOOO.....dia nak ajak mummy buat cookies lagi...)
nak buat cookies lagi?
yaaa....
Next weekend lah pula...kan dah buat semalam....
nak asyak...
next weekend la..boleh?
(tak puas hati..
Mummy jom goreng kokok(keropok)
nak makan keropok?
nak kokok..jom...
Ok jom....

menggorenglah keropok.....

Jom kita baca buku..
Tak payah la ABC....
habis tu???
Entain laaa...(little einstain)
Ohhh...OK

Yang aku nak gelak..dia ABC pun blom kenal tapi tak mau baca ABC...nak baca buku yang ayat panjang2....

kihkihkih

Sunday, August 17, 2008

35 months old

17 August 2008....Gedebi genap 2 tahun 11 bulan....
1 bulan lagi 3 tahun...
Tapi kalau tahun hijrah dia dah 3 tahun dah 13 Syaaban hari tu....

Alhamdulillah
Sempena dah nak 3 tahun ni(dah 3 tahun lah kan?)

Gedebi dah boleh 'siapkan diri sendiri'

Bermula dari tanggalkan semua pakaian sampai ke pakai semua semula.
Mandi mummy mandikan..kalau bagi dia sendiri ala2 P.Ramlee dalam citer tu la jadiknya....

dia akan mula dengan sapu losyen...minyak rambut
pakai seluar kecil/diapers(jika dia rasa perlu)..seluar..kemudian baju then bedakkan diri sendiri...Lepas tu ambik sikat hadap cermin..sikat rambut tapi bahagian belakang sahaja!

hehehehehehehe

jaga anak sendiri

Ni pendapat aku
tentang
1.lepas pantang nak tinggal anak kat kampung/kat mak/kat PIL
alasan:Anak kecik lagi tak sampai hati nak bg babysitter/nursery jaga....

Adalah naluri keibubapaan yang normal.Aku dulu pun bagai nak gila pk...
Bayangkan orang yang nak jaga anak kita tu kita tak kenal langsung...
(Hatta sampai hari ni pun aku masih separa gila kalau pk bab tinggal anak sebab pi kerja)

Ok..kes lepas pantang nak start kerja..
Aku amat tak setuju anak tinggal kat kampung...kita balik rumah kita....jumpa anak seminggu sekali sebulan sekali...Ohh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Rugi..satu kerugian tau.....
Anak kita kecil sekali ja...kalau time tu kita tak jaga.....Dah tiada esok untukmu....

Tinggal siang ambik petang pun bila tau anak kita ada skill baru orang lain tengok dulu rasa rugi besar inikan plak tak tengok hari2...tidakkk...

pilihan ada so pilihlah sebijaknya....

2. Kes orang tak mo hantar anak ke babysitter atau taska..nak mak/mil/sil jaga....
satu...kalau memang mak/mil/sil yang beriya nak jaga...patut la bagi....syarat upah laa..jgn lah sbb nak berjimat...kesian mak kita tau!mil juga!
tak pun sediakan maid untuk bantu mak/mil...

ada org kata tak percaya org..so...org percaya ka kome?

Aku memang dari aku belom berumah tangga aku memang plan kalau diizinkan Allah aku tak nak anak aku diasuh oleh mak aku ka mil aku ka...
Aku nak...kami suami isteri yang jaga....
Baru thrill! kahkahkah

apa2 pun kita masing2 ada pendapat tersendiri...

btw..last friday aku hadiri majlis jamuan mesra taska anak aku sempena memperkenalkan kepada new owner/pihak pengurusan...

syojiki iuto..fuan desu!
kono shin owner ha...ammari bijines ga dekinasooo..ni mieru(nanka henna nihongo?)
Mago ga 4 nin mo sono hoikuen ni....
FOC tuh...

Ada ura2 maybe akan naikkan harga yuran...Aku hatta depa nak bantai 500 pun bleh bagi kalau depa bleh ikut demand aku...kalau service sama, rege naik sbb petrol naik...aku bleh supply petrol!(dalam makna tu)


But 1 thing yang aku kureng is bab OT charge.ni kes sebelum2 la bkn terbaru..depa charge ikut mak pak bkn bilangan anak...bg aku unfair untuk aku la...aku bayar lebih...tapi anak aku 1 aja...yang anak 3 bayar OT sama ngan aku tapi anak dia 3....
ke ni satu keistimewaan bagi yang anak ramai?
rezeki masing2...

