>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, January 31, 2007

mysweetstory updated

Just wanna make an annoucement, mysweetsrory is updated.

Tuesday, January 30, 2007

gedebi

GEDEBI..ge-de-bi
apa mende nih?
gedempol baby!!
aku kadang2 call akif 'gedebi"
Dia amat tak suka ...Dia akan buat derk and tunjuk muka marah...Muka garang dia laaa..
Ada ka patut sedap-sedap nama dia , mummy panggil nama ntah apa-apa....sorry baby....

kalau nak 'marah' akif....aku tidak disyorkan menjegilkan mataku...kerana dia akan rasa sangat kelakar kalau mummy buat mcm tu..instead of takut..dia akan ketawa terbahak-bahak....
ponat je jegil-jegil mata...

Monday, January 29, 2007

kisah-kisah

kisah 1
Suatu petang di dalam kereta, aku terdengar aif sedang 'menyanyi'..Ya melody Old Mc Donald
"Old mc donald has a farm..i-e-ie-o...."
So Daddy and mummynya pun turut sertalah.....
"Old Mc Donald had a farm..i-e-i-e-o..And on his farm he had a horse i-e-i-e-o.With a neck neck here,and....."

Mummy: And apa bang?
Daddy: Ntah
Akif: Ne-nek..

full version...(horse)
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on his farm he had a horse,
Ee i ee i oh!
With a neck neck here,
And a neck neck there
Here a neck, there a neck,
Everywhere a neck neck
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!

Pada mulanya Mummy tertanya2 apakah ne-nek tu..opsss...Dia ingatlah lyric tu..ne-neck means neck neck...
Tak sangka! Anakku dah pandai!!!Alhamdulillah.

"Ya Allah....Abang..Anak kita dah hafallah lagu ni"
"Dia memang clever boy!"

kisah 2
Ketika mummy bertelekung nak solat....

"Awwahhh abat"(Allah hu Akbar)
"Akif kat sana mummy nak solat"
"Nanak"
"Ok macam mn Akif solat?"
Dia pun mula 'solat'
1. berdiri tegak...
2. rukuk -bengkokkan pinggang..tgn sentuh lutut
3. Sujud-meniarap terus....sambil "awwah abat"
Semua perbuatan tersebut dilakukan di atas sejadah..dah nak abih....bagi salam tengok kiri kanan atas bawah....
mmmmmmm...

kisah 3
"Siapa nama Akif"
"yesss.."angkat tangan
"mana akif?"
"yesss" angkat tangan

kisah 4
Nak makan...
Sebelum makan dia mesti akan tadah tangan dulu...'baca doa makan'

Seronoklah tengok telatah dia...
Rindunyaaaa...

Sunday, January 28, 2007

RAHSIA-RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Ni aku copy paste dari SINI

Tak salah aku hari tu aku ada baca and siap paste kat sini lagi ttg bunga kobis....Mmmmm

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang
menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.

Formula
ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam
bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab
dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada
usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan
Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji
keabsahan formula ini. Ini didorong oleh
penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam
yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh
penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat
menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan
untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik
dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat
galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus,
zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk
memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati
berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental di
mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak
seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan
madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk
membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang
mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen
menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak
berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan
ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak
dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan
dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang
amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan
penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi
akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit
lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah
susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu
hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan
malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibaca oleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan
menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan
mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan
ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah
badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya
mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda
sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung
dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh
dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia
yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan
mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan
menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.
Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa
yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya
Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan
Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak,
kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang
diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam
yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi
gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu
Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging
ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja
berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai
jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental
dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang
soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio
dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar
genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.
Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja.
Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah
kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18)BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.
Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia
mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke
dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan
akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam
kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Usah nafikan kebaikan susu ibu

Sungguh berinformasi..aku copy paste .....

17 Januari, 2006 14:43 PM

Usah Nafikan Kebaikan Susu Ibu
Oleh Adibah Ismail

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.

Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.

Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.

Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!

Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.

KEBAIKAN SUSU IBU

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.

Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

"Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan," katanya kepada Bernama.

Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

"Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan," katanya.

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.

Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.

"Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

"Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti," kata Siti Mariam.

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.

"Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

"Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?" katanya.

Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

"Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan," katanya.

Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.

"Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi," katanya.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.

"Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya," kata Siti Mariam.

Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

BAHAYA AIR

Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.

Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.

Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

"Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun," katanya.

Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.

Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

-- BERNAMA

Thursday, January 25, 2007

topi keledar

Pagi tadi, (actually bukan pagi tadi sahaja waktu-waktu lain pun) aku ternampak seorang lelaki membawa 2 org anak perempuannya menunggang motosikal, 2 anak perempuannya pelajar sekolah kebangsaan (dr uniform mereka)...si bapa bertopi keledar tetapi kedua-dua anak bagaikan berkepala 'batu'...tidak bertopi keledar.
Terfikir pula..Apakah tujuan sebenar si bapa bertopi keledar? Kerana undang-undang? Aku rasa bukan...Jika si bapa betul-betul mengikut undang-undang jalan raya, pasti dia tidak membawa 2 orang anaknya menunggang motosikal. Kerana keselamatan? Zalimnya...Si bapa hanya pentingkan keselamatan diri sendiri..sungguh individualistik!!! Bagaimana dengan keselamatan anak-anaknya???
Jadi apakah tujuan dia bertopi keledar?

Aku faham...Masyarakat kita bermotosikal kerana, antaranya:
  • tidak mampu beli kereta
  • mahu menjimatkan kos petrol dan toll
  • mahu mengelakkan kesesakkan jalan raya.

Kalau yang tidak mampu berkereta tu, memang dia terpaksalah menggunakan motosikal kalau itu sahaja yang termampu..Namun tolonglah jaga keselamatan.
Belikan anak-anak anda topi keledar. Tolonglah..Bayangkan andai anda di sentuh sedikit sahaja dengan sebuah kereta, maka motosikal anda akan terbalik. bayangkan apa akan berlaku kepada anak anda yang tidak bertopi keledar?

Bagi kes mahu menjimat kos, fikirkan juga keselamatan anak-anak anda.Ya betul anak anda bukan anak saya..tapi kalau berlaku depan mata saya, anda bakal menyusahkan saya. Adakah anda fikir saya boleh tidur lena setelah melihat seorang kanak-kanak sekolah yang tidak bertopi keledar jatuh tergolek dari motosikal di tengah-tengah kesesakan jalan raya?

Sebagai ibu bapa kita haruslah memastikan anak kita selamat dari segala bahaya.Insya Allah..

Tiba-tiba teringatkan anakandaku di Taskanya. Adakah dia selamat di sana?
Ya Allah Kau berikanlah keselamatan dan ketenangan kepada anakku.Lindungilah dia Ya Allah....Amin...

Wednesday, January 24, 2007

kando

Akif tidor on the way balik dari Taska ke rumah. Dia tidor sampai pukul 9pm, kemudian bangun. So memandangkan dia belum tukar baju tidor aku pun menukarkan bajunya. Sebaik sahaja aku tanggalkan baju(kemeja) dan seluar(jeans) dia, dia minta pakaian yang aku tanggalkan dari badan dia itu. Aku pelik juga tapi aku bagi juga pakaian tersebut kepada Akif. Ketika itu Akif hanya ber'diapers'. Dia ambil pakaian kotornya itu dan dibawanya ke tempat bakul pakaian kotor dan memasukkan pakaian tersebut ke dalam bakul pakaian kotor.Fuhhhh..KANDO..maji de!!Anakku dah tahu apa dia perlu buat kalau lepas tanggalkan baju.
Aku ucapkan,
"Thank you akif..good boy akif!"*hug hug hug*
Akif, dia sangat gembira melompat-lompat sambil tersengeh!


note: kando=menyentuh hati jiwa perasaaan dan sanubari

Monday, January 22, 2007

Astro

Aku..Aku memang kuat 'complaint'
service sana tak ok service saya not god servoce sini ntah apa-apa....
Kali ni aku nak memuji pula lah...
Tentang Astro.
Pada hari selasa lepas, hubby baru sahaja fill in form 'borang pemohonan Astro"
Kemudian pada hari Khamis,kontraktor Astro call cakap nak datang buat pemasangan.Opss please come on weekend. Jadi kontraktor tu kata nak datang on saturday 1pm.
Then oklah.
Astro ni aku taklah nak sangat,so aku tak kisah sangat. Then pukul 12pm+ kontraktor Astro call cakap dah nak sampai.
Kemudian mereka pun sampai. pasang apa yang patut dalam 30 minit macam tu semuanya siap.Bagus betul.
Andainya streamyx dulu macam ni alangkah bestnya...

bersama anakku

Akif
Seronoklah kalau menghabiskan masa dengan dia....
aku dah update fotopages.

