>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, February 8, 2007

Bahasa & Aku

Bahasa Malaysia & Aku
Kalau zaman aku di sekolah menengah sains dulu, memang bahasa malaysiaku 'tip top', kalau buat karangan tu memang selalu akan antara yang bakal dapat markah tinggi, SPM AI....Tapi kalau sekarang, Bahasa Malaysia aku amatlah kritikal, terlalu lemah penguasaan tatabahasa dan penggunaan perkataan. Kalaulah Cikgu BM aku baca penulisan aku sekarang ini, pasti dia 'speechless'. Minta maaf cikgu.

Bahasa Inggeris & Aku
Bahasa ni yang paling susah aku nak kuasai. Aku pun tak tau nak komen apa dah.....
Kalau fikir tentang bahasa ni buleh pening kepala aku....Tapi bahasa ni penting kat dunia fana ini!

Bahasa Jepun & Aku
Bahasa ni, paling mudah aku belajar. Dalam seminggu dah boleh berkomunikasi. Macam tak percaya tapi kenyataan. Masa belajar bahasa ni tersangatlah mudah hendak difahami. Namun sejak kerja ni aku dah jarang sangat bertutur dalam bahasa ini walaupun kerja syarikat Jepun. Aku tengok pihak Jepun kat syarikat ini macam tak yakin je muka macam aku ni tahu bercakap dalam bahasa diaorang.
Aku tak de lah pandai sangat bahasa ni, tapi bolehlah.....Yang bestnya aku faham kalau time diaorang kutuk aku ataupun rakyat malaysia..kadang-kadang rasa aku nak penampar je diaorang tu!

Bahasa Arab & Aku
Aku belajar Bahasa ini 4 tahun, namun sekarang ni aku hanya ingat serba sedikit sahaja.Aduhhh rasa bersalah sungguh pada diri sendiri. Bahasa ni mula aku lupa sejak aku giat belajar bahasa Jepun.
Tak patut tak patut.

3 comments:

erna said...

weh..aku ketinggalan sungguhs... tak tau pun hang ada blog lagi satu ni..sungguh menghibur hati bila baca.. rajin betulla hang menten 2blogs+fp lagi..terharus dan suspek sungguhs!
Hahaha... teruk tak bahasa aku? Aku ni pun 2x5 lebih kurang hampehs dah ni..Dolu pun aku among the highest and contoh murid kalau bab karangan etc Bahasa Melayu..tapi la ni ? hahaha
Bab bahasa inggeris lak hehehe..sejak jadi manager rumahtangga ni lagi la..dolu kerja, uni memang guna 100%bahasa ni..le ni setakat cakap ngan bebudak kat umah jer..
Bab bahasa arab..wahahaha..aku pun sadis sbb dah lama tak praktik (chewah mcm dulu guna betul)..takdelah..tapi aku start kenal bahasa arab pun kat UIA sbb subject wajib! sebelum tu mak sek agama tapi agama kristian hahaha(convent&assunta)
Bahasa jepun? hahaha..mak mmg tak pernah le weh..untung hang! ada spesel bahasa..bleh tau org kutuk etc tu yg penting!
Aku dulu pun ingat nak blajar mandarin..tapi sekerat jln jer..penting tu!mcm situation bila hang tau bahasa jepun gak la...:)
anyway..nice blog!

Fid said...

erna....
aku pun nak belajar bahasa mandarin tu tp tak belajar2 lagi.....uhukss

rizza said...

fid..aku bahasa melayu tak le teror cam hang..heheh cukuup je cam bahasa inngeris..hehee
bahasa jepun & arab lagi le tak tau...
bahasa perancis pun tak ingat sgt..hehe..jenuh gak aku nak ajar hassan..belit2 lidah aku..tengk gaya hassan senang je belaja bahasa spanish ni..kene le aku belaja sekali...heeheh