>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, October 31, 2007

mysweetstory

Mysweetstory telah di'update' hari ini....

terima kasih

sakit kaki

Malam tadi anak kesayangan kami bangun tengah malam menangis...(Pukul 1:33am dan 3:34am)
Dia kata dia sakit kaki..
Mati kutu kami berdua memikirkan kat mana tak kena.
Dari pergelangan kaki sakitnya berubah-ubah sampai ke pangkal peha...
Mata pejam tapi mulut bising..akit akit akit...Garu sana sini.....
Aku ambik minyak but but aku urut2 dia tertido..Kemudian menangis lagi sakit...
aku buka seluar dia bogelkan dia..dia kata 'bird' dia pun sakit aisehhh..
aku suruh hubby tengok mana tak kena (sebab aku kan rabun mana aku nampak)
Hubby kata tak de apa2....
Tukar diapers dia...Bagi susu dia tak nak..Adoi laaa...
So dia tidur pakai diapers aja laaaa...lena plak..Takkan sakit sebab pakai seluar kot?

Pagi tadi kat Taska aku bagi tau la dia nangis malam tadi ngadu sakit kaki...

Rupa-rupanya...Siang semalam diaorg main lompat-lompat lari2 kejar bubble....
Patut laaa...
Kata pengasuhnya semalam anak teruna aku memang lasak sangat-sangat.....
Naruhodo....

Semalam juga on the way balik rumah kami singgah kedai gunting..potong rambut dia...Dia yang beriya nak potong...Dan Alhamdulillah semalam dia duduk dengan tenang kat atas kerusi....
Sambil control macho sebab ada budak-budak lain..Pandai plak budak 2 tahun ni ..Tau pula dia malu kalau nangis time gunting rambut....Dah besar...

Tuesday, October 30, 2007

Tip menghadapi Exam -cara aku

Aku teringat mende ni pagi tadi masa tengah dok isi EBM si kecik dalam cooler bagnya....

UPSR dan PMR tahun ni dah berlalu....Bulan depan SPM akan bermula...Good Luck to all SPM's candidates....

Di sini aku nak mengimbas kembali cara-cara aku menghadapi peperiksaan...

UPSR....
Masa tu belum akil baligh lagi harharhar...Memang tak fikir apa pun..Cikgu kata UPSR kena score...so buat jelah apa yang terdaya..
In fact soalan UPSR senang giler!
Aku UPSR tahun 1991...So siapa yang ambik UPSR ngan aku tahun tu yang dapat result corot..Kesian kat korang..(Jahatnya)
Orang(senior) aku ramai yang bagi tau aku soalan UPSR susah gile gile...
Tapi kenapa entah bila aku yang ambik UPSR aku rasa senang sangat2.....
Aku tak de study sakan pun(sebenarnya aku tak tau plak nak exam kena study..yang aku tau selagi bergelar student aku kena study) Kira aku sentiasa bersedia la

PMR
Aisehhhhh...Batch sebelum kami tu result kureng sikit so batch aku 'kena' la....
Tapi aku macam biasa....Sentiasa bersedia..Aku paling kritikal geografi...Paling cantik aku dapat C...sebab nya..
1. Aku tak suka geografi
2. Aku tak suka cikgu geografi....
Bagi budak bijak macam aku ni....Kalau aku tak suka cikgu memang aku tak mau score subjek dia...Teruk sungguh....Geografi ni aku counter-measure dengan menjawap all the passed year paper...
Alhamdulillah PMR aku dapat juga A....
Kemahiran Hidup plak ...Aku selalu dapat B aja..Bukan sebab aku tak suka cikgu tapi sebab aku asyik tidoooo aja dalam kelas..Cikgu plak lantakkan aku tidur....Tapi kalau time buat projek KH aku suka...Belajar teori memang membantu aku lelap laa KH ni...
Tapi bila cikgu start buat bengkel KH 2-3 bulan before PMR aku suka join...Orang tak join pun aku join....Cikgu bukan yang ngajar aku punya bengkel pun aku ikut...Buat muka tak malu.."cikgu nak join blehhh?"
Memanglah cikgu akan bagi..Budak semangat nih! Jadi aku dapat A masa PMR KH sebab aku rajin pi bengkel...Belajar last minit...Cuak juga...Tapi dah berlalu...
Syukur....
Subjek2 lain Alhamdulillah Allah permudahkan....
Moral: Kalau subjek tak minat belajar je sekadar nak score exam.

SPM
Haaaa...SPM ni aku ada strategi....Tambah2 lepas dihantar pi join projek bestari..(ni budak2 yang bijak bestari terpilih seluruh SBP se-malaya je buleh join)
Aku dah 'stop' study 2 bulan sebelum SPM...Aku menjawap soalan aja (bila rajin..kalau malas aku lepak je la tengok orang study)
Aku lagi enjoy tengok orang terkocoh-kocoh study 2 bulan sebelum SPM...SPM kira peperiksaan terbesar Malayalah kan...
2 bulan before SPM ni aku memang dah tak sentuh buku text dan rujukan...Buku nota aku yang 'smart' gile tu aku sentuh sikit2...
2 minggu before SPM aku dah kemas2 all my books..Pack into a BIG box....
Seminggu sebelum SPM aku minta tolong mak sedara aku meh angkut bawa balik BIG box aku tu....
Maknanya masa minggu SPM tu aku memang tak baca sebarang buku pelajaran (termasuk nota2 kecil )
Aku dah freekan minda aku dari sebarang nota/buku ilmiah...Baca novel baca majalah baca al Quran sahaja....
Bagi aku cara ni saja boleh menenangkan aku.
Lepas abis exam satu subjek aku dah tak tengok lagi dah...Aku looking forward to next paper...optimis sungguh2...
Masa minggu SPM berlangsung ni...Aku tak suka sangat-sangat orang yang study gile (study last minit) Dah tu dok tanya soalan kat aku...
"Ehhh kalau soalan ni macam mana nak solve?"
Arrghhhhhhhh...Tak mau layannnn.....
Time SPM aku tidur awal bangun awal..
Kalau hari tak ada paper aku ronda-ronda kawasan sekolahku yang tercinta..Intip2 boyfriend aku yang tengah exam..Harharhar....
Tenangkan jiwa menjelang peperiksaan

Time SPM bab makan kat asrama fuhhh...very the sedap one wa cakap lu.....
untuk menenangkan student agar dapat jawap soalan dengan baik dan menaikkan nama sekolah le tuuuu....
(Banyak juga ya kerajaan invest untuk SBP ni ya...Zaman tu SBP ada berapa ketul je, le ni SBP bersepah dapat masuk SBP dah tak de feel daaaa...)

Dan ada plak rerakan yang masa dekat2 SPM/minggu SPM study bagai nak rak...Tidur lambat..stay up sampai pagi.....Masuk ke korang study gitu?(Ada orang mmg masuk sbb derang jenis last minit..so aku kena terimalah perbezaan ni)
Ada plak yang jenis tawakal tak abih2 usaha yillek..(lagi haru...) Asyik solat hajat baca yassin solat hajat baca yassin..qiammulail...tapi buku tak baca..Dalam kelas berangan...Mana bleh..kita kena usaha kuat dulu baru buleh tawakal....

Cara belajar dalam kelas cara aku...
Dalam kelas tumpukan perhatian...makesure buleh faham isi kandungan pelajaran dalam kelas....Kalau tak faham cepat2 tanya....kalau dah faham nak tidur ke nak berangan ke OK..(hahahahaa)
Lepas kelas...baca balik nota yang diambil time kelas tadi. Bila dah benar2 yakin dah faham, cuba jawap soalan2 berkaitan..Dah buleh jawap..tutup nota tu....Tolong jadi tukang jawap soalan untuk orang lain..Kalau ada orang tanya/minta tolong..cepat2 tolong....(membantu anda lebih memahami subjek yang anda belajar)
Itu bagi matapelajaran yang berfakta...
moral:Jangan kedekut ilmu..be helpful...

