>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, June 29, 2008

why i love blogging

kerana melalui blogging ni aku kenal RAMAI sangat orang...Aku dapat ramai kawan.
Walau tak pernah jumpa...Aku rasa aku hampir dengan mereka.
Aku dapat share pengalaman..aku dapat info....dan banyak lagi

Aku terlibat dengan blogging ni dari year 2004 lagi. Lompat blog itu blog ini...sampai aku singgah ke blogspot ni.

This blogging world memang buat aku feel connecting with the world....

thanks to kemajuan dunia tanpa batasan...

walaupun blogs aku tak ada memberi manfaat kepada pembangunan insan...bagi aku aku gain something yang amat berharga.

khas buat mawar

Aku dah 'kenal' dengan mawar dah lama melalui blogging world.. Dari zaman mawar masih single lagi...dari zaman aku guna blogdrive(kami sama2 on blogdrive masa tu )

Dan masa mawar nak langusngkan perkahwinan pun mawar ada invite aku.
Aku tak pergi pun sebab masa tu aku tgh mabuk kepayang tak boleh makan nasi....

Dan agak lama aku tak jenguk blog mawar..hari ni bila aku click aku amat terperanjat.

Friends...
Sama-samalah kita doakan kesejahteraan mawar sekeluarga.

Mawar and Alisa..
Be strong!

Ya Allah
sebenarnya aku tak boleh nak bendung lagi perasaan.Menitis2 air mata aku.

tentang dunia hiburan

Ini adalah pandangan peribadi aku

Mengenai drama/filem yang bersangkutan dengan Ahmad Idham..Sama ada yang dia arahkan/terbitkan/lakonkan...

Aku tak berapa suka.

Pada pandangan aku, cerita-cerita yang melibatkan Ahmad Idham ni selalunya cerita jenis orang tak cukup ilmu agama.(Ampun ya.Aku pun tak tahu sangat)

In year 1999 kot cerita 'cinderella' lakonan haliza misbun dan dia. Aku follow cerita ni tapi aku menyampah bila sampai episod akhir hahahahaaa

Dan aku tak suka tau cerita yang bodoh fahaman agama ni.
1. ada babak bunuh diri
2.ada babak curang/sex etc
3.ada babak tahayul

aku akui dalam realiti kehidupan ada perkara2 ni tapi..dalam cerita drama etc kita boleh buat babak tu 'real' dengan cara lain.....

Ya tak dinafikan cerita melibatkan pengarah/penerbit lain pun ada juga jenis macam ni tapi obvious kat mata aku cerita2 macam ni selalu lebih sinonim ngan Ahmad Idham..hahahahaaa

Cerita Yusof haslam pun aku nyampah juga kahkahkah..tak abih2 cinta karat..yuck!

Abih tu cerita melibatkan sapa aku suka?
Rashid Sibir..Shiela Rusli..Abang mamat khalid...itu tukang cuci apa nama...Aflin Shauqi....
Cerita mamat khalid memang bodus sgt2 tapi aku suka tgk sbb dari awal2 aku tau citer dia mmg tak logik.....bersahaja...
Aflin punya cerita pun....

Ngeh ngeh nampak sgt aku tonton citer 'made in malaysia'

Hahaha...satu lagi ya ampun akukan takleh nak gi le tengok cerita barat....kecuali LOST ka..DR HOUSE ka...
kihkih.....

Citer jepun semua jenis aku bleh terima....
Cerita thai..yang seram2 aku suka....
Cerita indon yang bab2 hidayah tu aku suka...

huh me watch too much TV?????
weekend aja nih aku cover segala bagai cerita while my anak manja is sleeping....

homeschool..I'm crazy....

Ya Allah
Meluap-luapnya perasaan aku on this homeschooling issue.
I love it!
So, sekarang aku dalam usaha mengajak hubby bersama-sama mempelajarinya.
Doakan kami berjaya ya.

In fact, aku tertekan sungguh bila people keep asking me "when u going to send gedebi to school"

My answer is.."Maybe when he's 5 years old"

My plan is..
Aku nak ajar dia sendiri..Aku akan hantar ke tadika bila dia dah 5 tahun.(Tapi kalau aku tiba2 jadi SAHM aku akan fikirkan semula..maybe homeschool aja la..)

Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMU...

p/s: Tahniah to mamafiza at liitlekittle.com.U'r ROCK!!

Gedebi's progress

Alhamdulillah
Tadi siang hari kami jumpa paed.
Gedebi's getting better.

Friday July 4 ni kena jumpa paed lagi.

Btw..our paed Dr.L rupanya kena rompak(pecah rumah)
Kena tetak jari dia..ibu jari left hand dia putus!(ada org knocked the bedroom so his wife bangun and open the door..lantas itu penyamun nak tetak and Dr.L halang maka Dr.L yang kena..jahanam sungguh penyamun itu!)
Tadi aku tak perasan tapi bila hubby tanya Dr.L baru perasan....

sekian.

celcom oh celcom

day by day buat aku makin menyampah dengan celcom's services!

1.aku benci terima sms ntah apa-apa yang mana derang dapat no.mobile aku dari celcom.
celcom please stop it.

2.kamikan guna celcom BB.
Ya ampun kalau siang hari memang amat2 suck la internet connection.
Kalau call tanya why jawapannya 'kami sedang upgarde system'
Aku fahamlah kalau hujan..
aku faham kalau andai kata aku dok kawasan bnyk pencakar langit
aku akan faham ttg ini BB 3G yada2 kalau siang ramai org guna system busy yada2 tapi ni tgh2 pagi buta pun 3G macam hancuss apa kes?????

Please advice!

Hahahahaaaaa

cuma aku suka ini celcom BB...walau aku balik kg aku nan ceruk deh tetap bleh buka internet walaupun 2G....
kihkih

daddy and breastfeeding

It's from gedebi's daddy...

please click HERE

Saturday, June 28, 2008

homeschool

Aku
Aku ni suka sangat tau homeschool
Mengajar sendiri anak, tapi sampai sekarang belum cukup kuat untuk melaksanakannya.Masih menapak....

Aku amat kagum ibu-ibu yang homeschool anak masing-masing.
Insya Allah suatu hari nanti pasti aku juga akan mampu melaksanakannya.

Gambare atashi!

Friday, June 27, 2008

berita dari aku

to my friends,

Weii korang aku busy le ni tak dan nak blogging hahahaaaaa

so, kena tunggu weekend.

Lagi satu..
Uhuks
Anak aku le ni kurang sihat.
Muntah-muntah ngan cirit! Dari selasa lagi....

Esok aku bawa pi SMC..
Dah hari2 aku ulang pi GP tapi tak jalan le plak..Uhuks...Anak aku tak mau makan ubat.

Nak pi SMC hari kerja ni alahai......coti yillek....
Kalau GP aku bleh ambik time slip...
terukkan aku ni...

Sekian...berita dari aku.

Wednesday, June 25, 2008

kalau mencuba nampaklah jalan

It's not a big deal...But for me it's a NEW experience.

Al kisah aku kena buat measurement(hal kerja la) with the manual setting/setup/control.
Penat memang penat..Macam orang kena denda ketuk ketampi but I love it! Hahahahaa...

Taking the data macam best..Tapi adusss memikirkan nak compile..terbeliak-beliak le biji mata.

Macam mana pun aku tetap rasa di situ bukan tempatku..Pencarian harus kuteruskan.
Penghijrahan satu permulaan. Saatnya pasti tiba. Antara cepat dan lambat aja la...

Ehemm
Tadi masa aku dok kupas bawang putih(buat stok supaya kerja masak memasak aku pagi buta ngan sesudah maghrib jadi cepat) aku teringat zaman aku belajar dulu.

Salah satunya..Macam mana my prof. Dr kawasaki dok pujuk aku suruh aku buat master.
Dia suruh aku sambung kat Japan juga..Aku jawap.."iya desu..mo kaeritai no..."(tak mo nak balik)
"sonna ni nihon ga kirai desuka?"(hang benci sungguh jepun ni no)
"Iyee..kirai janai no.."(dah eh bukan benci)
"de?"(abih tu?)
"Mo iidesu..nihon ni sumitakunai no...iya desu.."(tak mo ..tak mo dok jepun..tak suka tak suka...)
"Jyaa...Hawaii ha dodesuka?"(Kalau hawaii?)
"Hawaii????"
"California ha dou?"
"Hah???..Sensei nande sonna ni ....(sensei ni awat beriya sangat)
"you are a good student..excellent..brilliant!"
"honntodesukaaaaaa" (ye keeeeee???) "sorette..honne?tatemae?"
"hontoudesuyo...dakaraaa...." (betul..sebab tu...)
"iyaaa..insei nante ikanai..." (tak mo tak mo wat master..)

