>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, May 30, 2008

tak suka tak suka

ishh
sekarang ni musim aku 'berangin' kot
macam2 cerita...Naik pening dah nih....

Sampaikan mood blogging pun tak de.....

tak suka tak suka

Wednesday, May 28, 2008

get OUT!

Hehehehehee

Semalam mood aku untuk blogging sungguh tidak ada langsung....Not near to zero but totally zero

Bagi aku, penat buat kerja office memanglah memenatkan but under control, namun penat nak ikut 'arahan bodoh' dari idiot adalah lebih penat

1. U must listen carefully to understand the word that he said...And it's in a very broken English...
Even singular and plural also we have to think 3-5times to make sure it's singular?ops..plural....
Bayangkan
Se'broken2' and hancur lebur English aku in a very simple sentence I still manage to use correct word.(memang my vocab lebur tapi is and are masih aku ingat macam mana nak guna)
Rafidahs?rafidah's???
if rafidahs...how many rafidahs're...?
If rafidah's...what?what's belong to rafidah???
BLANK.....

2. U have to listen to his voice only.Belum sempat kita habis bertanya dia dah nak jawap..
See how bad is his interpersonal skill(i guess)...
Setahu aku...We must listen and understand first before we give any comment...Tapi ini si 'hantu' never listen!

3. Everytime after the discussion or meeting with that fellow, we have to think and think(plus gossip-ing and umpat-thing) what is the discussion/meeting's conclusion???
The conversation normally ended with no conclusion...Sooo funny!

4. He will talk like if his not here we'll die...

5. He keep saying we must implement all these funny2 thingy in our daily life - without conclusion...(what's this???)
Ohhh sorry..I know you earn much much better than me but my life is the much much much better than U....

6. He has no charisma to be a leader but i don't know why he's there already..BLANK.....Damn funny

-end-

Monday, May 26, 2008

kenduri kendara

Semalam aku tak masak pagi dan tengah hari..masak malam sahaja.Tu pun nasi goreng +ikan blis+mix vege..gi kenduri daaaa

Kenduri.
1. Cuti sekolah adalah musim kenduri kahwin.

Yang kahwin bukannya semuanya bersangkut paut dengan sekolah namun kenapa semua suka kenduri time cuti sekolah?
- Sebab nak suruh sedara mara semua balik.Cuti sekolah selalunya orang bagi alasan tak dapat hadir sebab anak sekolah.
Mmm...logik..Tapi bila terlalu tertumpu pada musim cuti sekolah sangat..Jadilah satu hari 4-5 krnduri nak kena pergi..Hahahaaaa

2. Kenduri kat kampung aku lagi meriah..hahhaaaa
Walaupun tak ada kompang..tak ada DJ..tak ada karaoke..tak ada joget lambak..tak ada bersanding.Namun tetap meriah
Pokok pangkalnya kemeriah dari hati ke hati hahhaaaa...
Bunyi pinggan mangkuk berlanggar bunyi riuh rendah tetamu berbual..bunyi saudara mara bergurau....
Bunyi ayam itik...semua itu dah cukup memeriahkan...

Namun kini dah banyak berubah.

Haaa...cerita bab lauk pauk masakan kampung aku..

kampung 1(belah ayah aku)
1.lauk gulai besar- ni kari daging yang dipotong besar2..dalam 3/4 tapak tangan gitu....
2.lauk gulai kecik- daging yang balance..lemak2 banyak punya part tu dipotong kecil2...dikarikan dengan kentang ataupun kacang...sedap tau
3.ayam masak merah (ni optional...kalau tak dijadikan antara main lauk dijadikan lauk alternatif bagi yang tak makan daging)
4.kerabu perut lembu+taugeh
5.acar timun/pajeri nenas/acar limau
6. sup tulang with buah nangka muda(ni aku sukaaaaaaaa...sedapppp)

Nasi pula ada nasi minyak dan nasi putih

Air sirap

Kampung 2 (belah mak aku)

1.lauk gulai besar- ni kari daging yang dipotong besar2..dalam 3/4 tapak tangan gitu....
2.lauk gulai kecik- daging yang balance..lemak2 banyak punya part tu dipotong kecil2...dikarikan dengan kentang ataupun kacang...sedap tau
atau
kari daging campung umbut batang pisang..
3.ayam masak merah (ni optional...kalau tak dijadikan antara main lauk dijadikan lauk alternatif bagi yang tak makan daging)
4.kerabu perut lembu+taugeh
5.acar timun/pajeri nenas/acar limau

Untuk dijamu dari sarapan pagi sampai pukul 11am gitu..
menu
nasi putih
kari ikan masin+pisang mudag/ikan bilis+pisang muda
ikan kering .(selalunya tamban kering)
ulam
sambal

kadang-kadang ada pulut dan ikan kembung goreng


Air sirap
kalau pagi air kopi ngan air masak kosong

ole-ole untuk tetamu
telur..bunga telur....
(la ni ada yang bagi gula2 aja)
Tapi aku prefer yang bagi telur rebus tu...hatta hanya guna tisu buat pembalut tetap best kalau dapat....

Kat kampung aku...menghis bilik pengantin memang satu2 yang diambil kira.
Tetamu akan gi masuk dalam rumah nak tengok bilik pengantin...
Meriah2....