Bagi matematik pula...mod maths ke add maths...
Paling penting
banyakkan buat latihan tubi....
sambil2 dok tunggu cikgu datang kelas ka sambil2 dok tunggu time solat ka time makan ka...buat satu dua soalan...
Rajinkan diri jawap soalan yang cikgu tak suruh....
Kalau rasa bijak macam aku...Cuba belajar sendiri sebelum cikgu ajar....Terutama add maths..kan bnyk contoh2...so aku selalu buat advance..by the time cikgu ajar aku dah tau.....

Kat library banyak buku maths..
Gi pinjam jawap semua soalan dengan muka tak malunya bawa jawapan2 tu ke bilik guru...Bagi kat cikgu...
"Sir...Saya dah jawap bab XYZ ni..tolong check..Thanks sir.."
Cikgu maths anda akan senyum je tau...
Dolu2 orang selalu kata aku ni kaki bodek..Lantaklahkan janji aku usaha keras/kuat....

BM....
Ni mata pelajaran favorite juga terutama bila kena tulis karangan...kat bawah sekali cikgu komen dengan pen merah
lari tajuk...pangkah besar2...
Dengan muka sinis nya pergi ngadap cikgu..
"salah erk?Saya ingat ke betul.."
"Dah pi balik tempat awak tulis semula.."
"Alaaaaa....Tak best la macam ni..."
"Karang semula...Ikut tajuk.."
"Cikgu sayakan kreatif..Tak bangga ke ada pelajar macam saya ni.."
Kalau Pok jik dia sengeh ngan angkat tangan ala2 nak tampar..Tapi tak tampar laa..kalau cikgu noraini dia akan kata..
"tadah tangan..."
Piaaakkkk kena sedas ngan pembaris kayu...
Adoiiiiii...
Cikgu Noraini memang cikgu BM the best in the world..Dia juga suka merotan dan mendenda kami ..Tapi aku suka.....Dia merotan tapi muka dia Allah sahaja yang tahu...tergambar keikhlasan dan keibuan...Kalau dia berleter kami akan senyum sahaja....Padahal kena leter bukan main lagi pedasss berasap...
Moral:Kasihi guru anda....Insya Allah ilmu anda berkat

Perkara yang disebut di atas adalah antara cara-cara saya menghadapi peperiksaan di Malaysia..(UPSR,PMR,SPM)..Yang mana elok tu bolehlah kita sama-sama praktikkan..Yang mana tak elok tu sama-samalah kita elakkan....
heheheheee

Apa itu Istidraj...

Aku dapat ni dari forwarded Email. Untuk peringatan buat diri sendiri...

Apa itu Istidraj...

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ?Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Monday, October 29, 2007

Cuba jangan off topic...

Disebabkan aku suka benar off topik jadi aku nak cuba TAK off topik...
Jadi topik untuk post ini....
Mr.A yang ngok ngek...(ngutuk org lah plak)
honestly aku berpendapat kelakar!!!
Di dalam meeting yang panjang..2 jam..
Seorang menejer menanyakan satu soalan bonus kepada seorang enjinia baru...
Sebelum tu..Enjinia baru tu dia dah arahkan buat investigation tentang SD card yang wujud di alam fana ini.
Jadi tadi si enjinia baru pun presentlah (tajuk lain but since menejer tanya dia jawaplah bab SD cards itu.

Enjinia baru: I try to find local SD card but i cannot find it.. There are China SD card...
Menejer: How many is China SD card...
Enjinia belum sempat jawap tapi cef enjinia yang tolong jawap..
cef enjinia: Many many many...China SD card many many....(sambil gelak2 dengan cef enjinia2...)
Aku pun tumpang gelak...

Mmm...Sungguh tidak tercapai akalku daya pemikiran Menejer....Takkan tak tau dalam dunia ni kalau bab keluarkan barang2 gitu China la yang memang 'advance'...Kalau nak bilang mahu 3 bulan lagi tak bleh nak compile jadi report!

Aku pun kena present tadi....
Seperti biasa tahap kerabunan aku tidak dapat dikawal lagi oleh teknologi abad ini....
Opss...see aku dengan mudahnya can jump to another topic easily....Stop je laaaa

tergendala lepas tu yome-syutome

Aku dah buka 'write post' page ni dari pagi tadi lagi ..Dah tulis halfway tapi tak jadi...so aku padam...Lepas tu aku ada meeting lepas lunch tadi then aku gi ngepam tetiba teringat satu kisah...IDEA aku...IDEA wa cakap lu.....

Yome-syutome....Apa makna?
Yome = daughter in law
syutome = mother in law
Harharharhar....Pada pendapat aku permasalah yome-syutome ni bukan dalam masyarakat melayu aja...semua masyarakat ada..Tak percaya gi servey.....
Aku pun tak pasti apa masalahnya sebenarnya....Ishhh
Aku bukan nak cerita panjang lebar tentang masalah yome-syutome ni..
Aku nak cerita tentang idea aku.hehehee
Insya Allah jika ditakdirkan aku menjadi ibu mertua suatu hari nanti (awai sgt ka?)Aku berjanji dengan diri aku sendiri, aku akan menjadi ibu mertua yang terbaik buat menantu-menantu aku...(cheeewahhh- so sapa2 nak berbesan ngan aku jangan susah hati ya....)
Aku tak akan kacau hal rumah tangga anak menantu aku..Suka hati koranglah nak tungging terbalik ka.....
Nak naik ke bulan ka apa-apa suka hatilah...Tapi kalau korang susah korang carilah mummy....
So dalam usaha nak jadi ibu-ibu mertua yang membahagiakan anak menantu aku kena..
1. Ikhlas
2. sporting..penyayang...etc2 yang related dengan kasih sayang...
3. Happy
4. Banyak harta - utk kasi sikit kat anak menantu
5. Banyak duit - kalu anak menantu susah aku kena tolong

Kalau raya anak menantu aku tak mau balik umah aku pun tak pa...(kalau dapat menantu yang jenis tak mau mengalah asyik2 nak raya kat umah parents dia...suka hati laa)
Aku tak kisah....Ni aku baru propose kat hubby malam tadi...
Aku cakap kat hubby dalam kereta on the way balik dari MV semalam..
"Abang....Nanti kita dah tua2 ada anak menantu kan..kalu anak menantu kita tak mau balik raya umah kita pun tak pa laaa...."
"Awat?mana buleh..Kena adillah..."
"Abang y not u accept my idea nih..."
"Apa"
"1st make sure kita banyak duit banyak harta...sebab my plan is...Kalau musim raya anak menantu tak mau raya ngan kita...Kita pergilah raya kat overseas....."
"Hishhhh...."
"Iye bang kita raya kat oversea....Dengan student2 dan family2 kat sana..sure derang suka.....Kalau saya dok oversea org malaysia dgn rela datang nak beraya ngan saya, saya suka...kita bawalah rendang etc bang...kita masak bawa pi sana...malam raya kita terbang makesure pagi raya sampai laaa...."
"Bagus juga idea tu..Tapi abang rasakan kalau kita buat macam tu anak menantu kita sure tiap2 tahun balik umah kita sebab nak ikut kita raya oversea..."
"Errkkkk"

Ya idea aku...Kalau aku berduit ribu jutaan....
Hari2 tua nanti kalau anak menantu tak mau balik beraya umah aku pun suka hati kamulah labu...mummy dan daddy raya UK this year..next year tokyo..next next year sidney dan seluruh destination yang ada.....
Buleh dak????

Kenapa masih ada mak bapa yang suka sangat nak interfere hal anak menantu ya?
Tak fahamnya...So untuk menjadi ibu-ibu mertua yang baik in future aku kena...Banyakkan ilmu agama dan ilmu dunia akhirat agar aku mengikut landasan yang penuh kerdhaanNYA....
Dan aku berazam menjadi ibu yang senantiasa meredhai...

Anak aku kecik2 ni aku kenalah susukan dia..belai dia bagi dia rasa kasih sayang aku..Biar bila dah besar..Kalau dia terpaksa ikut permintaan wife dia sekali pun dia dapat rasa kehangatan kasih ibu dia....

