Wednesday, February 28, 2007

mata mata mata

Adushhhh
Aku tak tahulah kenapa si gedebi aku tu...Dia selalu tertido on the way home 5 minit sampai la rumah dari taskanya..masalahnya..dia tidor then of course lah sampai rumah time maghrib, bila dia bangun/terjaga dia akan menangis melentik-lentikkan badan dia..macam pacat!!
Aku takut wehhhh..Dah 2 hari dia buat hal macam tu. Then dah puas meragam dia back to normal
Punggah satu rumah..Main tv..tukar Channel tukar picture brightness tukar sharpness dan sebagainya..baca buku then main-main....
Aku masih tak dapat lagi kesan dia punya alasan menangis tu. Serabut sungguh dibuatnya....

Hari ni aku kena pastikan dia tak tidor dalam kereta...masalahnya dia ambil masa 1-2 minit je untuk lelap dan tak nak bangun..bangun-bangun menangis....
.

Tuesday, February 27, 2007

serius....kowaii yo!

Last night.Akif tiba-tiba gelak terkekek-kekek, sampai aku jadi takut. Tak ada angin tak ada ribut.....Aku dah gelabah....
Manalah tau ..kan...Pagi tadi bagi tau para pengasuh dia, mereka cakap kadang-kadang akif ada buat fe'el tu. Fheewww...
Then aku jadi gundah gulana di office, maka dengan itu aku telah mendail number telefon Taskanya...
Mereka cakap Akif is OK...but aku tetap tak tenteram. Kenapa ni?????
Ya Allah....Tolonglah....

Bahasa

Masihkah kalian ingat, ketika kita mengambil peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM)..(SPM =Sijil penilaian malaysia??Dah lupa dahhh sudah 10 tahun yang lalu).??
Kertas peperiksaan SPM , subjek Bahasa Malaysia kertas 2...Ada soalan boleh pilih, Sajak ataupun bahasa klasik.
Aku selalu salah buat pilihan.
Sajak- Aku selalu faham lain dan skema jawapannya lain. Puas aku bertekak minta markah simpati namun aku tetap tak akan dapat simpati. :-P
Namun sampai sekarang aku tidak dapat memahami tujuan soalan tersebut diwujudkan, terutama soalan yang "pada pendapat anda apakah yang sepatutnya bla bla bla"
Aku menjawap dengan memberi pendapat aku (since they ask for my opinion) tapi cikgu aku kata pendapat aku tidak betul!!Mana boleh...Itu pendapat aku, salah atau betul bukan pengukurnya. Hahahahahaaa....Kalau salah boleh kata salah tapi janganlah tolak markah...
Serius aku marah! Aku mogok dengan cikgu..Aku buat bisu kalau dia tanya...Lalu tepi dia pun aku buat tak nampak...Tapi cikgu aku tetap tak kata pendapat aku tu akan dapat markah.

bahasa klasik- Ya Allah klasiknya sampai aku tak faham.Kurasakan bahasa itu tidak pernah kuketahui (memang aku tak faham).Tapi dari satu sudut..Indahnya bahasa klasik tu...perkataan-perkataannya..'hatta maka dengan itu', 'dititipkan', dan banyak lagi.
Aku memang selalu kecundang kalau cikgu BM aku buat latihan bahasa klasik. Kalau dia tanya aku memang dengan muka penuh 'blur'nya, geleng kepala. Aku cuma boleh jawap bila soalan, 'apakah pendapat anda bla bla bla'...
Namun seperti biasa pendapat aku memang akan di'reject'..Adoi laa....cikgu....

Dalam SPM, aku tiada pilihan....Aku harus memilih salah satu dari 2 pilihan itu. Jika ingatan aku ini masih waras, aku telah memilih sajak....Namun aku lupa apa tajuknya.
Alhamdulillah, ketika SPM itu, pendapat aku ada dalam skema jawapan, maka aku dengan bangganya telah mendapat A1. :) Lawak pula bila dikenangkan....

Aik...Apasal tiba-tiba aku terfikirkan tentang kertas 2 bahasa malaysia SPM aku ni??
Actually....aku tiba-tiba teringatkan cikgu BM aku. Mmmmmm....
pssstttt...my dear hubby sure tak berapa suka my teacher ni...
But I don't know why aaa..Aku selalu suka cikgu yang kebanyakkan orang tak berapa suka....Dan aku suka kat cikgu yang memang orang suka laaaa...

