>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, February 14, 2007

memang tak pandai

Aku memang tak pandai jaga anak.
Aku masih dalam peringkat belajar menjaga anak dalam erti kata lain menjadi ibu. Anak pun baru seoarng. so seorang tu lah 'sample' aku. Aku memang kena jaga betul-betul kerana hanya dia permata hati kami..cahaya mata kami.

Apa ya yang selalu ibu bapa tekankan dalam membesarkan anak ni?
1. Makanan
Memang makanan ni keperluan asas makhluk Allah di muka bumi ini.
Apakah yang patut kita berikan kepada anak kita.
Sejak lahir-Allah anugerahkan susu ibu untuk umat manusia. Jadi berikanlah susu ibu ini kepada anak anda.
Kemudian bila anak dah berusia 6 bulan, kita dah mula nak beri anak kita makan makanan lain. (Ada yg sejak lahir dah bagi anak makan solid food..kasihan anak itu)
Bukanlah satu perkara WAJIB...memberi anak makan ketika umur 6 bulan. Ia cuma saranan. Kalau nak bagi kita boleh bagi, kalau tak nak bagi pun tiada salahnya.
Apakah tujuan kita bagi anak kita makan?
Yang pertama nak kenalkan dia dengan makanan. Nak beritau dia yang dia suatu hari nanti perlu makan bukan sekadar menghisap sahaja.
Untuk maklumat lanjut boleh lawati mysweetstory.
Pada pendapat aku, anak yang berusia kurang dari 2 tahun, tak perlulah kita paksa dia makan kalau dia tak nak terutamanya bayi yang menyusu susu ibu.

2. Pakaian
Asalkan pakaian yang selesa. Tak perlu yang mahal-mahal sangat, melainkan memang kita ni kaya raya sampai bayar zakat pun dah terlebih-lebih maka dipersilakan....Hak anda, tapi kalau sekadar hendak menunjuk-nunjuk baik dielakkan.

3.Pelajaran/Pendidikan
Amat penting.Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Dewasa ini ibu bapa lebih pentingkan 'brand' sekolah dari 'ilmu'. Jika bertanya tentang sekolah anak, pasti ada soalan susulan....method apa..(aku pun suka tanya juga, tapi aku sekadar nak belajar method apa ada dalam malaysia nih hahahaha..akukan masih belajar menjadi ibu)

Bukan sekadar 3 perkara ni lagi..Banyak lagi....Tapi selalunya 3 perkara ni antara yang paling penting.

Mendidik anak. Aduh, kitalah yang akan mencorak amanat Allah ini. Semoga aku boleh menjadi hambaNYA yang mampu memikul amanahNYA. Insya Allah...

3 comments:

rizza said...

fid...
aku sokong 300%
sebab ade 3 .....kalau ade 5 pun aku sokong 500%..

penting tu tau..

aku tambah sikit ...makan, pakaian, pendidikan..... & mendidik anak kepada "real world"

hehee

anamiraa said...

fid,
i'll go makan first, second pelajaran...he..he..tapi aku pun tak terbuat lagi...aku rasa anak2 aku memang terlebih makan dan pakai...tapi in term pengisian rohani dan jasmani tu aku tak sure sangat laa...risau gak ni...takut tak sempurna didikan.

dunia sekarang amatlah materialistik sampaikan aku kadang2 terlupa apa yang penting untuk budak2 nih...aku sokmo risau kalau2 tak cukup didikkan yang aku bagi masa depa kecik ni..

insyaallah anak2 kita jadik solihin semuanya....

Fid said...

rizza,
10q 10q hahaaa

anamiraa
Aminnnn...
Aku pun risau mcm ko gak...but anak aku makan cukup la pakai so so hahaaa