Sepanjang aku hantar anak aku ke nursery bukannya tak ada yang aku tak puas hati..ada...but...aku macam aku la...
aku settlekan sebelum terlewat...
Bersuara bila rasa tak ngam ..jangan asyik nak simpan2 lama2 berkulat berulat susah dahhh...

Semoga Allah permudahkan urusan kita...semoga usaha kita diberkati...

Nak letak tajuk tapi macam........

1st...
Akukan tak tau nak jawap apa bila orang tanya...

"ko bila nak tambah anak lagi?"

kalau yang tanya tu bertanya sebab dia pun tengah plan...nak ajak sama2 le berjuang..aku akan jawap..
"ko pulun la dulu aku lambat lagi...3 tahun lagik!"

Kalau yang tanya tu sebab concern...ye la anak dah besau...tapi tak de ura-ura nak tambah...
aku jawap
"3 tahun lagik..."

Kalau yang tanya tu masih single.....ke tengah plan nak kawen ka...
aku jawap
"aku tunggu ko dapat 1 la dulu..kang aku dah ramai susah plak ko nak kejar bagi sama...."

Kalau yang tanya tu tengah nak anak...tak de anak lagi..aku jawap
"lepas ko neranak!"

Kalau yang tanya tu hanya busy body..aku jawap..
"awat?kalau aku mengandung/beranak..ko susah/sakit ka?"
(jawapan paling ngok!)

Sebenarnya jawapan apa yang derang nak????

Bila aku nak tambah bilangan anak?

..aku tak plan nak anak ramai...
so bleh nampak kot direction aku....
maximum 3.....(sikit ka?)

Orang semua kata anak itu rezeki....
Tau tak peee.....
Rezeki sapa bagi?
Tau tak peee....

Pada aku...Anak memang rezeki.....
Tapi kita diberi pilihankan nak berusaha ...nak merancang...
Yang mana aku boleh rancang..aku rancang mana yang tertulis JADI...jadi laaa....

Aku belum bersedia untuk tambah lagi....
So bila agaknya akan bersedia?Hanya DIA yang tahu....

Bagi aku...kuantiti tak penting yang penting kualiti...kalau anak setahun seorang.....bagi minum susu apa yang dan...(tak bagi susu ibu) pun tak de maknanya juga....
Kalau anak ramai tak terjaga pun tak de makna juga..
ni untuk kes aku ya...sebab aku belum punya keyakinan aku boleh handle bdak2 kecik dalam tempoh 4-5 tahun ni...aku hanya yakin bleh handle seorang bdak kecik yang sedang cergas..cerdas membesar itu aja....buat masa ni....tu pun kadang2 aku histeria...oh tidak.......

Bagi aku gap 2 tahun paling ngam...2 tahun baru preggy lain bkn 2 tahun dah bersalin....
Nampak direction?

Apa-apa pun tiba masanya..Jika rezeki kami nanti adalah...Yang penting..yang ada la ni aku kena jaga.....

itulah seadanya...

Saturday, August 16, 2008

cookies



Mummy buat cookies..Ala cara mummy la asalkan jadi...rupa paras memang OUT laa hahahaaaaaa
So..Anak mummy pun tolong la...
Cuci tangan bersih.....Boleh tolong!

Ada anak teruna pun ok per...Serba boleh serba serbi...carca merba! Kahkahkah..
Anak mummy ROCK!!!!

p/s: yang mana dia buat tu bleh ketegeri...'cookies tangas' jugak!

Friday, August 15, 2008

dudukla

Anak aku sekarang dia dah mula pandai nak complen...
(hakikat sebenar aku ni memang suka complen....)

Tapi anak aku bukan complen orang lain dia hanya protes ngan ibubapa dia aja....