Ada orang kata aku bodek, ada pula yang kata aku ni carpub...(carpub=cari publisiti)ni word zaman aku dok sekolah aku dulu laaa....

Kesimpulannya..Aku ni jenis...Orang berbudi kita berbahasa..Orang memberi kita merasa....Hehehehe

Aku masih tak boleh nak terima, kenapa aku tiba-tiba teringat zaman sekolah ni?????

Sunday, February 25, 2007

bonjol lembu jantan

Apa ke halnya tajuk entry hari ni...
korang pernah tengok lembu jantan gemuk berminyak je bulu dia..tambah-tambah kat bonjol atas belakang dia....Isi banyakkkk....
Kalau sembelih lembu ni memang daging dia mewah!!!
Jadi apa sangkut paut lembu jantan ni dengan aku??
Tak de sangkut paut cuma aku ni kalau bab memumpamakan memang nombor satu...
Kalau aku buka pakaian akif..kat pinggang dia ada isi..ala2 bonjol lembu jantan yang gemuk dan banyak daging...tu je sangkut pautnya.....
Kihkihkih...Aku kan memang weng tau kalau bab mcm ni...semut laaa..gedebi laaa...ni bonjol lembu jantan plak.......
Oppsss..maybe orang bandar tak pernah tengok lembu jantan hitam berminyak...
Aku orang kampung ceruk dehhh..memang lembu bersepah-sepah kat kampung aku.....
Ishhh kalaulah aku ni tokey lembu best juga kan..daging lembu mahal le ni...Eh melalut plak...btw..aku tak makan dging lembu....Kalau makan gatal-gatal or cirit birit...mmmm....

Saturday, February 24, 2007

besar semut dan 12.5kg

Kalau hubby marahkan Akif, aku selalu cakap
"abang janganlah marah dia, dia tu kecik lagi..baru besar semut!"
Then, hubby akan jawap
"Ayang ni rabun ke?Tu besar semut ke?"
Akan jawap
"Ahaa..tu besar semut la cuba abang compare anak semut dengan bapa semut"
Cuba korang comparekan anak semut dengan bapa semut...Mesti perumpamaannya sama lah kan daddy akif dengan akif.....
Kihkihkih...
Daddy akif 180cm+...akif baru 73cm+....tak ke akif tu sebesar semut?
p/s:kalau tak faham abaikan....

12.5kg
Mmmmm....Bila tengok graf tumbesaran bayi ,akif ni tahap average je..Apasal orang kata dia besar?
12.5kg..Mmm Memang berat aku tahan 10 minit je kalau dukung dia...lepas tu aku surrender...
Akif ni ada plak orang suruh aku jaga pemakanan anak aku nih katanya taku obesiti...Cettt....nak jaga amende?Anak aku minum susu aku je weh....Takkan aku nak suruh dia puasa kot..Nak bunuh??
Bagi aku, akif tu normal size....
Kalau tengok pada daddynya...akif tersangat normal...:-P
Btw...just a reminder...Anak aku baru setahun 5 bulan lebih aje...kecik lagi.,...muda belia....

Friday, February 23, 2007

updated

mysweetstory updated...

tak lena

Serius!!!.Aku tak leh nak tidor. Ada sesuatu yang membelenggu...Temangu...dungu.....
Apakah jalan terbaik mengatasinya?Insya Allah..Ya Allah bantulah hambaMU ini......Hanya KAU yang tahu apa perasaan aku ketika ini.
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami.Amin....

Thursday, February 22, 2007

hu-cyen

"Ishhh akif jangan la kacau mummy, mummy nak baca kejap je laaa...akif pergi buka pintu tengok apa ada kat luar"
Dia pun berjalan ke pintu...

"ma-mi, hu-cyen!!!"
"Apa?"
"Hu-cyen..."(sambil tunjuk tangan ala-ala hujan turun)
"Ohhh hujan lah akif...say.. hu-jan"
"hu-cyen"
"hu-jan"
"hu-cyen"
Hu-cyen pun hu-cyen laaaaa.

Cute plak dengar budak baru belajar ni bercakap....