"mi tu'sambil tunjuk ke syiling.
"apa?"
"tu!"
"apa"
"tuuu...ce-cak"
"hah ada cicak?"
dia tunjuk tangan tanda tiada hanya gurauan....sambil senyum sinis terus lari

"mi..nyi be-bi" sambil tunjuk diri dia sendiri golek-golek atas katil gaya macam baby....
"ohh baby mummy..meh sini mummy nak dukung"
dia sengeh-sengeh...
"meh la kat mummy alahai baby ku"
"NANAKKKKKK.."
Terus turun dari katil...lari ke depan.

"mi..Da-de na?"
"daddy tengah paint bathroom"
Dia ambik baju daddy dia....Pakai...
"mi nyi da-de"
"No..u r akif not daddy"
Dia gelak sambil lompat-lompat dan main dengan baju daddynya.

Rindunya kat akif....

gila cerita melayu

Weekend baru ni aku memang 'gila cerita melayu' lah.
Antara cerita yang aku tonton
  • tanah kubur
  • sebuah ijtihad
  • makan duit amal (cerita indonesia)
  • sembilu kasih

Nak komen sikitlah tentang cerita-cerita tersebut

Tanah Kubur
Sungguh menginsafkan! Bayangkan, sekujur tubuh si mati dibiarkan begitu sahaja di ruang tamu rumah, ketika itu si isteri dan anak serta kawan-kawan sedang rancak membincangkan tentang harta pusaka.
Tanah kubur untuk bahagian si mati tidak ada kerana si mati tidak pernah menjejak kaki ke masjid walaupun masjid dan tanah perkuburan itu adalah hasil 'derma' dari si mati. Liang lahad menjadi sempit ketika mayat hendak dimasukkan...Muka mayat bertukar menjadi hitam. Ohhh sungguh aib si mati....
Cerita ini adalah adaptasi dari kisah benar. Jika perkara tersebut berlaku di depan mata kita, bagaimanakah kita hendak menanganinya ya?
Semoga Allah ampuni segala dosa kita.Insya Allah

Sebuah Ijtihad
Sebuah cerita cerekarama TV3, dilakonkan oleh shiela rusli dan sofea jane. Bagaimana kehidupan Ida yang tiba-tiba dituduh sebagai pengedar dadah sedangkan dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.
Menceritakan bagaimana Ida, Zack dan Cat berkenalan di dalam cel penjara. Bagaimana kisah mereka...Zack dipenjarakan seumur hidup kerana membunuh suaminya yang memaksa dia menjadi pelacur, manakala Zack dipenjarakan kerana dituduh mencederakan bekas suaminya.
Zack dibebaskan kerana bekas suaminya menarik balik tuduhan.
Aku amat tersentuh dengan hubungan persahabat 3 insan ini di cel penjara.
Ida sebenarnya dianiaya oleh suami sendiri..Dadah itu adalah perangkap. Suaminya adalah seorang pengedar dadah. Ida telah bebas di saat-saat akhir sebelum hukuman dijatuhkan.
Cerita begini sebenarnya ada berlaku dalam dunia realiti. Alhamdulillah jika sebelum hukuman dijatuhkan diketahui si pesalah sebenarnya tidak bersalah, lebih menakutkan setelah dihukum gantung baru diketahui. Hanya Allah yang maha mengetahui...
Ingatlah Dadah itu musuh negara!!
Hukuman gantung sampai mati terhadap pengedar dadah.

Makan duit amal
Sebuah drama indonesia menceritakan tentang wanita, isteri dan guru yang tidak amanah, yang akhirnya hidupnya dilaknati.

Sembilu Kasih
Aku tertengok cerita ini. Hubby suka drama ni. Aku tak sukalah cerita macam ni, tak habis-habis dengan masalah-masalah bodoh!
Fendi-apasallah ngok sangat, dunia artis memang penuh dengan maksiat, kalau tak jaga diri tergadailah maruah.
Zetty-Udah-udah laa..kalau aku dah lama aku berambus dari suami yang macam Fendi
Azman-Tak pandai nak jaga perhubungan suami isteri. Bukankah anak baru sahaja meninggal, jagalah sikit perasaan si isteri
Maria-Walaupun aku tak suka manusia yang berlakon ni, watak dia ok jugalah....terseksa hidup dengan suami yang tak mahu keluar dari rumah keluarga.
Bukankah dalam Islam juga tidak digalakkan tinggal bersama keluarga. Sudah kahwin tu pandai-pandailah bina kehidupan, pandai-pandailah uruskan rumah tangga.
Bilalah agaknya cerita Sembilu Kasih ni nak habis?
Dah meluat aku..
Tapi Azah Elite tu memang jadilah dia berlakon..Aku benci gila tengok muka dia dalam cerita ni.

