Thursday, April 26, 2007

Nak tergelak

Aku nak tergelak.
Punca: (panjang nak cerita)
Aku tak faham sifat segelintir manusia ni....
Al kisah anak sakit. Dicadangkan bawa jumpa doktor, dijawapnya duit tak ada!
Aku bukan nak gelak sebab diaorang tak ada duit.. Aku pun selalu tak cukup duit.
Yang aku nak gelak diaorang akan cakap tak ada duit kalau bab nak ambik ubat anak, bab nak bersalin...Yang mana diaorang pandai buat tapi nak orang lain tanggung...Yup memang company aku cover rm2k outpatient untuk anak aku.(Dah nak abih guna punnnn)
Diaorang kata kat aku.."ko tak pe la company cover"...Alhamdulillah....Aku amat-amat bersyukur...
Berbalik ke cerita tak ada duit nak gi klinik anak ni....
Yang aku pelik kalau S*g* sale ada plak duitnya. Kalau cakap bab barang-barang mahal pandai plak cakap..Siap memiliki lagi...Kalau bab kereta, handphone boleh plak pakai yang mahal-mahal....Bab anak sakit, diri sakit semedang alasan tak ada duit!

Itu je alasan aku nak tergelak.

Moral:
Berbelanjalah mengikut kemampuan...Kenalpasti yang mana lebih utama, sale di S*g* ke ubat anak.....
Jangan terlalu pentingkanmaterial hingga mengabaikan tanggungjawap lain.

Wednesday, April 25, 2007

kaze gimi

Arrghhhhhh... Rasa macam nak kena demam,batuk etc la plak....
Sejuk semacam je nih.
Aku cuti 2 hari...Isnin dan selasa..Akif tak sihat. Kasihan anak teruna kami. Alhamdulillah dah beransur sihat.
Ada orang kata, kalau hantar anak ke Taska senang dapat penyakit..Aku tak setuju!
Demam, batuk etc ni dah perkara biasa kalau budak-budak nih. Bukan salah Taska 100%. Habis tu macam mana?Takkan nak jaga sendiri..Tak yah kerja..Confirm ke kalau jaga sendiri anak dijamin tak akan sakit, demam etc?
Babysitter? Tak semua babysiter bagus...
Aku ni pula jenis 'taska-ha'..jadinya aku tak sukalah babysitter...
Alasan yang aku tak suka hantar anak ke babysitter paling utama adalah, 'babysitter ambik cuti mengejut..Kalau dia cuti mengejut aku pun kena cuti'
Haaha..sungguh rapuh alasan aku, tapi itulah alasan utama aku tak nak hantar anak ke babysitter...
Alasan berikutnya....
'Aku nak besarkan anak aku cara aku. So far aku boleh minta pihak taska bagi anak aku makan apa yang aku rasa aku nak bagi makan, banyak kes mereka yang hantar anak ke babysitter, babysitter pandai-pandai bagi anak makan benda-benda lain...Kalau ditegur babysitter bagi alasan dia dah bela anak dia 4-5 orang OK aja...Adeiii'
Yang jadi babysitter ni pun satu hal, anak ko cara ko la, anak orang ikutlah cara orang. Orang dah bayar, bukan ko jaga free.
yang di'italic'kan dan dibirukan itu adalah 2 alasan utama aku tak nak hantar anak aku ke babysitter.
Sure yang 'babysitter-ha' tak setuju..but tak kisah..itu diaorang punya pandangan....

Taska...Apa yang aku suka bab taska ni?
1. Ada jadual
2. Ada guideline
3. Ramai pengasuh
4. Taska cuti ikut cuti rakyat Malaysia..Arigatai naaa...
5. Anak aku ada ramai kawan.
Setakat ini itu aja terlintas difikiran aku.

Ada orang kata, aku jadi taska-ha sebab taska anak aku tak de buat kes..may be YES may be NO.
Aku doakan diaorang jaga anak-anak kami yang hantar kepada taska mereka sebaik mungkin.
Tolong doakan Taska anak aku sentiasa mengambil berat tentang kanak-kanak yang dihantar ke sana.

Alhamdulillah....So far taska anak aku bersih, anak aku pun tak meragam kalau dihantar ke sana.

Aku tak nafikan, aku memang takut dan risau tentang anak aku sepanjang waktu.