Wednesday, February 21, 2007

kandou lagiiiii

Tadi dia tertarik cawan air masak dr meja maka tumpahlah air masak....Dia berlari ke bilik manakala aku berlari ke dapur ambil kain lap
Sambil tu aku dok fikir apa hal dia lari masuk bilik...Aku nampak dia buka almari baju dia...
Punggah barang lagi??
Tiba-tiba aku nampak dia keluar dengan sehelai sapu tangan..Alahai apa dia nak buat ni..
DIA GUNA SAPU TANGAN TU LAP LANTAI!!(padahal aku dah lap air yg tumpah tadi...)
Walauapun dia guna sapu tangan dia buat lap lantai aku tetap kandou...Anak aku dah tahu kalau ada air tumpah kena lap dengan kain! Pandai plak dia ambil sapu tangan, bukan ambil baju (sebab kain lap aku bentuk mcm sapu tangan)
Aku biarkan dia lap lantai tempat dia tumpahkan air tu...
Then dia melulu ke bilik di mana aku letak bakul pakaian kotor..Dia masukkan sapu tangan yang dia guna lap lantai tadi ke dalam bakul pakaian kotor!Anak mummy dah pandai!!!!

Monday, February 19, 2007

tak tidor lagi

Jam kat laptop ni dah menunjukkan pukul 12AM...Tapi 'jam' yang sedang berlegar-legar dalam rumah tu masih rilex lagi! Tak de bayangan dia akan tidor dalam masa terdekat ni........Sambil-sambil tu aku dengar nightline tv3 tentang ibu bunuh 2 anak kerana suaminya nak berkahwin lagi.Nauzubillah. What actually happened?
Both husband and wife have been arrested. Somehow, i really,really can't undersatnd why the mother should kill her 2 sons?Why don't she kill his husband?Since the husband create the problem kan...Alang-alang masuk penjara jangan la sebab bunuh 2 anak yang susah payah dikandung 9 bulan 10 hari, sakit bersalin lagi..Ishhh sungguh aku tak faham.....

Semoga aku dan saudara mara serta sahabat-sahabat aku dijauhi dari perkara-perkara macam tu.

'jam' aku tu tengah tekun dengar nightline sambil diriba oleh daddynya. Matanya masih bulat! Geramnyaaaaaaaaaaaa...Jap nak gi cubit sikit pipi dia...Ahaks.....
*wenggg*

update
Sejak cuti CNY ni akif dah buleh 'jadi' duckling! Kalau minta dia jadi duckling, dia akan buat gaya duckling ala-ala yellow duckiling dalam tv comercial DIGI tu...adussss....CUTEEEEE

sakit gusi

Arrghhhhh..sakit gusi weh!!
Dah 2 kali aku gi lkinik minta pain killer...nak gi jumpa dentist pun buat apa erk?masalah skrg gusi sakit ada 'ura-ura' gigi nak naik lg ni adoiii laa...tua-tua baru tumbuh gigi nih ishhhhhhh...sakit sakit sakit laaaaaa....
bila mkn pain killer & ambil ubat kurang bengkak lega sikit but abih kesan ubat datang balik....

Aduhai nak makan ubat ni satu hal le plak.....aku sejak breastfeed akif ni aku memang susah hati sangat kalau kena makan apa-apa ubat,
Tadi doktor bagi aku caporex-antibiotik...aku dah bagi tau aku breastfeed anak aku, doctor kata ok...mmm...
then aku diberi pain killer ponstan la apa lagi...
aku baca kat internet ponstan ni memang akan pass ikut breastmilk in small amount ...Ishhhh..selamat ke ni?
caporex aku search tak jumpa pulak.....adussss....

Semoga oklah..Janganlah ada apa-apa side effect to akif..
Risau weh risau wehhh...
Tapikan aku puji sungguh ubat gigi herba HPA ni...memang relief lahhh rasa sengal gusi ni tapi takkan aku nak gosok gigi 24 jam??

Ya Allah hilangkanlah sakit gusi aku ini...Amin.

CNY

Happy Chinese New Year kepada mereka yang meraikannya....

Sempena cuti CNY ni aku cuti 5 days.bermula Sabtu sampailah Rabu. Kami tak ke mana-mana pun...
Sabtu-Sepanjang hari hujan.
Ahad-Dari pagi sampai tengah hari panas terik..Namun hujan juga pada petangnya dan malamnya.
Kami keluar sekadar bawa Akif berjalan sekejap sahaja dengan aku gi jumpa doctor sebab sakit gusi. Tak habis-habis lagilah gigi aku ni nak naik. Dah tua dah weehhh gigi belom cukup lagi ni ishh ishhhh

Hari ni aku nak buka susuibu.com,
tapi kenapa entah tak boleh.

