>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Saturday, April 21, 2007

Kenapa anda menyusukan anak anda dengan susu anda?

Ada insan bertanyakan aku soalan di atas...
Bukan seorang malahan ramai...Mungkin beratus....Mak aku pun tanya juga soalan ni...padahal dia dulu pun susukan keempat-empat anaknya sepenuhnya.....
Mak aku kata dia susukan anak-anaknya dulu sebab tak de duit nak beli susu formula..memang logik alasan dia..sebab kami orang susah....

Selalu aku jawap apa yang terlintas difikiran aja..
Aku dah lama dok fikir sebenarnya apa 'kikkake' yang membuatkan aku boleh mengambil keputusan menyusukan anak aku dengan susu aku (yessss susu aku!dari badan aku)

"Abang, pada pendapat abang apa agak yang membuatkan saya mengambil keputusan breastfeed anak kita ni ya?"
Tercengang member..Hahahaaa

Seingat aku, semasa mengandungkan Akif, aku langsung tak ada pengetahuan tentang breastfeeding. Yang aku tau...sesiapa yang melahirkan anak akan ada susu maka bolehlah susukan anak..itu aja yang aku tau.
Jahil sungguh

Bila anak aku lahir, nurse bawa baby yg bulat itu bagi kat aku suruh susukan.."Argghhh..Nak buat macam mana ni nurse?"
Nurse sengeh aja.....
Dia ajar aku dari A sampai Z..Then staff nurse datang bagi taklimat ..Aku dengar ajalaaa...
4 hari lepas tu aku dibenarkan pulang, aku tinggalkan aja risalah penyusuan susu ibu kat ward...Aku tak tahu pula risalah tu pada suatu hari akan jadi berguna kepada aku.
2 bulan maternity leave....3 hari sebelum start kerja balik, aku perah susu untuk simpan sebab aku takut anak aku tak nak minum formula..Formula pun aku beli....Tapi Akif memang sebijak-bijaknya...Dia sikit pun tak kepingin, aku bagi dia try, dia muntahkan balik, tak buka mulut.
Itu alasan pertama kenapa aku perah susu 3 hari sebelum start kerja semula.

Hari pertama masuk kerja...Aku terpaksa pam susu setiap 2 jam, kalau tak pam tak tertahan rasanya..lebih dahsyat dari tahan nak pee...serius...
Alasan kedua aku pam susu..susu aku banyak....
Hari pertama start kerja aku dapat perah keluarkan ke botol 12 botol! Macam tak percaya je....Satu botol 4oz....Aku bawa 5 botol sahaja..aku isi penuh-penuh on the way balik singgah kedai beli botol...
Bulan pertama aku start kerja semula, tiap-tiap hari aku dapat 10 botol EBM...
Memang ni alasan paling popular masa tu...yang aku guna.....Nasib baik aku rajin mengepam kan....

Bulan 12...Aku tak tahan dah..Aku tak tau nak fikir dah macam mana aku nak simpan susu aku yang banyak-banyak nih...Aku search cari info...maka aku bertemu dengan susuibu.com, ivillage.com, dan sebagainya. Aku mula membaca itu dan ini. Baru aku 'celik' tentang khasiat susu ibu ini.
Jahil sungguh laaaaaaa


Aku memang tak salahkan langsung ibu-ibu yang tak menyusukan anak kerana tiada pengetahuan..Kerana aku pernah lalui zaman jahil khasiat susu ibu ini.

Setelah aku baca macam-macam artikel di internet, baru pemikiran aku berubah dari menyusukan anak kerana kepentingan diri sendiri kepada demi kepentingan anak.Alhamdulillah Allah berikan aku hidayah....Maka sampai ke saat ini anak aku masih menikmati rezekiNYA yang tidak dapat ditukar ganti.

Bagi ibu-ibu yang mendapat/ada pengetahuan tentang breastfeeding ini sejak dari mengandungkan anak pertama..anda adalah insan yang amat bertuah...
Susukanlah anak anda seadanya

Secara jujurnya, aku pernah fanatik tentang susu ibu ini. Pantang orang kondem mula nak melenting tapi bila aku fikir balik secara rasional dan ingat balik kisah lama aku...Aku nak tergelak..Maybe mereka juga seperti aku dahulu.

Jangan tak tau...Aku dulu sikit punya berangan nak bagi anak aku minum susu formula yang bagus-bagus...biar mahal asalkan anak sihat..konon..Bila ingat rasa MALU!!!!Malu dengan kejahilan aku pada masa itu...malunyaaaaa

Aku berdoa agar aku dapat susukan anak aku selama yang mungkin....
Insya Allah..Semoga Allah berikan aku kekuatan...Amin...
Semoga Allah berikan aku susu yang banyak..Amin....

Kesimpulannya..Pada suatu masa dahulu, aku susukan anak aku kerana anak aku tak nak formula milk dan susu aku banyak.....
Tapi sekarang aku susukan dia kerana aku nak dia dapat khasiat yang tiada tolok bandingnya dari susu ibu.Insya Allah....

5 comments:

Rani said...

what a great entry. what a great effort in breastfeeding! congratulations!

rizza said...

fid...bagus2..
teruskan usaha anda..

"kenapa anda menyusukan anak anda dengan susu anda?"
- kerana anak anda adalah anak manusia..dan sebab tu la patut di beri susu manusia...(kecuali atas sebab2 tertentu...)

ok.....hehhe saje je kacau ko..

Fid said...

rani
thanks

rizza
aku dah tak guna jawapan
"kerana anak aku adalah anak manusia..dan sebab tu la patut di beri susu manusia..." sebab
memang tau diaorang tau aku manusia....hahahahahaaa

^||yasmine akbari||^ said...

lovebaby,
kisah kita serupala..i pun mcm tu
-ma_danish from susuibu.com-

Anonymous said...

Ya Allah murah nyer rezeki anak awak ... Banyak nyer susu ...

honeycomel from susuibu.com