Dia ..maybe rimas kot tengok..
daddy..pantang dia sepah daddy akan kemas...
mummy...sikit2 cuci tangan sikit2 iron baju...sikit2 lap itu ini....
sikit2 pesan dia itu ini...pot pet pot pet....

apa dia buat...

kalau mummy start pot pet pot pet...
dia....gunakan tangan dia tutup mulut mummy...."mummy diam buleh?"

kalau daddy mula kemaskan apa dia sepah...dia pi sepah benda lain..
"daddy kemas buleh?"

Kalau mummy dok pi mai pi mai...sana sini...
dia akan cakap..."Mummyyyyyyyyy...Duduk laaaaaaaaaaaaaaa....sini..sini...duduk la....."

tak pun dia cakap..."mummy tido...bleh?"
dia suruh aku tido..aman dunia.....!!!!!!

Check it OUT!

daddy punya citer
Tak dapat den nak nolongnya

Thursday, August 14, 2008

ONE PARAGRAPH THAT EXPLAINS LIFE!

Diperolehi dari forwarded Email.

So sama-sama kita renungkan dan ambil apa yang relevan...hehehehee

ONE PARAGRAPH THAT EXPLAINS LIFE!

Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he
got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983.

From world over, he received letters from his fans, one of which
conveyed: "Why does GOD have to select you for such a bad disease"?

To this Arthur Ashe replied:
"The world over -- 50 million children start playing tennis, 5 million
learn to play tennis, 500,000 learn professional tennis, 50,000 come to
the circuit, 5000 reach the grand slam, 50 reach Wimbledon, 4 to semi
final, 2 to the finals, when I was holding a cup I never asked GOD 'Why
me?'. And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?' "

gedebiku sayang

salam

Update on my gedebi

Gedebi makin hari makin BIJAKsana....
Makin banyak akal..yang auta pun banyakkkkk

kes 1
Dia tiba2 nak pakai diapers semula kalau kat rumah..kat taska OK aja pakai seluar kecik...

kenapa nak pakai diapers?
acif tak nak e-pesh
kenapa?
acif penat la pergi encing....
Hah???
acif nak main..nak tengok mickey nak tengok jerry...nak baca ABC....penat nak encing....
(penjelasan apa yang mummy faham: Dia tak nak buang masa gi kencing sebab sayang nak tnggal aktiviti dia yang best2)

Habis tu kat school boleh pula pergi toilet....
itu school.....
apa beza school dengan rumah?
rumah best..acif suke...
mummy...speechless......

kes 2
Akif dah besar tak perlu diapers2 ni...
tak nak..nak e-pesh juga...
orang besar tak pakai diapers la
mummy pakai...
hah?
mummy pakai...(terus masuk bilik then keluar bawa something..)
ni e-pesh mummy!
Ni bukan diapers...Ni PAD la...
sama aja macam e-pesh...
Mana sama....
sama....
tak sama...
ayaaa mummy tu...SAMAAAAAAAAAAAAAAA...UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
mummy....speechless

kes 3
kenapa nangis pagi2 bila mummy hantar pergi school
ada orang babab acif
siapa...
ada la..
nanti mummy cakap kat kakak2 jangan bagi orang babab akif...
cakap yaaaa.....
iye....
cakap yaaaaa......
iye.....
apa mummy nak cakap?
Erk....

Kes 4
Asalkan nak tidur aja dia buat katil tu tempat melompat...Daddy marah la..katil bukan tempat main...

Hehhh daddy....apa marah2 acif????
tak baik cakap macam tu...
daddy babab acif...acif kecik lagi...
mummy babab daddy...ok?
tak payah!
akif babab daddy la kalau macam tu....
tak payah....
habis tu???
Acif tak nak tidur dekat daddy!!!!huh......
(ambik kau....anak bengang!)

kes 5
Acif tak nak selipar.nak kasut
kenapa?
selipar pakai kat school..kasut jalan jalan...
oooooooooooooooooooooo................

kes 6
mummy mana ni?
ni apa?
ni...ni..ni..(tunjuk area rak buku)
apa 'ni'?
ni.....
Ohhh nak worksheet....

Huh..penat aku.....ini pun 'ni'..itu pun 'ni'....worksheet pun 'ni'?????


kes 7
asalkan mummy buat muka nak marah dia terus nangis ala2 baby..konon dia kecik lagi tak layak dimarahi......

tak habis mummy terkena...