Itulah idea bernas aku abad ini dalam preparation nak ada menantu 20-30 tahun lagi...weeenngggggg..sewelll...

p/s:
Demo yappari kowaiinaaa.....ningen kankeitte...
Uchi no mutsuko ha akumademo uchi no ko desu...So dayo!

Tapi kalu aku tak dak duit ribu jutaan maca mana ya?
Ala redha aja laaaa....Doakan anak-menantu sayang kita hargai kita....Betoi dak?
Orang kata cakap senang nak buat susah..aku kena buktikanaku buleh..
(org kata nak susu anak tanpa FM susah tapi Alhamdulillah complete juga 2 years course Alhamdulillah.....)

Chopps selit sikit cerita anak 2 thn dan mengepam susu
Rupanya bila anak dah makin besaq tapi aku masih ngepam ni lagi 'power' soalan...Ishh ishh...so kepada yg sapa2 selalu kena bersoal jawap sebab pam susu tu soalan2 tu kacang botol je.....kalau ngepam lebih dr 2 tahun soalan lagi best!Silap2 hal dalam selimut pun orang tanya harharharhar...be prepare....Tapi soalan2 tu tak perlu dijawap..ignore je....Kalau rajin senyum sengeh je..kalau malas buat2 tak dengar....
Macam mana pun aku tetap komited dalam memberikan anak aku susu ibu....Ya Allah permudahkanlah urusan aku....

Friday, October 26, 2007

dah ada tapiii

Hahahahaha...
Dah ada oven tapi tak tau nak guna lah plak...Nampak sangat tak pernah 'baking-membaking' ni...
Alamak api atas sahaja untuk apa?api bawah saja untuk apa..api atas+bawah aku taulah juga untuk membakar atas bawah kalau ikut macam zaman tok aku buah bauhulu dulu guna dapur kayu....Hehehehehehee....

Malam tadi dengan jayanya aku beli mixer plak kuang kuang kuang....Ni pun secara jujurnya aku tak tau guna ..tak pa tak pa aku guna slow2..heheheheee

mixer tu my man yang beli..dia yang bayaq....sebab aku nak yang murah tapi dia suruh ambik yang mahal sikit so....budget aku tak cukup la kan..sapa yang pandai propose dia la pandai bayar....
however, lately aku ada communication problemo la ngan my man nih....
Kalau cakap nak angin je ishh....
Dia asyik sibuk ngan kerja dia je....menyampah aku!
Kalau nak cakap ngan dia aku kena start dengan..
"excuse me sir..I'd like to discuss with u bla bla bla"
kalau call dia aku kena cakap
"hello sir..how do yo do..bla bla bla"
Kalau aku start dengan..
"abang i bla bla..."
jangan harap dia nak tumpu perhatian....
kalau aku call aku sebut "abang..i bla bla" pun dia akan tak berapa layan....
Semua kena dengan 'sir'...maybe dia tak perasan tapi aku perasan sangat....
Dia akan respon well with 'sir'
Nape erk?
Malam ni aku plan aku nak 5S (seiri, seiton, seiso, shinketsu,shitsuke) barang-barang dalam bilik belakang tu. Nak cari ruang untuk aku letak oven and mixer aku...hahahahaaaa

Microwave aku hilang pagi tadi....
Akukan malam tadi masak untuk akif so pagi tadi nak panaskanlah...Sekali...
aik where is my microwave?
"abang mana microwave saya?"
no respon..
"excuse me sir..where is my microwave oven?"
Dia pun meh ke tempat aku.....
Ya Allah yang dia pi simpan microwave aku tu apasal..ada ka patut tempat aku letak microwave dia letak oven....
Cett..Dah 107 kali dah bagi tau oven tu kalau nak guna baru letak kat mana2 tempat....tempat microwave tu janganlah kacau ishh ish ish....

Update: Aku meng'link' sampai kisah tok aku ni sbb teringatkan 'oven' dia guna bakaq bauhulu...

Tok....(tok=nenek, org kedah mmg panggil gi nih)...
Tok aku belah ayah meninggal pada tahun 2001...29 january 2001..(masa tu aku tengah on the way balik bercuti...masa dia menghembus nafas terakhir aku maybe tengah berada kat ruang udara laut). Aku sampai Malaysia pukul 7pm sebab cuaca tak berapa elok sepatutnya sejam awal dah sampai.
Tahun 2000 bulan august aku dah balik dah....Time tu aku jumpa dia..
dia cakap kat aku pada saat terakhir aku nak melangkah naik bas nak balik....
"kalau lepas ni kita tak jumpa dah pun tok tak kisah..Tok dah puas hati jumpa hang kali ni..Kalau nanti tok dah tak dak..hang tak mau balik sini lagi dah pun tak pa....Tok tak dak balik sini pun bukan ada apa..tok wan hang tu biaq kat dia la.pandai2 dia la....Tok minta maaf mana yang tersalah...." Dia peluk cium aku..seakan-akan dia tahu itulah kali terakhir dia berpeluang berbuat demikian.....
Aku hulur kat dia rm100, tapi dia menolak dia hulurkan aku rm250..haahhaaaaa..Lawak plak...
"tok banyak ni tok...Orang ada duit lah la ni....tak mau aaa"
"ambiklaaa...Kali ni aja...ambik..ambik bas nak jalan dah tu"
Aku naik bas dan dia memerhati ...Aku dapat nampak dia melambai-lambai....

Kali terakhir aku balik kampung tu tahun 2004 dan lepas tu aku dah tak balik lagi kerana beberapa sebab tertentu and as what my tok said..
"kalau balik pun bukan ada apa dah.."
Aku tak tau kenapa Dia boleh kata macam tu dan memang benar..kampung itu makin jauh dari hati aku.....Aku yakin Tok aku redha...Kerana dia dah boleh agak what will happen kalau dia dah tiada...
Al Fatihah buat Tok....

Kepada sepupu2 aku yang share same tok (kalau ada yang terbaca blog aku la)
Hangpa janganlah kecik hati kalau Tok selalu lebihkan aku berbanding hang pa semua....Aku adalah satu2nya cucu dia yang dia kata mengembirakan dia..hang pa jangan marah dia..hakikatnya dia mengasuh aku dari aku 3 bulan sampai aku masuk asrama.Aku yang dok tolong picit/urut dia kalau dia tak sihat..Aku yang selalu dengaq cakap dia berbanding hang pa.....Aku yang paling dekat ngan rumah dia....
Hangpa akan faham perasaan dia bila hangpa dah ada anak ataupun dah jadi tok nanti...

Thursday, October 25, 2007

don't worry

Nak cerita tentang anak aku..

Pada hari sabtu lepas aku kerja..Kena kerja so the baby stay at home with his dad lah kan...
Masa the baby and dad fetch me, the baby tiba-tiba muntah...Keluar segala mala isi perut kesian....
"mummyyy.........akit"
Pity u my baby...
So
the mummy start la FAQ dia tanya the daddy...
What u fed him bla blabla...

Aku dah masak lauk for the baby.Cuma aku minta tolong tha daddy to cook rice ala cuci2 beras masuk dalam rice cooker tekan cook....
But...
The daddy said..
malas...so i bought nasi kat kedai mamak....
Uwaaaaa..
I blamed the nasi from kedai mamak...caused my baby sakit perut
sakit perut the baby berlarutan sampai semalam....
Petang sabtu tu dah gi SMC...ambik ubat tapi takleh bagi the baby sebab apa kita bagi semua dia muntahkan semula...
Sampailah ahad dia masih cirit-cirit ..muntah dah stop...Isnin pun cirit dan dia kurang bermaya
Selasa balik kerja gi panel klinik kat rumah nak ajak gi yang selalu dah tutup petang.....
adakah patut (aku memang tak ke sana dengan tujuan mendapatkan nasihat cuma aku nak tau apa condition dlm perut anak aku)..ada ka patut dia kata jangan bagi the baby any food included milk.....dia suruh bagi the baby air glukos...aku sengeh aja...
impossible the baby boleh menempuh harinya tanpa nyen..impossible...
Keluar dari klinik masuk kereta dia dah say..
"mummy nak nyen"
Semalam Rabu mummy pun sakit perut so kami gi panel yang biasa..Ingat nak gi jumpa paed but the daddy plak kata dia sebuk bangat..so gi la panel biasa yang mummy suka....

