>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, August 27, 2008

PEACE

Peace-Jadi macam jangkitan la plak..ampun...

Salam
Hari ni gue nak membebel.
Aku ni apasai suka bebel????
Ni aku punya iken/opinion/pandangan.

1. Merancang sendiri selamatkah?
Rancang keluarga la...Family planning kalu dlm bahasa londonnya.
Mm.....Susah juga aku nak kupas dan ulas(hakhakhak....)

Pandangan aku ya
Selamat tak selamat tu bergantung kepada disiplin kome laki bini la.
Kalau asal teringin ja ON teringin ja ON....Haru juga la ....
Tapi bagi yang plan nak anak setiap tahun tu OK laaaa
Opss...planning sendiri tu lagu mana?Lupa plak nak definasikan.
Planning sendiri bg aku maknanya tak ambil apa2 pil perancang ataupun suntikan la.
Maknanya guna barrier(kondom) ka kira kalendar la.
OK..faham?

Hatta ambil pil atau suntikan bagai pun DISIPLIN..SHITSUKE...itu paling penting...Apa2 pun based on disiplin..
Kalau pil...disiplin menelan pil
kalau suntikan disiplin nak ikut tarikh luput bila harus suntik lagi....

Setakat yang aku tanya gynea..(Erna..gynea kita tu la)
dia kata...Kalau implanon 99% berjaya...maknanya 1% ja kebarangkalian termengandung.
Kalau pil 70% berjaya maknanya 30% Insya Allah mengandung....
IUD juga dalam 70% berjaya
(aik aku dah macam tak ingat la percentage tu)
So sapa2 ambil pil ka IUD ka...kalau termengandung takyah la nak saman spetal ka doktor ka...sebab patutnya korang tanya dr awal apa jaminannya...
Kaji betul2 sebelum buat apa2...
Aku ni memang pi tanya A-Z..last2 sendiri2 juga..sampai bebaru ni(taklah baru 3 bln lps kot)terserempak ngan Dr.T dia tanya...'Bila nak tambah lagi"
Hakhakhak...
Kami jawap.."nanti dah ada kita jumpa ya doc.."

Btw...
**********************************************************************************************************
kaedah kalendar
kaedah kalendar sesuai digunakan utk wanita yg mempunyai kitar haid yg tetap samada 26-30 cycles atau 32-36 cycles.
dlm kaedah ini kita kena kenalpasti waktu subur kita.
cuba lihat blk kitar haid kita dlm masa 4 -6 bulan lepas.
kenalpasti kitarhaid yg terpanjang (cth 30 hari) dan kitar haid terpendek (cth 26 hari) dlm masa 4 -6 bulan tersebut.


cth:
kitar haid terpendek (26) - 14 = 12
kitar haid terpanjang (30) -10 = 20

Jadi antara hari ke 12 hingga hari ke 20 dlm kitar haid anda dikira waktu subur dan precautions kena diambil utk mengelakkan pregnancy (cth kondom atau abstinence)

kitar haid dikira bermula hari pertama haid anda pada bulan ini hinggalah hari sbl dtgnya haid bulan depan.

satu lg kaedah kalendar yg boleh diaplikasikan,

katakan kitar haid anda ialah 29-30 hari,
so ambik 29 - 14 = 15.15 ini dikira waktu ovulasi.jadi kondom atau abstinence haruslah dilakukan /guna 5 hari sblm dan 5 hari selepas hari ke 15.
ini kerana ovum boleh hidup (viable) selama 3 hari tanpa disenyawakan dan kemudian akan mati dan bersedia utk stimulate next kitar haid...dan sperma pula viable dlm rahim selama 24-36 jam.

***************************************************************************************************************
2. Laki kaki bola...
Pada pandangan aku..lelaki dengan bola memang tak boleh nak pisahkan mentelah yang memang kaki bola.Hatta anak aku yg belum cukup 3 tahun pun dah suka bola...
OK...
lelaki kaki bola bukannya terhasil dalam 1-2 hari...Lelaki kaki bola ni sebenarnya dari kecik lagi dia memang hantu bola...so syikatanai dayo!
Seharusnya dari awal perkenalan kita akan dapat spot dah kaki bola ka kaki botol(?)
ke kaki betina...semua kaki2 tu sepatutnya kita dah bleh dapat hint...unless lelaki tu memang kaki bangku!
Tapi yang kaki bangku minat bola pun ramai juga.
Jadi kalau kome termenikah ngan hantu bola apa kome nak buat?
a) kome pun jadilah hantu bola
b) lantak ke dia la
c) layannnn
d) ignore
e) galakan
f) lu pikir la sendiri

Maka apa yang aku nak kata...Kalau termenikah ngan kaki bola...redha ja la..
Alhamdulillah suamiku ulat buku! pekerja paling berdedikasi!Layaaaannnnn...Bertuah company!
Mana2 company yang established dan stabil lagi ada future yang jelas kalau cari CEO bleh la kontek laki aku! Kahkahkah...
Jamin maju jaya!

