>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, December 30, 2008

tag-ada 2

Dari Zety:

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. 
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Sungguh kutak tahu bagaimanakah harusku mulakan..sungguh...

1. Saya memang garang, memang cepat sangat 'berangin'

2. Tapi saya baik hati

3. saya baru tau saya buta IT

4. saya tak pandai menyanyi

5. saya boleh berlakon-tere ni!

6. Saya amat jujur dan setia kepada suami saya

7. saya sayang sangat anak saya yang montel itu-pagi tadi dia nangis waa waaa.... tak nak pergi school

8. Saya sangat peramah tapi tengok aura..kalau awal2 aura baik memang baik laaaa

9. saya tak suka orang menunjuk-nunjuk tapi tak de apa pun sebenarnyaaa

10. saya agak malu nak ngaku saya pernah belajar kat luar negara

11. saya suka melawan cakap orang yang saya rasa salah..tak da simpan-simpan punya...

12. saya ni banyak juga idea tapi memang kedekut nak bagi melainkan orang serius nak idea saya- annoying?

13. saya tak suka kalau orang tanya saya 'apakah pekerjaan saya/pekerjaan kawan saya etc' terutama kawan lama yang tetiba call dan tanya "eh hang tau dak si polan si polan tu pangkat apa erk"
Adakah harus kuambik tahu???

14. saya cintakan aktiviti lasak

15 sayakan kalau diberi peluang main hoki saya nak main lagi..any offer???

16.saya ni suka tonton drama..tak kisah la drama apa pun asalkan drama berkisarkan family dan ada iktibar.

Cukup ka cik Zety??

Maka dengan ini
Korang sila buat yaaaa

1. sitilina manja
2. anamiraa manis
3. nero yang comel
4. raihan
5. momidanial
6. farah/mama225 
7. rizza-kek tu makan ingat aku sama ya
8. marisa sakura
9.Capt
10.My Internal outlet
11. Erna

5 orang lagi......yang volunteer
kok semua cik zety dah ambik..mana larat den memikiornya....


Hutang tag cik mimielola

1. Do u think u are HOT?
YES. Call me perasan; I don't care.

2. Upload a fav pic of you
Tunggu yaaaa..nanti-nanti

3. Why do u like this picture?
-sabaq naaaa

4. When was the last time u ate pizza?
selepas puasa kot?ke sebelum puasa??homemade tuh

5. The last song u listen too?
Errrr...kalau 'twinkle2 little star by akif aci ka?

6. What are u doing right now besides this
Ohhh documentation for new project safety application..penat weh naik rabun ayam aku.

7. What name u prefer besides yours?
hah????tak faham soalan

8. people to tag

9. Who is no.1

10. No.3 is having relationship with?

11. Say something about no.5

12. How about no.4?

13. Who is no.2

saya mengambil keputusan tak mau tag orang aci tak??bleh la bleh laaaaa


Siapa lagi ada tag saya yang saya sudah lupa(atau buat-buat lupa) sila nyatakan...

Monday, December 29, 2008

bukit cahaya


Tadi siang kami pergi taman pertanian Malaysia
Akif bukan main lagi suka!
Kami pergi naik bus dalam taman tu dan hanya singgah ke 4 seasons house.
sekarang winter
Tapi kadar kesejukkannya adalah amat biasa...tak sesejuk winter
Akif rilex je berseluar pendek dan t-shirt........

Malam tadi aku tidur pukul 5am sebab menjahit hahahahaaa....
tapi tudung kureng jadi la sooo kena re-do...hakhakhak..yg siap hanya lah 4 helai sarung kusyen .....huhuhu

Saturday, December 27, 2008

Day 1 without PETI

Hari ini saya kerja
saya berada di pejabat sekarang ini
Anak dan suami saya ada di rumah.mungkin sedang bergembira di taman mainan(agaknya laaa)

Day 1 without PETI
Kami execute PETI-less lifesytle.
Malam tadi dia merengek-rengek nakkan ben-10, tidak dilayan
nakkan mickey juga tiada respon..
Dia on PETI tiada power...dia kaget
dia buntu...rosakkah?
dia on/off/on suis juga tiada power...Mmm..dia diam...Akukah yang rosakkannya?
dia termenung...
Ahhhh..abaikan peti ini biar aku teruskan dengan perkara lain....

