>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, August 8, 2008

Bagaimana beras diproses secara tradisional.

Padi..
Beras...
Beras makin mahalkan sekarang.Kasihan kita.
Alasan kenaikan harga apa ya...
keperluan melebihi bekalan kan?

Perkara ini membuatkan aku teringat balik kenangan-kenangan?Or bagi aku more to my experience when I was 4-5 years old. Awat aku kata 4-5 years old?Sebab bila aku 6 years old aku dah masuk Tadika dan aku tak dak masa nak perhati dah sebab aku sibuk! Kahkahkahkah...Sibuk ooo..zaman tadika....Lagi pun lepas tahun2 itu teknologi pertanian makin berkembang maka apa yang aku dapat tengok dan masih ingat asa aku 4-5 years old dah tak wujud lagi.....

Aku mulakan perkongsian ini dengan nota peringatan..

Nota peringatan :ni cara tradisional orang kampung aku tanam padi..proses beras 24-23 tahun yang lalu.
Dan ada juga yang au tak berapa ingat...tapi layan la juga ya..

Penyediaan benih dan semaian

Selalunya benih padi akan dipilih dari baka paling baik dan kualiti juga yang terbaik dari hasil tuaian musim sebelum

Padi-padi yang ingin dijadikan benih akan di asingkan dari padi yang hendak dijadikan beras

Padi benih ini akan direndam dalam air.Selalunya dimasukkan ke dalam guni dan dicambahkan..
Bila dah bercambah, benih-benih ini akan disemai di tapak semaian.
Tapak semaian ini selalunya dikhaskan di satu sudut sawah/bendang
Kalau grandparents aku, depa selalu khaskan satu bendang untuk tapak semaian sebab depa ada banyak bendang2 yang lain.....

Lepas anak semaian dah sampai tahap boleh ditanam, anak-anak semaian ini akan dicabut, dan diikat. Untuk ikat ni selalu guna tali dari kulit pokok (aku tak tau pokok apa..tapi ayah aku la tukang carikan)
Tali kulit pokok ni tak akan cederakan anak semaian.

Kemudian anak-anak semaian akan diangkut ke bendang2 yang sepatutnya.

Bermulalah proses menanam.
Cara tradisonal, guna jari jemari atau guna 'kuku kambing'.
Masa aku kecik2 dulu aku sedih sangat sebab aku ingat kuku kambing tu ambik dari kambing..kesian la kambing...rupanya diperbuat dari kayu tapi bentuk sebiji macam kuku kambing....sebab tu panggil kuku kambing...
Letak anak benih tekan ngan kuku kambing dan benih pokok akan terbenam masuk ke tanah bendang berselut itu.

Setelah proses menanam tamat, adalah beberapa peringkat tapi aku tak ingat..peringkat takung air ...keringkan air etc..

Bila padi dah berbuah....dan hampir masak bendang dikeringkan sebab
1. dah dekat nak menuai..takkan nak tuai dalam selut
2. sifat pokok padi makin berisi makin menunduk..kot kalu menunduk tu padi masuk dalam ayaq..beras terhasil tak berkualiti..perang ja jadinya..kalu tok aku(nenek) dia bagi kat ayam2 dia ja beras type ni....

Tu pasai org2 dulo2 amat sensitif bab musim hujan panas ni depa matchkan dengan time menuai menanam etc...

Dan akhirnya tiba masa menuai...

Pokok padi dipotong/dikerat dan dikumpulkan.
Diikat dalam kuantiti sesuai untuk proses meleraikan buah padi (kami panggil memukui)

Lepas ikat pokok2 padi itu dijenur dulu di bawah terik matahari..relevannya untuk memudah penceraian dari tangkai2nya.

Setelah itu proses meleraikan(memukui) dijalankan dengan cara pukul itu ikatan pokok padi kat sejenis alat yang aku tak ingat nama...hahhaaa
ada macam satu bekas then dilitupi guni ada ruang kecik ja untuk kita pukul itu pokok padi...
Terlerailah padi dari tangkainya

Kemudian, padi2 akan dijemur. Selalunya orang kampung aku depa guna guni2 baja etc untuk buat tukar penjemur...
guni2 dicuci bersih2...di cantum2 dengan cara dijahit dengan tali rafia...