Kihkihkih....
Aku tengok Tv sakan rupanya...
Mentang-mentang Astro baru pasang, aik..tapi..cerita yang aku tengok tu TV3, TV9 ohhh Tanah Kubur tu Astro Ria....

Saturday, January 20, 2007

SABTU 20 JANUARI

Hari ni 1 Muharram 1428, Akif, mummy & daddy cuti! Akif bangun awal hari ini secara automatiknya mummy&daddy kenalah bangun awal. Mummy bangun kemas rumah, sidai kain, cuci kain dan lipat kain. Akif?Bangun buat sepah!!!Masa mummy nak mop lantai mummy 'arahkan' akif&daddy pergi kedai beli roti nak buat sandwich.

Ni akif tengah menyepah rumah.untuk gambar terbaru silalah lawati fotopages kami

Ishhh apahal dua beranak tu?Diaorang buka TV berita mandarin..faham ke???

Alamak ada orang nak datang pasang ASTRO laaa kena stop. Rumah lama dulu Astro datang package with house huhuhu..Ni 1st time la nak ada Astro sendiri.
Bagus juga pindah rumah ni, walaupun bulan ini sengkek nan amat puas hati banyak barang milik sendiri.Alhamdulillah.....

Petang kang kami nk 'bertani' cheeewahhhhhh...Best juga rumah atas tanah ni ya......

Baru je puji rumah atas tanah...hujan laa...uwahhh ponat aku kejar-kejar angkat kain hahahahaha
senaman...:P

Friday, January 19, 2007

1428 Hijrah

Saya dengan sukacitanya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1428 Hijrah.
Semoga kita akan terus mendapat hidayah dan rahmat dariNYA.
Insya Allah.

Tarikh mengikut tahun hijrah

senarai tarikh lahir kami dalam tahun hijrah
  • akif: 13 Syaaban 1426
  • mummy akif: 13 Safar 1399
  • Daddy akif: 12 rabiul Awwal 1399
  • Hari Mummy&Daddy akif diijabkabulkan: 12 Rabiul Awwal 1425

aduhai IE firefox

Aku buka internet guna FireFox, tak tahu pula aku kalau buka dengan IE aku punya blog ni akan keluar code entah apa-apa. Kihkihkih.
Kenapa erk?Dah la aku ni memang 'buta' bab-bab ni.Any idea?

Aku sebenarnya taip kat Word then paste ke blogger. Kalau guna firefox, elok je...kalau IE huhuhu....'bakeru'

Thursday, January 18, 2007

FP, marah akif, oshin

Fotopages.

Dah lama tak update. Saja nak bagi alasan,

  1. sibuk
  2. tak ambil gambar
  3. pindah rumah
  4. internet problem
  5. tak sempat

Sekarang alasan di atas sudah tidak boleh diguna pakai,

  1. sibuk bkn alasan
  2. gambar ada ambil
  3. dah dekat sebulan pindah
  4. internet kat rumah dah pulih

Alasan ke-5, masih valid.

Marah Akif

Malam tadi tak semena-mena akif telah dimarah oleh mummynya kerana dia menjerit-jerit dan mengada-ngada ketika mummynya tengah kecoh-kecoh bekalan air tiada. Malam tadi tiba-tiba no water supply due to kerja membaiki paip pecah di flat area block 37 (kata Syabas). Mummynya tengah kelam kabut, dia pula uat hal kenalah marah, terus dia diam dan peluk daddynya, kemudian bila dia lihat mummynya dok rilex tonton OSHIN kat TV9 dia pula marah mummynya. “MI!!!!NYAK NENEN!”

OSHIN

Aku memang sua cerita Oshin dari kecik-kecik lagi. Bukan setakat Oshin semua drama bersiri panjang-panjang karya Hashida Sensei (betul ke sebut Hashida nih?Nanti aku check..) aku suka.

“wataru seiken oni bakari”pun aku suka.

Tuesday, January 16, 2007

mengamuk & selimut

Mengamuk

Semalam, dilaporkan Akif mengamuk di Taska. Reason : Unknown.

Malam tadi ketika dia sedang menyusu aku Tanya dia..

“Kenapa Akif mengamuk kat school tadi?”

Dia geleng kepala

“Ohhh Akif tak mengamuk ya?”

Dia angguk.

“Akif tahu ke mengamuk tu apa?”

Dia angguk

“Macam mana Akif mengamuk kat school tadi”

Dia bangun dari riba aku, dia baring di atas lantai, dia jerit-jerit meronta-ronta.