Wednesday, August 13, 2008

mood-membaca

La ni mood aku: malas nak tulis entry..
so aku nak tengok berapa lama aku bleh tak de mood macam ni hahahaaaa

Sebab la ni aku punya semangat membaca tengah gila2...
Banyak sangat benda/books yang aku nak baca...so aku rasa macam malas nak menaip....

blog org aku gi baca sebab itu MEMBACA...

Kalau Email pun aku baca..sebab MEMBACA....


Happy READING! Aku nak gi 'menembak' sambil baca nota!

Monday, August 11, 2008

rojak campor

sabtu ahad hari tu aku ada banyak sangat nak blogging tapi aku tak blogging sebab aku tengah gila nak habiskan novel2 aku hahahaaa

dalam usia yang dah suku abad lebih nih aku masih dok pulun baca citer oleh sidney sheldon hahaaaaaaa

Ingat ka dan habis..tak dan juga
dah berbulan baca ni
15 minit sahaja sehari..bayangkan bila kurun mau habis.
aku baca atas bus....

Aku nak baca direct sampai habis tak terdaya..banyak lagi buku aku nak baca...banyak lagi kerja nak buat...bagi aku kira aci la sehari 25 minit hahahaaaaa

baca buku hasil penulisan pak cik ni bagi aku....aku suka...bahasa dia mudah aku faham.
aku kan tak reti omputih..tapi baca buku pak cik ni aku bleh sedih..takut...gelak..bagai..kira aku faham la hahahaaaaaaaa

Lepas tu...
aku tetiba ada juga baca novel cinta remaja..kihkih
aku pinjam dari pengasuh akif..kihkih..baru abis sebuah....
hahahaaaaaa

alaa takkan aku nak baca bab2 technical aja kan..sekali sekala aku kenalah baca juga
walaupun aku tau novel2 melayu ni jalan cerita dan ending lebih kurang aja..aku layan juga hahaaaaaa

Masa aku form 3 dulu aku gila baca 'budak setan'

Lepas tu ntah apa2 novel cinta lagi...sampai aku masuk matriks..
jgn tak tau masa musim SPM org baca nota untk persediaan akhir aku layan novel cinta pinjam dari bdak junior la...akak matriks laa....
tukang nak bagi pinjam plak serba salah...
(aku nak baca nota SPM apa daaa..aku dah pos balik kampung semua buku aku....kahkahkah..time SPM time jawap soalan bukan time baca nota...see...smartkan aku..GILA!!!Sambil dok tengok juara lagu kutuk siti nurhaliza...Jahat sungguh..Ohh tapi aku tiap pagi akan bangun tgk rancangan motivasi Dr.Fadhilah Kamsah..)

Sebut motivasi
Yaaaaa..Aku ni jenis manusia benci baca buku motivasi....
Kalau dengar aku suka..baca aku tak suka..So..kalau aku baca apa2 yg bab motivasi aku akan baca kuat2 hahahaaa

Tukar topik

17 september 2008 ni anak manja aku akan 3 tahun..
La ni itu kanak2 sudah mula dok sebut.."bila happy birthday acif..."

pantang jumpa kedai kek..."nak happy birthday.."

Bab praktis nyanyi lagu birthday jgn cakap laa..hari2...
tiup lilin pun praktis juga....

nak berapa batang lilin?
"LAPAN!"..tapi jari tunjuk 3...

"Nak happy birthday ade ultraman.."(nak kek ada ultraman)

"Tak yaaah laaa..."

"Ade doraemon pun tak ape..."

UWAAAAAAAAAAAAAA........

Aku tengah fikir nak advancekan upacara tiup lilin...
Nak buat kat rumah 3 beranak aja hahaaaaaaa

Tapiiiiiiii...
"acif nak happy birthday kat school"

"Bawa goodies aja ke school tak boleh ka...?"

Buat muka sedih....adoiiii...

tahun lepas birthday daddy belkan basikal....
Tapi basikal tu buat hiasan aja....

Tahun ni?????

Friday, August 8, 2008

bila perlu pisahkan tempat tidur anak?