Kecur ayaq lioq aku weh teringat lauk kenduri kat kampung

Namun zaman sekarang..Orang buat kenduri banyak benar lainnya...
Terutama kat area umah aku..
Hatta kenduri doa selamat pun ada karaoke..naik confuse aku

Aku dulu kahwin tak de pun bersanding.Memang sempoi habis..tapi majlis kenduri kahwin aku makanan memang meriah yahahahhaaaaaa

Orang kampung memang kalau kenduri nak makan sedap2.....
so OKlah tu

kihkihkih

Uwaaaaaaaaaaaaaa....teringinnya nak makan kerabu perut ngan taugeh..
sup tulang ngan nangka pun sodap....uwaaa uwaaaaa

p/s:

kat kampung kalau kenduri budak2 mmg bergembira

lari sana sini happy sungguh.....

ala2 raya le juga..cuma tak de dapat duit raya je...ganti ngan bunga telor...

masalah susu badan????

Masalah susu badan tak banyak

Walaubagaimana pun sebelum ibu-ibu sekalian menyatakan 'itu' adalah 'masalah' ingin saya ajak ibu-ibu untuk merenung seketika...

1. Berapa kali sehari anak ibu-ibu menyusu badan secara terus?
2. Berapa kali ibu-ibu perah/pam dalam sehari?
3. Apakah makanan yang ibu-ibu makan setiap hari?
4. Adakah ibu-ibu stress?

1.1 Kalau jawapan..'tak tahu laa...tak ingat berapa kali anak i nyusu direct sehari......'
-Sorry to say...ibu ni jenis tak kisah ya...Ibu tahu berapa kali anak ibu tukar diapers?
Haaa..lagi banyak soalan pula akan keluar....
- observe/monitoring berapa kali anak menyusu direct
-Haruslah diingat yang hisapan bayi anda itu peransang utama penghasilan susu...
-sila baca anatomi kejadian susu ibu.Search kat internet ya....

2.1 kalau ibu-ibu menjawap '2 kali '
Tak cukup bu....tingkatkan...6 kali ka...nampak macam melampau..Tapi itu juga salah satu cara 'mujarab' memulihkan 'supply' susu...

3.1 Kalau ibu-ibu jawap..'i tak makan sangat'
Kesian anak ibu.....Makanlah makanan berkhasiat.Dari dok fikir apa suppliment untuk tambahkan susu yang harus ibu telan baik ibu fikirkan apakah makanan berkhasiat yang ibu harus ambil

4.1 Ibu stress ya?
Gembirakan hati anda.


susu ibu adalah makan terbaik bayi anda.

tak bulehhh...tak tahuuuuu

Hari Sabtu daddy nak gi service kereta si gedebi 'tertahu' le pula
Jadinya dia kelam kabut la nak ikut.
Makanya gi le sekeluarga.

Bawa dia gi service kereta memang la penat sebab diakan tengah dok belajar.Segala benda dia nak tengok nak sentuh dan sebagainya

Lepas service kereta kitaorang gi kedai spare part alat ganti kereta.Beli battery kereta. Kat tempat service cekik punya harga....

Lepas orang kedai spare part tolong pasangkan battery kitaorang bertolak nak ke kedai bagus section 13 tu.Mummy nak beli cheese nak buat pizza.

Tiba aja kat persiaran sukan tetiba si gedebi jerit..
"Mummy..Nak encin...nak encin.."

Alamak...
Opsss..lupa...

"Kencing ajalah..kan pakai diapers..."
"tak buleh..tak buleh..."
"Alaaa kencing aja dalam diapers..."
Dia dah terloncat-loncat menahan kencing....
"kencinh sekarang..dalam diapers..."
"Tak bulehhhh...Tak tahuuuuuuuuu"
"Hah???"
"ok ok....tahan kejap dah nak sampai..."

Sib baik sempat sampai ke kedai makan.....

Yang mummy nak gelak adalah....
Sejak dia pandai pee kat toilet and diaperless ni dia memang selalu claim yang dia tak tahu nak pee dalam diapers.
Tapi kalau nak poo poo cari diapers.....

Dia sekarang pakai diapers bila tidur malam or bila dia rasa dia nak poo poo...
Dia pun dah pandai control perasaan nak pee tu....

Friday, May 23, 2008

Officer breast-feeds quake orphans

Aku ni sensitif tak tentu pasal kot
meleleh2 ayaq mata baca berita macam dibawah ni hahahaaaaa
 
Sejak ada anak ni..memang emosi tak menentu bila timbul bab kanak2 dan bayi nih....
 
Maknanya aku ni ada le juga sifat keibuan kan?
 
 
*************************************************************************************************************************
 
Petikan dari CNN Asia:-http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/05/22/china.breastfeed/index.html?eref=rss_topstories

From Hugh Riminton
CNN International

JIANGYOU, China (CNN) -- A Chinese police officer is being hailed as a hero after taking it upon herself to breast-feed several infants who were separated from their mothers or orphaned by China's devastating earthquake.

Police officer Jiang Xiaojuan, 29, was feeding nine babies at one point.

Officer Jiang Xiaojuan, 29, the mother of a 6-month-old boy, responded to the call of duty and the instincts of motherhood when the magnitude-7.9 quake struck on May 12.

"I am breast-feeding, so I can feed babies. I didn't think of it much," she said. "It is a mother's reaction and a basic duty as a police officer to help."

The death toll in the earthquake jumped Thursday to more than 51,000, and more than 29,000 are missing, according to government figures. Thousands of children have been orphaned; many others have mothers who simply can't feed them.

At one point, Jiang was feeding nine babies.

"Some of the moms were injured; their fathers were dead ... five of them were orphans. They've gone away to an orphanage now," she said. Video Watch the officer care for babies »

She still feeds two babies, including Zhao Lyuyang, son of a woman who survived the quake but whose breast milk stopped flowing because of the traumatic conditions.

"We walked out of the mountains for a long time. I hadn't eaten in days when I got here, and my milk was not enough," said that mother, Zhao Zong Jun. "She saved my baby. I thank her so much. I can't express how I feel."