Proses menjemur ni untuk memudahkan beras lekang dari kulit padi.

Bila dah cukup kering maka padi2 ini akan ditumbuk.
Jangan risau bukan nak tumbuk hancur hanya tumbuk bagi kulit lekang dan selalunya mudah lekang sebab dah dikeringkan secukupnya

Next, beras bercampur kulit akan dianginkan dengan guna nyiru dan sejenis kipas(untuk hasilkan angin...ni manually pusing yaaa...kena dua org buat sorang pusing kipas sorang pengang nyiru)tapi kalau musim berangin/musim kemarau mmg angin datang semulajadi....

Bila beras dan kulit padi dah diasingkan bleh la kita guna beras tu tanak nasi...Fresh tu!edappppp.....bau pun wangi aja....Dah bertahun lama aku tak merasa beras 'segar' dari sawah...

Semua proses ni aku tak pernah buat..Aku tukang perhati sahaja..aku dok atas batas ban saja..Takleh jejak bendang kang tok wan(Atuk) aku ligan jenuh aku nak lari....

Tapi..Bila aku meningkat remaja semua ni dah tak wujud sebab mesin padi dah ambik alih..mesin asingkan padi dan beras dah ada...

takyah nak jemur2 dah....guna mesin padi....tuai..dari mesin padi tuang masuk lori terus hantar ke kilang taraaaa..dah jadi beras.

Dahulu...setahun sekali aja buat bendang bila dah makin maju setahun 2 kali ntah dah 3 kali.....

Tapikan...walaupun kemajuan teknologi dalam bidang penanaman padi ni....masa aku kecik2 dulu aku memang
suka sangat musim menuai hahaa..tradisonal ka ngan mesin padi ka..aku memang tunggu....

Dan satu sahaja peluang aku nak masuk bendang...
time nak bersihkan bendang..tolong kumpul jerami untuk dibakar...
Dan.....satu kampung berasap....bendasing hitam2 terbang merata2 hahahaaaaaaaa
Kalau kena baju sekolah..menangis kau kahkahkahkah...

Normally kalau time bakar jerami di akan buat ikut turn..bkn serentak....pak cik A dulu bila pak cik A punya bendang settle baru pak cik B boleh bakar...

Cara orang kampung jaga alam sekitar...

Lepas tukan hasil bakar tu bertukar jadi baja asli....untuk next punya penanaman...

sekian sahajalah flash back aku 23-24 tahun yang lalu...
Ni kali ke 3 aku bercerita...
1st kat hubby aku 2 hari lepas..
2nd kat opis mates aku...

Hahhahaaaaaaa

p/s: masa mesin padi baru diperkenalkan kat kampung aku ayah aku buat satu teka teki...

apakah benda sambil makan dia berak...?

Jawapannya mesin padi....dia potong padi dia buang jerami...huhuhuhu

sapa tak pernah tengok mesin padi sila angkat kening sebelah!

6 comments:

rizza said...

thanks fid..ko nye cerita bagus..aku ni org bandar tak tau hehhe

walaupun le ni mesin2 yg ambil alih...tapi kehidupan petani2 kita tetapseperti 20-30 thn dulu..masih begitu....
(ni kerana tiade nye inisitaif kerajaan utk followup dan membangun kan pertanian dengann bersungguh2 ... kat luar petani2 kaya raya.....peranan kerajaan la juga..)
harap2 ade la pemimpin nak bangun kan pertanian ni bersungguh2....

Marisa said...

aku ternganga la baca ceta hang...siap angkat2 kening. hiks!

Fid said...

rizza
hahahaaaa

marisa
jaga2 kang lalat buat lenga...

aku org kampung...

Fid said...

haaa..bab petani malaysia
selalunya org2 yg tak sekolah tinggi jd petani
org sekolah tinggi2 tak mau

tapi jgn lupaa...aku punya cita2 kalau tercapai aku..nak ada ladang pisang hahahaaaaaaa

Marisa said...

weh... skrg petani moden kaya raya maa.... qaku ada baca dlm paper.... sorang gdaduan UUM jadi usahawan berjaya tau!

Fid said...

marisa
tu beberapa kerat jaaaaa

yg kat kg tak kaya raya lagi laa