Dia menarik kerusi meja studynya
dia heret ke bahagian rak buku
dia keluarkan buku-buku yang ada....
Dia bawa ke atas sofa..Dia selak satu-satu....ada macam-macam yang menarik....
Dia minta daddynya bacakan..dia ketawa terbahak-bahak...
Ahhhh bosan pula buku ini..dia ambil yang lain....

Ahhhhh....Dia mula gundah gulana....
Ohh baik kuguna buku-buku ini untuk kubina rumah....
dia susun buku-bukunya membentuk sebuah segiempat lantas dilengkapi bahagian atas..
"mommy tengok....ini rumah.."
Mommynya senyum 
"clever boy"
dia bangga...kembang kempis hidungnya menahan malu dipuji

"dadday buat apa tuuu?"
dia nampak daddynya sedang melakukan sesuatu di komputer
Ohhh upload gambar rupanya..
Ada gambar aku ...Aku perlu segera....
Daddynya bukakan slide show semua gambarnya
dia ketawa terbahak-bahak melihat telatahnya dalam gambar!
Kagum dengan dirinya yang montel itu....

Ohh dahaga pula..
Dia mula menjenguk-jenguk mencari mommynya
mommynya sedang tekun membaca buku yang baru dibelinya....
Dia hampiri mommynya...
"mommy..nak hanen..."
"ok....gi kencing dulu nanti kita hanen then tidor.."

dia akur.....

"mommy dahh.."
selepas mommynya menyiapkan tempat peraduannya..mommynya mengangkatnya ke atas katil dan memberikan dia upah susu ibu!
Dia minum sambil menggoyang-goyangkan kakinya.....
Dia tertidur.....

Friday, December 26, 2008

kerja sabtu itu berhantu

Esok sabtu
tapi saya kena kerja
maka saya datang separuh hari sahaja
hakikat sebenar..saya tak de hati langsung nak mai kerja esok..adakah saya ini pemalas?
tidak berwawasan?

pada pandangan saya bekerja pada hari sabtu adalah tidak patut.
(orang motong getah wat bendang kerja hari2 tau!adakah mereka mengeluh?fikir2kanlah)-INSAF sekejap

hujan batu tetap laku...

Tahukan anda
bahawasanya saya masih menyimpan impian ingin pergi bermastautin di negara asing.
Negara yang maju.saya tak mahu negara mundur...

Adakah saya lupa daratan?Tidak....
Saya suka tinggal di negara luar kerana jika saya di luar saya akan lebih menghargai negara saya ini.

Jika ada antara kita yang tidak percaya akan kebenaran ayat saya ini, silalah pergi tinggal di luar negara 3-4 tahun pun cukuplah sudah memadai untuk menjadikan anda rakyat Malaysia yang sebenar(walaubagaimana pun semua ini applied to those yang waras..yang kurang waras tetap tak ada apa-apa kesan..)

Itu sahaja yang nak kutulis..

p/s: 2 hari lepas kawan aku called bagi tau ropanya yang design2 hiasan-hiasan masa yang kuda kat t'ganu tu kan..kawan kelas aku masa matrik jpns yang design....
Ishh power sungguh!!!!

p/s 2:
Agak2nyakan saya ni layakkah kalau nak jadi sensei/guru??
saya discovered saya le ni minat sungguh nak mengajar orang..kahkahkahkah..ke harus jadi penceramah bebas?
kahkahkah

salam maal hijrah

satu Muharram detik permulaan
Perpindahan Nabi dan umat Islam 
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh 
Kaum Muhajirrin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa 
demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua kita sambul hijrah
tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam 
untuk sepanjang zaman

Kalau tak salah ni lagu yang akan berkumandang kat serata sekolah aku alau hampir tahun baru hijrah.

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA

p/s: Al-Fatihah buat Tok Ayah (datuk tiri aku) atas kembalinya beliau ke rahmatullah hari ini.

revolusi???