3. Panduan berforum
Ni aku tak tau la aku ni kata dulang paku serpih ka apa...
IMHO...
Etika dan panduan berforum ni sepatutnya bagi seorang manusia yang berakal dan berilmu adalah sesuatu yang amat mudah difahami.

Kalau kita masuk rumah orang kita bagi salam..
Kalau orang jepun dia sebut GOMENKUDASAI!

Kita pergi 'tempat baru' kita kena selidik dulu sebelum kita terjah (ni common sense la tapi memang la dalam buku2 teks tak ada laa)

Peribahasa melayu
"masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang harimau mengaum"(kandang harimau ada kat zoo aja....Tapi kandang kambing kat kampung aku banyak juga la....Aku dulu suka juga la kacau anak2 kambing dalam kandang dia..walaupun mak aiii busyukkkkkkkkkkk....kambingkan takut ayor!)

Baguih orang2 lama kan...berperibahasa...
Mai orang2 modern nih tak faham bahasa!

Oitt..aku kena berbahasalah kan....


4. Makanan yang boleh membanyakkan susu
Secara terus terangnya tiada jaminan!
Apa yang anda perlu lakukan
Cuba cuba cuba cuba...sampai jumpa yang sesuai dengan anda
Dan kalau cuba hari ni jarang2 sangat la esok dapat kesan...
istiqamah dan sabar....

Instead of pk apa mknn yang bleh bantu tambahkan susu tingkatkan merangsang..pam ka bg anak direct feeding ka.

Lepas tu ambiklah makanan seimbang.


5. Bulan posa susu ada ka?
Dari pengalaman aku yang tak seberapa nilah kan
Bulan posa la susu aku bertambah hahahahaaaa
Orang lain ..lainlah kesannya
think positif lah kan....

sebabnya bln posa time break aku takyah pk nak makan..aku pk nak pam ja...so layannnnnn..

btw..kita ja posa..'kilang susu' kita tak posa...

6. penat sangat bila Breastfeed anak
Memanglah penat...Tapi dah jadi ibukan...so faham2lah ya tanggungjawap.
Kalau anda mengeluh hari ini nanti dah tua2 anak mengeluh nak kisah bab anda terimalah ya.

[Pesanan untuk anakku:
Mummy halalkan setiap titis susu mummy buatmu kerana itu hakmu....harapan Mummy kauanak yang soleh yang akan membantu mummy melangkah ke syurga.]

[Pesanan aku kat ibu-ibu yang menyusukan anak:
Kalu nanti sakit ati ngan anak janganlah sampai ungkit titisan2 susu plak..halalkanlah itu tanggungjawap kita]

Panjang berjela plak membebel..tak dak manfaat plak tu..
sekian saya sudahi.....

mata kakimasu node .
kahkahkah





7 comments:

Ms Lola said...

Terima kasih kerana mengingatkan tang halalkan susu tu weih.... Takut lak aku dok ngunkit nanti. Nauzubillah

ealyie said...

Biasala, kan kita da selalu dimomokkan ngan dialog 'aku tak halalkan air susu aku..kat anak2 derhaka le ni'.. Mentaliti tu mmg kena ubah sebab, betul air susu kita itu mmg hak tiap2 anak kita...Tertulis itu mmg hak depa... Kita hanya laksanakan tugas yg telah diamanahkan..aminn

mommy lyna said...

kalo anak derhaka tu cube2 belek diri sendiri... ada ke penah derhaka kat mak/mentua ke.

kalo ada tu tak payah nak marah2 kat anak la. hehe.

arina said...

ye, anak derhaka kat kita sebab kita derhaka kat makpak kita. dunia ni amat bulat dan logik.

hahahahaha..!

aku kan.. sememangkan pelik kalau orang tak nampak the obvious.

agaknya sebab tulah allah wujudkan macam2 ragam kat bumi ni. kang kalau orang bijak pandai je kang lain pulak masalahnya!

hihihihi!

apapun2 aku pun peace la jugak. tak kose kan nak buat orang kecik hati benda2 obvious ni..

Marisa said...

thanks pada semua peringatan dan teguran.... kite sebagai manusia mmg tak bley lari dr kesilapan.... apa2 pun PEACE!!!!

rizza said...

peach!! ke peach??? hehhhe

aku setuju ngan entry ari ini.. hehhe

Erna said...

GOMENKUDASAI!
haha..benda alah ni lah yang asik berkumandang kat sana.. kudasai..kudasai laki aku kata kahkahkah..
beb, Dr T kita tu memang ada kat situ..dia tak lari (yeay!!) tapi certain days and time ja. Tapi delivery/apa2 kes mmg buat kat situ. Btw, hosp tu dah tukar nama..aku rasa depa nak kasik naik taraf..baguihla! now known as SSH. Jangan harga pun naik sudahla hahaha
ops..adakah aku off topik? ya ampun! :D