Wednesday, April 25, 2007

kaze gimi

Arrghhhhhh... Rasa macam nak kena demam,batuk etc la plak....
Sejuk semacam je nih.
Aku cuti 2 hari...Isnin dan selasa..Akif tak sihat. Kasihan anak teruna kami. Alhamdulillah dah beransur sihat.
Ada orang kata, kalau hantar anak ke Taska senang dapat penyakit..Aku tak setuju!
Demam, batuk etc ni dah perkara biasa kalau budak-budak nih. Bukan salah Taska 100%. Habis tu macam mana?Takkan nak jaga sendiri..Tak yah kerja..Confirm ke kalau jaga sendiri anak dijamin tak akan sakit, demam etc?
Babysitter? Tak semua babysiter bagus...
Aku ni pula jenis 'taska-ha'..jadinya aku tak sukalah babysitter...
Alasan yang aku tak suka hantar anak ke babysitter paling utama adalah, 'babysitter ambik cuti mengejut..Kalau dia cuti mengejut aku pun kena cuti'
Haaha..sungguh rapuh alasan aku, tapi itulah alasan utama aku tak nak hantar anak ke babysitter...
Alasan berikutnya....
'Aku nak besarkan anak aku cara aku. So far aku boleh minta pihak taska bagi anak aku makan apa yang aku rasa aku nak bagi makan, banyak kes mereka yang hantar anak ke babysitter, babysitter pandai-pandai bagi anak makan benda-benda lain...Kalau ditegur babysitter bagi alasan dia dah bela anak dia 4-5 orang OK aja...Adeiii'
Yang jadi babysitter ni pun satu hal, anak ko cara ko la, anak orang ikutlah cara orang. Orang dah bayar, bukan ko jaga free.
yang di'italic'kan dan dibirukan itu adalah 2 alasan utama aku tak nak hantar anak aku ke babysitter.
Sure yang 'babysitter-ha' tak setuju..but tak kisah..itu diaorang punya pandangan....

Taska...Apa yang aku suka bab taska ni?
1. Ada jadual
2. Ada guideline
3. Ramai pengasuh
4. Taska cuti ikut cuti rakyat Malaysia..Arigatai naaa...
5. Anak aku ada ramai kawan.
Setakat ini itu aja terlintas difikiran aku.

Ada orang kata, aku jadi taska-ha sebab taska anak aku tak de buat kes..may be YES may be NO.
Aku doakan diaorang jaga anak-anak kami yang hantar kepada taska mereka sebaik mungkin.
Tolong doakan Taska anak aku sentiasa mengambil berat tentang kanak-kanak yang dihantar ke sana.

Alhamdulillah....So far taska anak aku bersih, anak aku pun tak meragam kalau dihantar ke sana.

Aku tak nafikan, aku memang takut dan risau tentang anak aku sepanjang waktu.

Moral:
Kalau nak pilih Taska pilihlah taska yang sesuai dengan jiwa dan poket masing-masing....
Kalau nak pilih babysitter pula pilihlah yang sesuai dengan kita juga. Hehehehehee.
Apa-apa pun...Kita boleh memilih....


btw...taska-ha=pro-taska, babysitter-ha=pro-babysitter.

No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search