Hehehehe..

yang bahasa jepun tu harap dimaafkan ya
Saya memang kalau bercakap ngan diri sendiri saya mmg suka cakap jepun sebab saya suka dia punya bahasa penuh emosi hahahaaaaaaa
jadi, kalau saya tulis jepun tu maknanya itu saya tgh dilema gegila hahahaaaaa

Pukul 306am tadi saya dah dapat ilham bagaimana nak menangani 'permasalah' anak saya yang kuat menonton TV..
Ya betul
Mengalihkan perhatian dia kepada perkara-perkara lain yang lebih baik.

1. educate my hubby - ini pak cik la yang tukang 'memesongkan' anak saya.
(dear hubby..please read all the 'links' that I provided in this blog...Sambil-sambil buat kerja tu take 5 la baca sikit info2 parenting naa...tak larat dah saya nak ceramah selalu..kang ada yang stress hisap heroin plak kot!)

Tapi nak educate orang-orang bijak ni memangggggggggggggggg susah!

2. Control myself
Aku sering juga mengamuk....
Ia la...penat oooo....
Hahhaaaaaa

Dan sesungguhnya aku lagi sanggup tengok anak aku sepah rumah..tongkang pecahkan rumah...kucar kacirkan almari dan sebagainya dari dia ngadap TV...

Dan Insya Allah, aku pun dah tak minat sangat dah TV hahaha
sebab aku ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk new interest la ni....sewing..cooking..baking..blogging..gardening.....memang tak da 'nafsu' nak tengok TV....

Anak aku pun ya ampun amat berminat dengan barangan-barangan sewing...baking...cooking..
aku masak dia main senduk...aku baking dia mainmende alah pengakat tray tu....aku menjahit dia akan pinjam aku punya pita pengukur la..penanda la...
dan soalan...

"buat apa tuuu..."

"tudung apa tuuu"

Mmm..
maybe perlukan reformasi or revolusi???
kahkahahkahakah

Wednesday, December 24, 2008

mommy tte-



saikin Akif-cyan no mommy ha jirema darake desu
hahahaaaa
sungguh dilema aku ini dengan anak aku yg handsome lagi perkasa itu.
Bukan apa, aku dah mula jadi mak pak lain yang gila nak suruh anak belajq!
%^&^*&**&&^^%$$$%
Padahal masa aku umoq 3 tahun mak aku tak pernah suruh aku belajaq pun!!!
iyaaaaaaaaaaaaa...moooo tamaranai ze...konno kimochi nante...ikeee ikeeeeeeeee

mommy's aim

aim ke apa aku tak tau la
tapi apa yg aku plan la ni..aku kena makesure
the astro program won't kill my son's neurons...ka..brain ka what eva....

ke unsubscribe ja astro tu...

malam tadi anak dan daddy bergaduh rebut nak tengok TV
anak nak tengok citer dia daddy nak tengok berita..
ikutkan amarah aku mau ja aku pi beli TV sebiji lagik..
ya anak wa wa waaaaa...yang daddy pot pet pot pet.....

aku offer anak aku lappy dia kata....tak nak!
cehhhhhh

TV oh TV
anak aku ni jadi 'gila' TV sejak dia umor 2 tahun sebab kat taska ada TV ohhh ohh..
dah tu bdak2 taska mmg hantu TV uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s:aku dah jumpa satu taska yg tak de TV...mmm...should I????

perihal mendidik anak
adakala apa kita plan tak jadi so la ni..aku kena execute my CDEFGH....plans.....
Nak kena manipulate mana patut...think think think....penat juga...pikir penat nak execute lagii penat..maka itu aku mulakan ngan Kumon.....then aku akan makin membuatkan dia busy...

malam tadi dia tak tengok TV sangat sebab kami main masak-masak
dia tukang masak..kami berdua tukang makan..
kira ok jugalah presentation anak aku kahkahkahkah....


Tuesday, December 23, 2008

membina keyakinan diri

Anak kecilku

Bagaimanakah harus mommymu lakukan agar kaudapat bina keyakinan dirimu.

Mommy tahu kamu amat bijak.

Kamu amat cerdik tetapi mommy dapati tahap keyakinan diri kamu amat minima.

Kenapa kamu harus malu untuk menonjolkan dirimu.

Kamu seakan-akan mahu sembunyikan kebolehan kamu.

Kenapa?

Kamu risau mommy akan riak?

Tidak anakku..mommymu tidak akan berbuat demikian.

Kenapakau harus sembunyikan aduhai anakku.