The main reason masa tu aku tolak buat master is aku terlalu homesick....Aku dah tak boleh nak dok lama2 kat overseas dah..Aku rindukan Malaysia...

Satu lagi...aku admire sungguh belajar kat malaysian Univ..Hahahahha(sifat manusia tak pernah nak cukup!)

so apa conclusion 'flash back' aku sambil kopek bawang putih???
Conclusionnya...Aku ..Kalau disuruh pi overseas untuk sambung belajar maybe aku dah tak mampu kalau hubby ngan anak aku tak ikut..hahahhahahaha
(ada ka conclusion macam ni??)

WATASHINO HONTOU NO IRU TOKORO WA DOKO DARO?moshikashite daidokoro no kana????hahahahahahh

Gedebi oh cik baby

Alhamdulillah si gedebi dah tak demam cuma dia masih poo poo berkali-kali..not so watery but...(ishh tak naklah cakap bab stool) hahahaaaaaa

Malam ni habis juga sepinggan nasi putih bersama 3 ketul ayam(kok kok) goreng....


Bila anak mummy merajuk....Ni kes kena marah ngan mummy le...



mummy punya resepi


Mummy memang tak pandai masak pun! So kalau dia memasak macam nilah rupa peti ais kami.
Dia tempek segala benda.
OK per.....Janji mummy 'berani' mencuba hehehehehee

dapat t-shirt free




Kalau dapat barang FREE memang best
Aku dapat t-shirt euro ni free dari 'small lucky draw' department kami.
Tapi ini t-shirt mummy kasi kat daddy la sebagai 'upah' dok berjaga tengok bola.....

Tahniah to kawan-kawan

Tahniah to cik kuireena and anamiraa

Aku juga yang terbenam kat Malaysia ni uwaaaaaaaaaaaaaaaa

Harapan nak pi dok obersi jadi SAHM memang ke tahap berkecai..
Sebab apa?
Sebab company suamiku bekerja dah freezed la posting to obersi..Hatta yang dah dok sana pun dah dipanggil pulang....

Kesian kat aku...

So pilihan yang aku ada....
Aku sendiri la kena usaha kalau nak dok obersi hahahhaaaa...
Tapi rasa macam malas ja..ketuk ketu ketuk...

Mengharapkan semuanya bergolek depan mata je aku nih!

Tak pa tak pa...Ada lagi harapan....

Gambare watashi!

Update tentang kami hehheeee

Salam

Aku dah datang kerja hari ini.

Al kisah
Hari Isnin, aku dah agak dah anak aku bakal demam.(haha no kan)
Makanya Isnin malam selasa tu dia dah start takleh tidur. Merengek, cirit.

Aku takleh tidur la jadinya
Pagi tu berpinar-pinar...Pening kepala aku weh!

So pergi GP...
Dapat MC...Akif plak dapat le ubat biasa laaa
SMECTA

Ya Allah dia dah buat balik perangai tak nak makan ubat.
Aku suruh makan ubat aja dia kata nak 'hanyen'

'menghanyen' sepanjang hari.Naik lenguh badan aku.

Dah tu Ngamuk suruh aku call daddy suruh balik.Adeiiiiiii..
Petang daddy balik kami pakat nak bagi dia ubat.
Makan ubat sambil berendam...Buleh?
Tapiiiiii..
"tak nak ubat nak untah(muntah)"

Bila aku nak bagi ubat dia akan ugut dia nak muntah.
End up tak makan ubat langsung hanya on susu ibu sahaja.

Pagi ni dah tak poo-poo dah badan pun dah OK tapi aku tetap bekalkan dia ubat.
Makanan plak aku sediakan dia 'sup nasi' atau pun nama betul sup nasi is bubur nasi laaaaaa
sup biasa pun sediakan juga.
'sup nasi; untuk breakfast

Opsss....

Why i love to visit 'the GP'(only)

"Don't give him milk, egg and any oily food"
"yes Doc..."
"Susu apa dia minum skrg?"
"Breastmilk..."
"huh...hey boy how old are u?"
"three...."
"on Breastmilk then ...susu is ok la...but don't give him egg and oily foods."
"OK"

But alahai doktor lupa cakap kat gedebi suruh makan ubat!

Dia 'tangkap' tang BM is ok tu ja..so satu harilah on BM!

Btw, saturday ni ada appointment nak jumpa Paed...follow up sejak tahun lps lagi....

Tuesday, June 24, 2008

Al kisah hari ini

aku MC today
Sakit kepala.Anak aku demam.Maka malam tadi tak lena la.
Aku pun tak de mood nak nulis hari ni

chio cin chioooooo

Monday, June 23, 2008

cik gedebi lagi

It's about cik gedebi (again)

Ampun...Sejak dah 'besar' ni, macam-macam perangai baru


1. merajuk..maha kuat merajuk. salah sikit merajuk salah sikit merajuk...meniarap sembam muka ke carpet ka sofa ka...tilam ka..asalkan boleh sebam muka.Pujuk...Ikut sapa yang penyebab dia merajuk..Siapa penyebab dialah kena pujuk.


2. Nak air sejuk
Dia le ni asyik nak minum air sejuk. Buka peti ais tengok ada ke tak ada..kalau tak ada..dia paksa kita ambil ais batu letak dalam cawan then letak air...Mmm...ayer sejok!

3. ABC-Z jangan disuruh dia tulis dia akan buat tak heran tapi, kalau dia suruh kita lukis kereta kita pi tulis A dia akan kata..

"nanak A..acif nak ka-(car)"

Dia suruh lukis syi-kal(basikal) mummy tulis B..

"Nanak ya 'B' Acif nak syi-kal!"

Ekau kenal ya Jang tapi napa ekau buat tak tahu?????

4. Disuruh mengira jangan kauharap kau akan dengar dia sebut tapi...kalau semua orang buat tak tahu dia akan mengira..kira buku dia ka..kira mainan dia ke...kiralah apa sahaja..asalkan jangan ada orang suruh!
SAYA PENCINTA KEBEBASAN....
suka hati dia....tiada paksaan...

5. Nenen..ataupun 'hanyen'is his favorite forever and eva!Dah buat perangai balik "Nanak maqhan..acif nak hanyen"
setiap jam!
Ada susu ke akif?

Ada..
banyak..????
fuuuusshhhhhhh..sembur!
BANYAK YAAA!!!(marah)
-Jangan kacau saya waktu saya minum susu!

lactogenic foods?????

Salam
aku nak bebel tentang 'makanan yang menambahkan susu'
Secara umumnya banyakkk sangat makanan yang kita boleh senaraikan boleh banyakkan susu badan manusia.Tapi haruslah kita ingat, setiap manusia itu berbeza, maka kesannya pun berbeza-beza.

Kalau kita nak sangat tambahkan susu kita, paling utama kita kenalah rajin merangsang penghasilan susu.Kalau telan segala supliment, segala lactogenic foods tapi malas nak susukan anak secara direct ataupun mengepam/perah tak ada maknanya.
Apa yang aku nak bebelkan di sini adalah....

Beramal WAJIB ada ilmu!

Tak semua makanan yang orang kata boleh tambahkan susu berkesan ke atas diri kita.Ingat tu!Cuba cuba cuba dan cuba dan cubaaaaaaaaaaa

Insya Allah ada jalannya.

All the best
Breastmilk is the best for your baby!

Istana buat ayah

Cerekarama la.

Mmm...Aku tak suka sangat cerita ni walaupun aku tengok juga sampai habis.

Jalan cerita tak mencabar la.

Kisah tentang bapa tunggal si penarik beca membesarkan anak perempuannya dengan pelbagai rintangan (rintangan mulut manusia dan dengki manusia la)

Si anak akhirnya dapat mencapai impiannnya menjadi seorang doktor dan membeli sebuah 'istana; buat ayahnya...

penulis skrip dan pengarah perlu lebih 'study' bagi menghidupkan suasana...

Sunday, June 22, 2008

harga barang banyak yang dah naik

Salam

Note: Aku taip ni on Ahad 22 so aku akan adjust date jadi ahad 22 june lah ya
Internet kat rumah aku problemo la pula

Malam tadiaku pergi pasar malam.

Kan aku dah kata..SURE harga barangan lain yang tak ada sangkut paut secara terus dengan petrol akan naik harga

1. keropok ikan tamban tu
Dulu 1 pack RM4, 3 packs RM10, tapi semalam 1 pack RM5!
RM10 dapat 2packs je la.

Dialog:
Keropok ni sebungkus berapa?
lima ringgit kak.
Hah?Dah naik harga..Ishh korang ni..seringgit pula tuh.
(si peniaga tersengeh)

2. apple, green apple
Sebelum ni RM5 for 11 pieces
But yesterday RM5 for 10 pieces only..rugi sebiji...