Mummy pun cerita masalah mummy dulu..settle..
next is the baby...
"what wrong with u boy?"
"akit.."
"Kat mana"
"ini" tunjuk perut..
Doktor pun check....
Mmmm....
"apa dia dah makan ni?but don't worry budak memang macam ni suka2 dia aja apa dia nak makan..."
"But doktor dia tak bermaya aja...badan pun dah kurus" say the daddy
" U tengoklah diakan aktif move here and there non stop of courselah akan susut badan....He's ok..don't worry..."

Apa yag aku suka doktor panel ni ubat dia selalu sama macam ubat yang paed bagi.....

Alhamdulillah selepas sehari berkepit ngan mummy at home the baby is getting better...

Akif sekarang tak boleh dilarang apatah lagi dimarah oleh kedua ibubapanya...kalau terkasar bahasa sikit je dengan dia..Dia akan..."huk huk huk"
Then uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...Very sensitive...
Kalau tak nak dia buat sesuatu kena pujuk memujuk..tawar menawar.....
Almaklumlah orang tangah belajar

Aku nak bagi dia try minum fresh milk...
"akif ni minum fresh milk"
"na nak..Mummy ya nunum.."
"aik apasal mummy plak?"
"Mummy nunum acif nyen..."
Alahai pulang paku buah keras....
Dulukan aku selalu tak nak bagi dia mkn mknn yang belum sesuai untuk dia aku kata kalau mummy makan akif akan dapat dari nenen...

"akif minum ubat nih"
"Nanak..mummy ya nunum...Acif nyen"

"akif makan sup ni.."
"nanak..mummy ya maakan...acif nyen"

sekarang ni semua alasan mummy makan/minumlah saya nenen nanti..adoiii...Hehehhehehee
Layan je laaaaa

Ehem2 Ehem

Semalam aku MC..Aku sakit perut dari 23 Oct lagi...Ntah salah makan apa aku pun tak tau.Yang aku noticed sejak bersalin ni perut aku very sensitive.

Akif pun kurang sihat. So kami berdua di rumahlah semalam.
Akif nyen all the time..From 9am to 12pm memang dok berdempek aja.

Semalam hubby mengambil kesempatan balik lambat (ada ka patut bini sakit dia balik lambat)..He arrived home around 7:30pm gitu....

Lepas dia bagi salam dia masuk dan cakap malam ni tak yah masak la kang tapau je la.....
Aku terus cakap..
"i want oven i want oven"
and repeated by akif
"i wan obeng i wan obeng"

and hubby cakap
"beli la..."
"Huh????Beli???"
"Haa belilah"
"Jommm..we're ready..."
"Sat la orang nak solat nak mandi dulu"
Dalam hati....Mamat dia biaq betoi....

Dia pernah nak bagi aku beli oven 3 hari b4 raya ..Aku tak mau la Tak dan aku nak study oven....macam mn nak buat kuih raya...

Ni aku serius nak oven sebab aku nak sangat2 belajar buat kek..roti..pizza...i want to bake something...sungguh...keinginan nan satu.....Rasa macam pincang sangat ilmu masak memasak aku haharharahr..
note to rizza:so dengan ini aku mengumumkan ....aku nak mintak tolong ko menyediakan resepi yang aku request hari tu hahahahahaaaa..Thank you dear...

Jadi semalam aku dah dapat oven(murah) seketul Yahooooooooo...
Dia nak bayar..Dia dah bagi duit dah tapi aku menolak aku nak bayar sendiri.....(Aku ada agenda lain so untuk this cheap oven i can pay by myself huhuhuhu)
smart kan aku?
Kihkihkih....

Actually aku belom keluarkan lagi pun oven tu dari box.....Si Akif je pulun sakan semalam...Tapi aku cekup dia yang sedang meragas kotak oven aku bagi nyen dia tidor aku tidor daddy dia tidur..sedar2 dah 12am sekeluarga tertido depan TV so aku ajak semua masuk tidor dalam bilik tidur......
Pagi tadi aku sempat jeling je ke arah oven aku tuh..
Tak ada tempat pun nak letak dia...tapi lantak laa..nak guna keluarkan tak nak guna simpan laaa...(sebenarnya aku dah create space utk oven tu but not sure muat ke idak sebab last weekend aku memang target at least by this weekend aku beli tapi dapat awal plak besar dari size aku target plak tu...harharhar)

Aku tulis kat blog ni bukan nak menunjuk tau cuma nak bagi tau kawan2 aku...AKU HAPPY sebab aku dah ada oven!Yahooooo

Monday, October 22, 2007

Fora-mu

Erkkk.....
Aku pk aku dah nak slow down sikit dah join fora-mu yang aku dok join tuh....
Fora-mu tu masa day 1st aku join dengan sekarang amat berbeza corak dan directionnya.

Seingat akulah kan..seawal pembabitan aku dalam fora-mu tu, memang topik dibincangkan hampir 100% berkisarkan breastfeeding.
Jarang sekali ada 'off topik' atau pun topik yang jauh tersasar dari breastfeeding.

Masa mula-mula join dulu, memang orang yang join semuanya ingin belajar tentang breastfeeding..Dari A to Z.....

Tiada cerita dalam selimut, tiada cerita mertua, tiada cerita tak bersangkut paut......
Aku ada juga ter'post' beberapa post dalam topik tak ada sangkut paut ini. Hahaaa...
Bila aku renung balk..bersalahnya aku......Ampun ampun ampun.....

Dan selalunya kalau topik susu formula keluar akan menimbulkan pelbagai perdebatan tentang pendapat masing-masing.....
Dan sesungguhnya bagi aku....Aku masih tidak boleh menerima sebarang komen menceritakan kebaikan susu formula di dalam fora-mu itu......Minta maaf semuanya.....Katalah kalau nak kata aku berfikiran sempit ke berfikiran kolot ke ..bengong ke ngok ke what ever......
Seingat aku pada peringkat awal dahulu ada ahli yang menyuarakan rasa tidak puas hai jika fora-mu itu terus dibiarkan berkisarkan pelbagai cerita yang bersimpang dari tujuan utama diwujudkan.....Ahli tersebut risau fora-mu itu akan jadi seperti fora-mu2 lain di alam maya internet ini.....
Setelah hampir dua tahun turut serta...Aku mula merasakan auranya makin hilang...tidak 'waku-waku' seperti dulu lagi...Kegirangan belajar bersama2 sudah luntur....Bukan kerana aku dah BF anak aku 2 tahun sblm aku capai 2 tahun pun aku senantiasa berbincang dengan kawan baik aku..(ok ka aku cakap ko kawan baik aku?aku tak kira..aku nak anggap ko kawan baik aku juga)

Of course aku tak boleh buat apa2 sebab itu bukan aku punya ..aku sekadar menumpang je...So untuk kebaikan semua eloklah kiranya aku mengikut tindakan ko (ko tau kan siapa ko...hehehhe...)

Opsss..tentang FM, fresh milk and soy milk
FM and fresh milk yuppp sumber yang sama......Dari lembu atau kambing juga....
kenapa aku ok dengan fresh milk but cannot accept FM...From my defination lah kan...formula milk itu untuk bayi bawah 2 tahun....manakala fresh milk tu boleh diminum oleh manusia yang telah berumor 2 tahun ke atas sampailah akhir hayat..Melainkan manusia tu alah ngan susu2 haiwan yang halal diminum itu....Fresh milk ni kita tak digalakkan bagi baby bawah setahun minum kerana kandungannya tak sesuai lagi untuk sistem penghadaman baby. Sebab tu terciptanya FM bagi membantu ibu2 yang tak mampu bf anak ataupun utk bayi2 yang tiada beribu....
Yang aku tak berapa suka FM tu bila diberi kepada bayi yang baru lahir tanpa si ibu berusaha mencuba menyusukan anaknya sendiri....