Liu Rong, another mother whose breast milk stopped in the trauma, was awed by Jiang's kindness.

"I am so touched because she has her own baby, but she fed the disaster babies first," Liu said. "If she hadn't fed my son, he wouldn't have had enough to eat."

Jiang has became a celebrity, followed by local media and proclaimed on a newspaper front page as "China's Mother No. 1."

She's embarrassed by the fuss.

"I think what I did was normal," she said. "In a quake zone, many people do things for others. This was a small thing, not worth mentioning."

There has been a huge outpouring of support from families who want to adopt babies orphaned by the quake. But that process takes time, and there are mouths to feed.

Jiang misses her own son, who's being cared for through the emergency by in-laws in another town, but she is aware of the new connections she's made.

"I feel about these kids I fed just like my own. I have a special feeling for them. They are babies in a disaster."

Menjana Keuntungan Maybank2u - Mudah, Cepat & Berkesan

Hahaahaaaaaa

Hari ini aku dapat satu email tajuk di atas hahahaaaa

Kelakarlah....

Kalaulah itu offer yang maybank bagi dah ramailah jutawan di Malaysia ini....termasuk indonesi juga lahkan...
Dan Dunia seluruhnya la kan...

concept dia....macam biasa masukkan duit ke akaun org lain..lepas tu tulis email send ke orang ceritalah apa kita dapat..FUNNY!!!!

Tolonglah...Berhentilah buat benda macam ni


Yang kali ni kena bank in ke 5 akaun org RM2 each...

kahkahkah...

Walaubagaimanapun aku harap sangat Maybank dapat ambik tindakan kat 'bisnes' jenis ni
Depa guna nama Maybank tau!

Ni aku copy and paste
**************************************************************************************

Tuan/Puan,

GUNAKAN MAYBANK AKAUN ANDA UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELEBIHI RM100,000!

Maybank2u menyediakan satu perkhidmatan yang baru bagi rakyat Malaysia membuat transaksi dan pengurusan perbankan melalui internet. Ia memudahkan pelanggan untuk mengakses dan membuat transaksi kewangan dengan lebih mudah dan cepat tidak kira dimana sahaja anda berada.

Tanpa disedari, Maybank2u juga menyediakan peluang bagi rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui internet. Disebabkan kemudahannya yang efisien dan kemampuan menyebarkan maklumat dengan pantas, ia merupakan platform yang sesuai bagi golongan yang menghadapi masalah kewangan bagi menjana lebih pendapatan.

**************************************************************************************

Ke aku yang tak tahu..

Sapa2 boleh tolong confirm kan?

Thursday, May 22, 2008

Blog of a handsome guy of mine!

Announcement
 
Handsome man of mine(gila berbangga) tetiba mencurahkan isi hati untuk berblog.
For me it's good la for him..at least taklah 24-7 dia pikir nak buat kerja ...how to make his company make more money kaaaan...
Paling tidak dalam sehari makin bertambahlah topik yang boleh kami bincangkan hahhaaaaa
 
sebenarnya blog dia ni dah lama dia create tapi.....(biar dia yang menjawap)
 
So...ni 2nd kick-off la....
 
Apa-apa pun all the best.....
 
So the blog address is
 
 
 

Wednesday, May 21, 2008

when the murai won't stop.....

I feel like we have a murai in our house..
the murai keep talking non-stop
..screaming...laughing..

Sungguh meriah suasana..kalah raya tau

Makanya harus diingatkan kalau dia tak tidur
  • tak de sapa2 akan bleh tonton TV sbb dia akan playback DVD magic english dia sahaja.
  • Tak de sapa yang bleh buat phone call or receive sbb mmg tak akan dengar pun...suasana bingit dgn dia punya suara nan lunak itu.macam sedap je kalau boleh mkn
sekali sekala dia akan bertukar jadi ultraman....
hahahahahhahaaa

Walaubagaimana pun I love him...
i love you akif



down sungguh

Down sungguh semangat aku untuk bekerja dengan penuh komited ngan ini kempeni
Aku kalau penat kerja boleh tahan..tapi kerenah si bodo memang aku tak boleh nak terima.

Baru aja si bodo itu naik pangkat dia dah mula tunjuk belang.
in term of technical maybe boleh la kata dia hebat but in term of people management dia ni ketinggal jauh beribu batu dari orang lain..Tapi apakan daya...Dia ni amat disayangi oleh jepun2..

Aku jadi makin tak semangat nak kerja apabila tadi ptg aku bertanyakan si jepun lahanat depan aku tu ttg any updated regulation yada2 yg sangkut paut ngan aku...(harus diketahui jepun punya sifat mmg kedekut ilmu)
aku ni kerja kat kempeni nih...namanya grad jepun yada2 tapi hampagas ....
trainning pun tak pernah tapi bleh plak aku wat kerja aneh aneh......
org lain yg gi trainning org lain yg kerja
aku tak faham how they manage the people..
Ikut trend...Depa akan hantar org gi trainning tapii..
org tu balik ja malaysia kena bond then abih ja bond terus berhenti cari kempeni lain..
hahaha
Tapi management sini tak serik dan aku rasa derang tak pernah buat any study on this matter

Ishhh..kempeni yg interbiu aku tak terasa ka nak kuarkan result awal2 ke erk?

orr..kawan2 ada nak offer aku kerja tak??
hahaha
Haruskah aku tukar haluan???
Agak2nya kalau meniaga pasar malam aku larat tak erk????