Uncle, ini berapa ringgit ..
RM5 saja...
Berapa biji?
10 biji..
Aiyaa..last week 11 biji ooo...
Halege minyak suda naik looo..
Aiya uncle ini apple siram minyak ka?
Tak loo...tapi kasi angkut guna lori pakai minyak....
Itu macam tak boleh kila la uncle...Saya datang sini pun naik keleta pakai minyak ooo....saya beli RM10 kasi 2 biji extra laaa..
1 biji extra la..
ok la sebiji pun sebiji la....next week i datang lagi ya mau 3 biji extra!
aiyaaaaaaa

Seee!PM5 tau ka semua ni??
Itu belum lagi aku rayau area jual makanan seperti laksa, mee etc....

Dan satu lagi...
Adakah peniaga ini cuba menipu????

aku beli, bawang besar, kentang dan cili kering rm1..

OK ini sahaja.Berapa ya
enam ringgit empat posen...

Aku kan jenis ala-ala particular tak menetukan...sebab tadi aku tengok dia tulis kat plastik pembungkus harga setiap barangan aku beli tu dari congakkan aku it's only RM5.40..
Kat depan-depan tu juga aku 'punggah' balik bungkusan barangan aku beli.
Aku kira kuat-kuat..

2.10, 2.30,1...5.40...Chik ni RM5.40 aja laaaa..Kenapa saya kena bayar RM6.40 ni?
Erkk..ye ke?

Dia ambik balik, dia kira...
Ahaaa..RM5.40..sorry ya kak..(ekau patut panggil aku anak)

Ehem..pak cik..ni salah kira ke memang sengaja salah...
Betul kak tersalah kira..
Ok OK..hati-hati ya mengira..kalau salah kira dah jadi menipu..menipu berdosa.kita meniaga kena sentiasa jujur ya....
baik baik....
Nasib baik saya perasan..kalau saya tak perasan ni saya balik rumah baru perasan mahu saya tak halalkan rm1 tu..hati hati ya....
ya yaaa...

Tak kisah la apa peniaga tu nak rasa...Serius aku sound direct tapi masa tu tak ada orang tak de la aku memalukan dia...

Then aku pergi kat gerai jual air plak..Masih RM1 se-cup
Tapi harga yang dipamirkan macam tak clear...

Kak ni harga air ni tulis dan tampal biar jelas ya.Jangan mengelirukan pembeli....Ni singgit ke singgit 2 posen ni?
singgit...ohh baik baik...

Aku memang kepoci ya tapi aku rasa aku kena buat pemantauan macam tu...
hahahaaaa


Saturday, June 21, 2008

tukar-tukar tempelate

Hahahaha
Aku ni kan suka benar tau kalau kerja tukar menukar tempelate blog huhuhu...

aku tukar tempelate fidsweetstory.heheheheee

Friday, June 20, 2008

suami dan breastfeeding

Alhamdulillah aku diberikanNYA suami yang memahami aku. (walaupun kadang-kadang tak hahaha)

Tips ‘asuh’ hubby menyokong breastfeeding.
mmm.Apa ya?

Tapi kalau dari logic akal aku.

Satu: Gunakan kelebihan kewanitaan anda.
Dua: Kenali suami anda.Kalau anda tak boleh pengaruhinya maka anda masih tidak mengenalinya.(Bukan nak riak tapikan aku kankalau aku ditipu mesti aku tau..hahahahaa..aura tuh)
Tiga: Bertukar-tukar fikiran
Empat : berlaku jujur. Laporkan segala aktiviti anda agar dia tak curiga. (term and condition apply)
Hahahahaa…Aku pun tak tahu macam mana.

Aku..Memang jenis aku suka bercerita dgn suami aku..
Apa yang aku tau semua aku cerita (bayangkan betapa talkativenya aku)
Hatta kawan2 aku yang aku tak pernah jumpa pun hubby aku bleh kenal hahahaa,,,,
Aku memang tak boleh berahsia dengan dia so apa aku baca ..apa aku buat aku bagi tau dia.
(kalau dia nak berahsia nasib dia la)

Itu cara aku la

Aku memang ‘ajar’ husband aku tentang breastfeeding
Aku beli buku aku suruh dia baca kat internet..Aku ceramah aku tarbiah semua cukup.
(bayangkan betapa aku ni banyak bercakap ya hahaha)

Dan juga aku rasa why husband aku boleh faham tentang breastfeeding ni adalah kerana dia adalah seorang lelaki yang waras dan berakal.logikkan.

Ha.lagi satu aku ni.Kalau jumpa doctor WAJIB hubby aku ikut. Ari aku tau aku preggy sampai sekarang.Wajib pergi wajib masuk sekali bilik doctor.
(ada 2 kali je kot hubby tak ikut aku gi jumpa doctor..sekali time pregnant sekali time akif jumpa paed)
Begitu juga dengan family planning
Kalau tak nak ambik apa-apa method berteknolgi boleh guna method ‘manual’

pilihan ditangan anda.
Berbincanglah suami isteri.Ni hal terlalu peribadi.

Dan semestinya dalam membincangkan hal diatas suami dan isteri haruslah mempunyai cara berkomunikasi berkesan.

Pelikkan. Waktu mabuk bercinta bukan main lagi boleh berkomunikasi bila bernikah mula nampak pincang.

Aiseh membebel pula aku ni

OK.
Kembali ke tujuan asal aku menulis entry ini.

Bagaimana menjadikan suami kita seorang suami yang menyokong penyusuan susu ibu.

Sentiasalah belajar bersama-sama.
Berkongsi pandangan (ini bukan setakat BF aja..lain-lain pun)

Namun dari segi tanggungjawap sepatutnya si suami perlu labih tahulahkan bab tanggungjawap makan minum anak ni kan…

Setiap individu berbeza.
Terimalah seadanya.

p/s:sah tak ada conclusion!

Nanti aku request husband aku tulis entry tentang BF la.

Gedebi no iroiro no...nanni?


Lagi update tentang Cik Gedebi..

Sungguh garang sekarang ini..Ikut sapa entah :P
Genetik sapa la tuuu...

Malam tadi dia tak boleh tidur pada peringkat awalnya.
Kejap sakit kaki..kejap gatal kaki..naik angin Mummy dibuatnya.
Kejap mummy ngurut dengan minyak 'but-but' lepas tu dia kata gatal plak..sapulah pula elomet...
Dah tu sekeluarga tertidur kat depan TV...Kat TV CH611 kat Lappy ada Magic English...
Off salah satu marah....kalau Off makin gatal.sakit kakinya..kata dia laa..
Huh????

Dah tu sedar2 dah 1am+...Angkut semua masuk bedroom.
Tup-tup pukul 3am+ gitu nangis lagi kejap gatal kejap sakit...

Mummy main urut/garu je dalam mamai...
Tengok dia nyenyak pula tidur sampai ke pagi

Mummy pernah dah consult kes dia sakit kaki malam-malam ni. Paed kata itu perkara biasa sebab dia sedang rancak membesar.
Tulang jadi panjang dan besar..But the acuan urat saraf masih under development sooooo...tak berapa match la..but masih OK itu yang sakit semedang....
Kalau siang tak active should be no problemo laa..Tapi dah siang macam peluru sesat...That's a big issue la...sakit kaki la....

Mummy cadang nak arrangekan massage session si gedebi...Nak kena tanya salon mana sanggup terima customer ni....

Then next week ada appoinment dengan paed...tanya paed pula OK ke idak nak berurut si gedebi ni....

Thursday, June 19, 2008

Daddy...sayang

Petang semalam.
Seperti biasa aku akan pergi taska dia naik bas kilang.
Then dekat masa hubby nak jemput kami aku bagi tahu dia..
"daddy dah nak sampai..."

Dia bergegas ke depan...Bila nampak aja daddy....
Dia menerpa sambil sebut..
"Daddy..sayangggggggg"
Peluk cium daddy dia...

-the end-

conclusion:
Si Gedebi dah berdamai dengan daddy
Reason tak kawan daddy hari tu adalah kerana daddy babab(Babab di sini tidak melibatkan sebarang penderaan tapi teguran. Daddy larang dia melompat dalam kereta..lantas hati terguris...)

Wednesday, June 18, 2008

Update on Cik Gedebiku...

It's about Gedebi.

1. Dia kena alergy gatal-gatal pula.Habis kaki dia.Aku tak sure apa yang dia dah tersalah makan.
Kesian dia.

2. Start dari petang semalam dia 'tak nak daddy'.
Dia marah sangat akan daddynya. Tak tahu kenapa tapi...
Dia akan jerit-jerit "tak nak daddy nak mummy..mummy mummy..tak nak daddy"

Dia bangun tidur pagi tadi nampak daddy terus renggah teriak!
Terkocoh-kocohlah mummy dari dapur datang 'selamatkan' dia.