Kalau tak menyusukan anak kerana tiada ilmu pengetahuan terutama ibu baru...janganlah anda merasa bersalah....Anda tak bersalah....Kalau yang pertama kita tak berjaya kita boleh cuba lagi yang seterusnya. Cuma kita perlu senantiasa mencuba memperbaiki diri...cheewaahhh

Kalau takleh fully breastfeed...mix pun ok ..50-50...Paling tidak dapat juga baby bonding ngan kita dan dapat khasiat susu ibunya....baik sikit dari tak ada langsung...

Whether you breastfeed or choose formula for your baby depends of a number of factors. The most important thing is finding what works for you


Ini artikel di copy paste dari
www.medic8.com

INFANT FORMULAS

Infant formula is a modern artificial substitute for human breast milk. Formulas are designed for infant consumption, and are usually based on either cow milk or soy milk. Use of infant formula has been decreasing in industrial countries for over forty years as a result of antenatal education, increased understanding of the risks of infant formula, and social activism. Most major medical and health organizations strongly advocate breastfeeding over the use of infant formula.

Besides breast milk, infant formula is the only other infant milk which the medical community considers nutritionally acceptable for infants under the age of one year. Cow's milk is not recommended because of its high protein and electrolyte (salt) content which may put a strain on an infant's immature kidneys. Evaporated milk, although perhaps easier to digest due to the processing of the protein, is still nutritionally inadequate.

Infant formula is available in powder, liquid concentrate and ready-to-feed forms, which are prepared by the caregiver or parent in small batches and fed to the infant, usually with either a baby bottle or cup. It is very important to measure powders or concentrates accurately to achieve the intended final product. It is advisable that all equipment that comes into contact with the infant formula be cleaned and sterilized before each use. Proper refrigeration is essential for any infant formula which is prepared in advance, since infant formula is especially susceptible to bacterial growth. Powdered, cow's milk-based infant formulas are not recommended for premature or sick infants, or for infants under one month of age. Powdered infant formulas are not sterile and may be contaminated with Enterobacter sakazakii, bacteria that may lead to neonatal meningitis, sepsis and necrotizing entercolitis in infants with weak or compromised immune systems.

Ada lagi link tentang FM
http://www.cnn.com/HEALTH/library/PR/00058.html

drgreene

babycenter

selamat membaca....

p/s:
Sebenar2nya kan aku enjoy sangat2 menyusukan anak ni..Syok sampai laloq!...
Dolu2 masa awai2 menyusukan anak nih mmg ala2 nak fanatik tapi bila anak makin besar fikiran aku pun makin open sikit la...Sebab tu aku dah mula nak kenalkan anak aku dengan susu lain selain dr susu aku....
Apa-apa pun.....apa jua keputusan kita semuanya untuk kebaikan bersama...

Saturday, October 20, 2007

Tak yakinnya

Aku dah pernah tulis kot.....
Aku ni kan dlm bnyk2 benda dalam dunia..aku paling tak de keyakinan kalau bab kena bertutur dalam bahasa inggeris.......
Aku memang merasakan lemah sangat tahap penguasaan bahasa omputih itu.
Kenapa ..kenapa....

Ngan satu lagi..aku masih gementar la untuk drive...weh macam mn ni?
Uwaaaaaa..
Gambare watashi...
Paling stress bila drive ada budak dok menangis nak mummy ya...
Kalau nanti aku drive berdua ngan dia macam mana ya?

Haa..Lagi satu....
Cermin depan kereta kami retak...Ntah pasai apa tak tau la....paling lekeh pun akan terbang rm500...tu kira paling sikit tu.....Dah le baru lepas raya....duit duit.....

Thursday, October 18, 2007

kisah susu tumpah

On the way balik dari kg pada hari selasa lepas, kami berhenti di hentian sebelah simpang pulai untuk berehat seketika .....

Tiba-tiba anakku bersuara..
"mummy nengok(tengok) susu tumpah!" sambil menunjuk ke arah sebuah kereta naza citra kelabu bernombor pendaftaran J...
Aku dapat melihat seorang wanita sedang terbongkok-bongkok mengutip botol di tengah jalan...Susu yang tumpah di jalan masih kelihatan baru...Ya..benar anakku melihat dari awal...
"oppps..to-tol(botol) susu pecah ya mummy .."
Ya...Botol susu yang jatuh ke jalan itu pecah..Aku dapat melihat wanita itu mengambil botol suus tersebut dan membuang ke tong sampah dan mula menyelongkar beg di bonet keretanya....
Kemudian kami memerhati dari jauh wanita itu menceduk susu dari tin susu dan menuang air dari termos lalu dicampur dengan air dari botol...digoncang-goncangnya botol berisi air dan susu tepung itu....
Manakala di dalam kereta dapat dilihat dengan jelas seorang bayi(lebih kurang besar anak aku juga( sedang menangis.....
" Mummy nengok(tengok) a-da be-bi tangish...nyak susu ya tuuu.."
Aku senyum saja....
"ya-yan (kasihan) kan mummy nyak susu tangishh...acif tak tangish..acif nak susu acif she(say) mummy nyak nyen..."sambil membaringkan dirinya ke atas riba aku...
"mummy..nyak nyen yaa"
Aku pun bagilah...
"opsss....be-bi tu tangish agi?"
Dia dengan penuh busy bodynya bangun jenguk ke arah kereta citra itu.....
"Dah...susu ya tu"
sambil geleng-geleng kepalanya....
Sambung menyusu....

Moral
1. kalau anak tak minum susu badan, perkakasan susu untuk dibancuh disimpan dlm perut kereta bersama kita jangan simpan kat bonet....kalau tak de hentian anak nak susu macam mana?nak stop emergency lane ke?
2. Bagilah anak anda susu badan anda (jika mampu) bagi memudahkan perjalanan anda ketika travel...
3. Susu ibu banyak khasiatnya.....Mudah cepat...lazat suci bersih dan halal.....


Agaknya anakku juga tahu kebaikan dia disusukan dengan susu mummynya.....
Tak perlu menangis..tak perlu menunggu..just say it and you get it....
Kihkihkih....

Balik raya

Kami bertolak balik pada 11 Oct jam 9.00pm...Sampai di kampung jam 4.00am...
Lepas bersahur tidor dan bangun setelah subuh hampir-hampir nak habis...adeeiii..
Bangun gi pasar...Beli ayam..beli daging..beli ikan ..sayur dan sebagainya yang disenaraikan....

Berbuka puasa penuh riuh rendah sebab semua ada....

Hari raya...Baby bangun awal mandi sunat raya dengan daddy..Meraung nak ikut daddy gi solat raya.
Pergi beraya. Beria-ia mak aku ajak gi rumah mak sedara dia..Bila sampai hampeh orang tak layan..sebuk melayan anak cucu dia aja...so tanpa makan or minum kami cabut. Bila kami nak cabut baru nak buat-buat jemput makan jemput minum...sorry....
Ada ke patut tetamu datang beraya mereka sibuk dengan melayan anak cucu yang dah teruna dan dara...tetamu dok bersila dilantai si anak cucunya duduk berjuntai kat kerusi....
Kasihan mak aku
kononnya nak kenalkan anak-anak menantu-menantu dan cucu-cucunya kat mak sedaranya tapi orang tak ambil kisah pun..
Terus gi rumah pak andak aku....
Macam-macam juadah ada.....bedal...

Balik dah petang....
Malamnya pula pergi beraya rumah adik nenek aku (nenek saudara aku)
Balik pukul 11.00pm.

Raya ke-2 balik kampung hubby...
Beraya sampai 11.00pm juga....

Raya ke-3..Tengah hari balik kampung aku semula..kemas-kemas barang....

Raya ke=4 bertolak balik SA.....

Raya ke-5 hubby kerja...

Antara kisah menjerut pangkal jantung....nasib baik tak stop pam darah....