Moral:
Kalau nak pilih Taska pilihlah taska yang sesuai dengan jiwa dan poket masing-masing....
Kalau nak pilih babysitter pula pilihlah yang sesuai dengan kita juga. Hehehehehee.
Apa-apa pun...Kita boleh memilih....


btw...taska-ha=pro-taska, babysitter-ha=pro-babysitter.

Monday, April 23, 2007

apa perasaan

Pada pendapat anda apakah perasaan seorang anak yang masih bayi apabila terpaksa tinggal dengan orang lain ketika ibu dan bapanya keluar bekerja?
Aku selalu fikirkan ini. Aku sebenarnya kalau tidak kerana tuntutan hidup tak hingin aku nak kerja!..Tapi apakan daya, belum tiba masanya untuk aku boleh bersama anak di rumah.
Aku nak tanya anak aku apa perasaan dia pun, kalau dia cakap bukannya aku boleh faham..Tapi aku yakin dia rasa macam aku pernah rasa dahulu.
Dulu masa aku masih kecil, tiap pagi bila melihat emak aku melangkah meninggalkan aku untuk pergi bekerja, aku terus rasakan jiwa aku kosong, hari aku tiada seri..sepi...Aku mula memghitung saat emak aku balik bekerja setiap kali mengucapkan 'bye bye' kepada emak aku.
Aku tahu Akif pun rasa macam aku...Pada zahirnya nampak dia ceria aja tapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu.
Tatkala aku menjemput dia pulang, dia akan berlari-lari mendapatkan aku seolah-olah sudah bertahun berpisah.....Aku memang rindukan dia selalu. Aku yakin dia juga begitu...

dia demam

Hari ni aku EL...ke dah UP ya?Dia demam dari petang semalam.Panas tak turun-turun, jadinya sepanjang malamlah aku tak tidor nyenyak asyik bangun menjelum-jelum dia. Dia muntah berkali-kali (ni sebab bagi ubat cair kahak..memang berketul-ketul kahak keluar)..
Aku bagi ubat demam every 4 hours....Pagitadi pukul 6am baru suhu badan dia turun...Ingat nak pergi office juga hari ini aku ada trainning apa ntah, tapi bila hubby minta aku jangan pergi office aku pun tak jadi pergi. Kesian baby demam-demam nak ditinggalkan.
pukul 5am tadi aku mandikan dia...sebenarnya,..Aku takut ..Badan dia panas sangat, sampai aku takut nak measure berapa degree..
Sekarang ni dia tengah tonton Elmo....
Doakan dia cepat-cepat sihat ya.

Saturday, April 21, 2007

Kenapa anda menyusukan anak anda dengan susu anda?

Ada insan bertanyakan aku soalan di atas...
Bukan seorang malahan ramai...Mungkin beratus....Mak aku pun tanya juga soalan ni...padahal dia dulu pun susukan keempat-empat anaknya sepenuhnya.....
Mak aku kata dia susukan anak-anaknya dulu sebab tak de duit nak beli susu formula..memang logik alasan dia..sebab kami orang susah....

Selalu aku jawap apa yang terlintas difikiran aja..
Aku dah lama dok fikir sebenarnya apa 'kikkake' yang membuatkan aku boleh mengambil keputusan menyusukan anak aku dengan susu aku (yessss susu aku!dari badan aku)

"Abang, pada pendapat abang apa agak yang membuatkan saya mengambil keputusan breastfeed anak kita ni ya?"
Tercengang member..Hahahaaa

Seingat aku, semasa mengandungkan Akif, aku langsung tak ada pengetahuan tentang breastfeeding. Yang aku tau...sesiapa yang melahirkan anak akan ada susu maka bolehlah susukan anak..itu aja yang aku tau.
Jahil sungguh

Bila anak aku lahir, nurse bawa baby yg bulat itu bagi kat aku suruh susukan.."Argghhh..Nak buat macam mana ni nurse?"
Nurse sengeh aja.....
Dia ajar aku dari A sampai Z..Then staff nurse datang bagi taklimat ..Aku dengar ajalaaa...
4 hari lepas tu aku dibenarkan pulang, aku tinggalkan aja risalah penyusuan susu ibu kat ward...Aku tak tahu pula risalah tu pada suatu hari akan jadi berguna kepada aku.
2 bulan maternity leave....3 hari sebelum start kerja balik, aku perah susu untuk simpan sebab aku takut anak aku tak nak minum formula..Formula pun aku beli....Tapi Akif memang sebijak-bijaknya...Dia sikit pun tak kepingin, aku bagi dia try, dia muntahkan balik, tak buka mulut.
Itu alasan pertama kenapa aku perah susu 3 hari sebelum start kerja semula.