“Aik, Macam mana akif tahu Akif mengamuk kat school macam tu?Akif tak mengamukkan?”

Dia geleng.

“Jadi Akif mengamuklah ya?”

Dia angguk.

Bertuah punya anak. Aku suspect dia mengamuk kerana dia marah orang kacau barang-barang dia. Dia memang tetetut sikit ooo. Dengan mummy&daddy pun dia tetetut

Selimut

Dia memang tak suka tidur berselimut. Malam tadi hujan dan memang sejuk. Dia tak boleh tidur lena. Asyik merengek-rengek sahaja. Aku bangun dan balut dia dengan selimut, dia tidur nyenyak hingga pagi tadi, sedang aku menyidai pakaian di depan rumah aku terdengar suara seseorang.

Mi..$%^&^&*+-*-++-*&” (maknanya, “mummy saya dah bangun” kot..pepandai je aku)

Dia dah bangun!!

Monday, January 15, 2007

mi andi erk?

mi, andi erk?

maknanya: mummy mandi ya?

Itulah ayat Akif semalam ketika dia baru bangun tidur dan aku baru siap mandi.

Wahhhh…Terperanjat dan gembiranya! Dia dah tahu cakap sikit-sikit la. Alhamdulillah.

Sunday, January 14, 2007

Alahai

Lagi cerita di Tesco

Ketika kami dalam perjalanan ke parking lot, aku terlihat sepasang suami isteri dan seorang anak lelai mereka. Anak lelaki mereka sedang menangis dan berguling-guling, dari apa yang aku dengar si anak (dalam 7-8 tahun kalau tak salah aku) hendak membeli sesuatu tetapi si ibu dan bapa tidak membenarkan.

Terus terlintas di fikiranku, andai tiba suatu masa nanti aku harus hadapi situasi itu apa harus aku lakukan?

1. Kalau aku ada duit, tak semua barang yang anak aku hendak aku patut belikan. Jadi aku perlu didik dia agar menjadi insan yang tahu menilai barang yang perlu dan tidak perlu dimilikinya.. Bagaimana? Ini kena dalami ilmu mendidik anaklah ni.

2. Andainya aku tidak berduit. Alahai kasihan anak aku. Di sini juga pendidikan penting. Aku harus melatih dia menerima kenyataan.

Pada pendapat aku, aku perlu bersedia dari segi kewangan dan pendidikan terhadap anak aku.Insya Allah.

p/s: rasa takut pula nak hadapi hari-hari mendatang.alahai.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami.Amin

streamyx&funny

streamyx
streamyx dah boleh guna!!!Alhamdulillah...Tapi to TM aku tetap tak puas hati...sorry lah yaaaa....tetap tak boleh maafkan....

funny
Something funny about Akif.
Kita ajar dia nak masuk rumah kena tanggal kasut...namun apa yang dia praktikkan...masuk rumah tak tanggal kasut tapi kalau masuk kereta dia tanggal kasut. Tadi on the way balik dari Tesco kami betulkan fahaman dia, jadi lepas ni kena monitor ada perubahan or not...

Saturday, January 13, 2007

jangan pi tanya depa

Tadi pergi tesco kemudia teringat nak on spot redeemation bonuslink points..
so bergegaslah kami ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Terpampang depan tu satu kertas...'kami sedia membantu' ke apa ntah tapi seangkatan la..macam servis bagus laaa
Terpacaklah aku depan kaunter tu..Ishh nak tanya siapa ni..ada 3org pekerja tapi masing-masing tengah buat kerja sendiri...Then nampak plak notice kena call/sms bonuslink tanya points..kita pun sms laaa..then dah dapat reply, maka bertanyalah aku kepada seorang pekerja wanita di kaunter perkhidmatan pelanggan Tesco Shah Alam.
"boleh redeem kat sini ya bonuslink" (tanya utk kepastian)
kemudian di jawap
"Ahaaaa"
Aku tanya
"So apa saya perlu lakukan"
Dijawap
"Mana pin number?"
aku tanya
"pin number apa?"
Dijawap
"Kalau nak redeem kena ada pin number..kena call bonuslink!"
Untuk kepastian aku tanya lagi
"Mean I have to call bonuslink first lah ya?"
Dijawap
"Ya laaa..u punya card u la call takkan kami plak..."
Aku terus naik angin....Sombong!!!!
Aku hanya perlu jawapn YES or NO..Aku tak perlukan ayat2 menyakitkan hati...
Aku terus kata
"tak pe laa redeem kat tempat lain laaaa"
Then aku bebellah kat hubby..."menyombong tak padan kerja jaga kaunter belagak macam tokey besar...."
Aku memang sakit hati tau kalau orang mulut sialan ni. Orang tanya elok-elok jawap la elok-elok...Better say yes or no jgn nak mulut banyak.....Orang bertanya sebab tak tahu..kalau tahu tak tanya laaaa.....

moral: Kalau nak redeem on spot, belajar dulu cara-cara nak redeem dari bonuslink.com or call direct jangan tanya pekerja kaunter perkhidmatan tesco shah alam.......Depa sibuk, sibuk nak bersembang sesama sendiri...
Rugilah tokey Tesco bayar depa gaji.......