Sunday, February 18, 2007

Ubat akif

  • bricanyl syrup
  • mucosolvan syrup

Saturday, February 17, 2007

fufular wehhhh

Huhuhuhu..Bangga plak aku lepas baca berita ni.
UTUSAN
Betulll...sekolah ni memang bagus ..Sangat-sangat bagus..
Wehhh bangga wehhh...Ishhh dosyio....Tamaranai zeee...
Iya da...Rasa macam ..ish ishhh bangganyaaaaaaaaaaaaaaaa

Sebab apa aku bangga?Sebab sekolah tu sekolah aku 5 tahun wehhh aku belajar di situ mengenal hidup di situ bertemu hubby pun di situ juga! Maka bolehkah anda bayangkan betapa indahnya sekolah aku itu..baca juga blog ini.

Bangganyaaaaaaaaaaaaaaaa

Satu tahun 5 bulan

Satu tahun 5 bulan....Fuhhh..Mentang-mentanglah hari ini dia genap 1 tahun 5 bulan, DIA PANJAT KABINET TVdengan bangganya..
Poning kepala mummy & daddy...Kita halang dia ngamuk, kita biar dia panjat, kita larang dia guling!
Al kisah child car seat dia telah dibuka dari car....Lalu diletak tepi kabinet TV, maka bermulalah activiti dia...Hatta, child car seat pun diubah tempat, lalu dijadikannya child seat dia tu 'kerusi tolak'nya.Ditolaknya seat tu satu rumah..Mentang- mentang laaaaaaaaaaaa
Hari ni bukan main lagi laju dia berlari. Ish ish ish...

Friday, February 16, 2007

Akif and nihongo

#1
"Akif, mummy ha ne..Akif no koto ga daisuki dayo. akif ha mummy no akacyan da yo...Akif ga ne mummy no jinsei no dai ni ookii deki goto dayo..daddy no ato. Akif ha ne..Mummy no daisuki na akacyan da yo.."
"MI-MI,APA???"
"erkkk wakaranai no?"
Geleng-geleng, "MI-MI, APA?"
"Horaa wakaru jan.."
"MI....APAAA??"

"Akif mummy cakap, Mummy sayang akif, suka akif, akif is mummy's baby, akif adalah sesuatu kejadian ke-2 terbesar dalam hidup mummy, no.1 daddy laaa...Mummy suka akif sayang akif...."

"OOOOO...pe pe ...@#$%^*&^@#$%^&*&"

#2
"Horaaa..nanni yatteiru no?Horaaa mummy no sentakumono!!Akifff nanno yoo...doshite ko naccyau no?Horaaa..yogorecyau..."
"MI, APA?" dengan muka tercengang
"Nanni??" dengan garangnya
"MI, APA?"
Alaahai anakku ni...
"Mummy kata, akif buat apa tu?apsal buat cucian mummy mcm tu..abih kotor balik baju yg mummy cuci tu"
Dia geleng kepala...(tak nak ngaku la tu)

Kalau aku cakap Jepun ngan dia...Dia akan tanya 'APA'
Maknannya dia tau lah aku cakap bahasa yang dia tak faham....

Jadi aku cakap kat dia since dia tak faham bahasa aku cakap tu (japanese) dia kena belajar...

"benkyoshitai no?"
Dia angguk
"Akif faham ke?"
Dia angguk
"Apa mummy cakap?"
"Nyi..." Tunjuk buku dia...
Dia tahu ke aku tanya dia "nak belajar ke"?

aku memang bercadang nak ajar akif bahasa jepun ni, so start dengan itik bercakap ngan kambing dululah biar dia tanya APA bayak-banyak..Hahhahahaa

macam-macam ada

Mi-mi
Hahhahaaaa...Sekarang Akif panggil aku Mi-mi. Malam tadi bukan main becok lagi dia....Mi-mi itu , Mi-mi ini..semua nak Mi-mi....

Book
Dia telah mengoyak sebuah bukunya tanpa sengaja...
"Oooo Mi-mi...Nyi..Ane nyi..." (ohh mummy. ni(koyak) macam mana ni?)
Aku senyum aja....
"Tak pe nanti Mummy gamkan semula,ok?"
Dia angguk.