Hari pertama masuk kerja...Aku terpaksa pam susu setiap 2 jam, kalau tak pam tak tertahan rasanya..lebih dahsyat dari tahan nak pee...serius...
Alasan kedua aku pam susu..susu aku banyak....
Hari pertama start kerja aku dapat perah keluarkan ke botol 12 botol! Macam tak percaya je....Satu botol 4oz....Aku bawa 5 botol sahaja..aku isi penuh-penuh on the way balik singgah kedai beli botol...
Bulan pertama aku start kerja semula, tiap-tiap hari aku dapat 10 botol EBM...
Memang ni alasan paling popular masa tu...yang aku guna.....Nasib baik aku rajin mengepam kan....

Bulan 12...Aku tak tahan dah..Aku tak tau nak fikir dah macam mana aku nak simpan susu aku yang banyak-banyak nih...Aku search cari info...maka aku bertemu dengan susuibu.com, ivillage.com, dan sebagainya. Aku mula membaca itu dan ini. Baru aku 'celik' tentang khasiat susu ibu ini.
Jahil sungguh laaaaaaa


Aku memang tak salahkan langsung ibu-ibu yang tak menyusukan anak kerana tiada pengetahuan..Kerana aku pernah lalui zaman jahil khasiat susu ibu ini.

Setelah aku baca macam-macam artikel di internet, baru pemikiran aku berubah dari menyusukan anak kerana kepentingan diri sendiri kepada demi kepentingan anak.Alhamdulillah Allah berikan aku hidayah....Maka sampai ke saat ini anak aku masih menikmati rezekiNYA yang tidak dapat ditukar ganti.

Bagi ibu-ibu yang mendapat/ada pengetahuan tentang breastfeeding ini sejak dari mengandungkan anak pertama..anda adalah insan yang amat bertuah...
Susukanlah anak anda seadanya

Secara jujurnya, aku pernah fanatik tentang susu ibu ini. Pantang orang kondem mula nak melenting tapi bila aku fikir balik secara rasional dan ingat balik kisah lama aku...Aku nak tergelak..Maybe mereka juga seperti aku dahulu.

Jangan tak tau...Aku dulu sikit punya berangan nak bagi anak aku minum susu formula yang bagus-bagus...biar mahal asalkan anak sihat..konon..Bila ingat rasa MALU!!!!Malu dengan kejahilan aku pada masa itu...malunyaaaaa

Aku berdoa agar aku dapat susukan anak aku selama yang mungkin....
Insya Allah..Semoga Allah berikan aku kekuatan...Amin...
Semoga Allah berikan aku susu yang banyak..Amin....

Kesimpulannya..Pada suatu masa dahulu, aku susukan anak aku kerana anak aku tak nak formula milk dan susu aku banyak.....
Tapi sekarang aku susukan dia kerana aku nak dia dapat khasiat yang tiada tolok bandingnya dari susu ibu.Insya Allah....

bubur nasi broccoli and chicken

Ini menu Akif pada 21 april 2007
bubur nasi berbroccoli and chicken

bahan-bahan:
  • segengam beras
  • broccoli dipotong kecil-kecil
  • isi ayam dipotong dadu
  • unsalted butter
  • air

Cara-cara menyediakan:
Beras dicuci bersih
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masukkan air. Masak atas dapur.hehehehehee

Taraaa..dah siap..

masa memasak:30minit+

Bila dah masak, mummy rasa sikit..Alamak sedaplah plak......

