>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, April 26, 2007

Nak tergelak

Aku nak tergelak.
Punca: (panjang nak cerita)
Aku tak faham sifat segelintir manusia ni....
Al kisah anak sakit. Dicadangkan bawa jumpa doktor, dijawapnya duit tak ada!
Aku bukan nak gelak sebab diaorang tak ada duit.. Aku pun selalu tak cukup duit.
Yang aku nak gelak diaorang akan cakap tak ada duit kalau bab nak ambik ubat anak, bab nak bersalin...Yang mana diaorang pandai buat tapi nak orang lain tanggung...Yup memang company aku cover rm2k outpatient untuk anak aku.(Dah nak abih guna punnnn)
Diaorang kata kat aku.."ko tak pe la company cover"...Alhamdulillah....Aku amat-amat bersyukur...
Berbalik ke cerita tak ada duit nak gi klinik anak ni....
Yang aku pelik kalau S*g* sale ada plak duitnya. Kalau cakap bab barang-barang mahal pandai plak cakap..Siap memiliki lagi...Kalau bab kereta, handphone boleh plak pakai yang mahal-mahal....Bab anak sakit, diri sakit semedang alasan tak ada duit!

Itu je alasan aku nak tergelak.

Moral:
Berbelanjalah mengikut kemampuan...Kenalpasti yang mana lebih utama, sale di S*g* ke ubat anak.....
Jangan terlalu pentingkanmaterial hingga mengabaikan tanggungjawap lain.

4 comments:

rizza said...

fid...ya betul
ade org sanggup berhabis duit ber"shopping"..tapi kalau anak sakit sangggup kata tak de duit..nanti betuk2 tak de duit baru tau kan..

erna said...

Aku setuju! Tak paham kalau alasan takde duit untuk perubatan/pendidikan anak2 tapi keta/handphone/etc up to date!

anamiraa said...

ye aku pun dah banyak classic example orang2 camni..hias rumah sanggup berhabis beriban-riban. tukar sana tukar sini tapi tang anak2, nak beli buku sebijik rm6 pun rasa nak pitam..haru!

wanie said...

betul..betul..kenapa yek org sanggup berhabis nak h/s mahal, brg2 branded tapi tang anak2 kata tak cukup duit..tak paham betul org cam gini..sanggup la tgk anak tu sakit..ade lak tu cakap "alaa, batuk sikit je, membazir je bawak jumpa dr"..ish...kalau shopping sakan, tukar2 h/s tu tak rasa membazir lak..tak paham..tak paham..

-one_e SI-