Masa hantar kat taska pun dia nak tak nak je salam dengan daddy.Lepas salam jeling daddy.
Bila suruh say bye bye..dia bye bye mummy sahaja.Kat daddy dia tarik muka.

Mummy tak tau apa punca gedebi 'tak nak daddy' ni.

So..daddy...bersabarlah ya.

Tuesday, June 17, 2008

love story

It's about 'our love story'.
Hahahahaaa

Malam tadi, lepas makan malam (sambil berebut makan itu sambal ayam yang lazat) 'kami' mengimbas kembali al kisah pada suatu masa dahulu tatkala kami mula-mula berkawan.
Kihkihkih

Mengenali antara satu sama lain tak tahulah bila. Tapi mengetahui akan wujudnya 'makhluk itu' sejak tahun 1992 lagi.

Bermulanya aku terdetik 'suka' akan dia pada tahun 1995...Kawan baik aku, lina aka kak tam bercerita kepada aku yang si mamat ni konon 'anti girl' atas sebab-sebab tertentu.(diaorang sama-sama pengawas sekolah so ada sesi motivasi ka apa ntahlah khas buat prefect)

Mungkin itulah yang dinamakan jodoh...
Bila kak tam bagi tahu aku tentang si mamat tu, aku rasa macam teruja..Kahkahkah...
Aku cakap kat kak tam..
"haaaa tak pa la...aku akan jadi perempuan yang palinggg dia sayang.."
kata kak tam
"Makhluk macam hang ni???"
"Awat???"
"Ok ok..kasi can laaa...aku ucapkan good luck laaa"
"cehhh pelekeh aku noo..."

Berakhirnya perbualan itu berakhirlah misi aku kahkahkah..
Aku tak buat apa-apa tindakan pun...

Tapi maybe itulah yang dinamakan jodoh...(Time tu aku memang dah terfikir satu hari nanti aku akan tulis tentang hal ni-zaman tu bukan ada lagi blog-blog ni...agak-agak aku nak tulis kat mana ya?)
Terdetik aja aku 'rasa' macam nak suka dia...
Amboi macam tau-tau ja mamat nih..
tak abih-abih asyik datang pinjam stapler dari aku...selang 2 kelas tu....Macam la orang lain tak de stapler....

(ehh rasa macam dah banyak kali la aku tulis cerita macam ni..)

short cut la..
sekali mamat tu kata nak 'jumpa' aku..bulan posa plak tu lepas terawih....
aku plak lupa.....aku macam biasa la lepak kat kelas buat latihan add maths...
sekali..bau harum semerbak..SUDAHHHHHH...Dah la aku sorang je kat kelas..jumaat malam sabtu.Hari ni orang dah start balik cuti raya tapi aku tak balik lagi....esok baru aku balik...
Bulan-bulan posa ni apa plak dah yang bau wangi nih?
Coih! Aku nampak mamat tu....
Erkkk..
sengeh-sengeh plak tu
Haiyooooo...
Tanpa diundang dia pun mai dok kat kerusi berhampiran aku...
Ada ka patut dia cakap kat aku..."saya nak jadikan awak isteri saya"
Weiiiiiiiiiiii...aku baru 17 tahun wei!
Gilo ka apo mamat ni????
Takuuuutttt....
Entah apa cerita entah malam tu..Tup-tup ada member datang bagi tau suruh 'bersurai' sebab warden tengah buat 'ops couple' hahahaaaa
yang korang couple ala2 hindustan tu sapa suruh???
Borak-borak pun takleh???
Nasib la...
Balik la kami ke asrama masing...
itu titik permulaan....

Sah kawan-kawan aku dah jemu dah dengar hatta baca cerita cinta aku ni..stop laa...
moral cerita aku ni apa ya..

sebenarnya aku nak ucapkan GOOD LUCK to 'mamat' sorang tu untuk interview dia pada hari ini.
(Apa interview kalau berjaya baru aku kepoh hahhaa)

Ehh...abih tu apa moral of the storynya ya?

p/s: ayam masak merah aku masak malam tadi sedap ooo...
p/s2: posting aku memang selalu tak de conclusion...Dan tajuk dan cerita selalunya tersasar jauh berkilometer...

Gedebi's 2 years 9 months old


Hari ini ulang tahun kelahiran gedebi yang ke-33 bulan.
ALHAMDULILLAH.

Monday, June 16, 2008

Bila rosak



Hal kerja
nancyatte
Ni entry ke berapa ya hari ni?
Al kisah gun(haaa senapang la) 'aku' rosak.(company punya la)
Rujuk gambar di atas.(gambar dia atas diambil guna camera yang department aku design-sepia mode)
Apa gunanya mmmm..kalau kuterangkan berjela2 pula jadinya...
It's a ESD GUN.
Sudah punah le pulok...cost nak beli satu ketul tu sama ngan cos beli sebuah kereta kancil dibayar cash...
(in fact memangle aku bekerja ngan benda-benda mahal yang ishh rasa tak patut mahal pun!Dok beli mahal-mahal buat pe la depa ni..ish tak puas ati sungguh hahahaa)
Udahnya bukan aku rosakkan.orang lain yang rosakkan.Bila rosak tak de nak ngaku....
Follow up le yang aku ni haaa ngan vendor yada2...
Fuhh mahallah plak boss tak setuju...
Aku 'picit2' buttons yang ada last2 aku dapati masih buleh guna....
so aku bagi tau boss oklah bos aku guna je la....Tapi aku tak mau bg sapa2 pinjam dah...
aci tak???
Ehh yang aku bebel sini apsal??
Ohhh.....Aku bukan apa...company aku ni le ni semuanya KPI....
Jadi aku nak kurangkan 'kerja atas dasar belas ihsan'..boleh tak?Rasa macam zalim la pula....
Aku bagi orang pinjam equipment bersyarat tapi syarat tak diikuti....
Mmm......sapa yang susah..aku juga uwaaa....
pilu pilu.....

kehangatan lantana

kehangatan lantana
aku tak tau pun apa makna lantana.

Aku nikan memang suka drama/cerita-cerita melayu/Jepun/korea/cina yang berasaskan kisah hidup yang memang mirip kisah nyata.

Walaupun ada orang kata cerita melayu tak de class...Walau orang kata tak standard aku suka juga tengok..(elehhhh kalau citer omputih tu standard semedang padahal pasport pun tak dak!sah2 malaysian...)

Kehangatan lantana
Pada mulanya aku tak mau tengok sebab pelakon pompuannya Fasha Sanda....Ngan pelakon lelakinya Adi Putra..
Tapi aku tengok juga sebab.....

Kehangatan(betul ke kehangatan?ke kepanasan???aku anggaplah kehangatan...)..Kehangatan lantana mengisahkan seorang suami,Hakim (Adi putra) yang sangat sayangkan isterinya,Juwita(Fasha). Juwita bekas ratu cantik memang digambarkan tersangatlah cantik, tapi Ya ampun sungguh garang dan bongkak lagi sombong.
Tapi Juwita ni dia isteri yang jahat. Dia bagi suami dia nasi tangas/kankang, dia curang! Hasil dari itu dia dijangkiti satu penyakit ganjil yang menjadikan dia hodoh!.Kulit menggerutu.
Sampai dia punya 'itu' mengeluarkan cecair busuk...(ni hasil dari lakonan Adi Putra la)

Hakim ada pak ngah.Pak ngah dia ni pandailah ilmu agama.
Sungguh bongkak si Juwita tatkala dia menghina dan menendang beg buruk pak ngah yang pak ngah nak bawa ke Egypt.

Ibu Hakim, dari pengamatan aku dalam cerita ini , wataknya adalah watak seorang ibu yang senantiasa meredhai anaknya walaupun terguris dengan menantunya.
Aku amat tertarik dengan sikap si ibu tatkala si anak memberitahunya yang dia tak dapat memaafkan isterinya kerana si isteri berlaku curang..
"Sampai hati dia buat anak mak macam ni..Tapi Hakim kena maafkan dia kerana dia tetap isteri Hakim..."

Hakim berkeras tidak mahu memaafkan Juwita walaupun dipujuk ibu dan pak ngahnya.
Namun akhirnya dia maafkan juga...

"Kalau Hakim terus berdendam, Hakim tak akan tenang......"
"Maafkanlah dia, biar dia pergi dengan tenang dan Hakim akan tenang juga."

Juwita menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Hakim sebaik sahaja Hakim mengucapkan.."Abang maafkan sayang."
Azab sungguh saat kematiannya.

Allah tak akan duga kita, kalau kita tak mampu harunginya.
DIA menduga sebagai tanda DIA kasihkan kita.