Muhammad Akif Hafiy
Jika kita menyebut nama penuhnya dia akan mengangkat tangan beserta "A-ye" (saya)

Iklan DIGI
Alahai itik kuning......Akif sukaaaaaaaaaaaa iklan ni. Boleh stop apa jua activity kalau iklan ni muncul di kaca TV. Sampai tidor mengigau-ngigau.Ketawakan si itik-itik tu.
Apa yang 'funny' sangat aku pun tak tahu.Kihkihkihkih

Wednesday, February 14, 2007

memang tak pandai

Aku memang tak pandai jaga anak.
Aku masih dalam peringkat belajar menjaga anak dalam erti kata lain menjadi ibu. Anak pun baru seoarng. so seorang tu lah 'sample' aku. Aku memang kena jaga betul-betul kerana hanya dia permata hati kami..cahaya mata kami.

Apa ya yang selalu ibu bapa tekankan dalam membesarkan anak ni?
1. Makanan
Memang makanan ni keperluan asas makhluk Allah di muka bumi ini.
Apakah yang patut kita berikan kepada anak kita.
Sejak lahir-Allah anugerahkan susu ibu untuk umat manusia. Jadi berikanlah susu ibu ini kepada anak anda.
Kemudian bila anak dah berusia 6 bulan, kita dah mula nak beri anak kita makan makanan lain. (Ada yg sejak lahir dah bagi anak makan solid food..kasihan anak itu)
Bukanlah satu perkara WAJIB...memberi anak makan ketika umur 6 bulan. Ia cuma saranan. Kalau nak bagi kita boleh bagi, kalau tak nak bagi pun tiada salahnya.
Apakah tujuan kita bagi anak kita makan?
Yang pertama nak kenalkan dia dengan makanan. Nak beritau dia yang dia suatu hari nanti perlu makan bukan sekadar menghisap sahaja.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati mysweetstory.
Pada pendapat aku, anak yang berusia kurang dari 2 tahun, tak perlulah kita paksa dia makan kalau dia tak nak terutamanya bayi yang menyusu susu ibu.

2. Pakaian
Asalkan pakaian yang selesa. Tak perlu yang mahal-mahal sangat, melainkan memang kita ni kaya raya sampai bayar zakat pun dah terlebih-lebih maka dipersilakan....Hak anda, tapi kalau sekadar hendak menunjuk-nunjuk baik dielakkan.

3.Pelajaran/Pendidikan
Amat penting.Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Dewasa ini ibu bapa lebih pentingkan 'brand' sekolah dari 'ilmu'. Jika bertanya tentang sekolah anak, pasti ada soalan susulan....method apa..(aku pun suka tanya juga, tapi aku sekadar nak belajar method apa ada dalam malaysia nih hahahaha..akukan masih belajar menjadi ibu)

Bukan sekadar 3 perkara ni lagi..Banyak lagi....Tapi selalunya 3 perkara ni antara yang paling penting.

Mendidik anak. Aduh, kitalah yang akan mencorak amanat Allah ini. Semoga aku boleh menjadi hambaNYA yang mampu memikul amanahNYA. Insya Allah...

Monday, February 12, 2007

kandou lagi

Kandou lagi....
Semalam, cuaca amat panas, aku kasihankan akif yang berpeluh-peluh itu, jadi aku pun bukalah baju dia. Kemudian dia dengan sendirinya buka seluar dan diapersnya, dia cakap "nak ndi-di"...
Tapi aku pelik kerana dia tak terus ke bathroom sebaliknya dia ambil diapers yang dia buka itu dan serahkan kepada aku. Aku tanya kenapa? Dia tunjuk-tunjuk dengan tangan dia yang mana membawa maksud 'sila lipat'.Aku pun melipat used diapers dia tu ke bentuk 'hot dog'..Kemudian dia rampas dari tangan aku dan bawa diapers itu untuk dibuang ke dalam tong sampah. Namun dia tak tahu cara nak buka tong sampah, dia 'U-turn' then call daddynya.

Apa yang buat aku kando adalah, anak aku dah tahu kalau 'used diapers, harus dibuang dalam tong sampah.Sebelum buang kena lipatkan, jangan biar terburai.'

Sungguh aku amat gembira, kaget, dan 'fukuzatsu na kimochi'.

Selepas dia buang diapers dia, dia masuk bilik ambil towel dia dan towel daddynya.

"Da-di, tom ndi-di!"
(daddy, jom mandi)

Kandou!!!!