Pada hari 30 Ramadhan..Tengah shopping barang sakan kat pasaraya di kampung aku..
Tiba-tiba suamiku bertanya kepada ku...
"Ayang...wallet abang mana?"
"Whattt?"
Aku rasa aku dah change to grey dah masa tu.....
Cari punya cari...cett dia tertinggal dalam kereta...fuhhh.....

Petang 10 Oct/28 Ramadhan..ketika hubby jemput aku ...
"Ayang abang dapat 'award'"
Aisehh mamat ni 'award' apa plak dah..dah la pagi2 buta td ko kejut aku kata ko nak gi HK..ko mimpi lagi ka????
Dia hulurkan aku satu file...Dalam tu ada certificate....Ohhh...Tahniah..tahniah..dapat best employee.ke apa ntah..Ntah apa nama ntah aku tak tau nak sebut ..ni company deranglah punya kisah...Dan dapatlah insentif rm200..yeyeye dapat duit raya!Alhamdulillah
Harap-harap tiap2 bulan dapat huhuhuhu....

Anakku seperti biasa balik kampung dia bebas....Di kampung aku dia main sesuka hati
Kat kampung hubby kena kawal sikit sebab ada banyak tangga...Ada ka patut dia naik rumah atas dia lompat...sib baik tak runtuh...kuss semangat...

Wednesday, October 10, 2007

RM5

Aku macam biasa baca forum susuibu.com
then ada satu topik tentang harga FM nak naik 10%..Aku pi reply aku suka harga FM naik...
Then ada plak forumer tak setuju..Sebab aku kata kalau FM naik harga orang amai akan sedar ttg betapa FREEnya kalau bg anak BM....
Mmmm....
Memang kesedaran susah nak disematkan..Tapi logik akal tu masih ada aku rasalah...kalau korang bijak macam aku yaaa..Kalau korang jenis tegar dan bodoh sombong tok sah baca tulisan aku ni ya.....
Kalau ada susu free dan ada susu yg mahal sangat2....takkan 100% nak beli yg mahal tu..paling tidak 50% ambik yang free tu kan..sah2 free dari badan sendiri.....
Bagi aku orang yang tak percaya ada manusia boleh bagi anak BM selama 5 tahun adalah orang yang belum cukup celik ttg BF...(aku pun tak celik luas mana pun..baru belajar2 je lagi)
Then ada plak forumer berperasaan pelik org tetap kerja walaupun gaji ciput......
Mmm...kat sini aku terus membayangkan betapa kaya dan mewahnya forumer itu terus aku teringatkan kisah aku didenda, dimaki dan dicerca oleh guru besar sekolah aku ketika aku darjah 6 kerana aku lambat jelaskan yuran UPSR..RM5....
Walaupun hanya RM5....Mak aku memang tak ada duit,..kalau mak aku bagi aku RM5 tu kami tak ada lauk untuk dimakan..
Masih sayup2 kedengaran macam mana HM tu cerca parents aku..
"ibu bapa tak bertanggungjwp...yuran periksa anak pun lambat bayar macam mana anak nak berjaya..."
Cilaka kau ismail sudin!Kau kutuk parents aku...Memang dalam hati itulah yang aku katakan masa itu....
Kerana RM5 parents aku dicerca....Tak tahukah dia keluarga kami memang susah..mak aku penoreh getah..ayah aku sakit......Dan ketika keputusan UPR diumumkan dia seolah2 tak percaya best studentnya adalah aku....Budak yg dia cerca ibubapanya....
sekali lagi masa dia ucapkan tahniah pada aku dalam hati aku sumpah..laknatlah kau ismail sudin......Kalau kau hina aku ..aku boleh ampunkan tapi kaucemarkan martabat parents aku....aku tak akan maafkan kau....
Satu kampung tahu siapa aku...dari darjah 1 sampai darjah 6..Batch aku...akulah org yg mmg akan dapat no.1 dengan markah 100%......(aku pandai sgt ke bdak kg tu kurang pandai aku pun tak pasti....)
Yang aku pasti....Aku memang memotivasikan diri dgn....Aku takkan terus hidup susah macam yang aku lalui itu lagi.....

RM5 tu...aku bukannya lambat bayar tapi aku adalah manusia terakhir bayar..Mak aku ingat tarikh akhir kena bayar so dia mmg plan nak jual getah 2 hari b4 tarikh tu......Mak aku mmg sekolah tak tinggi sampai darjah 4 je...tapi dia tau juga plan.....

Hari aku bayar RM5 tu pun aku kena cerca lagi...Ismail Sudin tu aku rasa memang ada mental problem la....
Aku tak bagi tau mak aku pun aku kena cerca tapi ada informer bg tau nenek aku.....
Melinang mata nenek aku bila dia tanya aku kenapa aku tak bg tau dia aku nak RM5...nenek aku kata bkn setakat rm5..rm5000 pun dia boleh bagi...asalkan aku tak dihina mcm tu...nenek aku kata duit tabung haji dia melambak2..lembu dia pun berpuluh2 ekor.kerbau dia melambak2...gelang emas dia...rantai dia bermayam2....setakat RM5 tu celah gigi je....

Aku pun pelik..naper aku tak minta rm5 dr nenek aku ya?
Oooo sbb mak aku kata tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta...
sejak kes tu tiap2 bulan nenek aku bg aku rm50..suka hati aku apa aku nak buat......apa aku buat?aku simpan laaaaa...
bila aku mula masuk sekolah asrama nenek aku tingkatkan elaun utk aku tp dia pesan jgn bg tau sapa2...tp aku dah tulis dlm blog ni...ishhhhhh

Itulah kisah aku dengan RM5....

Alhamdulillah...Aku masih mampu membantu ibu bapa dan adik2 aku...
Walaupun aku tidak semewah orang lain yang berpendapat ala2 aku...Tapi aku puas......Aku tahu jalan mana aku belanjakan pendapatan aku....

huh

Tajuk hari ni 'huh'

Malam tadi aku dikejutkan oleh suamiku pada pukul 2.47am....

Ayang...Abang kena gi HK bulan depan...5-7 hrbln...
Dalam mamai-mamai aku menyahut..
Whattt???Ehhh dah pagi ke?Ni kat mana ni?
Kat rumah laa....
Suamiku memanglah suka sangat buat kerja pejabat di rumah...Grrrrrr...
Dia baru dapat 'arahan' kena gi conference kat HK....

Abih tu macam mana saya nak gi kerja...tu la abang kedekut sangat tak nak bagi saya sentuh langsung stereng kereta tu..
Dia kata...Ayang tumpang la N....
Huh...Menyusahkan orang!Abih tu anak?
Suruh kak chik tolong mai jaga..(adik aku lagi)
Dia tidur....Aku tak lena tidur sampai kali terakhir aku tengok jam pukul 405am...

Sedar-sedar dah 634am...Suamiku dah bangun.....
Bila aku bangkit dari katil..Dia cakap..
Lepas raya ni start la drive balik....
mana sempat daaaa...
Sempat.....
Abang yakin dengan saya?
tahu pun ko...susah kalau aku tak tau drive.....
Itu la lain kali kalau aku pegang stereng tu bg lah motivasi.....

Jadi misi aku lepas raya...Belajar bawa kereta semula...paling aku nak kena belajar..cara-cara nak masuk kat round about sect 18-24 tu.....
Ngan kena tune otak aku bila reverse hahahaaaa

Chop bang...mana satu minyak mana satu brek erk???

hahahahahhahaaa...:P

Tuesday, October 9, 2007

Belajar

Le ni aku tengah mengajar diri aku....
Membayar sendiri kos perubatan anak..
Kenapa? Kerana sejak anak aku lahir aku bergantung sangat dengan benefit yang company bagi.
Akukan plan nak chiow cin cau dari this 'marvelous' company....So...Langkah pertama tanggung kos perubatan anak sendiri dengan duit sendiri atau pun duit suami sendiri....
Jadi..Aku dah tak pi la klinik-klinik panel cokiya appointed by the 'marvelous' company tu.....(Yang doktor OK satu tu pergi juga kadang2..tapi klinik tu buka opis hour je so tak pi la)

Taklah mahal sgt erk..Affordable laa
Masa bawa jumpa ENT hari tu kena rm135...Bawa jumpa paed baru ni RM105...ambik ubat dua minggu lps rm65 (with augmentine)...ambik ubat malam tadi rm60 (with nebulizer)

Aku kena belajar banyak benda nih..Aku kena shikkari suru..
Gambare watashi...