Kalau aku rajin esok aku call manager depa, kalau rajin lagi buleh buat complaint letter..klau rajin lagi tulis hantar ke media2 bercetak....

Friday, January 12, 2007

birthday

O-tanjoubi omedetou gozaimasu to ME!!!Hahahaaaa

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-28 tahun Masihi.(ikut tahun hijrah aku dah akan 29 tahun 12 safar ni)

Dah tua!!Uhuks..Tapi jiwa masih muda.Hahahahaa

Malam tadi lepas hubby bagi tahu akif yang tomorrow is mummy's birthday akif tadah tangan....Bukan berdoa..minta goodies. Di Taska dia kalau birthday kawan-kawan atau pun birthday dia parents akan bagi goodies. Mummy tak sediakan goodies so mummy cari la paper bag goodies gi kenduri last weekend and bagi dia.
Hahhaaaaa..

Tiada sebarang sambutan. Itu adalah normal bagi aku. Masa aku kanak-kanak dulu tak pernah aku ambil kisah langsung tentang birthday aku. Cuma birthday Akif sahaja aku nak do something (contohnya bagi goodies kat kawan-kawan dia ke..hehehe)

Thursday, January 11, 2007

cauliflower

Hari ini agak sibuk dengan kerja di office, aku kadang kala 'suka' jika aku sibuk tetapi hari ini aku sibuk dan aku sakit hati. Dah makan gaji. Tapi kalau salah orang lain kenapa aku harus tanggung?? Ni makin berkobar-kobar nak buat satu keputusan ni. Tunggu internet di rumah ok..TMNet ohhh TMNet....
Opss esok aku harus pastikan suamiku ke TM office...

Cauliflower
.Mmmm....jadi takut pula. dalam post ssemalam ada terselit tentang bunga kobis.
hari ni aku cari pula antara yg tertulis tentangnya.

Cauliflower is low in fat, high in fiber, folate, water and vitamin C, posessing a very high nutritional density. As a member of the brassica family, Cauliflower shares with broccoli and cabbage several phytochemicals which are beneficial to human health, including sulforaphane, an anti-cancer compound released when cauliflower is chopped or chewed. In addition the compound indole-3-carbinol, which appears to work as an anti-estrogen, appears to slow or prevent the growth of tumors of the breast and prostate. Cauliflower also contains other glucosinolates besides sulfurophane, substances which may improve the liver's ability to detoxify carcinogenic substances.

Cauliflower also contain compounds which can be harmful to certain individuals, including goitrogens which suppress the functioning of the thyroid gland, and purine which is broken down into uric acid and can cause or aggravate gout or kidney stones.

Lagi,
Cauliflower is a vegetable that is many times overlooked. It is a member of the cruciferous family, a family which is known for containing nutrients that fight against several diseases.

There are two main ingredients in cauliflower, and all of the cruciferous family, that are the main disease fighters. These are indole-3-carbinol, or 13C, and the photonutrient sulforaphane. In research done at John Hopkins University in Baltimore, sulforaphane lowered the occurance of breast tumors in lab animals by almost 40%. Toxins that would normally damage the cells and turn cancerous, are swept out of the system by sulforaphane, preventing tumors before they begin. 13C works in concert with the sulforaphane by acting as an anti-estrogen. Estrogen in high levels is known to foster tumor growth, especially in the breasts and the prostate glands. 13c helps to lower the estrogen count, thus lowering the chances of tumor growth.

Cauliflower also contains vitamin C and folate. Folate helps the blood work more efficiently and is often recommended for preventing anemia. Folate is also essential for proper tissue growth and not getting enough can make you succeptible to many diseases down the road such as cancer and heart disease. Vitamin C is considered an antioxident. When used alongside other antioxidents such as vitamin E and betacarotene, you can keep your immune system strong.