Aku pun selalu fikir juga tapi buat2 tak layan..
So aku pun search laaaaa..

dari segi barat ..segi Islam...
aku jumpa beberapa artikel so aku tempek kat sweetstory aku...sila laaaa

Tapi aku simpulkan sikit la

1. Pisahkan bila anak dah boleh bezakan baik dan buruk...
2. Pisahkan setelah mencecah 7-10 tahun.
berdasarkan Hadith

"Order your children to observe Salat when they reach the age of seven and spank them for not observing it when they reach the age of ten, and arrange their beds (for sleeping) separately." (Abu Dawud)

Gimon ga toketa!

Bagaimana beras diproses secara tradisional.

Padi..
Beras...
Beras makin mahalkan sekarang.Kasihan kita.
Alasan kenaikan harga apa ya...
keperluan melebihi bekalan kan?

Perkara ini membuatkan aku teringat balik kenangan-kenangan?Or bagi aku more to my experience when I was 4-5 years old. Awat aku kata 4-5 years old?Sebab bila aku 6 years old aku dah masuk Tadika dan aku tak dak masa nak perhati dah sebab aku sibuk! Kahkahkahkah...Sibuk ooo..zaman tadika....Lagi pun lepas tahun2 itu teknologi pertanian makin berkembang maka apa yang aku dapat tengok dan masih ingat asa aku 4-5 years old dah tak wujud lagi.....

Aku mulakan perkongsian ini dengan nota peringatan..

Nota peringatan :ni cara tradisional orang kampung aku tanam padi..proses beras 24-23 tahun yang lalu.
Dan ada juga yang au tak berapa ingat...tapi layan la juga ya..

Penyediaan benih dan semaian

Selalunya benih padi akan dipilih dari baka paling baik dan kualiti juga yang terbaik dari hasil tuaian musim sebelum

Padi-padi yang ingin dijadikan benih akan di asingkan dari padi yang hendak dijadikan beras

Padi benih ini akan direndam dalam air.Selalunya dimasukkan ke dalam guni dan dicambahkan..
Bila dah bercambah, benih-benih ini akan disemai di tapak semaian.
Tapak semaian ini selalunya dikhaskan di satu sudut sawah/bendang
Kalau grandparents aku, depa selalu khaskan satu bendang untuk tapak semaian sebab depa ada banyak bendang2 yang lain.....

Lepas anak semaian dah sampai tahap boleh ditanam, anak-anak semaian ini akan dicabut, dan diikat. Untuk ikat ni selalu guna tali dari kulit pokok (aku tak tau pokok apa..tapi ayah aku la tukang carikan)
Tali kulit pokok ni tak akan cederakan anak semaian.

Kemudian anak-anak semaian akan diangkut ke bendang2 yang sepatutnya.

Bermulalah proses menanam.
Cara tradisonal, guna jari jemari atau guna 'kuku kambing'.
Masa aku kecik2 dulu aku sedih sangat sebab aku ingat kuku kambing tu ambik dari kambing..kesian la kambing...rupanya diperbuat dari kayu tapi bentuk sebiji macam kuku kambing....sebab tu panggil kuku kambing...
Letak anak benih tekan ngan kuku kambing dan benih pokok akan terbenam masuk ke tanah bendang berselut itu.

Setelah proses menanam tamat, adalah beberapa peringkat tapi aku tak ingat..peringkat takung air ...keringkan air etc..

Bila padi dah berbuah....dan hampir masak bendang dikeringkan sebab
1. dah dekat nak menuai..takkan nak tuai dalam selut
2. sifat pokok padi makin berisi makin menunduk..kot kalu menunduk tu padi masuk dalam ayaq..beras terhasil tak berkualiti..perang ja jadinya..kalu tok aku(nenek) dia bagi kat ayam2 dia ja beras type ni....

Tu pasai org2 dulo2 amat sensitif bab musim hujan panas ni depa matchkan dengan time menuai menanam etc...

Dan akhirnya tiba masa menuai...

Pokok padi dipotong/dikerat dan dikumpulkan.
Diikat dalam kuantiti sesuai untuk proses meleraikan buah padi (kami panggil memukui)

Lepas ikat pokok2 padi itu dijenur dulu di bawah terik matahari..relevannya untuk memudah penceraian dari tangkai2nya.