Moral cerita tu:
Berbuat baiklah sesama manusia. Dan jangan sekali-kali menderhakai suami mahupun ibu.
Jadilah ibu yang senantiasa meredhai jika anda benar-benar kasih dan cintakan anak-anak anda.


meet rizza and hassan and bapa hassan

Salam

Aku tulis entry ni ditujukan khas buat Nero heheheeeeeee

Nero ko jangan le mare yeee...

Macam ni ceritanya

Rizza and familykan 'singgah' Malaysia. Depa ke Bangkok, Thailand

Tarikh aku dah tak berapa ingat tapi around pukul 3pm+ gitu rasanya si rizza call.Habaq dia nak pergi SA.Then kalau sempat nak singgah umah aku.

Aku dah bg tau dia awal2 lagi kalau nak mai bagi tau seawal nan mungkin...
Degil maka memang aku jamu ayaq kosong semata.Sungguh blur ..lupa ada pasar malam..Tapi bila pikir balik dari aku beli kat pasar malam baik aku jamu ayaq kosong yang aku bancuh sebab.......kalau makanan pasar malam dia pun bleh beli sendiri....
Yang aku suh bagi tau awal2 tu aku nak le prepare makanan masakan aku tapi tak pa la..tunggu dia balik for good la...
Malu seh orang jauh datang aku jamu ayaq semata hahaha..ampun Rizza....

Dalam pukul 9pm ke 8pm dekat pukul 9 entah depa sampai.
Aku dah bagi tau si akif yang hassan nak datang dia jawap "nanak a-san"(sorry ya hassan akif kan pelat lagi)
Maka bertemulah ngan hassan..(Nak plak hassan kat aku...ehem....sedap kan hassan dok atas riba aunty heheheh..lupa aku nak transfer 6kg ke rizza hahahaa)
Anak aku ni angin apa ntah..sat baik sat kedekut. Dah tu dok marah hassan peluk cium dia hahaaa...
Anak aku ni suka tengok TV hassan plak tak suka TV...
Sib baik bila bagi pen ngan kertas depa bleh sehati..Tu pun anak aku masih 'kemedemekutmut' juga!

Tapi tak dan nak borak lama...Al maklum dah malam.(Kalau nak suruh orang dok lama kat rumah masaklah ayam golek ka kambing golek ka..ni ayaq kosong! hahaha)

Dah tu bila Rizza dah balik si akif sebuk jerit suruh aku 'pergi ambik hassan' dia nak kawan..apa kes???
Ingat suka-suka ka ummi dia nak bagi???

Kepada rizza ko jangan le serik ya....

sekian, terima kasih
(Bila aku taip sekian, terima kasih teringat aku kat Ms.lola si engineer penulis surat ampun ms lola!- Ni tanda ingatan aku kat ko tak pernah padam nih!)


Sunday, June 15, 2008

berjimat cermat ubah cara hidup

1.masak sendiri..Jajan anak etc pun sediakan sendiri.
2.pastikan suami dan anak-anak anda(lelaki) semuanya botakkan kepala so boleh save duit untuk potong rambut or potong sendiri rumah
3.Pastikan anak yang masih bayi diberi minum susu ibu.
4.Anak yang masih bayi JANGAN diberi makan makanan segera such as nestum ,,gerber etc tu..masak sendiri...Makanan2 segera ni bukan sahaja mahal malahan kurang berkhasiat jika dibandingkan dengan makanan yang kita masak sendiri
5.diapers anak..Boleh guna kain lampin biasa or bertukar ke cloth diapers(CD) terkini or anak yang dah setahun lebih tu bolehlah dijurus ke diaperless.(jika anak sudah bersedia)
6.Budget bebetul makan minum hahahhaaa..kalau boleh asingkan siap2 ikut hari hahahahaaa

huhuhuhu

So far aku dah sediakan jajan untuk anak dan hubby aku untuk minggu ni
brownies heheheheheee

alaaa cik akif nak hanyen plak..
jya naa..
mataaa

peniaga ayam- tidak jujur?

aku pergi pasar malam kat section 19 SA last saturday(semalam la)
aku beli seekor ayam.Ayam harga rm6.50/kg for whole chic.(ya la kat giant tesco aja yg ada pilihan w/o head and feets etc kan)
so ayam aku beli tu whole chicken la(with feets and head).Cost me rm13.60
Then time aku nak bayar tu(aku sediakan duit ngam-ngam) ada seorang perempuan bersama anak dia(kecil lagi sorry mak cik terpijak kaki anak)..Perempuan ni nak beli kaki ayam.
"kaki ayam ada?"
"ada..."
"bagi rm1"

aku macam terblur sekejap...kaki ayam rm1 dapat banyak mana ya?
Tapi aku tak le tunggu nak tengok sebab aku tak tahan berat bawa barang aku nak cepat jer la.....

Sampai kat kereta(hubby and akif tunggu) aku bagi tau la hubby ada orang nak beli kaki ayam kat peniaga ayam tadi...
aku pun katalah silap tul lah saya tak bagi dia 'kaki ayam kita'...
Hubby jawap..mana ada kaki ayam kita...peniaga tu bukannya bagi...

aikkkkk
kalau kat Baling depa bagi la kaki ayam tapi saya yang awal-awal kata tak mau...
hubby kata tak caya balik jap lagi tengoklah ayam yang aku beli with head and legs tu ada ke idak......

so aku balik siang ayam tu ternyata kaki ayam aku beli tu tak de....hati ngan apa ntah barang dalam tu pun tak dak! aikkkk...Kalau kat kampung aku semuanya ada siap disiangkan.

Sungguh tak jujur peniaga ayam SA nih!
Kalau ya pun aku memang tak nak kaki ayam dan segala isi perut ayam tu biarlah aku yang cakap.."tak nak kaki tak nak hati etc" macam selalu aku beli ayam kat kampung aku.

Dahlah ayam aku beli tu ditimbang seekor dengan kaki dan isi perut..tapi aku dapat ayam semata aja...dah tu kaki ngan hati ayam etc derang jual pula kat orang..amboi untung berganda nampak!

Patutnya takat nak beli kaki ayam rm1 tu bagi free dah la..kaki ayam tukan dah dibayar!

zalim sungguh!

lain kali aku beli ayam aku balik siang kat rumahlah...nak tengok derang akan potong ambik kai ke idak..ke ambik kaki ayam ngan isi perut as upah potong?????
maknanya service potong ayam tu kena upah dgn bagi kaki ayam dan isi perut ayaM?
Berapa gram ya?

Hahahahahaaa
macam terlalu berkirakan aku...tapi bayangkan kalau satu hati ayam berat 2g....kalau 100 ekor ayam???
sekg hati ayam berapa rm?
Ishh kena berkira nih...
Aku rasa tak lama lagi harga ayam akan naik lagi ni sejajar dengan kenaikan harga petrol..maklumlah ayamkan minum petrol!!!!

Thursday, June 12, 2008

I can't help myself to love this article

Aku suka sangat article ni

Why Formula Milk Should be Illegal

Kalau ada masa bacalah ya....

There is no freedom of choice for humans
if it has been taken away from them at the beginning.
Breast-feeding is not a choice,but an obligation to the choice.Give your child the freedom of choice.

lawak class ke berapa ni???

Salam

Aku bebel lagi ya

Aku la ni tak baca sangat 'media alternatif' yang amat digeruni oleh orang-orang PM5..Aku baca berita-berita dari media yang dok dukung dok sokong dia aja...Walaupun andaikata akan keluar cadangan bunuh setiap baby yang lahir zaman la ni media-media ni akan kata tindakan PM5 ni bijak....bernas.bantu rakyat...

Ala-ala nak ke zaman Firaun le plak kan..
Ishh....
Firaun dan Qarun.....Sejarah akan berulang ka???

Rata-rata rakyat orang biasa memang tengah tak puas hati dengan tindakan PM5 (rakyat yang kurang bijak je sokong dia)

Dalam banyak-banyak langkah-langkah dia 'present' untuk galakkan rakyat berjimat satu pun tak berfaedah. Semuanya faedah untuk dia dan keluarga dia sahaja...

Kalau gaji 2000, dapat 2 kali..hahahahhahaaaaaaa..Gelak aja laaaaa...
Kalau bertambah nilainya oklah ini sama aja....

Ntah lawak apa aku pun tak pasti...apa-apa pun tahniah la PM5....

Aku membayangkan apa akan jadi kepada Malaysia ni.

Tolonglah buat sesuatu ...