Friday, April 20, 2007

kisah Yin

Kisah kehilangan Yin bukan main hangat lagi diperkatakan di seluruh tanahair aku ni. Dahsyat!
kihkihkihkih...Bab Yin hilang ni ramai 'bantai' aku sebab aku kata salah mak bapa si Yin!
Diaorang kata aku tak boleh salahkan mak bapa si Yin?
Kenapa?
Takkan aku pula yang bersalah....Anak diaorg yang hilang time diaorang tengah shopping kat sogo..Diaorang yang bersama anak mereka.Memang salah mereka la. Takkan nak salahkan Sogo....
Ramai yang suruh aku bayangkan kalau aku di tempat mak bapa si Yin...
Aku tak mau! Sebab aku tak sama dengan mereka.Banyakkk tak sama...
Apasal suka sangat suruh aku fikirkan aku di tempat orang?Aku tak suka la..Aku adalah aku...Tak de masa aku nak fikirkan negative macam tu.
Aku memang tak suka bandingkan diri aku dengan sesiapa pun. Macam kat forum aku join diaorang siap ajak berbincang tanya susu kau perah dapat berapa bla bla bla...Aku sebenarnya amat tak suka.Bagi aku setiap individu berbeza. Ada yang kata hanya sekadar nak buat panduan..Aku tak suka....Sebab kalau aku bagi tau jumlah aku dapat kang ada yang cakap..'jelesnya u dapat bla bla bla'...Aku tak suka...kang menjadikan aku 'kembang' or menjadikan aku rasa bangga tak bertempat.....
OK berbalik cerita si Yin....
Lepas Yin dipulangkan macam-macam spekulasi timbul......
Aku paling sedih bila diaorang pertikaikan tentang pasangan Myanmar tu. Bagi aku tak kisahlah apa niat asal diaorang janji diaorang pulangkan...Kalau diaorang bunuh ka cacatkan ka lagi haru biru. Ambil je balik si Yin tu, tak yah tanya kenapa dia melecur kaki ke apa ka.....Lepas pemeriksaan kesihatan insya Allah dapat tahu la kan.
Aku tak suka cara bapa Yin pertikaikan semua tu depan lensa kamera. Dari rasa kasihan aku jadi meluat dan menyampah kat dia.
Alhamdulillah Yin dah ditemui, dan ALhamdulillah pasangan Myanmar itu pun telah dibebaskan.

Thursday, April 19, 2007

wow! sebuknya

1. Aku memang sibuk le ni. Buat kerja ngan nak menjawap soalan pihak atasan yang tak paham bahasa. Kalaulah aku tau bahasa Jerman, dah lama aku speaking Jerman. Bahasa apa ntah yang diaorang akan faham..Aku tau BM, BI and Japanese sahaja.
Aku kalau orang tak faham technical job aku tak kisah tapi yang tak faham bahasa ni aku naik hangin.
Aku rasa bahasa yang aku guna sudah terlalu mudah difahami....Tapi si malaun tu tetap tak boleh faham.
Tak cukup verbal. aku hantar EmailS lagi....Kalau lepas ni tak faham-faham juga, aku rasa aku patut sergah je dia nih!

2. 'sebok'...Ni nama Mamat yang kuat menyebuk hal orang. Naik menyampah aku..Tak mau cerita panjang kang ada yang perasan si 'sebok' ni dia hahahahaa

setahun 7 bulan

Rupa-rupanya anak teruna kami dah setahun 7 bulan.Alhamdulillah.
Dia selsema la sekarang ni tapi dia dah pandai ..Dia dah tahu selsema tu seksa...Dia dah tak melawan kalau nak bagi ubat, dan dia sentiasa bawa kain untuk lap hingus dia.CUTE!
Cepatlah sihat....
Dia minat menulis sekarang ni...Habis dia conteng...Dinding, lantai, tikar dan apa sahaja, jenuh nak explain...bagi buku dah tapi dinding juga dia minat!

-end-

Wednesday, April 18, 2007

lamanya tak update

Sekarang ni aku memang busy sangat! Maka blog ini sepi aja la.

update akif:
Ntah kat mana dia belajar menendang/sepak. Kalau sepak bola oklah, ini sepak orang!Aduh.Puas nak explain laaaa...Kadang-kadang dengar kadang-kadang dia buat tak tahu aja!
Bertuah betul

-end-

Tuesday, April 17, 2007

Berita berkaitan

Pelaburan internet.
Difatwakan HARAM.
Banyak pihak yang melatah. Ada yang masih usaha kuat mencari dalil-dalil dan hujah-hujah agar dapat menukarkan HARAM menjadi HALAL.
Ada yang masih meneruskan, ada yang masih mempertikaikan dan ada yang menerima dengan rela.
Aku tidak pernah terlibat.
Untung banyaklah kot ya pelaburan jenis ni, itu yang ramai join tu.