 

Tahukah kamu mommy amat tertekan apabila kamu bersikap begini

Tunjukkan dirimu yang sebenar

Nyatakan isi hatimu.

Luahkan apa yang kauingin sampaikan.

 Mommy ingat lagi

Kaupernah bertagak-taagak ketika kaumula belajar berjalan.

Nampak sangat kau tidak yakin..sehingga dikau terperanjat apabila kauberjalan tanpa sedar…

Kenapa sayang??

Anakku

Adakah kautahu yang mommymu amat perihatin terhadapmu.

Mommy tahu kamu boleh mengira 1 hingga 20…(satu hingga dua puluh…one hingga twenty)

Tetapi kenapa kamu selalu buat-buat tak tahu??

Kamu tahu alif bat ta hingga ya..kenapa kamu malu-malu????

Kamu tahukan ABC hingga Z..kenapa kamu membisu?

Kamu tahukan D.I.A B.E.R.A.K kat T.O.I.L.E.T…kamu tahukan????

Kamu fahamkan jika mommy dan daddymu berbicara menggunakan ejaan..kamu boleh bentukkan ejaan itu jadi perkataan kan??

Kamu boleh kan??

Tetapi kenapa kamu berlakon seolah-olah tidak tahu????

KENAPA anakku???

 

Tahukah kau wahai anakku..

Mommy menerima laporan yang kau selalu menyembunyikan diri setiap kali di dalam ‘kelas’…sembunyi ketika soalan ditanya…Kau menjawapnya dari bawah meja…dari sudut dinding..kenapa???

Jawapanmu betul anakku…Hatta salah sekali pun apakah silapnya kau jawap dengan memandang ke mata pendidikmu????

Anakku……

Selamat membina keyakinan diri

Mommy akan terus belajar dan belajar membantumu mencapai kejayaan…

Insya Allah


Link berguna untuk mommy!

BBC parenting

how to teach



forum itu

sokongan aku

apa yang jadi kat forum susuibu.com
aku dengan tegas menyatakan pendirian aku
AKU SOKONG MAMA MODERATOR
hatta kalau dia nak lucut keahlian aku pun aku ikut juga

bagi aku
mama moderator dah cukup bertolak ansur dengan semua

ya aku tahu kalau tak ramai member susuibu.com pun tak maju tau tau tauuuuu

tapi...

kot masuk rumah org tu hormatttt la tuan rumah....

aku rasa mama moderator berhak nak delete ka nak lok ka nak buat apa2 pun dgn any thread/topic yang wujud...tak perlu nak notis2 warning2...dah perabot rumah dia..dia rasa tak nak dia buang ka dia jual ka suka hati dia la ..

macam message yang mama moderator letak sah2 jelas....
"SusuIbu.com ingin mengucapkan selamat datang ke laman web kami. Laman web ini adalah sebuah portal didedikasi khas untuk memberi panduan dan bimbingan serta perkongsian pengalaman mengenai Penyusuan Susu Ibu. "

Jelas??
Faham bahasa Melayu??
Kalau tak faham pi baca yang bahasa Inggeris ya...web lain laaaa

kasarkan bahasa aku???

biar le kat blog aku....suka ati aku la

tambahan
aku agak nak gelak bila ada yg cuba mendamaikan kahkahkah
ampun ya sapa terasa

bagi akukan

benda yang keruh takleh nak buang kalau tak tau cara...biar keruh biar berkelodak.....
biar ada yang dapat panduan dan teladan.....
kekadang benda2 gini kena didebatkan..sebab memang ramai yang berapa faham bahasa!

Monday, December 22, 2008

hey kawan!

Ni entry ke berapa buat hari ini aku pun tak tau

 

Terlajak published malas nak unpublish…

 

Aku meminta maaf jika entry aku yang bertajuk ‘nak menunjuk’ itu benar2 menonjolkan keriakkan.

Aku bukan nak riak..

Kok ..riak apanya beli sokmo idup sekali….

Kahkahkah

Kesian aku!

Aku sengaja meletakkan tajuk ‘menunjuk’ itu demi nak bagi tau yang aku bukan nak menunjuk tapi nak habaq ja kat kawan-kawan aku..yang kenai dan suka mengenali aku…(perasannya..)

 

Akhir-akhir ini(ke dari dulu lagi?)