Tuesday, May 20, 2008

Dia dah besar

 

Sekarang ni dia suka main masak-masak.
Hahahhaaaa

Peralatan yang dia perlukan
blocks dia
senduk kayu mummy
bekas blocks dia
pinggan plastik
cawan plastik

Dan dia memang perlukan mummy

Mula-mula dia masukkan semua blocks dia ke dalam bekas blocks (bentuk macam baldi)
Tapi ada dua tiga ketul blocks different color dia akan letak kat luar..itu semua garam gula dan edash(pedas=cili)

Next sambil mengacau2 blocks itu dengan senduk kayu dia akan masukkan garam gula dan cili...

Kemudian dia akan hidangkan untuk mummy

Yang di dalam pinggan tu ikut dia lah...mee ka nasi ka..or apa-apa laa
Yang dalam cawan tu plak air la

so dia akan letak pinggan dan cawan berisi 'makanan dan minuman' itu di atas mana-mana buku dia(talam/dulang la konon) dan bawa ke mummy...

Mummy..ati-ati anash ni....

Maqhan la mummy...syedap tak?

Mummy pun kenalah berlakon konon-konon panas dan sedap....

Then dia akan buat 2nd babak....
Dia waiter mummy pula orang yang nak makan kat kedai dia...
So dia akan masak lagi la....

Sampailah dia dah rasa nak stop main masak-masak...

Mummy tadi tu masyak main-main aja yaaa..

(Ya laa mummy tau)tapi mummy sengeh je laaaaa

Melukis...

Tak habis2 lukis mickey ka ultraman....

ada la juga rupanya...kepala bujur..tangan pendek sikit dari kaki...mata bulat...

Aku dulu amat tak nak anak aku terpengaruh dengan mana-mana 'super hero' ni tapi terjebak juga..Kesnya kat taska laa.
Manalah aku boleh nak bagi tau suruh haramkan budak-budak lain bawa CD 'super hero' kan.....Lainlah kalau aku yang jaga dia 24 jam...365 hari

so aku terima ajalah semua tu dengan positif.

Kalau sesiapa pernah baca saifulislam maybe boleh juga kita fikirkan sepositif dia...

TV...juga tak dapat aku elakkan dari anak aku.

Maka aku kenalah juga terima dan guna sepositif yang boleh.

seronoknya

seronoknya

seronoknya kalau aku banyak DUIT..
Hahahaaaaaa...

Seronoknya kalau aku tak ada hutang

Seronoknya kalau aku tak perlu kerja tapi duit berlonggok

Seronoknya kalau 24 jam aku boleh berada bersama anak aku...

Seronoknya kalau......

Seronoknyaaaaaaa...

pokoknya...sekarang ni...aku akan boleh berseronok kalau aku ada banyak DUIT....

hahahahaaaaaaaaaa

Duit menyeronokkan?

YA!

Kahkahkahakah...

Memang la kalau banyak duit pun ada juga yang tak seronok..tapi la ni aku mmg nak DUITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTt

gila ka apa????

Ada sapa2 tak mau duit?

Monday, May 19, 2008

ikan

Kita nak pergi ke mana ni akif?
IKAN...
Hah???Ikan???
IKAN???
Kita nak pergi ke tasik tengok ikan.
gi tasyik ada ikan...
Nak pergi mana?
gi tasyik ada ikan....
Pergi ke mana?
Gi tasyik ada ikan..
Pergi mana?
Mummy apa banyak2 ni(apa tanya banyak kali ni)?
Ohh tak boleh tanya banyak kali ke?
Tak boleh...
Erkkkkkkk

Alkisah..akif beli sebungkus roti cap giant untuk ikan tasik tepi masjid negari dalam masa 5 minit je abissss......
Akif seronok bukan main laaaa....

Ikannn maqhan laaaaa...
Te-tel(sebenarnya toitise-salah ejaan ni.??..)..te-tel maqhan laaaa

bila tgk makhluk2 ni 'berkerumun' ke arah roti yang dia baling..dia gelak terbahak2..
adeiiiiii

Semalam dah gi tapi tak bawa roti bawa french fries..kira smlm ikan2 dan kura2 tasik tu makan french fries laaaaaa


Sunday, May 18, 2008

ish ish

Alahai anakku itu
nak aku berdempek ngan dia...
aku gerak sikit je dia kata dia nak hanyen!
Tapi bila bg tak nak plak...

tu baru lepas mandi tgh hari..Dok tgh claim gatal tangan plak....Biar daddy dia uruskan hahahaaa

ishh rasa malas plak nak menaip hahaa
stop dulu laaa..
(apa jenis org daaaa...)
Apasai aku punya internet connection asyik putus2 ni???????????

Saturday, May 17, 2008

cerita sabtu

Tadi siang gi SMC ..Check up si comel.
Terjumpa ngan gynea yg sambut kelahiran akif dolu...Dr.BK Tan laa..sapa lagi.....
Kihkihkih...Dia pun dah tak ingat daahhh...."ehhh dah besar..."
Ya la doc dah dekat 3 tahun daaa....

hahahaaa

Sempat tu berSMS ngan erna
mau idak..aku sampai SMC pkl 10am...(terlambat daa sbb terlena balik hahah)
dapat no.giliran 35...Masa sampai tu no.9
Pukul 130pm baru settle semua hahahaaa

p/s:Ada tak sesapa kawan2 yg agent PruBSN?
Kalau ada tolong hubungi aku hrehehehe........
(Cik Yan....Kalau hang nak suruh agent hang contact aku pun tak pa)
Kalau tak dak agent nak kontek aku nanti aku kontek main opis PruBSN laa...hahahaaaa

(akukan mmg tak suka agent apa2 pun contact aku melainkan bila aku nak depa kontek aku hahahah..terukkan aku ni)

sekian

Thursday, May 15, 2008

MLM bisnes


Multi-Level-Marketing
MLM

Aku ni ada juga join MLM ni tapi jenis join untuk beli barang.Kalau kita member kita dapat harga member.
Hehehee


Apa yang aku nak bebelkan (lagi) adalah tentang bagaimana mereka yang claim mereka 'berjaya' dengan bisnes MLM ni.
Tahniah kepada mereka cuma aku tak suka orang yg 'berjaya' dalam MLM approach aku cara yang macam ni..
Cara macam mana?
Macam ni
Saya dulu kerja makan gaji .Sebulan gaji rm2000 sahaja tapi sekarang saya dapat more than 20,000...Saya ada beli rumah banglo 2 buah kereta BMW 3 buah yada yada....