Sunday, February 11, 2007

akif

Akif
Mak aiii kalau weekend kerja mengempeng aja laaa.....Aku bila fikirkan dia ni rasa macam tak mau pergi kerja jadinya...
Akif
Menyepah mmg kerja dia.....Kalau aku marah dia..dia buat tak tahu aja....or dia akan sengeh2 dan mengomel2..ntah apa yang dia kata erk...ntah2 dia kata..
'alahai mummy ni org nak main pun tak boleh..seminggu dua hari je saya buleh main ni'
kesiannya anakku....
Semalam daddy dia marah dia...what he did...dia ambil bantal peluk dia ..dia pergi belasah daddynya...Alahai..protest..siap dengan muka garang dia lagi.

Thursday, February 8, 2007

Bahasa & Aku

Bahasa Malaysia & Aku
Kalau zaman aku di sekolah menengah sains dulu, memang bahasa malaysiaku 'tip top', kalau buat karangan tu memang selalu akan antara yang bakal dapat markah tinggi, SPM AI....Tapi kalau sekarang, Bahasa Malaysia aku amatlah kritikal, terlalu lemah penguasaan tatabahasa dan penggunaan perkataan. Kalaulah Cikgu BM aku baca penulisan aku sekarang ini, pasti dia 'speechless'. Minta maaf cikgu.

Bahasa Inggeris & Aku
Bahasa ni yang paling susah aku nak kuasai. Aku pun tak tau nak komen apa dah.....
Kalau fikir tentang bahasa ni buleh pening kepala aku....Tapi bahasa ni penting kat dunia fana ini!

Bahasa Jepun & Aku
Bahasa ni, paling mudah aku belajar. Dalam seminggu dah boleh berkomunikasi. Macam tak percaya tapi kenyataan. Masa belajar bahasa ni tersangatlah mudah hendak difahami. Namun sejak kerja ni aku dah jarang sangat bertutur dalam bahasa ini walaupun kerja syarikat Jepun. Aku tengok pihak Jepun kat syarikat ini macam tak yakin je muka macam aku ni tahu bercakap dalam bahasa diaorang.
Aku tak de lah pandai sangat bahasa ni, tapi bolehlah.....Yang bestnya aku faham kalau time diaorang kutuk aku ataupun rakyat malaysia..kadang-kadang rasa aku nak penampar je diaorang tu!

Bahasa Arab & Aku
Aku belajar Bahasa ini 4 tahun, namun sekarang ni aku hanya ingat serba sedikit sahaja.Aduhhh rasa bersalah sungguh pada diri sendiri. Bahasa ni mula aku lupa sejak aku giat belajar bahasa Jepun.
Tak patut tak patut.

Tuesday, February 6, 2007

too-ting & ndi-di

too-ting
Apa tu? Hanya mummy akif je tahu...
too-ting bermaksuf cooking! Yes ..Cooking!

"Akif, why akif datang dapur ni?"
"Aaaa...Too-ting"
"Mummy aja cooking akif no need to cooking..pergi depan play dgn daddy"
"Hah??/nyak too-ting...nyak too-ting"
"nopeee...gi kat daddy!"
"@#$%^$##%6.too-tingggggggggg"

ndi-di
"yeyeyeee..ndi-di"
(buka seluar, buka tape diapers)
"ye yeeee ndi-di"
angkat dua belah tgn suruh org bukakan baju dia
"ndi-di!!"
ndi-di=mandi

Monday, February 5, 2007

solat 5 waktu

Alhamdulillah, anakandaku sudah tahu time solat....Setiap kali azan berkumandang dia akan minta sejadah dihamparkan dan dia akan 'solat'.
solat gaya dia laaa
  • berdiri tegak
  • say 'awwaahhh'
  • rukuk
  • sujud(kadang2 tertonggeng kadang2 meniarap ikut mood)
  • tahiyat akhir..
  • memberi salam...
Oklah kan peringkat permulaan....:P

apa nak tulis...

Hari ni aku EL (lagi). Bangun tido pening je kepala....
so aku sambung tidor lps solat subuh..bangun bila hubby kejut dia nak gi kerja...
adeeeiiiii

weekend..
pergi kenduri kahwin rakan sepejabat kat sungai besi.

Lain-lain aktivity...biasa aja.....

Kesempatan ini aku ingin mengucapkan TAHNIAH to my beloved rakan sepejuangan Ms. Anamiraa atas pembukaan Nutrition Club nya..TAHNIAHHHHHHHHH Wa caya sama lu! Aku doakan ko akan terus berjaya!! Amin...

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search