Wednesday, June 11, 2008

aku tak faham

Aku kan tak fahamlah tindakan-tindakan 'pak mertuanya' tu apa tujuannya...
Aku ni tak boleh nak faham dengan jelas la

yang aku tengah pelik ni
kat utusan..berita terkini ada tulis 'Gaji kakitangan kerajaan dibayar dua kali sebulan'
Bayar sekali ke dua kali ka...amaun sama ajakan???
Bukan meningkat punkan??
efisyen ke?
kalau kita suruh bank transfer duit free ya?
Jmat ke dengan cara ni?
Kalau ya...penjimatan macam mana tu???

bebel lagi aku...

Pergi kerja dengan basikal

Bila fikir-fikir macam relevan...Tapi bila teringatkan akif rasa tak logik la pula

Takkan pagi-pagi nak bawa akif naik basikal.kesian dia.

Seat kanak-kanak yang kita pasang kat basikal tu hanya boleh bersandar je tak boleh nak baring ..Sure terlintuk-lintuk akif mengantuk.
kesiannyaaaa..

tak sanggup...

Lainlah kalau jarak rumah ngan taska 200m..hahhaa

Ini kalau kayuh basikal mahu 15-20 minit juga nih

Tetapi, andai kata kerajaan sanggup invest sikit duit buat lorong pejalan kaki dan basikal aku rasa aku rela.

Siapa pernah gi jepun mesti tau keadaan macam mana ibu-ibu bawa anak naik basikal..Alahai cutenya....

Tapikan kalau jarak rumah aku ngan opis aku nih jalan kaki pun boleh hahaaaaa
Kalau aku kat jepun la.....
Ingat lagi rumah kawan aku dulu
ngan eki(station keretapi) jalan kaki ambik masa 40-50minit. Kami berjalan tak penat pun.Sebulan aku numpang rumah dia sebab aku buat baito(part time job) kat tempat tak jauh ngan rumah dia

Lepas tu aku siap bleh jalan kaki 30minit tu bawa beras 10kg...hahahaa...ni kalau aku gi shopping beras dan ayam halal
ayam dalam 5-6kg masuk dalam beg galas kat belakang..beras 10kg 'dukung'.

Lepas tu bleh kayuh basikal sejam lebih gi beli barang murah hahhaaaaaaaa
caya lah.....

cerita lama

oats

aku godek-godek pc aku kat office ni aku jumpa ini artikel aku saved ntah bila...

oats
This is a cereal plants that is considered to be soothing food for the nerves. It is one of the best sources of Inositol, which is important for maintaining blood cholesterol level. Oats are amazingly high in calcium, potassium and magnesium, together with lots of B complex – all are vital to a healthy nervous system.

1. Eating oat regularly will lower your blood cholesterol level

2. Buy and eat oats if you're feeling sad. It’s a natural antidepressant - will make you feel calmer and normally used to treat depression, anxiety and nervous disorder

3. Unrefined oatmeal can be eaten on regular basis to reduce stress while cooked oats will relieve fatigue

4. Because of its high fiber content, the other benefit of oats is in protecting us from bowel cancer.

Benefits of oats:
  • Eating oat regularly will lower your blood cholesterol level
  • Buy and eat oats if you're feeling sad. It’s a natural antidepressant - will make you feel calmer and normally used to treat depression, anxiety and nervous disorder
  • Unrefined oatmeal can be eaten on regular basis to reduce stress while cooked oats will relieve fatique
  • Because of its high fiber content, the other benefit of oats is in protecting us from bowel cancer

The use :
1. A bowl of oat porridge with a spoonful of honey makes a calming breakfast for a child in the morning before an exam

2. If you suffer from constipation, try eating raw oats before looking for any drugs.

3. Oatmeal bath ( a form of water therapy) will help heal eczema and other skin conditions

4. Make it your choice of cereal if you want to reduce your cholesterol level. Take it daily.

Tuesday, June 10, 2008

kira berat ideal anda

FORMULA

BERAT IDEAL=KETINGGIAN(cm) x KETINGGIAN(cm) x 22

so kalau tinggi 1.55cm
berat ideal anda = 1.55 X 1.55 X 22 = 52.8kg

Makanan/minuman kegemaran akif

Makanan/minuman kegemaran akif

Asyik(nasi)
Yum(calsiyum)
Ya(yakult)
Nanana(banana)
Apul(apple)
Kokok(keropok)
Ayam kok kok(ayam goring)
Mi(mi)
Syup(sup)
Henti(roti)
Ayer asyak(air masak)
Ayer iyap(air sirap)
Helor(telur)
Kek(kek)

Itu je yang teringat heheheee

lawak sungguh


ohh ohh ohhh
Elaun keraian menteri dikurangkan 10%...10% sahaja?????
Bagaimana pula 'elaun isteri2 menteri'?
Bukan ke ada orang tengah shopping tak hingat sekarang????
Kalau sesiapa baca artikel mufti perlis maybe akan rasa betapa jahilnya pemimpin2 negara kita nih...ishhh....
Ni boleh tulis ke?

Aku peliklah kenapa nak bekukan pembelian barangan pejabat.
Komputer etc tu.Berapa sen sangat boleh save dengan bekukan pembelian tuh?
Be rasional la.
Kalau barangan pakai hari-hari tu takkan nak bekukan pembelian?
Macam komputer tu...Zaman sekarang komputer sebiji berapa sen je....Tu la....tak reti reti nak berbelanja ....
Cuba time weekend tu pi jejalan pusat komputer ka hapa ka tengok berapa sen harga....

Aku cadangkan potong terus elaun-elaun menteri...50% ka...
Kalau ada elaun2 untuk isteri2 menteri...pun potong terus...bagi 10% jerk...

Kalau rakyat keramaian kena berjimat jomlah menteri2 sekalian juga berjimat.
Makan je macam orang biasa-biasa ni.
Tapikan aku tertanya juga menteri2 ni makan apa erk?
Beras derang sekilo berapa erk?
Beras tempatan ke?ke beras jepun ka?ka dari pakistan?

Setahu akulah kan kalau kita nak jadi pemimpin sepatutnya kita dah tau apa risikonya kan.
Isteri2 juga harus tau kan?
Memang banyak masa kena dikorbankan untuk kepentingan orang lain.
Tapi tak taulah kalau zaman sekarang jadi pemimpin untuk kepentingan diri dan keluarga.

Hahhaa tak habis-habis lagi aku....

lawak lawak...

haaa malam tadi kat berita tv3 kot..aku dengar dari jauh le..
tentang lelaki nak kawen 4 tu.Wah dia bleh kawen 4 sbb dia mampu
gaji sebulan rm20k....Cukup ke?
Tak faham tak faham....

Lepas tu kat hot chat hot FM pagi tadi pun ada satu mamat dilema..sabtu ni nak kawen lagi yg ke-3..dilema dia tak nak bg bini ke-3 dok serumah ngan yg 1st and 2nd. Yang 1st and 2nd dok serumah....
Sungguh tidak tercapai akalku
Dalam barang dok mahal2 ni pun masih ada yang mampu kawen banyak-banyak...
Dan yang tak faham juga
dah pupus ka orang lelaki bujang dalam dunia ni????
Yang umur 23 tahun 24 tahun sanggp kawen ngan orang tua pangkat atuk tuh!
Kalau duda tak pe le..ni suami orang....
Tak fahammmmmmmmmmmm

argghhh...
bilalah nak dapat kerja baru nih???




Monday, June 9, 2008

pentingnya ada suami yang........


Aku rasakan hubby akukan boleh dikatogerikan suami yang baik.
Kahkahkahkah
Dia memang tak dak harta bergudang-gudang dan tak juga ada duit berjuta-juta. Tapi dia rajin tolong aku.Kihkihkih

Cerita tentang kepentingan suami dan breastfeeding.
Memiliki seorang suami yang faham tentang kebaikan breastfeeding adalah salah satu factor penting dalam dunia penyusuan anak dengan susu ibu.

So sesiapa yang baru plan nak susukan anak tu, mulakan sekarang. Belajar bersama suami anda all about breastfeeding.

Sepanjang aku mengepam susu, aku memang jarang sangat cuci dan steril breastpump sendiri. Selalunya hubby yang buat.

Malahan masa aku baru bersalin dulu tiap kali aku nak susukan anak dia mesti bangun temankan. Tolong angkat anak la….

Sekarang ni pun dia juga banyak membantu menjaga anak. Terutama bila hari anak tak mau tidur. Dia sukalah..Bolehlah anak teman dia berjaga malam.
Anak tengok magic English dia tengoklah internet…
Anak bertuah kami pula le ni sangat bijak. Dia tak mau tidur kalau daddy tak tidur!

Apa yang bleh aku conclude…
Nak jadi suami/bapa kena juga tuntut ilmu.
(Kalau nak keluarga dan anak-anak berkualiti laa..kalau setakat nak yang biasa-biasa tu tak kisah la)

Sebenarnya aku nak tulis tentang apa erk???
Sejak petrol rm2.70seliter ni melalut tanpa sedar plak aku!


p/s: ni kira entry bodek suami laaaaaa


Bila susukan anak yang dah lebih dari 2 tahun....