Nak chiow cin cau tapi kan.....Ciss no more tapi tapi laa...
shikkari site yoo...nanda umai?

Ni kami baru nak start new product development ni...
Rasa macam nak plak tengok kejayaan.....ishh no no no........kalau aku tetap di sini...aku tetap hanya seorang engineer...wake up la weeeii....
yume mirunjanai wa yoo..okite....

Monday, October 8, 2007

Cerita weekend

Sabtu Lepas mummy kena kerja..Replacement....Mummy ambik halfday ...Pukul 1pm akif dan daddy datang jemput mummy
Balik tu singgah kedai gunting rambut sebab akif asyik cakap rambut dia panjang nak potong...
Mula2 OK..Tapi lepas 3 minit dia mula meraung tak nak potong rambut adusss..puas pegang...akhirnya buleh juga potong cincai cincai.....
Dia ni tengok dari badan dia orang akan ingat dia ni dah besar...3-4 tahun...Tapi hakikatnya dia baru 2 tahun....
Ramai orang bertegur sapa dengan dia tanya dia itu ini tapi dia masih lagi bercakap macam baby....Dah dia masih lagi 'baby'..Nak buat macam mana....

Ahaa..diakan suka nangis kalau mummy hantar gi taska pagi2...
Bukan dia tak suka taska.....
Mummy dah tau kenapa..
dia tak nak berpisah dengan mummy....
sabtu pagi hari tu dia hantar mummy datang kerja...Dia nangis juga sebab nak mummy.....
Jadinya...hantar taska ka..daddy jaga ka...kankei arimasen..(not related)....as long as dia kena berpisah dengan mummy dia akan menangis....
Nak buat macam mana ya?
Mummy pun ikutkan hati nak menangis juga tak nak tinggalkan dia kat taska atau kat sapa2...Tapi mummy kena kerja.....

Dia suka kenakan daddy...
Malam tadi daddy dia tidur awal..Dia tidur lambat sebab dia nak tengok cerita noddy la mickey laaa....
Noddy punya cerita ok juga sebab dia akan ikut apa noddy sebut......kira bleh la belajar menyebut...
Mummy ajak dia masuk tidur dia tak nak but mummy kata mummy nak tidur...So nak tak nak dia pun setuju laa...
mummy suruh dia bawa masuk all the pillows yang dia bawa keluar....banyak tau...6-7 biji jugalah...bantal dia..bantal mummy....
Mummy kata mummy nak gi toilet jap so mummy tugaskan dia kemas ruang depan...Bila mummy keluar toilet...Mmmmmm..ruang depan tv memang kemas..TV pun dah OFF..Good boy...Dia dok tunggu mummy depan pintu toilet.....
Sekali mummy pandang arah daddy....Astagfirullah hal a'zim...
Semua bantal2 tu dia susun tutup badan/muka daddy dia...Patut la dia sengeh2.....Rupa2nya ada agenda.....
Bila mummy tanya kenapa buat daddy macam tu...Dia sengeh2 gelak2 tergolek2....Anak bertuah....
In fact dia memang suka kenakan daddy dia.....

PKNS Complex....
Mentang2lah dah dekat nak raya...Penuhnyaa...
Semalam lepas buka puasa kami terus gi PKNS sebab nak beli ubat gigi HPA....Hahhaaa....
Dah penuh dahhh..Nasib baik ada juga parking area....
Beli kuih 2 jenis...Terus balik tak tahan tgk manusia ramai sgt laa...Tu takleh gi siang2..kang penat...

Harness...
Akif suka sangat harness...
Kalau stop aja kereta dia akan terus sarung harness dia...Kadang2 kita org memang tak nak pakaikan dia.Contohnya gi PKNS..memang takleh lepaskan dia kang ada orang pijak dia....Umat manusia ramai sangat sangat sangat.....
Gi Tesco/Giant Etc pun tak pakaikan sbb beli barang yg terancang dia tak sempat bosan dah habis beli.....Daddy akan dukung dia....Lagi pun manusia ramai sangat......Ngan budak2 tolak trolly etc..fuh bahaya bahaya....

Yappa...Maresia no oyabaka no wagamama ga daikirai desu..Saitei.......

Saturday, October 6, 2007

Pertama kali

Believe it or not..Hari ni aku meh kerja tak bawa cooler bag....
Aku halfday aja hari ni.
Aku tanya hubby nak kena pam ke idak..dia kata takyah la sebab kejap je....Buleh?
So aku pun taklah bawa cooler bag..Tetapi aku ada beberapa 'masalah'....
Tengah jalan nak masuk office tadi ntah berapa kali aku raba bahu aku cari tali beg cooler bag...hahahahaaa
Then dah berapa kali aku buka drawer aku dan perasan cooler bag aku tak de dan aku cuak dup dap dup dap....
Aiyoyoo..Ko tak bawala hari ni yang cuak cooler bag ko hilang tu apasal?
Serius laaa...Susahnya nak kutingalkan cooler bag aku tu....

Lama tak bercerita tentang pam mengepam ni hahhaaaa
Sekarang ni aku pam kat surau...sehari 2 kali je kat opis ni...
Cukuplah buat bekal akif...

Akif dah boleh minum soy milk..but dia suka 'kutuk' soy milk...
dia kata...
'uweeekkk'
'tak tedap'
dia buat2 nak muntah....
Dia buat2 loya....
Ini semua pengasuh dialah bagi tau.....
Tapi dia minum juga...sebagai minuman tambahan...Kalau dia tak nak dia cakap tak nak..dia minum pun setakat 2oz je...
EBM seperti biasa....Air masak memang banyak la.....
Penat katanya...Sibuk dengan 'tugasan'

Hari ni aku masak bubur nasi+bayam je untuk dia....Harap2 dia makan la....

Berbalik ke kisah pam mengepam.....
Agak2nya macam manalah aku nak tune balik minda aku bila aku dah stop pam nanti ya?
Tak tercapai akalku....
Satu cara paling mudah...Au kerja kat company baru lah kot...With the new environment sure senang hahhaha...

I want a new job...please...

btw...fuhh..kusss semangat..
product yang aku involve dari awal sampai akhir (yg lain pun tp yg ni feeling lain sikit sbb aku kerja bagai nak rak) tu....yg dapat world first swing lcd tu...le ni top sale kat US market ..Yattaa yattaaaa...
Agak2 management ingat tak jasa aku erk?
Derang ingat tak kalau aku tak buat kerja model tu jgn harap bleh jejak masuk US...derang ingat tak erk?
Derang ingat tak aku adalah manusia yang buat evaluation, buat data taking buat documentation hantar pi US sana sampai buleh jual......Depa perasan tak contribution aku erk?
Aku rasa macam derang tak ingat dan tak hargai langsung pun......
Kira design dan keputusan jual product ni achieve target laaa...
Derang patut bg bonus lebih la kat team model ni...betul tak?

sekian

Friday, October 5, 2007

Denda ibu bapa

Kalau anak hilang, ibu bapa akan didenda kan.....
Tapi..
kalau anak main mercun ganggu ketenteraman orang tak apa ke?
Bukankah mercun tu telah dilarang dijual dan dibeli inikan pula diguna/main....

Bukankah dengan jelas memang ibu bapa mereka bersekongkol?
Siapa bagi duit kepada anak kaau bukan ibu bapanya kan?
Kenapa ibu bapa yang biarkan anak main mercun tidak diambik tindakkan?
Kenapa ada orang yang kasihankan budak yang cedera parah kena mercun?
Aku kalau budak yang cedera kena mercun buatan sendiri aku sedikit pun tak kasihan...padan muka...Tu la kecik2 tak mampos bila besar menyusahkan orang....