Persoalannya....
apa kes ko nak tunjuk ko punya harta benda?
Bagi aku..aku tak suka macam tu..
Dan aku akan tanya balik..
Itu semua u beli cash??

Jawapannya..
Tak...Tapi nak beli banglo rm1,000,000 downpayment rm100,000 kalau kerja makan gaji mana boleh dapat..Tapi dengan bisnes ni I mampu..

Tahniah..mampu bayar RM100,000

Akukan...Kalau gaji ciput taraf aku ni pun kalau tak dak hutang aku dah anggap mewah sangat dah hahaaaa
Target aku bukan nak kaya raya dok banglo or beli kereta mewah..aku cuma nak hidup selesa tanpa hutang tanpa kena 'kacau' ngan bank etc...hahahaaaaa

lagi satu yang aku tak berapa suka
FLYER
dalam flyer tulis senarai segala kejayaan tapi satu perkataan pun tak bagi tau bisnes apa....

Ni apa kes?
Kalau betul..reveal aja la..Terus terang cakap..Ni nak ajak kita jumpa la apa la....
Mmmm
Strategi MLM ya?

Lagi satu..
Dari pengamatan aku
kawan2 aku yang join MLM yang iya2 dolu kala la ni dah stop ..Dah kerja makan gaji sbb...bisnes dah takleh nak jalan macam dulu....
Kalau dulu derang tak kerja tapi la ni bukan main lagi 'komited' kerja makan gaji...

Dan sesungguhnya aku tak nafikan ada yang berjaya senang lenang dengan MLM ni..Tahniah kepada mereka....

Tapi kalau flyer tu derang sertakan statistik org berjaya dan gagal lagi bagus bleh orang2 bijak macam aku ni buat penilaian..

hahahaaaaa


Jana Pendapatan Lumayan

Jana pendapatan lumayan dari rumah.

Jana RM1000-1500 seminggu

Tak perlu bekerja.Anda hanya perlu ada computer dan internet sahaja.

FUhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Mak cik  kayooooooooooooooooooo
kaya rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Korang percaya ke?

(Ni aku jadi hangat bila baca kat forum SI...Nak reply sana..kang hangat tak sejuk2 plak so aku guna blog aku le...so sapa nak baca..bacalah..tak mau baca abaikan....Janji aku luahkan apa yang aku tak suka...hahahahahhahahaa)

Aku punya point..tak banyak cuma....

1. Aku tak faham la system penjanaan duit jenis gini...
2. Aku tak tau dari mana duit tu datang
3. Apasal tak de iklan tu kat papan2 iklan tepi federal highway(federal highway ni high traffic ya....tak pun LDP kaaaa...)Oppss media alternatif lebih pantas..lupa plak
4. Halal?Bukti?
5. sah?Bukti?
6. Sungguh ka?
7. Dah ramai la kaya raya?
8. Tak lama lagi kilang2 ngan kedai2 dan gerai2 akan tutup la.semua orang kaya raya hanya dgn dok click2 kat PC hahahaaa
9. Main office?HQ?etc kat mana????

Nampak sangat aku ni tak setuju kan..hahaha

so apa kata mereka yang percaya dan setuju tolong buat aku jadi percaya..
proposal aku
Apa kata mereka yang dah berjaya 'sponsor' aku..hahhaa
ala setakat rm35-100 tu sure korang tak herankan..seminggu beribu beb masuk...

Macam ni
aku daftar lepas tu korang bayarkan...then kalau aku tgk menjadi aku bayar la balik RM tu..tak pun korang halalkan je laaaa
So aku nikmatilah benefit yang ada..so nanti aku war2kanlah ttg kesahihannya...

Amacam?DEAL??

p/s: nanti kalu aku ni akan di katogerikan kolot le nih hahaaaaaa

apa-apa aja laaaaaa
 
salah silap harap dimaafkan..
 
sekian bebelan saya (lagi)
 

sexual harassment

sexual harassment

Gangguan seks kan?

Orang selalu akan anggap sebagai sekuhara(org jepun kan suka pendek2kan...)ni naritasu(terjadi/valid?) kalau disentuh (raba ka apa ka...)
Tapi ada tak yang perasan...kat alam cyber yang canggih ni seksuhara ni bukan main rancak..
salah satu contoh...

Kitakan join forum ..Yup ...breastfeeding community....

Ada tak kalian di PM/YM/Email...
Yang konon nak bincangkan tentang permasalahan Breastfeeding or anak2 but end up 'mereka' mula buka kisah2 tak sepatutnya.

Masa aku kat Nihon dulu kalau tak salah aku...Kat salah satu dokumentari tentang sexual harasment ni depa kata...antara pompuan ngan pompuan pun bleh dikatakan sekuhara(kalau aku tak salah faham la naaa)

[Opsss sekuhara ni terjadi bila ada paksaan ya..kalau suka sama suka rela sama rela tu toksah dok gatai nak claim as sexual harrassment...]