Aku bukan nak komen tentang pelaburan internet ni, aku tak ada pengalaman dan pengetahuan jadi tak naklah aku komen kang jauh terpesong....
Apa yang aku nak suarakan, kalau sesuatu yang dah dikatakan HARAM oleh pihak bertanggungjawap maka terimalah. Tak perlulah kita cuba lagi mencari bukti-bukti untuk menghalalkannya, melainkan kita benar-benar ada bukti dan hujah-hujah yang relevan dan rasional.

Wednesday, April 11, 2007

Blog pertama aku

Blog pertama aku, aku sayang sangat blog itu dan masih wujud di alam cyber ini.Hahahahahaa.
Tadi aku login balik account tu..ishhhhh...natsukashi naa...(nostalgic)..
Rupanya banyak juga aku dah tulis..Almaklumlah dari zaman single mingle lagi (i guees so)
Aku ada tulis tentang kenapa aku 'pindah' blog pada awal-awal blog ini. Tapi kasihku pada blog lama tetap ada..Hahahahahaa
Ada tak cara nak import entries dr blogdrive ke blogspot?

Tuesday, April 10, 2007

Hal anak

Memandangkan aku 'create' blog ni sbb aku nak jadikan blog ini 'kertas contengan' aku.

Nak menulis tentang anak aku lagi la hahahaaa

Rasa macam sedih plak...Gembira dalam sedih...Gembira sebab anak aku dah pandai..sedih sebab aku tak boleh nak saksikan detik-detik bersejarah dia.

Dilaporkan anak kami sudah pandai macam-macam. Antaranya,
  • Pandai build box dari puzzle...
  • Pandai bermain dengan kawan-kawan
  • Boleh tidur sendiri..kat Taska kalau time tidur suruh dia tidur dia akan tidur dengan sendirinya.Kalau kat rumah kena berulit bersusu bermacam-macam.Adakah dia pernah tertidur dalam kelaparan?
  • Pandai makan sendiri.Kalau kat rumah semua nak disuap.Manjanyaaaa...
Kalaulah aku boleh melihat setiap step perjalanan dia dari hari ke hari...Bestnya
Alhmdulillah....

Update si Gedebi

Dia dah faham semua percakapan kami. Macam remote control, sebut aje apa kami nak dia lakukan, kalau mood dia tengah OK dia akan ikut semua 'arahan' kita. Kalau mood dia tengah tak OK, dia buat tak tahu sahaja.
Dia suka:
  • Tolong mummy sapu laman rumah
  • Tolong daddy cuci kereta
  • Tolong daddy susun kasut dalam rak kasut
  • Tolong mummy 'kemas' dapur
  • Mandi kat laman rumah
  • Sorok barang-barang di tempat rahsia; hujung ceruk katil...
  • Baca buku sampai satu rumah buku bertabur
  • Dan banyak lagi
Dia dah pandai:
  • Berebut nak tonton rancangan TV kegemaran dia. Dia suka CH63. Kalau kita tengok channel kita dia akan buat-buat lemah, tak bermaya tetapi kalau kita tukar je ke CH63 dan dan dia jadi 'kuat' dan ceria.
  • Minta air atau makanan
  • Minta nak mandi
  • Dan banyak lagi 'akal'nya
Dia tak suka:
  • Orang paksa-paksa dia
  • Orang larang dia
  • Orang tayangkan video dia menangis
  • Orang ambil gambar dia-makanya fotopages jarang nak update gambar tak de!
  • Tidur sorang-sorang-Jemaah lebih afdal!Hahahahaaa
Sekarang, dia alahai dah pandai sepak/tendang...adushhhhhhh

Bagi dia,
  • kalau salam kena lambai say bye bye
  • kalau tukar diapers kena cepat-cepat gi buang kat tong sampah
  • kalau masuk rumah kena bagi salam
  • kalau menyusu kena baring! adushhhh
  • kalau rasa nak gigit, cepat-cepat gigit mummy, lepas sebelum mummy 'cepuk'...
sekian update...Hehehheee

Monday, April 9, 2007

Forward Email

Aku memang tak suka forward emails yang aku terima. Aku juga tak suka terima forwarded Email yang entah apa-apa dari orang yang sama berturut (ni dikecualikan kalau kawan2 yg forward tu under fab5 grp..hahahahhaa...)