 

Blog aku ini amat berjasa mengenalkan aku ngan kawan2 semua.

Walaupun ada yang masih belom pernah bersua muka..mendengar suaraku yang lunak merdu ini…..kita bagaikan pernah bertemu walaupun sekadar maya…ohhh dunia maya….

 

Sebenarnya apa yang hendak aku bebelkan….

 

Ingin berkongsi sedikit satu kisah teladan(gamaknya laaa)

 

Kes 1

Kami ke Giant seksyen 13 Shah Alam(berhampiran Stadium Shah Alam) untuk men’survey’(survey dalam BM apa?) harga barangan.

Di depan pintu utama nak masuk ke hypermarket Giant tu, tiba-tiba kami terdengar bunyi tangisan 2 orang kanak-kanak…

“makkk..makkk…MAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK”

 

Aku ngan mulut tak de insuran terus cakap “Sapa plak boduss…tinggai anak merata-rata ni??”

 

Pusing belakang tengok ada 2 kanak-kanak lelaki berusia maybe 5 dan 4 tahun kot……

Dan ada 2 women sedang tenteramkan.

Kanak-kanak berdua tu selipar pun tak pakai.

Mereka sedang bermain di playground sedar-sedar ibubapa mereka hilang…..

Maka seruan aku…..

Andai kata kita ni nak bagi anak kita main playground kita tunggulah anak kita…

Malang tidak berbau…..

Kalau anak hilang?satu Malaya kena carikan…

Kalau anak kena bunuh..satu Malaya juga kecoh

Kalau anak kena culik..ya satu Malaya juga susah….

Jagalkah anak kita, jangan biar mereka merata-rata…

AMANAH

Kalau rasa takleh pikul amanah…janganlah buat anak!

 

Kes ke-2

Macam biasa

Kalau bawa anak pergi playground sila ajar anak bermain bersama-sama orang lain

Terutamanya playground yang berbayar.

Hatta yang free pun mainlah bersama..else anda akan ditegur oleh seorang kanak-kanak montel..

“hai kawan…mayin la sama-sama…”

“hai kawan..bukalah selipa…kasyut..kotor la taman(mainan)”

 

Aku agak terpampan bila anak aku tiba-tiba menegur kanak-kanak lain (dan ibubapa mereka yang kurang sensitive)

Tak tahu nak bagi reaksi macam mana….

 

Pengajaran….

Sebagai ibubapa kita hendaklah lebih peka..(jangan pekak)

Dan anda tak boleh marah anak saya jika anak saya sound anda dan anak anda…bab-bab menjaga kebersihan dan ketenteraman taman permainan..

Kihkihkih

cuti-cuti malaysia

Kisah cuti

Rasanya ramai yang sedang bercuti dan ambil cuti etc…

Aku akan cuti 25 dec, tapi kerja 26 dan 27 dec(ambik cuti halfday 27 dec) then cuti 28 dan 29 dec….

Kerja 30 dan 31 dec..cuti 1 jan…kemudian kerja 2 dan 3 Jan…lantas akan bercuti dari 4 Jan-11 Jan…Masuk kerja 12 Jan iaitu ulang tahun kelahiran aku yang ke 30 tahun masihi.

Nak pos hadiah etc silalah! Kahkahkah

 

Date start

Date End

Action/Program

25 Dec

25 Dec

Holiday(Xmast)

26 Dec

27 Dec

Working

28 Dec

29 Dec

Holiday (MauliduRasul)

30 Dec

31 Dec

Working

1 Jan

1 Jan

Holiday (new year)

2 Jan

3 Jan

Working

4 Jan

11 Jan

Holiday

12 Jan

12 Jan

My 30th birthday

Summary hari kerja dan cuti dari 25 Dec-12 Jan.:P





cerpen nyata seorang aku

Gagalkah aku?

Anak kecil itu berlari-lari, melompat-lompat tanpa menghiraukan teguran aku.

 

Aku kaget. Aku buntu

 

Aduhai anak kecil, adakah kaudengar apa yang kuperkatakan?

Aduhai anak kecil, adakah kautahu apa yang kurisaukan?

 

Anak kecil itu masih dengan pendiriannya.

Apa keinginannya harus ditunaikan.