So aku menyerulah kepada mommies yang mana BF anak yang mana ada antara kita yang suka bangat nak share segala mala hal..termasuk yang tak patut tu..Eloklah kiranya kita takyah le sebut kat orang yang kita tak kenali...

sebagai contoh...
Kita baru je 'kenal' seseorang tu...kita pi tanya...
" Ur B**** macam mana ya?"
or..
tanya hal2 suami isteri yang dikatogerikan 'dalam selimut'

Lainlah kalau kita memang dah 'close'...(close cara orang berblog pun kira close ya...kita ikuti perkembangan...share feeling etc...tu aku anggap close..walaupun tak pernah jumpa/jumpa sekali/jumpa 2 kali ka/chat hari2 ka...bg aku selagi ada sesi suaikenal suci dan ikhlas dr hati murni kira close laa...boleh tak lagu ni???)

Yang tak syok ada juga 'orang2 gila' yang menyamar jadi 'ibu yang menyusukan'..
Adeiiiiiiiiiiiiiiii

sekian..bebelan saya.
(macam tergantung jerk!)

Public spiritedness



Hello
Aku dapat dari forwarded mail.Ni bukan sahaja pemandu kereta ni tapi RAMAi lagi yang memang perangai macam niSungguh memalukan...Terlalu mementingkan diri...So...Aku decided nak letak 'content' forwarded Email tu kat blog....

p/s: Rasa macam nak juga aku buat aktiviti ambil gambar orang jenis gini ...kihkihkih
Kadang2 masyarakat kita ni, derang rasa.."alaa park kejap aja"Hakikatnya TAK BOLEH! Itu bukan untuk anda....
Sama le juga ngan tempat2 yang disediakan untuk tujuan lain tapi masyarakat kita guna untuk tujuan lain..

Cth...Nursing room kat shopping complexe...Itu untuk ibu yang breastfeed anak tapi ada juga couples yang guna untuk aktiviti haram!Ada juga yang buat family gathering dalam nursing room.Bagi anak bottle feed but satu kerabat gi lepak buat kecoh.
Berubah laaaaaaa
*********************************************************************************** this person is very handicapped indeed... so sorry for him/her that he/she is much more handicapped than those who really are.

in case he/she doesn't know (i guess apart from being handicapped he/she is also illiterate) the sign means or what wrong has he/her done then for your information those bays are for handicapped person (also know as with physical limitation/disabilities). so what we are hoping to enlighten you with is that apart from not supposing to part at such designated places, you could have at least park in a single bay instead of double bays for your super extreme big one car only!!!

just put yourself in others shoes... what if you are one of those handicapped person (or any of your love ones) and your designated park space is taken but such irresponsible person like you in this case??? how would you feel???

anyway, if you still don't learn the lesson, its really okay coz we have considered you intellectually and heartedly handicapped (a no brainer and heartless)... may the god bless you for your 'kindness' PS. if you happen to my friend, please dont even mentioned that i know you....

Driver of WPK 6393 The driver is indeed 'handicapped'. He lost his brains.

''Malu lor''

All

Appreciate your help to pass this message on so that the driver of this car can be located. If you send to 10 persons (your friends and relatives). Very soon it will arrive at the inbox of the driver. I wonder what Sunway Pyramid management did about this?

Thank You

THE WONDER OF INTERNET - TO EDUCATE THE ARROGANT

Wednesday, May 14, 2008

aku cuti

Aku cuti hari ni

Ada leeee....kehkehkeh

Cuti semedang aku nih
ish..macam manalah nak naik pangkat nih..(jgn harap la boleh naik!)

Haaa
hari ni buat sekian kalinya aku pi BSN hahahaa
ya ampun.....tak reti aku nak isi borang...kahkahkahkah
selama ni dok online banking ni hilang terus skill gi bank...kahkahkah


Tuesday, May 13, 2008

batu belah batu bertangkup

batu belah batu bertangkup

Korang pernah dengar cerita ni?

(ni baru dapat forwarded email ttg batu belah batu terlingkup!)

Apa yang aku nak tulis adalah
aku kan dari kecik2 dulu lagi aku tak suka cerita batu belah batu bertangkup ni
1. apsal mak dia sensitif sangat sbb takleh mkn telur temangkul(?alaa ikan terbang tu la)
2. Sungguh tak patut mak tinggalkan anak kecil bunuh diri plak tu
3. Apsal bnyk benar nenek kabayan???Hahahaaaa

Dan aku tak nak cerita ni diceritakan kepada anak aku...

Aku sebagai ibu wajib berkorban untuk anak aku
so kalau takat telur temangkul tu tak de mende laaaa
anak ganti ngan telur ayam..makan je la telur ayam tu
demand2 plak..ceh
Dah susah buat la cara susah...demanding plak.
Ngan anak yang masih menyusu badan plak tu

sungguh tak logik cerita itu

Aku ngan anak aku yg masih menyusu tu tak denya aku nak terasa...
Tak ambik hati pun

Aku punya plan...aku mmg tak nak terasa hati ngan anak aku (boleh tak erk?)
Kalau kita naka nak kita jadi baik kita kenalah didik baik2...doakan yang terbaik...
Buangkan sikap pentingkan diri....


Aku rasa ..aku pernah cerita ngan 2-3 org member yang aku kalau boleh muda2 ni nak kerja cari duit bebanyak
cari harta
then bila tua tak de la kena bergantung dengan anak..Insya Allah

Kalau anak buat tak kisah pun kalau boleh nak buat tak tau je..(buleh ke?)

Akukan banyak duit kahkahkah
money cannot buy happiness but money sometimes can buy people! hahahaaa
Bayangkan kalau kita kaya raya....sure ramai yang 'suka' kat kita..anak pinak menantu bagai...
Buat plak kita ni kaya melana 100thn pun makan tak habis punya bnyk harta...