Anak minum susu apa?

Satu soalan yang aku tak suka.tak suka ditanya dan tak suka menjawab.
Anehkan.
Apa susahnya. Jawab sajalah.

minum susu ibu

Hah????Berapa tahun ni?

Bulan 9 ni 3 tahun…

Minum susu badan lagi?

Ya…

Bolehkah minum susu badan sampai besar macam ni?

Boleh…

Mana awak tahu?

Saya baca kat internet.

Alaaaa benda kat internet tu bukannya semua betul
Orang-orang tua kata tak boleh bagi anak minum susu kita lama-lama.Tak elok.

Kenapa tak elok?

Minum darah!Nanti tak cerdik!

Ada kajian?

Tak ada la…tapi orang-orang tua kata kita kena ikut…

Kenapa kena ikut?

Bila orang tua buat pantang larang tu mesti ada sebab…

Sebab apa?

Ala ikut aja…mereka lebih berpengalaman.lebih awal makan garamlah kata kan…

Saya tak percaya. Dan saya ada sumber tersendiri. Jadi saya tak kisah apa orang-orang tua kata tentang extended breastfeeding ni.

Tak eloklah macam tu….

Alaaa…pantang larang orang dulu-dulu pun bukannya semua betul kan..sama la juga macam pandangan awak apa tertulis kat internet tak semuanya betul..betul tak?


Anda bagaimana?


Aku memang masih breastfeed anak aku.


Tak kisahlah apa jua comment orang sekeliling.


hukum berkaitan


tau pun tak rasional

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.

Nka baca detail kat
sini.
aku ambil dari utusan malaysia online.Ni akhbar 'PRO'.

Tak rasional..
Tau pun.Kalau nak kena tarik hak keistemewaan sendiri ...pandai..Kalau bab hak orang lain tak terfikirkan..manusia manusia...

Lagi satu kes bus ni..
LPKP...ni apa hal?
sekali bus terjun gaung sekali berbunyi dah tu bila tak de bus terjun gaung dok melepak..

aku pernah sms tentang kesialan sebuah bus...langsung tak dak reply pun! apa kes?(dah bertahun la..masa tu aku tak dak anak lagi)


Pelikkan

masak-masak makan-makan.

Alhamdulillah
Sabtu malam Ahad lepas kami(aku ngan beberapa org office -mate/kawan-kawan) telah mengadakan majlis BBQ...

Tema kurang pasti..Tapi memang bakar-bakar la...Kira acilah tu kan...
Buat kat rumah kak liza.
Terima kasih tuan rumah

Makanya...
aku bertugas sebagai tukang perap ayam/ikan/sotong/udang ngan buat baked pasta

Mula-mula aku nak gi beli ayam malam sabtu tu tapi hubby tak mau. Jadi pagi Sabtu tu baru beli.
Siap memerap segalanya dalam pukul 12pm.Lepas tu sambung buat pasta..siap dalam pukul 4pm. Then buat black pepper sauce dan air asam.
Semuanya siap dalam pukul 5.30pm.
Pack etc, pukul 620pm bertolak ke rumah kak liza.

Ada plak jiran aku buat makan-makan malam tu, tapi sapa suruh tak jemput awal...Aku dah perap segala baru jemput tak daya laaa.

Sampai rumah pukul 1130pm kot...Tak tengok jam sebenarnya

Tup tup bangun pagi Ahad...Hubby kata nak makan ikan goreng cicah kicap bercili plak dah...So alang kepalang aku gi beli kerang sekali....rebus....
Si akif plak makan nasi ngan ikan goreng aja..alahai....

Lepas tu malam tadi pula hubby(lagi) kata
"kata nak buat kek mananya?"

aisehhh...sebenarnya dah malas.....Tapi buat juga lah...
so aku bakar malam tadi..Pagi tat sat baru aku tengok apa jadi ngan kek tu..
hahaaaa
Jadi kek..Alhamdulillah

Nak potong bawa ke opis sikit tapi macam panas je lagi kek tu....
memang tahan panas ya oven..heheheeeeee

Friday, June 6, 2008

Gula pula naik harga

Harga gula plak dah nak naik..
penaik la
naik naik

biar rakyat Malaysia kebulur!!!

Aku yang tak habis2 membebel

Lagi aku nak mengomel tentang harga barang yang melambung
hahahaaaaa

Banyak sungguh barang naik harga sekarang ni
Antaranya
  • petrol
  • minyak masak
  • beras
  • ayam
  • produk tenusu
  • tepung
  • gula

Nanti dekat perayaan..
raya puasa ka CNY ka deepavali ka
Akan naik harga lagi
  • kelapa
  • santan
  • tepung
  • ayam
  • daging
  • cili
  • kacang buncis
  • kentang
  • serbuk kari
  • minyak

Semuanya keperluan asas rakyat

Is there any prevention?Any measure?
Definitely NO

Pak-pak men-teri akan bercakap macam rakyat semuanya bodoh.
Itulah senarionya
Depa yang tak guna akal...

Bila orang tulis blog nak sekat penulis blog..bila buat demo lagi laaaa..masuk ISA....
Abih tu apa hak rakyat????
Ishh macam dah terpolitik la pula


Agak-agaknyakan Ros-mah Man-sur tau tak macam mana cara nak beli cili padi?
Harga jangan tanya laaaa

Jangan sampai rakyat minum kopi 'pak belalang' udah leee...belalang belalang....

Thursday, June 5, 2008

proposal- cara berjimat cermat

AMARAN: Entry panjang

Cara-cara berjimat cermat-Menyahut seruan PM

Bagaimanakah kita hendak berjimat cermat?
Andaikata gaji sebelum kenaikan petrol RM0.78 itu sekadar cukup makan?
Selepas kenaikan harga petrol, adakah kita akan tidak cukup makan?
Petrol naik 40% bermakna kita perlukan 40% kenaikan kos bagi membeli petrol.

Antara yang kita boleh buat.
(Alahai nak ubah gaya hidup)

1. Ganti segala puasa yang pernah tinggal
2. Puasa sunat setiap Isnin dan Khamis
3. Puasa sunat sepanjang tahun kecuali pada hari haram berpuasa.
4. Elakkan makan luar.Masak sendiri makanan
5. Kalau nak buat party dengan kawan-kawan buatlah pot luck ataupun kutip duit sama banyak-
wari-kan
6. Kalau Office dekat dengan rumah, tak perlu pandu kereta, berjalan kaki atau tunggang basikal
7. Tak perlu kerap tukar baju kerja. Kalau yang dapat uniform tu bersyukurlah
8. Yang merokok tu kalau rasa nak jimat berhentilah merokok.
9. Tak perlu beli kereta baru
10. Tak perlu beli kereta mewah
11. Tak perlu beli rumah. Worst case tinggal aja dalam kotak macam home-less kat Tokyo nun. Ambik kau!
12. Kat rumah pastikan hanya satu lampu sahaja di’on’ pada satu masa. Kalau isteri memasak di dapur, suami dan anak-anak turut berada di dapur.
13. Tanam sayur sendiri.Tanamlah sawi, kangkung, bayam, serai, kunyit etc
14. Bela ayam sendiri- kalau dok kat kampong bleh la
15. Bela lembu- ni boleh dapat untung banyak. Tapi kalau dok bandaraya nak bela kat mana?
16. Susu anak. Mahalkan?Jadi susukan anak anda dengan susu ibu.
17. Time weekend pakat-pakatlah pergi memancing. Dapatkan ikan banyak-banyak boleh makan seminggu dua. Time nilah kaki-kaki pancing boleh lepas gian.Kalau dapat hasil ikan banyak boleh jual, buat ikan kering ka, ikan perkasam ka
18. Jangan pergi berjalan-jalan. Rugi kena bayar tol and isi petrol. Dok aja dalam rumah
19. Unsubscribe astro tengok je channel free.

20. Amalkan REUSE,RECYCLE,- kutip tin-tin kosong, botol-botol plastik kosong, kertas terpakai semua jual kat recycle center.
21. Kurangkan makan nasi.makan nasi seminggu sekali. Kuruslah aku tak lama lagi. Dah la puasa sepanjang tahun! hahahahahahhaaaaa

Arghh tak larat nak menaip
Tapi pada pandangan aku segala yang aku boleh fikir ini, ada yang boleh dilakukan dan ada yang langsung tak masuk akal.

Memanglah banyak cara nak berjimat tapi kebanyakkannya kurang relevan dah dengan keadaan dan zaman sekarang ni.
Mmmmmmm.



p/s: To kak yan nanti kalau aku tak mau pi makan tengah hari ngan hang atas alasan posa tu hang paham2lah ya hahaa...