Gagalkah aku?

Gagalkah aku membentuk dia menjadi insan?

 

Hari itu aku benar-benar buntu. Jiwaku kacau.

Kenapa anak sekecil ini tidak mampu kupujuk????

 

Dilema aku seorang ibu.

 

Anak aku makin hari makin mejadi-jadi

Salah asuhankah dia?

Dia amat sopan dan tertib jika aku tiada bersamanya.

Bukan aku yang kata tapi kebanyakkan orang yang mengenalinya akan memuji akan kesopanannya…di belakang aku..ibunya.

 

Tetapi jika di hadapan aku, dia bertindak seolah-olah aku akan menjaga dan menyokong segala tindakannya.

 

Salah TV kah itu?Salah akukah itu?

Aku cuba sedaya upaya.

Aku pernah tidak izinkan dia menonton TV tapi dia makin ‘mengganas’

 

Aku sedaya upaya mengubah tanggapan keburukkan peti itu.

Sedaya upaya aku didik dia mengaplikasi peti itu dari sekadar tontonan kepada satu pembelajaran.

Di belajar tapi dia dah tak nak dengar sangat dah cakap aku?

Adakah kekerasan dapat mengubahnya

Tidak@

Aku pernah bertanya kepadanya kenapa dia sangat ‘menjadi-jadi’ jika di depanku…

Jawapannya..

“Mummy sayang acif..mummy jaga acif…mummy peluk acif…”

 

Diterjemahkan sebagai ‘u r here to protect me’

 

Ohhhhh…..

Anakku……

nak menunjuk

aku nak cerita
akukan baru dapat gaji lebih sikit dari biasa

so apa aku dah buat...
1. aku beli digital camera
2. aku bagi kat mak aku
3. aku bagi kat adik aku
4. aku buat cermin mata...aku budget rm700 ja tapi 'terjadi' rm1k!ceh!lari rm300..maka budget kat digital camera aku cut sikit...cermin mata juga aku buat untuk suami aku itu!

dan suami aku belom bonus lagi...ntah ada ke idak pun tak tau..selalu april

tapi ntah nak tutup 'bangkai' kuda tertunjuk 'bangkai' gajah...kahkahkahkah
dia tutup 'bangkai2' tu dengan membelikan...
1. mesin basuh fully otomatik
2. sewing machine singer 8280

Hari ni cermin mata suami aku siap..tapi cermin mata aku yang glamour tu ntah bila siap tak tau
sebab apa cermin mata aku lambat siap??
sebab....
cermin mata aku bukan bleh suka2 buat..special order itu lens..bagi mereka yang ada masalah macam aku...
macam orang lain selalunya power akan + and +..or - and - tapi aku + and -
axis pun pelik...so memang aku punya lens kena special order..kalau sebelah (yg paling morah) rm350 bayangkan 2 belah...tapi minta punya minta kurang dapatlah diskaun sikit...
aku ada gi kedai lain lagi mahal maka aku ke kedai biasa aku pergi ja laa..takyah aku explain panjang tokey kedai tu dah tau....

sewing machine
rm650 tunai...
aku adalah 0 knowledge dalam dunia jahitan.masa ambik KH tingkatan 1-3 ambik kemahiran manipulatif tambahan....
tak pernah aku sentuh mesin jahit....
ni kira hari ini dalam sejarah hidup aku laaa...
jahit blehh..operate mesin bleh tapi elok ngan herot ja la..maka belom ada apa2 output lagi...hanya play2 ja....
tunggguuuu

satu lagi...nak bebel...
kekadangkan sang suami terunderestimate si isteri kahkahkah...

kan kami baru beli pelbagai new gadget kahkahkahkah
(sale weeii bln 12!)

akukan kerja ala2 electronic appliance(apakah ini betoi..??)punya bidang

sang suami....
suka benar nak pepandai...aku dah berbuih mulut cakap 'sila baca Instruction book sebelum anda buat apa2'
tapi ada yang rasa depa pandai lebih dari designer....
maka depa komplen itu ini....
kisah benar...