Sorry naa..aku melalut.....

Anak ni....Doa anak2 soleh/solehah sahaja yang utama.....
So jomlah kita didik anak kita agar dapat membantu melapangkan at least ruang kat alam barzakh...
aku melalut lagi?

Monday, May 12, 2008

tak habis2 cerita anak

Tak habis2 cerita anak aku laaaa...

Dia nikan...
Kenapa ntah dia malu kalau aku or daddy dia tau apa dia tau...(belit2 ke ayat ni?)

Contoh....
Dia baca ABC-Z....then mak pak dia ni kagum la sbb anak depa tau baca..so
YES..CLEVER BOY...GOOD BOY...
Tapi dia...

Buat macam tak ada apa2 berlaku..terus diam membisu...change topik..
Tengah baikkk punya baca ABC terus buat benda lain...

awat?

Dia tengah dok 'bina' kangaroo dgn blocks dia la...
Tiba2 mummy tegur...
"ehhh cantiknya ur kangaroo"
terus dia...
Hancurkan....
Gi buat benda lain...

Awat?

Makanya mummy ngan daddy dia bercakap dalam bahasa aneh....
bahasa mengeja...
Abang...'the guy' can R.E.A.D laaaaa
Ya....

Ayang 'the guy' can C.O.U.N.T.....

takleh sebut nama dia...He..Dia...Budak tu....dia paham itu address ke dia...

Anak aku ni dia tak suka ke aku ngan daddy dia tahu apa yang dia boleh buat
Kami ni kan kadang2 dah berkurun dia dah boleh buat kami baru tau hari n....
Dia segan ke?ke malu ka>
ke apa?

Cerita CAT lagi
Mummy nyi apa..(ayat sebenar mummy itu apa?)
Mana....?
Nyi
Ohhh paint shop..kedai cat..kedai jual cat...
Hah?
Kenapa...
Mummy sini ade CAT...
haaa?
(ingat kisah cat dibaca as CAT(kucing)..ni sambungan?
Paint tu guna apa(paint tu digunakan untuk apa?)
Untuk warnakan rumah....
warna?aler(color)?
Yaaaa...
Oooooo...Mummy kedai ual(jual) paint ade CAT(read: ket ya..kuuuu-cinggg) kan....
Mummy yang ter'blur'
Haaaa?apa?
Kedai ual(jual) paint syemua ade CAT!meow meow....cat acif ati(mati)....meow meow...

bob bider-bob the builder...
can wi pittit-can we fix it
YES we can!

Breast pumps to let go

Ehem..IKLAN
 
Breastpumos to let go
 
1. Spectra 3
Tahun beli 2006 (jan-March kot..Tak ingat dah)
Condition: Good but maybe 'pemilik baru' kena beli new tubing.(Kalau tubing shj kat babyland RM15)
Price: Detail will be discussed
 
2. Avent ISIS (manual)
Tahun beli: 2007
Beli masa akif berusia 20 bulan(ke 22 bulan?), le ni akif 2 thn 8 bulan.Aku stop pump ketika akif 26 bulan.
Condition: Good
Price: will be discussed
 
Kepada yang berminat boleh hubungi saya
 
 
crafidah (at) gmail(dot) com
atau pun
sms or call 0132023394
 
Ohhh
Reason kenapa nak let go
1. Sebab dah tak digunakan lagi
2. 2nd lambat lagi
3. Daku ini sudah berkenan dengan satu package pump hahahhaaaa..Dan ada orang kata tiba masanya nanti dia akan beli...
 
itu antara alasannya
 
btw
fuhhh smlm gi babyland...
cantik noo cooler bag medela yang baru tuh...
ish ishish...
 
Sekian, terima kasih

4th anniversary

Dah lapok ditelan zaman..
1 may 2008 ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4 tahun masihi.
Alhamdulillah

saja saja

Aku bangun awal ni hari ni 416am....
Tak dak apa pun tapi maybe sbb hari2 yg lalu(almost 10days) aku asyik tidur lambat bgn awal...malam td 'tertidur' awal so tu 'terbangun' awal kot

cerita 1
Alhamdulillah smlm mak aku dah discharged..Adik aku yang pompuanlah tolong uruskan..Aku hanya tinggalkan RM aja....
But bill ni..
Aku kan...
Punyalah susah hati tau aku takut RM aku tak cukup nak bayar bill.Walaupun hubbyku berkali2 dok ingatkan .."ayang tu spetal gomen..Insya Allah tak der le ber k-k"

Aku tetap gundah gulana...
Hari Sabtu tu aku dk tanya lagi berapa aku harus tinggalkan kat adik aku....
Memula aku decided nak tinggalkan around RM4XX
Lepas tu aku up bg jadi RM5XX
Lepas tu aku siap dok congak duit aku dalam bank mana kalu aku transfer ke akaun adik aku akan terus masuk....Aku dok cari bank mana paling dekat ngan umah aku bagai....
tup2...adik aku called bg tau dah bayaq bill bagai...
RM6X
ngeh!Penat je aku susah hati
Alhamdulillah bil tak mahai....
Haru la aku ni


cerita 2
Anak aku..
Makin ganas..dan nakal!
Dia dah mula buat perangai DEGIL
bila kita tanya balik...
"akif ni dengar ke tak mummy cakap tadi?"
"dengar..."
"Abih tu kenapa buat juga?"
"Acif suke!"