Three florets of cauliflower a day will provide you with 67% of your daily vitamin C requirement. When purchasing cauliflower, make sure the tops are white. If the floret has begun to spot brown or puple, it is past its nutritional peak. Serving the cauliflower raw will give you the highest nutritional benefits, however, if you must cook it, lightly steamedwill also keep its cancer-fighting components intact.

Wednesday, January 10, 2007

Artikel

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid,
membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)


Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya
menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California
SUMBER

catatan dan TMNet

Catatan

Isnin 8 Januari- Selepas menjemput Akif di Taska terus bawa dia ke klinik. Akif selsema dan batuk. Banyak kahak, jadi kena ambil nebulizer. Akif tak suka. Marah-marah, meronta-ronta. Keesokkan pagi dan petang kena datang lagi. Dapat 5 jenis ubat.

1. antibiotic –Augmentine

2. Prenosolone (kalau tak salah ejaan)

3. Ubat kahak (tak ingat nama ubat)

4. Ubat wheezing (tak ingat nama ubat)

5. Panadol syrup

Selasa 9 Januari- I was on Emergency Leave. Bring Akif to klinik for nebulizer and AKif asyik nak dengan mummy sahaja. Tak nampak bayang mummy dia akan menangis. Tidur pun kena ditunggu mummy. Petang, pergi klinik sekali lagi untuk nebulizer. Doctor kata dah ok, jadi hari ini tak perlu nebulizer.

Rabu 10 Januari- Aku kerja hari ini. Tapi aku asyik ingatkan Akif sahaja.

Kenapalah dalam Malaysia ni tak ada undang-undang buruh, kalau anak tidak sihat ibu perlu diberi cuti menjaga anak. Kalau bagi untuk mereka yang mempunyai anak baru lahir hingga anak umur 3 tahun pun jadilah. Kementerian wanita & masyarakat ke..tak boleh ke bela sikit wanita , ibu dan bayi. Kasihan kami.

Akif is a boy but he’s a very sensitive baby boy. Kalau mummy asyik balik lambat pun tak boleh, Akif sedih. Kalau Akif sedih mummy lagi sedih….

TMNet

Jika memperkatakan tentang produk-produk TM ni memang naik angin la.

Telefon rumah aku dah Ok masalahnya streamyx belum boleh guna. Semasa hubby pergi buat pertukaran number, pekerja kaunter TM point kata dia dah inform all, termasuk streamyx.

Kemudian, semalam bila hubby call TM customer service, dia cakap belum ada apa2 application tentang pertukaran number telefon dengan streamyx setting. Susah sangat ke?

Bukankah itu dalam system??

Kenapa susah sangat cara TM bekerja??

Kenapa tak boleh apply by phone?Kenapa perlu pergi ke TM point sampai berkali-kali??

Maxis broadband…Berapa RM ya??? Seksyen 24 Shah Alam ada?

Apa lagi internet provider yang membahagiakan pengguna???

Saturday, January 6, 2007

update hari ini

Hari ini aku mula bekerja setelah 5 hari cuti! Cuti raya korban dan cuti tahun baru. Tiada aktiviti luar biasa, cuma aktiviti bersama Akif baby sahaja.

Sabtu- Akif dan mummy sahaja di rumah daddy kerja. Pukul 3pm daddy balik, keluar pergi rumah mak cik akif kemudian pergi cari baju raya untuk mummy ..Yahhoooo....Lepas tu baru daddy teringat dia nak makan ayam masak masala kering pada hari raya, pergi cari ayam...fuhhh tesco habis..gi pasar malam habis juga...kemudian gi Giant...ada.

Ahad- Selamat Hari Raya Aidil Adha. Pagi-pagi lagi mak cik akif dah datang. Kemudian akif pula ke rumah mak cik.

Isnin-Tak ke mana-mana cuma ke kedai perabot sahaja. Ambil free gift

Selasa- Ada kat rumah. Iron baju, basuh baju main dengan akif.

Rabu- Daddy akif dah kerja, tinggallah akif dan mummy. Akif tolong mummy cabut rumput. Hehehehee...

sejak tinggal kat rumah atas tanah ni, akif bukan main happy lagi. Maklumlah sejak lahir lagi di atas angin hahahaaa....Sekarang ni akif memang ramah. Ditegurnya orang lalu lalang.