Ya Allah bantulah hambaMU
Berikan kami petunjuk ke jalan yang benar iaitu jalan orang-orang yang KAUredhai.
Jauhkanlah kami dari penindasan dan menindasi.
Bantulah kami.


additional.
Email dari HR dept company aku
(Ingat ka nak bagi tau nak naikkan gaji hahaha)

12 Tips To Save Petrol !
1 ) Pump up your tyres
Keeping your tyres inflated is one of the easiest and most important things. Saving petrol means saving money one can do to improve fuel economy. If a range is recommended by the manufacturer, the higher pressure should be used to maximize fuel efficiency.
Deflated tyres run hot and
jeopardize safety. It will also cause the tyres to wear out
prematurely, affect the vehicles adversely, and hurt the fuel economy
by increasing the rolling resistance.
Tyres lose about 1 psi pressure per month due to air loss caused by the
tyre hitting holes, bumps and kerbs. Therefore, the tyres should be
checked at least once a month. Just 1 tyre deflated by 2 psi will
result in a 1% increase in fuel consumption.

2) Drive at moderate speed
Avoiding high speeds on open roads resultsin safer driving and better
fuel economy. In highway driving, over 50% of the power produced by the
engine is used to overcome erodynamic drag. Drag and thus fuel
consumption increases rapidly at speeds above 90km/h. On the average, a
car uses about 15% more fuel at 100km/h, and 25% more fuel at 110km/h
compared to when it is doing only 90km/h.
However, this should not lead one to conclude that the lower the speed,
the better the fuel economy - because it is not. The fuel consumption
of an average car increases sharply at speeds below 50km/h.

3) Clean the air-filter regularly
Clogged air filters increase fuel consumption by restricting airflow to
the engine, and thus should be cleaned/replaced when necessary. Clogged
air filters can increase fuel consumption by up to 10%.

4) Use thinner tyres
Tyres with thick width will improve the handling of your car. However,
it will also increase your car's fuel consumption. Thicker tyres mean
more rolling resistance! , and thus will consume more fuel.

5) Start up the car properly
With today's cars, it is not necessary to prime the engine first by
pumping the accelerator pedal repeatedly.Do not crank the engine
excessively This only wastes fuel.When starting the engine, idle it no
more than 30 seconds to warm it up. An engine will warm up faster on
the road. However, avoid sudden acceleration before the engine has
warmed up sufficiently.

6) Drive in high gear (overdrive)
The engine runs most efficiently between around 1,500 and 2,500 rpm. To maintain these low revs you should change up through the gears as soon as practical and before the revs reach 2500 rpm.
For automatic transmission cars, you should always switch on your overdrive to help save fuel. Overdrive will allow your engine to change gears at lower revs. It also puts your transmission into an "economy" mode and lets it engage the final "overdrive" gear when cruising to keep the rpms extra low, thereby increasing fuel economy.

7) Travel light
Avoid carrying any unnecessary weight in your car. On the average, every 50kg added load in your car will increase fuel consumption by 2%. 8)

8) Anticipate traffic ahead
A driver can reduce fuel consumption by up to 10% by anticipating
traffic conditions ahead and adjusting the speed accordingly, and
avoiding tailgating and thus unnecessary braking and acceleration.
Accelerations and decelerations waste fuel. Braking and abrupt stops
can be minimized by not following too closely and slowing down
gradually when approaching a red light. It takes up to six times as
much fuel to move a car from a dead stop than it does for one moving at
just a few km/h.

9) Avoid strong acceleration
The fuel consumption remains at a minimum during steady driving at a
moderate speed of about 90km/h. Keep in mind that every time the
accelerator is hard pressed, t! he engine goes into a "fuel-enrichment"
mode of operation that wastes fuel.The vehicle should always be
gradually and smoothly accelerated. Using cruise control on highways
can help maintain a constant speed and reduce fuel consumption.

10) Minimise aerodynamic drag
Additional parts on the exterior of a vehicle such as roof racks and
spoilers, or having the window open, Roof racks are bad for fuel
economy increases air resistance and fuel consumption, in some cases by
over 20%.

11) Don't let your engine idle
Minimize fuel wasted in idling by stopping the engine whenever your car
is stopped or held up for an extended period of time. Idling more than
a minute consumes much more fuel than restarting the engine. By having
the engine switched off, you will save more fuel than is lost from the
burst of fuel involved in restarting the engine. The net increased wear and tear from this practice is negligible.

12) Use the air-con sparingly
Air conditioners can use about 10 per cent extra fuel when operating.
However, at speeds of over 80 km/h, use of air conditioning is better
for fuel economy than an open window


Petrol naik harga!TAHNIAH!!!

Harga petrol naik lagi! RM0.78!

Tahniah kepada pihak pemerintah negara kerana makin hari makin buat rakyat sengsara.
Dan aku memang tak percaya langsung PM malaysia yang ke-5 ni.

1. kes pembubaran parlimenBukan main lagi dia kata parlimen tak akan dibubarkan ESOK.Tup tup...bila keesokkan harinya...Dia bubarkan parlimen..

Apa masalah dia?Kalau nak rahsiakan pun apa kata guna ayat yang lebih sesuai...

Saya tidak boleh jelaskan sekarang.....Tunggu esok, mungkin rakyat akan dapat jawapan/kepastian...

2. Penggal pertama dia jadi PM...petrol naik RM0.30...Kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysiakan..(masa tu)

3. Baru lepas PRU12 2 bulan lepas..dia dah umumkan pula kenaikan harga petrol RM0.78
Wow....So macam mana ku nak taruhkan lagi kepercayaan aku????

Aku tak nak jawapan tentang berapa banyak kerajaan tanggung subsidi ka apa kaaaa
Aku tak mau tau!
Apa kata kurangkan gaji menteri-menteri??Diaorang ya la...semua ada elaun.....Hatta petrol naik 300% pun tak terasa....Yang terasanya rakyat jelata yang kerja bagai nak rak cari duit nih haaaa..
Satu lagi..Kenapa hanya rakyat yang kerja dengan kerajaan sahaja dibela?

padahal berapa peratus sahaja...
Yang kerja swasta kerja kilang..kerja kuli ni siapa nak bela?

Beras naik harga..petrol naik harga..tarif elektrik naik harga....
Dan..shahrir samad tak habis-habis kata harga makanan tak akan naik sebab kerajaan masih bagi subsidi...
Itu kata dia....Boleh ke dia kawal peniaga-peniaga???

Tak boleh jual petrol kepada rakyat negara jiran...Thailand dan Singaporelah kan?

Tapi bolehkah?Peniaga yang tamak tak akan hiraukan pun.

Aku tertonton buletin utama hari tu yang mana ada sorang mak cik pengusaha stesen petrol kat kelantan marah-marah sebab bisnes dia teruk sebab 70% dari pelanggan dia tu rakyat Thai...

Bagi aku...Mak cik tu harus digantung lesen dia.Biar padan muka dia. Dia pikir dia aja...Dia tak pikir orang..konon apa akan jadi kalau dia tutup kedai....pekerja dia nak kerja apa....aku boleh bet pekerja2 dia tu bukannya warga Malaysia pun!!!So lantak pi laaaaaaaa

Toksah dok tipu lah mak cik stesen minyak oii...saya ni kampung dekat sempadan saya tau laaaaaa...

Tentang subsidi akan dibayar tunai kepada pemilik kenderaan...
Efisyen ke cara ni?Memanglah belum cuba belum tahu...So aku akan renew road tax and insuran 13 July ni...Wait and see

Tapi aku rasa tak lama lagi..harga makanan kat pasar malam akan naik

1. laksa..harga le ni kat pasar malam shah alam- RM2.50 sebelum petrol naik RM0.30, harga hanya RM2.00
So lepas petrol naik RM0.78...mestilah laksa naik harga kan..Maybe rm3.00 ka RM3.30 kaAl maklumlah kuah laksa kan buat dari petrol

2. mee/mihun/koew teow goreng kosongharga before petrol naik RM0.30- RM1.50Bila dah petrol naik RM0.30 - RM2.00so next maybe RM3.00 lah kot...

Jadinya..rakyat Malaysia masaklah sendiri.....

Tapinya kalau semua orang masak sendiri bagaimana pula nasib peniaga-peniaga pasar malam?

Kedai-kedai makan pula...sure macam-macam cerita nanti....

wow wow...maju maju....
Harga barang dah nak setanding harga barang negara maju nih...Dah maju sangat ke Malaysia ni?????

Arghhhhhhhhhhhhhh
dari utusan malaysia online

{Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.}

Nak jimat apa lagi?Jangan makan nasi makan ubi ketelo?????

Dah dah aku kena stop......