Dia makin berminat la 'work with blocks'
Maybe disebabkan pendedahan terhadap animals terlalu awal maka semua jenis animals dia buleh buat dgn blocks!Hahahaaaaa

Sekarang angin melukis.....
lukis cara dia laaaa
hahahaaaaa

Ahaa..akukan belikan dia DVD magic english yang tak ori hahahahaaaa
4 in 1 type rm12 kihkihkih
nasib la lbu.....
(ni kes balik kg br ni la..dia tak de mende nak buat so kami belikan dia DVD ni la)
Dia suka sgt tonton...

hello mummy...mummy..mummy..i love you..
I love you...

hello daddy..daddy..daddy i love you...

Banyak jugalah words and sentences dia belajar dalam masa 10 days nih..Alhamdulillah

Potty trainning
so far so good...
bleh la tak berdiapers dari kedah(read: sg petani) sampai kuala kangsar
Tapi lepas tu dia tidur kena juga pakaikan diapers sbb mummy tak berani nak challenge..
Namun..
Hahahaaaa
dia terbabas sekali...
ni bab kincin laaa
bab u-uh plak
masih blom 'flying color' laaaaa
Dia selalu dah u-uh dulu baru inform...
tak bleh nak control sangat lagi bab BESAR ni
Tapi okla sbb dia pakai 'seluar kecik'..tak de la jatuh merata..masih under control...

cerita 3
Hari ni nak kena pi kerja dah...
In fact aku dah lupa dah apa kerja aku 10 hari lepas...hahahaaaa

cerita 4
aku blom abih ronda blogs kawan2 yang dah lama aku tak ronda...
soo..aku mmg la ni tak tau sgt perkembangan..hahahaaaaa

cerita 5
Dah lama aku tak tgk TV

cerita 6
aku nak masak lauk apa kat anak teruna ya...

maka sekian...

Sunday, May 11, 2008

Am back

Alhamdulillah
pukul 830pm tadi kami selamat tiba ke SA....
Penat sgt

sampai aja kami terus buat operasi...10days tinggal rumah..habuk dah cecah alang(ogesa)
Tup2 sakt kepala...telan la parasetamol
sekali...dah tak ngantuk adeiii

sedikit update ttg anak terunaku

Didapati anakku ini membesar seperti manusia normal jua akhirnya

La ni musim nak try segala jenis makanan....
SEMUA..pedas masam masin pahit bagai..SEMUA.....

Makanya....salahlah tanggapan mereka yg kata bdak yg HANYA mkn nasi kosong nnt akan jd 'pemilih mknn'
Aku tak suruh dia mkn pun tapi dia yang minta nak rasa...
yang tekak dia 'sudi' dia telan yg idak dia luah...

alahai.nak hanyen plak...stop dululah nnt aku sambung lagi laaaa....

Friday, May 9, 2008

latest info dr kg

Ya aku masih di kampung

Alhamdulillah
Mak aku tak kena potong kaki
Menurut doktor(diceritakan oleh hubby aku la sbb aku tak dgr dr doktor kerana tgh dok 'main' kejar mengejar...harap2 aku turun 3-4kg..hahahah)..menurut hubbyku
pakar tulang kat hospital SP kata..(dah hari2 ulang alik baling-sg.petani) kaki mak aku bknnya ada infection bagai dr kencing manis tu tapiii
tulang kaki mak aku tu hancur sbb kesan lama...dan baru
dr kesan over weight masa dia muda dulu dgn....kesan dr terlalu force the sendi to work........
Jadinya no operation required...cuma kena pakai iytu support la utk elakkan dr jd teruk

maka kami dah beli wheel chair utk mak aku..
Hari ni tunggu mende support tu siap..kalau semuanya lancar Insya Allah boleh la discharge...
thanks Allah
thanks friends for the doa...

nnt aku cerita detail
la ni aku tak dan aku ni sibuk kalah time kerja hahahaa

Monday, May 5, 2008

masih di kampung

Kami masih di kg
Esok mak aku akan jumpa doktor pakar.
Mmmm....

si akif plak...Macam boring aja ...Tapi la ni tengah berkubang atas tanah kat depan rumah......

C.A.T..
he can read this CAT...But mende alah ni tulis kat kedai jual paint....
Tapi dia bagi tau aku..mummy tu CAT!Sambil tunjuk kat atas..aku cari la mana plak kucing nih?
yang aku nampak hanyalah KEDAI CAT.......

kihkihkih





Friday, May 2, 2008

update dr kampung

Alhamdulillah
Kami sampai kampung smlm..230pm.

Hari ni kami bawa mak aku gi jumpa pakar tulang dan sendi..

Keputusannya

Nak kena gi hospital. Kaki mak aku tu maybe kena 'buang'.

Kesan dr kencing manis.
Tulang dah kena telan dek bakteria.

Yang aku terkilan
mak aku patutnya pi jumpa pakar early feb hari tu tapi dia tak pi...alasan ...'susah nak tinggal cucu dalam pantang..'

Dan sepatutnya early dec dulu juga dia sepatutnya pi jumpa doktor pakat kat PPUM....Tapi dia tak mau mai umah aku

Dan bila dah jadi lagu ni...aku mmg berleter macam tahi lembu jatuh....
maka aku kata apa jua keputusan doktor spetal nanti..nak 'buang nanah' ka nak 'buang kaki' ka mak aku kena redha

masalah la ni..aku kena balik SA..kerja cari duit tapi tak dak sapa nak jaga ayah aku ngan mak aku....

Aku ni cuti mmg dah tak dak s(ada berbelas hari lg tapi company style ikut koata....
Kalau aku cuti maka jadi unpaid leave sbb koata sampai bln ni dah tak dak

kalau sehari aku UP..rmXXX melayang...kalau seminggu UP mau senget sebelah bahu!!!

Doakan aku ya