Setelah itu proses meleraikan(memukui) dijalankan dengan cara pukul itu ikatan pokok padi kat sejenis alat yang aku tak ingat nama...hahhaaa
ada macam satu bekas then dilitupi guni ada ruang kecik ja untuk kita pukul itu pokok padi...
Terlerailah padi dari tangkainya

Kemudian, padi2 akan dijemur. Selalunya orang kampung aku depa guna guni2 baja etc untuk buat tukar penjemur...
guni2 dicuci bersih2...di cantum2 dengan cara dijahit dengan tali rafia...

Proses menjemur ni untuk memudahkan beras lekang dari kulit padi.

Bila dah cukup kering maka padi2 ini akan ditumbuk.
Jangan risau bukan nak tumbuk hancur hanya tumbuk bagi kulit lekang dan selalunya mudah lekang sebab dah dikeringkan secukupnya

Next, beras bercampur kulit akan dianginkan dengan guna nyiru dan sejenis kipas(untuk hasilkan angin...ni manually pusing yaaa...kena dua org buat sorang pusing kipas sorang pengang nyiru)tapi kalau musim berangin/musim kemarau mmg angin datang semulajadi....

Bila beras dan kulit padi dah diasingkan bleh la kita guna beras tu tanak nasi...Fresh tu!edappppp.....bau pun wangi aja....Dah bertahun lama aku tak merasa beras 'segar' dari sawah...

Semua proses ni aku tak pernah buat..Aku tukang perhati sahaja..aku dok atas batas ban saja..Takleh jejak bendang kang tok wan(Atuk) aku ligan jenuh aku nak lari....

Tapi..Bila aku meningkat remaja semua ni dah tak wujud sebab mesin padi dah ambik alih..mesin asingkan padi dan beras dah ada...

takyah nak jemur2 dah....guna mesin padi....tuai..dari mesin padi tuang masuk lori terus hantar ke kilang taraaaa..dah jadi beras.

Dahulu...setahun sekali aja buat bendang bila dah makin maju setahun 2 kali ntah dah 3 kali.....

Tapikan...walaupun kemajuan teknologi dalam bidang penanaman padi ni....masa aku kecik2 dulu aku memang
suka sangat musim menuai hahaa..tradisonal ka ngan mesin padi ka..aku memang tunggu....

Dan satu sahaja peluang aku nak masuk bendang...
time nak bersihkan bendang..tolong kumpul jerami untuk dibakar...
Dan.....satu kampung berasap....bendasing hitam2 terbang merata2 hahahaaaaaaaa
Kalau kena baju sekolah..menangis kau kahkahkahkah...

Normally kalau time bakar jerami di akan buat ikut turn..bkn serentak....pak cik A dulu bila pak cik A punya bendang settle baru pak cik B boleh bakar...

Cara orang kampung jaga alam sekitar...

Lepas tukan hasil bakar tu bertukar jadi baja asli....untuk next punya penanaman...

sekian sahajalah flash back aku 23-24 tahun yang lalu...
Ni kali ke 3 aku bercerita...
1st kat hubby aku 2 hari lepas..
2nd kat opis mates aku...

Hahhahaaaaaaa

p/s: masa mesin padi baru diperkenalkan kat kampung aku ayah aku buat satu teka teki...

apakah benda sambil makan dia berak...?

Jawapannya mesin padi....dia potong padi dia buang jerami...huhuhuhu

sapa tak pernah tengok mesin padi sila angkat kening sebelah!

Thursday, August 7, 2008

Itu AKU

 
Apa aku nak share is cerita aku yang korang akan gelak..
sebab aku sangat2 ^&*(#$%^
 
OK..Nak tau apa dah jadi????
 
Ceritanya macam ni
 
Aku minggu ni 3 hari mai opis lambat...
Ponteng morning meeting
Nampakkan.....apa yang aku nak sampaikan
 
pagi tadi..menejer panggil aku sebaik saja dia nampak aku.
So dia suruh aku ikut dia la..
 
then dia kata....
Dia nak talk ngan aku bkn macam boss ngan staff la...dia ala2 fren gitu..Buleh?
 
(so u wanna to listen my true feeling la ya)
 
OK....
 