Jenis-jenis forwarded email yang aku tak suka:
1. Cerita gossip artis
2. Email tajuk lain isi kandungannya pula lain
3. Si tukang forward main forward sesuka hati. Ntah dia baca ke idak aku pun tak tahu.Terutama kalau isu-isu sensitive ataupun informasi yang mungkin mengganggu kehidupan aku. Kalau nak forward buat kaji selidik dulu baru forward...
4. Emails yang ada ayat=ayat suci Al-quran ataupun hadis-hadis yang mana kat ayat terakhir ada peringatan kalau tak forward akan jadi bla bla bla....
Ni mazhab mana? Jangan dok pulun sangat kang syirik!
5. Email diforward tanpa sebarang keterangan...
6. Email di forward tanpa delete pengirim-pengirim terdahulu..Nak baca content kena tengok dulu nama-nama ataupun alamat-alamat email ntah siapa aku pun tak tahu.Berkajang-kajang.
Dah tu SPAM berpusu-pusu...
DAIKIRAI!!!

Saturday, April 7, 2007

links for me to read-note utk aku

microwave by wikipedia
killing u-microwave
micro-ha

Kalau free aku kena cari balik buku2 aku yang related dgn topik di atas...

yare yare

nan cyatte....
mata mata kakouka
watashi ga ne.... hitori no ningen ga daikirai dayo...dare?naisyou...
sono bakana ningen ga jibun ga iciban ii..iciban yoku iroirona koto ga shiteitte...nandemo wakarutte...
jitsuha aitsu ga iciban baka daze....huh....iya da...

Friday, April 6, 2007

solid food for baby

Solid food for baby
heheheh..Normally aku tak tulis bab mcm ni kat sini tapi memandangkan apa yang bakal aku tulis ni akan menyimpang dari memberi informasi kepada meluahkan rasa hati....

Aku kurang bersetuju dengan ibu-ibu yang beria-ia nak bagi babay mereka yang baru cecah 6 bulan makan. Ini kes yang anak 6 bulan ada juga yang anak baru 4 bula dah beria- ia nak suapkan solid food.
Baiklah mari kita cari alasan sikit kenapa kita nak kenalkan solid food kepada anak kita yang masih bayi itu...
Ini aku copy paste ya..
The purpose of introducing solids such as cereal is to introduce spoon feeding. Sooner or later all humans eat food. We donft live on milk for our whole lives, so we have to introduce food. But when we first introduce food, there isnft any food or amount of food that the baby must get to be nourished. Remember, all the nutrients in his milk are still sufficient for his growth

Sebelum tu ada juga yang bagi anak makan cereal menggunakan botol...

copy and paste lagi
Why shouldn't cereal be put in your babyfs bottle?

* It is an old wivesf tale that putting cereal in the bottle will help your baby sleep better at night. Babies should not go more than 4-6 hours without being fed because their stomachs are so small.

* Around 4-6 months, your baby will be ready to eat cereal from a spoon. This is a very important learning step for your baby. Putting cereal in a bottle may prevent your baby from learning this new skill.

* Cereal in the bottle can increase the risk of choking because you have to increase the size of the hole in the nipple to allow the cereal through. If too much comes through the nipple, your baby could choke.

* Putting cereal in the bottle may cause you to overfeed your baby.

Boleh juga rujuk sini

Tujuan utama kita kenalkan bayi kita solid food adalah untuk memberitahu dia yang kita manusia hidup bukannya akan terus menerus haya tahu menghisap dan menelan susu sahaja. Kita suatu hari nanti perlu makan dengan cara mengangakan mulut, mengunyah, dan menelan.
Bayi bawah 2 tahun sebenarnya mendapat khasiat secukupnya dari susu ibu bagi bayi yang disusukan oleh ibunya dan dari susu formula bagi bayi yang minum susu formula.
Maka ibu-ibu tidaklah perlu tergesa-gesa memaksa anak kecik anda makan selagi mereka tidak menunjukkan 'minat' untuk makan.
Lagi pun bayi masih kecil, perut dan ususnya mungkin belum 'ready' untuk 'kerja-kerja berat'; mencerna makanan....

Aku rasa sedih sangat apabila ada ibu yang bersungguh-sungguh memaksa anak yang baru 6 bulan agar makan solid food. Kesian tau...
Kalau dia tak nak janganlah paksa lagi, sampai masanya dia akan makan juga..Lagi satu jangan sekali-kali ajar naka makan makanan ringan such as asam ka..keropok cap ayam ka...