Perkataan baru akif.

ti-ge = tiger

le-peng = elephant

ta = car

babab = pukul

itu aja yg mummy akif ingat. hehehee

Friday, January 5, 2007

TM oh TM

TM
Aku tak sukalah servis TM ni. Janji tak serupa bikin!!!
Selalu janji jarang sangat ditunaikan.
Kalau janji 2 minggu, Silap hari bulan sebulan baru tunai. Tiada disiplin dalam menguruskan masa. Orang kerja kaunter cakap lain, orang kat customer service cakap lain....last-last tak tahu apa status.
Hari ni genap seminggu kami buat permohonan menukar alamat, maknanya kena tukar nombor telefon dan juga streamyx setting. Menurut apa yang petugas di kaunter TM point hari tu, mereka mengambil masa paling lama 2 minggu..PALING LAMA....
Hari ni dah seminggu, maknanya ada lg seminggulah time limit. Adakah mereka akan kotakan janji???
Kenapa susah sangat ya??
Pelik betul. Ini tahun 2007, bukan 1907....
Kontraktor...Ini alasan paling digemarilah ni. Kontraltor sibuk. Dah tahu kontraktor sibuk hire more laaa....
Masalahnya...Kat umah aku tiada line telefon dan tidak boleh guna internet, tapi bulanan tetap kena bayar!!!!

Aku masih ingat lagi macam mana servis NTT (telekom jepun), Memang bagus..puas hati!! Mereka ni bab perkhidmatan memang aku salut!!...
Aku hanya call bagi tahu..."saya nak guna telefon rumah & internet perlukan line NTT"
Esok tu mereka hantar orang datang, isi forms kemudian cakap apa yang patut. Lusa..Datang pula orang dari internet provider bawa segala perkakas nak set kan internet tapi hahahhaa..Aku tak de PC lagi time tu!!!

Seminggu kemudian, aku dah dapat PC yang aku order, (ketaq tangan huloq JPN yen 300,000), sampai kat rumah aku pasang PCku kemudian aku call internet provider company, malam tu mereka datang setup kan..Fuhh....Cepat, pantas, dan tangkas....

Kalaulah TM boleh buat macam tu....Opss..kejadian guna internet di Japan ni berlaku pada tahun 2000..7 tahun yang lalu.So TM...apakah tindakan kalian? Nak buat iklan tak serupa bikin lagi??
TM point pantas..??Berjam....

Kepada mereka yang kerja dengan TM, Kalau kalian berkuasa ubahlah cara bekerja TM ni.
Kepada mereka yang kerja di kaunter TM point, TMNet....bersopan santun dan berbudi bahasalah...Korang marahkan kalau aku naik angin..so aku tulis kat blog ni.......kalau kena batang hidung....perbetulkanlah....
Time layan pelanggan kat kaunter janganlah borak dengan rakan sebelah....Ada paham???

Haaaa...CELCOM
Ni pun anak beranak TM.....Belajarlah cara nak setup GPRS dengan betul...Dan kalau orang tulis nama jangan pandai-pandai ubah nama orang ya...

Sekian sesi lepas geram hari ini....

p/s:aik....lepas geram rupanya....

Pada pendapat aku, sektor perkhidmatan pelanggan di Malaysia ini perlu ditingkatkan. Masih banyak perlu dipelajari dan dibaiki.

Thursday, January 4, 2007

update hari ini

Hari ini aku mula bekerja setelah 5 hari cuti! Cuti raya korban dan cuti tahun baru. Tiada aktivitiluar biasa, cuma aktiviti bersama Akif baby sahaja.

Sabtu- Akif dan mummy sahaja dirumah daddy kerja. Pukul 3pm daddy balik, keluar pergi rumah makcik akif kemudian pergi cari baju raya untuk mummy..Yahhoooo....Lepas tu baru daddy teringat dia nak makan ayam masak masala kering pada hari raya, pergi cari ayam...fuhhh tesco habis..gi pasar malam habis juga...kemudian gi Giant...ada.

Ahad- Selamat Hari Raya Aidil Adha.Pagi-pagi lagi mak cik akif dah datang. Kemudian akif pula kerumah mak cik.

Isnin-Tak ke mana-mana cuma ke kedaiperabot sahaja. Ambil free gift

Selasa- Ada kat rumah. Iron baju,basuh baju main dengan akif.

Rabu- Daddy akif dah kerja,tinggallah akif dan mummy. Akif tolong mummy cabut rumput.Hehehehee...

sejak tinggal kat rumah atas tanahni, akif bukan main happy lagi. Maklumlah sejak lahir lagi diatas angin hahahaaa....Sekarang ni akif memang ramah. Ditegurnyaorang lalu lalang.

Perkataan baru akif.

ti-ge = tiger

le-peng = elephant

ta = car

babab = pukul

itu aja yg mummy akif ingat. hehehee

Monday, January 1, 2007

Happy New Year

Selamat Menyambut Tahun Baru 2007 Masihi.