So dia tanya aku awat lately aku ni suka benar buat hal..
(macam bdak sekolah asrama protes je gayanya)
 
Aku pun bagai org mengantuk disorongkan bantal....
From A-Z.....laaa
 
Aku siap tanya dia...
 
Apa aku dapat tau..
 
Bayangkan project yang aku involve gah dipersada market...US/UK sana la...Untung juta2..menejer promoted..apa aku dapat???????
 
menejer kata...Dia amat2 puas hati ngan prestasi aku project lepas tapi awat project la ni aku buat nak tak nak aja...
 
so jawapan aku...
buat apa aku nak pulun kalau hati tidak senang...
Aku tak dapat apa2 melainkan gaji bulanan..which is akan dipotong every minute aku datang lambat..so aku kata..aku dtg lambat pun company tak rugi...
sbb depa potong gaji aku
 
susahkan ada staff BIJAK lagu ni???
 
Dia tanya awat aku tak pi morning meeting
aku jawap "aku tak suka tengok muka #$%^"
(jawapan paling ikhlas)
 
Dia angguk...dia tau aku tak suka itu orang
Dia kata dia tau aku ni bukan jenis pendam..aku jenis akan luahkan apa aku tak suka...ITU AKU!aku bukan Yes boss type..
(bagus dah faham aku..bagus...)
 
tapi dia kata aku takleh emo laa..aku kata macam mana aku tak emo kalau lahanat tu emo?lahanat tu dah menejemen level patut professional la....
kepimpinan melalui teladan la kan...(ni aku curi ayat kak yan kawan aku..hang ada good point la kak yan..)
 
Aku terus bg tau aja kebenaran yang almost 97% kami mmg tak suka itu lahanat...
 
Dia kata dia akan buat sesuatu..
OK aku tunggu dan lihat
tapi dia minta aku...ubah cara aku fikir jangan negative...
 
korang bayangkan kalu hari2 kita masuk dalam environment with negative charge...
charge +ve dalam kita ni static..tapi charge -ve bergerak...
(apa aku belit ni?)
 
concept dia..charge -ve and +ve akan bertarikan bg meneuralkan tapi kalau charge -ve banyak dr +ve maka wujudlah suasana -ve..logik tak teori aku???
 
Aku tengah pk ni..aku nak back to 'real me' ke nak maintain ''%^&*$% me'?
Oh NO...I'll be a 'better me'
 
ceh konon nak kata aku hebat la konon....
Dia kata aku ni VERY SMART...
I know u r VERY SMART.
Dah kalu aku smart sangat awat hangpa tak nampak potensi aku?AWATTTT?????????????
 
Ya aku memang SMART..BIJAK..BERKARISMA..CEKAP..DAN SEGALA MALA POSITIVE ALTITUDE!
 
Itu aku!
 
soooo WHAT???
 
sekian lepas perasaan yang sebenarnya dah lama terlepas....
 
Aku appreciate juga sebenarnya sebab dia sudi luangkan masa dia nak heart to heart ngan aku
Arigato..
I'm waiting for the improvement
 
Fu-in-ki wo kawate kure yo!
 
p/s: please ignore all the typo or grammar mistake..layannnn
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, August 6, 2008

tensi

la ni pukoi 1120pm
hubby baru balik dr main futsal.
anak aku mengamuk dari 8pm tadi
kes..daddy dia pekena dia
suruh dia mandi ngan aku..bila dia keluaq bilik ayaq daddy dah cabut
macam nak runtuh pintu rumah dia kocak..gegar bagai..jeritttttttttttttttttttttttt

aku kena gigit...cermin mata aku kena hawing(lempaq)...tangan kaki betis aku habisss dia gigit..dagu aku pun! bayangkan...
memang mamat kemetot tu angin sungguh
tak daya aku
aku on lappy dia shut down
aku connect 3G device dia disconnect.......

menangis menangis sampai daddy dia depan pintu dia diam tunduk merajuk
anak manja

lepas tu
adeii
taska anak aku tukar owner
aku tak tau lagi mcm mana tapi macam kureng jerk...
aku..kalau org nak deal ngan aku main ala kadar aku mmg tak de masa...
so aku akan tengok perkembangan macam mana...
dah hampir 3 tahun tuh anak aku dok situ

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search