>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, February 27, 2007

Bahasa

Masihkah kalian ingat, ketika kita mengambil peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM)..(SPM =Sijil penilaian malaysia??Dah lupa dahhh sudah 10 tahun yang lalu).??
Kertas peperiksaan SPM , subjek Bahasa Malaysia kertas 2...Ada soalan boleh pilih, Sajak ataupun bahasa klasik.
Aku selalu salah buat pilihan.
Sajak- Aku selalu faham lain dan skema jawapannya lain. Puas aku bertekak minta markah simpati namun aku tetap tak akan dapat simpati. :-P
Namun sampai sekarang aku tidak dapat memahami tujuan soalan tersebut diwujudkan, terutama soalan yang "pada pendapat anda apakah yang sepatutnya bla bla bla"
Aku menjawap dengan memberi pendapat aku (since they ask for my opinion) tapi cikgu aku kata pendapat aku tidak betul!!Mana boleh...Itu pendapat aku, salah atau betul bukan pengukurnya. Hahahahahaaa....Kalau salah boleh kata salah tapi janganlah tolak markah...
Serius aku marah! Aku mogok dengan cikgu..Aku buat bisu kalau dia tanya...Lalu tepi dia pun aku buat tak nampak...Tapi cikgu aku tetap tak kata pendapat aku tu akan dapat markah.

bahasa klasik- Ya Allah klasiknya sampai aku tak faham.Kurasakan bahasa itu tidak pernah kuketahui (memang aku tak faham).Tapi dari satu sudut..Indahnya bahasa klasik tu...perkataan-perkataannya..'hatta maka dengan itu', 'dititipkan', dan banyak lagi.
Aku memang selalu kecundang kalau cikgu BM aku buat latihan bahasa klasik. Kalau dia tanya aku memang dengan muka penuh 'blur'nya, geleng kepala. Aku cuma boleh jawap bila soalan, 'apakah pendapat anda bla bla bla'...
Namun seperti biasa pendapat aku memang akan di'reject'..Adoi laa....cikgu....

Dalam SPM, aku tiada pilihan....Aku harus memilih salah satu dari 2 pilihan itu. Jika ingatan aku ini masih waras, aku telah memilih sajak....Namun aku lupa apa tajuknya.
Alhamdulillah, ketika SPM itu, pendapat aku ada dalam skema jawapan, maka aku dengan bangganya telah mendapat A1. :) Lawak pula bila dikenangkan....

Aik...Apasal tiba-tiba aku terfikirkan tentang kertas 2 bahasa malaysia SPM aku ni??
Actually....aku tiba-tiba teringatkan cikgu BM aku. Mmmmmm....
pssstttt...my dear hubby sure tak berapa suka my teacher ni...
But I don't know why aaa..Aku selalu suka cikgu yang kebanyakkan orang tak berapa suka....Dan aku suka kat cikgu yang memang orang suka laaaa...

Ada orang kata aku bodek, ada pula yang kata aku ni carpub...(carpub=cari publisiti)ni word zaman aku dok sekolah aku dulu laaa....

Kesimpulannya..Aku ni jenis...Orang berbudi kita berbahasa..Orang memberi kita merasa....Hehehehe

Aku masih tak boleh nak terima, kenapa aku tiba-tiba teringat zaman sekolah ni?????

1 comment:

nieza said...

Assalamu'alaikum... sorry yek... saje nak mencelah bila terbaca pasal SPM tu .. u ni ex-seratas ke? bukan apa.. ada nampak seratas-alumni kat situ. Saya bukan ex-seratas tapi la ni dok Taiping, familiar la dgn seratas ni, lagipun member ada ngajar kat situ. Dulu masa transfer ngajar kat Taiping, mintak Seratas (sebab pindah dr SM Sains Kuching - SBP jugak le) tapi tak dpt. Since sekolah lagi, seratas tu dah familiar bebenor dgn saya... but tak de jodoh ngan seratas... hehehe... kot anak2 besok pi situ... mana tau...
Lagi satu, syok tengok u pastekan gambar2 info breastfeeding... pam... ice packs segala... kat fotopages tu.. boleh beri info to 1st-time-mommies.
BTW nak promote sikit... u nak join tak MOM'S CHOICE Affiliate Program? Bolehlah menjana pendapatan sikit.. Baca info dia kat my web... www.momschoice.com.my

OK TQ
Selamat bergathering... ingat nak join... boleh le bukak mini-booth... hehehe... tapi hari Ahad tu dah nak bukak sekolah besoknya... alahai... cikgu nak prepare le pi ngajar... (prepare emosi... lagi 9 thn nak resign! lambatnyer!!!)