Aku mencadangkan agar pihak berkuasa buatlah kerja tangani MERCUN...
Area rumah aku tu banyak sangat budak main mercun sampaikan nak tidur pun susah..Ibu bapa diaorang tu buat apa ntah sampai tak tahu nak tegur anak....nak main mercu mainlah kat area rumah sendiri yang datang main tepi rumah orang tu apa hal?

Thursday, October 4, 2007

Ambil mudah

Hanya kat blog ni aja aku boleh luahkan rasa tak selesa aku tentang.....
halal haram makanan free..
Makanan free is refering to 'jajan' yang supporter/expatriate/pak cik-pak cik Jepun...
Depa ni kalau datang dari Jepun (baru datang or balik jap) suka bawa ole-ole untuk local staff..
Selalunya bawa cookies depa la...(macam ada...paling popular senbei laa)

Dan nanti Pn kerani aku agih2kan kepada kami semua.
Dan setiap kali aku dapat aku akan tanya...
"halal ke"

Dan jawapan...
"Dah biasa dapat...buleh mkn..kalau tak yakin tak yah la makan bagi org lain"

Serius aku tak selesa dengan jawapan tu..
Aku minta tau box/bungkusan mende tu tapi selalu alasan ...dah buang, tuan bg tu ambik balik etc.....

Aku bukan apa...
Benda yang selalu dapat pun jangan tak percaya kalau aku kata ...benda tu tiba-tiba jadi tak halal jangan terpedaya ya..
Aku ingat lagi masa aku mula2 pi belajar kat Jepun dulu memang banyak yang yakin halal..but tahun 3-4 kot diaorg start buat rules kena list down all the ingredient dalam apa jua food...
cettt...ropa2nya ada juga yang terselit mirin la...lard laa...uweeekkkkkk....uwekkkkkk
Tu yang aku jadi particular sangat bab makanan yg jepun2 bagi nih hahahaaa

Aku pernah beli 'potato sarada' (potato salad)...tulis vege saja sekali bila aku suap masuk mulut aku rasa ada mende asing....
apa lagi muntah hijau aku....
Yuck....

Secara logiknya...Awat derang tak mau bagi aku baca dulu ingredient cookies tu ya..aku boleh membaca. menulis dan bertutur bahasa Jepun dengan baik sekali..Why not bagi aku 2 minit untuk aku scan ingredient tu erk?
Tak sabar sangat ke nak makan erk?
Serius aku tak selesa..Bukan aku nak kata aku tau bahasa Jepun...Ehhh..aku memang tau berbahasa jepun la...memang aku tera laaa...so what????

Bagi akulah kan..walaupun dah 100 kali makan pun apa salahnya tiap2 kali kita check apa kandungannya.....
Kat malaysia ni pun tiap kali beli barang walaupun ada chop halal JAKIM aku tetap baca,...Dah sebati hahahaa
Kalau tak baca rasa tak cukup syarat....
Betul jugalah orang kata..Pengalaman yang mendewasakan kita..bukan usia.....

Baik kita berhati-hati jangan kita buta hati....

bila garuda melanda



Bila sang garuda melanda...Peti harta karun pun tumpah bertabur memenuhi ruang istana yang sempit itu...Sang garuda dengan bangganya mendabik dada penuh bangga kerana daerah itu telah ditawan...Lalu Raja bersiung pun berleter....Sang Garuda tiba-tiba rasa kerdil lalu diambil buku hikmatnya dan dia mula memencilkan diri....





Lihatlah apa sang Garuda buat kat hujung sana..Untuk menutup kesalahannya agar Raja bersiung tak naik angin dia mula membuka buku....
Dalam kekalutan itu tukang kutip mengambil kesempatan untuk snap gambar-gambar sang garuda dan peti harta karun yang tumpah...
Hikmahnya rumah aku sempit..Kalaulah rumah aku sebesar Istana kayangan....Agaknya macam mana aku nak kemas ya?
Nak marah kesian...Daddy dia je dah naik angin..sebab daddy dia naik angin aku kenalah cool....

kena tag 5 things

Ummizz tagged aku...

5 things in my bag
  • purse
  • pen drive
  • ID card
  • keys
  • pens
5 things in my purse
  • money (of course la kan)
  • medical cards
  • mykad/mykid
  • cc
  • receipt
5 interesting things in my bedroom
  • akif's green dustbin
  • sejadah
  • bed
  • pillows
  • akif's toys
5 things that I want to do
  • Quit from this 'bs' management
  • Settle all the debt
  • Travel
  • Baking cake (hahahahhaa)
  • Drive
5 things that I'm doing it now
  • read email
  • do this tag
  • read blogs
  • update 'bs' schedule
  • thinking how to update my CV
Tak mau tag sape2....
sapa rasa nak buat..buatlah..Hahhaaaa

Tuesday, October 2, 2007

alahai sashimi...


Sashimi
seafood mentah yang dipotong nipis-nipis. Di cicah dengan soy sauce/syoyu..(campor wasabi ataupun halia yang dikisar)
Boleh makan saja atau pun bolehlah makan dengan sushi rice....

Jangan tak percaya..Sashimi ni aku tak pernah makan sebab aku tak 'rela' nak telan.
Kalau sushi ok lagi..Tu pun aku akan makan cepat2...
Aku memang lemahlah bab memakan makanan mentah ni.

Alkisah tadi berEmail dengan kawan-kawan dari cerita morning sampai la ke cerita rojak, pasembor melarat ke sashimi.....
Terus terimbas kenangan 'silam' tatkala aku hidup di negara yang berbudaya makan sashimi.

Pertama kali aku makan sushi dan dihidangkan sashimi adalah pada hari ke-3 bulan Ramadhan tahun 2000. Lecturer Fizik aku yang belanja. Dia ajak aku dan beberapa orang lagi foreign student pergi makan kat rumah dia. (Actually dia nak ajak aku ngan best friend aku Lyou aja tapi kang apa plak foreign student yang lain kata so dia ajaklah semua..Budak course aku la)..aku..Lyou (Taiwanese), Ameen (Saudi Arabian), arghh aku lupa nama....seorang budak Thailand seorang lagi budak Beijing.....
Aku dah bagi tau lecturer aku tu yang aku puasa then dia kata oklah majlis tu buat time berbuka.
Bila sampai rumah dia yang 3 tingkat tu aku terperanjat...Banyak duit 'pak cik' ni tengah-tengar Tokyo rumah besar macam ni. So berkumpullah kami kat ruang makan..
uhh penuh dengan hidangan masakan Jepun.sushi, sashimi, tempura, udon, dan macam2 laaa Yang aku tak pernah tengok pun ada....Layannn...Semua halal di makan sebab aku dah bagi tau aku takleh makan daging yang tak disembelih secara Islam....Arak pun takleh minum...so da jamu ocya, kocya..jus etc la....

Semua makanan aku rasa cuma sashimi je aku buat-buat tak nampak, sampailah lecturer aku tu tanya...
Serba salah nak bagi tau....
Last2 aku kata aku kenyang dah makan mende lain Fuhhhhh....


Alamak teringat kisah aku gi homestay plak..Hahahha
Location:Syibuya-shi, Tokyo lagi laaa....
Derang tau yang aku takleh makan beef, pork but diaorang tak tahu sebab....diaorang sekadar ingat pantang . Derang hidangkan ayam goreng 'kepak leher'...sedapnya nampak..Tapi Otosan tu tanya Ayam ni ok ka?aku tanya beli kat mn?
okasan kata beli kat pasar then aku kata....Mm...basically aku buleh mkn tapi cara sembelih tu nyebabkan aku tak boleh nak makan.Nasib baik derang faham..so aku mkn nasi ngan ikan dan sayuran sahaja la...Terliur sangat2 ayam tuh..Hahahaa..Kalau ikutkan nafsu dah kutelan dah tapi bila kufikirkan kesannya...Nauzubillah...