Makanan bayi tidak perlu ditambahkan garam atau gula.Biar tawar. Ada pula yang bagi anak makan letak garam 'sebakul'. Garam amat tak sesuai untuk bayi.

baca artikel ini...
Can I put salt in my baby's food?

You should not add salt to your baby's food in the first year as this may damage her kidneys. In the first six months of life your baby needs less than 1g of salt per day, which she will usually obtain from breastmilk or formula milk. Between seven and 12 months this increases slightly to around 1g. Toddlers aged one to three years need less than 2g (this is the equivalent of 0.8g sodium per day).

To stay within these recommendations you should aim to:

. limit salty foods in your baby's diet

. don't add salt during cooking

. Limit processed foods, such as ready meals, pies, biscuits, crackers, soups, gravies, sauces, pizza, tinned vegetables, cheese, bacon and crisps, which are all very high in salt, and offer low-salt alternatives.

Foods made specifically for babies, such as jar foods and infant cereals, have a low salt content, as salt is not added during processing. These should not be confused with foods aimed at older children. These can be highly processed and have a high salt content and are therefore not suitable for your baby.

If you do choose to offer your baby or toddler high-salt foods, it is recommended that you only offer small amounts occasionally.

Salt is usually labelled as sodium on food labels: 1g of sodium is equivalent to 2.55g of salt. Read food labels carefully and aim to choose those foods with a sodium content of no more than 0.1g of sodium per 100g.

Suitable low-salt foods for your baby include fruit, vegetables and salad, plain meat, poultry and fish, eggs, pulses and milk. Whether they are fresh, tinned or frozen shouldn't make a difference as long as they have no added salt (tinned vegetables often have salt added so be especially careful to check these). Rice and dried pastas are also low in salt provided they have had no salt added during cooking. Make a habit of reading food labels, and you will soon get to know which are the most suitable foods to buy.

dan ini


Babies and children under 11 years old should have less salt than adults, because they are smaller.

How much salt should babies have?
Babies need only a very small amount of salt - less than 1g a day up to 12 months. Their kidneys can't cope with larger amounts of salt.

Babies who are breastfed will get the right amount of salt through breast milk. Infant formula contains a similar amount.

Remember not to add salt to food you give to your baby. And be careful not to give him/her processed foods that aren't made specifically for babies, such as breakfast cereals and pasta sauces, because these can be high in salt.

How much salt should children have?
The daily recommended maximum for children depends on their age:

* 1 to 3 years - 2 g salt a day (0.8g sodium)
* 4 to 6 years - 3g salt a day (1.2g sodium)
* 7 to 10 years - 5g salt a day (2g sodium)
* 11 and over - 6g salt a day (2.5g sodium)

These are the recommended maximums for children. It is better for them to have less.

If you're buying processed foods, even those aimed at children, remember to check the information given on the labels so you can choose those with less salt.

Remember there is no need to add salt to your childfs food.

If children have too much salt, this could affect their health in the future. And it could also give them a taste for salty food, which means theyfre more likely to continue eating too much salt when they grow up.

Aku harap kita sama-sama pertimbangkan demi kebaikan anak masing-masing.

p/s:memandangkan aku just copy and paste artikel, alahai ada plak 'mojibake'...ntah apa html code yg tak kena...malas aku nak betulkan...




Thursday, April 5, 2007

Dah lama tak update

Dah lama aku tak update blog merapu kepundeng nih. Sibuk sikit dengan kerja. Aku sedaya upaya nak siapkan kerja 'on time' so that aku boleh balik seperti biasa heheheehe...

Sejak akhir-akhir ini juga Shah Alam ni hujan petang. Awal2 cerah benderang...Memang kusangkakan panas hingga ke petang, tapi hari-hari hujan lepas tengah hari.

Mungkin disebabkan kat office ni aku taksub sangat nak buat kerja which is aku target aku nak siapkan tanpa isu berbangkit. Aku nak buktikan kat pihak berkenaan aku BOLEH handle tugasan ini tanpa isu-isu seperti previos year..Insya Allah.
Dan satu lagi aku nak buktikan, walaupun aku balik 'on time' aku boleh siapkan kerja 'on time' tanpa kena buat overtime!Doakan aku ya....Opsss..aku semalam lupa tarikh....aku hantar document ke HQ tulis salah date..satu hari advance hahaahaaa...Lepas aku tekan 'send' baru aku tengok calendar. Aku memang yakin semalam tu 5 april rupanya aku salah!

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search