>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, January 5, 2007

TM oh TM

TM
Aku tak sukalah servis TM ni. Janji tak serupa bikin!!!
Selalu janji jarang sangat ditunaikan.
Kalau janji 2 minggu, Silap hari bulan sebulan baru tunai. Tiada disiplin dalam menguruskan masa. Orang kerja kaunter cakap lain, orang kat customer service cakap lain....last-last tak tahu apa status.
Hari ni genap seminggu kami buat permohonan menukar alamat, maknanya kena tukar nombor telefon dan juga streamyx setting. Menurut apa yang petugas di kaunter TM point hari tu, mereka mengambil masa paling lama 2 minggu..PALING LAMA....
Hari ni dah seminggu, maknanya ada lg seminggulah time limit. Adakah mereka akan kotakan janji???
Kenapa susah sangat ya??
Pelik betul. Ini tahun 2007, bukan 1907....
Kontraktor...Ini alasan paling digemarilah ni. Kontraltor sibuk. Dah tahu kontraktor sibuk hire more laaa....
Masalahnya...Kat umah aku tiada line telefon dan tidak boleh guna internet, tapi bulanan tetap kena bayar!!!!

Aku masih ingat lagi macam mana servis NTT (telekom jepun), Memang bagus..puas hati!! Mereka ni bab perkhidmatan memang aku salut!!...
Aku hanya call bagi tahu..."saya nak guna telefon rumah & internet perlukan line NTT"
Esok tu mereka hantar orang datang, isi forms kemudian cakap apa yang patut. Lusa..Datang pula orang dari internet provider bawa segala perkakas nak set kan internet tapi hahahhaa..Aku tak de PC lagi time tu!!!

Seminggu kemudian, aku dah dapat PC yang aku order, (ketaq tangan huloq JPN yen 300,000), sampai kat rumah aku pasang PCku kemudian aku call internet provider company, malam tu mereka datang setup kan..Fuhh....Cepat, pantas, dan tangkas....

Kalaulah TM boleh buat macam tu....Opss..kejadian guna internet di Japan ni berlaku pada tahun 2000..7 tahun yang lalu.So TM...apakah tindakan kalian? Nak buat iklan tak serupa bikin lagi??
TM point pantas..??Berjam....

Kepada mereka yang kerja dengan TM, Kalau kalian berkuasa ubahlah cara bekerja TM ni.
Kepada mereka yang kerja di kaunter TM point, TMNet....bersopan santun dan berbudi bahasalah...Korang marahkan kalau aku naik angin..so aku tulis kat blog ni.......kalau kena batang hidung....perbetulkanlah....
Time layan pelanggan kat kaunter janganlah borak dengan rakan sebelah....Ada paham???

Haaaa...CELCOM
Ni pun anak beranak TM.....Belajarlah cara nak setup GPRS dengan betul...Dan kalau orang tulis nama jangan pandai-pandai ubah nama orang ya...

Sekian sesi lepas geram hari ini....

p/s:aik....lepas geram rupanya....

Pada pendapat aku, sektor perkhidmatan pelanggan di Malaysia ini perlu ditingkatkan. Masih banyak perlu dipelajari dan dibaiki.

1 comment:

rizza said...

fid..betul tu akung sokong..
perkhidmatan kat malaysia ..cakap je bagus..iklan macam hebat..tapi service "out"... aku dah rasa dah gak cam ko.. bukan sahaja TM, Celcom ..."SEGALA PERKHIDMATAN AWAM" kat malaysia memang mentaliti org yg bekerja cam tu...
aku dok canada, n australia ni.. senang je nak masuk line telefon.. walaupun iklan kat TV tak le secanggih kat Malaysia..tapi service cepat, pantas & mengikut yang dijanjikan...
ok.. aku pun lama tak lepaskan geram kat "perkhidmatan di Malaysia ni.." tunggu le aku balik..aku jumpa sapa yg berlagak kat kauter2 tu..siap lee ...