"ayang..washing machine tu takleh power on..."
"dah cek ka semua....????dah baca buku panduan"
"Daaahhhhhhhhhhh"dengan nada tak puas hati...
"Ok..let's me see..."

takyah nak suruh aku tilik, kutenung dari 3 batu sudah kutahu....
'kan saya kata baca IB!'
aku lain la aku dah masak sgt ngan barangan2 elektrik/elektronik ni...so aku bleh jeling2 ja untuk faham semua..kahkahkah....
situ gunanya skill seorang engineer kilang!

kes 2..
"Ayang nape DVD player ni tak dak gambaq"
"connect salah port la tu.."
"betoi la nii...apa yang salahnya.."
"Salah.......cuba tengok kat TV tu output ka input???"
aku takyah tengok....aku jeling juga aku tau....
moral:jangan lawan engineer kilang yang pernah wat VCR....
VCR ngan DVD player tu lebih kurang jaaaaa...

apa yang aku belajar sejak jadi engineer kilang.
1. cara menggunakan barangan dengan betul
2. seni 'melayan' SW barangan elektronik
3. seni connection barangan elektronik
4. seni jeling menjeling....
kahkahkahkahkah






Sunday, December 21, 2008

love ur spouse tell the truth

akukan dengan confident dok kata suami aku ni tak merokok
Aku percaya dia
walaupun banyakkk kali aku dok ala2 suspect dia MEROKOK
tsuma no kang..
sungguh naluri isteri jangan kautipu.....

Allah Maha Kaya..Maha Mengetahui
Doa aku setiap detik..
Ya Allah selamatkanlah suamiku, perliharalah dia..berikan dia petunjuk jalan yang KAUredhai.
Permudahkan segala urusannya...(dan sampai ke naik pangkat etc-panjang kalau nak tulis)

Aku cari ruler...
Aku pun cari punya cari...buka beg kerja dia...aku dah gave up sebab tak jumpa ruler tapi Allah detikkan hati aku buka satu poket...
Ya Allah.... bagaikan terhenti degupan jantung aku!
(sebenarnya aku pernah jumpa suatu masa dahulu tapi dia kata 'yang lama'
tapi kali ni....Aku tengok masih baru..Dunhill(bankrupt la cepat)

Dalam terperanjat katak tu aku masih pk..to be professional ka to be idiot???
Huh....

Dari hasil confront
dia bagi alasan 'abang tension kerja tu abang smoke...'

%^&&*^%$$#....
Mai sini nak ajar cara2 nak hilangkan stress
sebagai seorang lelaki...lagi senang
tengah2 stress pi ke bilik air...cuba ambil wuduk...dah alang2 berwuduk apa kata solat sunat 2 rakaat...
cuba la...cubaa...
anda akan dapat perbezaan antara sedut perosak lung anda ngan solat mengadap dan mengadu kepada pencipta anda...
cubaa..cubaaaaaaa
kalau anda rasa anda lagi tenang sedut nakotin dari solat 2 rakaat anda bleh lempang saya!

yang aku amat tak faham
dah ko stress kerja y not ko lupakan perihal kerja

balik rumah awal...kat rumah jgn buat kerja pejabat..
ikut amarah aku nak ja aku call GM dia....tu kira tahap sabar paling jahanam la....

bagi aku...merokok sebab stress kerja dan sembunyi dari isteri yang jujur adalah satu tindakan paling bodoh dalam dunia..
see bila isteri anda yang jujur lagi baik hati ini dapat tahu..lagi stress hidup anda..satu dunia tau anda kantoi merokok macam mana anda kantoi masa zaman anda dok SBP

hiii..patutlah dia baik sgt ngan aku
beli washing machine la beli itu la beli ini...cehhh..makin nak cover salah makin jelas kelihatan hahahahahaaa

dan....dia tau aku tulis ttg ni kat blog ni....
dia dah tengok...tapi maybe bleh jadi teladan kat suami2 org lain yg ada sembunyi sesuatu yg wife tak suka...buat perkara yg wife tak suka...

sudahlah abang oiiii..
takkan nanti saya tua nak kena susah payah jaga abang yang sakit sebab memang cari penyakit...that's my concern! kahkahkah
isteri terzalim abad ni

maka dengan ini saya nekad..saya akan jadi isteri yang baik dan harapan saya suami saya juga suami terbaik buat saya

p/s:tipah tertipu tapi tak pe tipah maafkan...

Friday, December 19, 2008

alasan

Anak aku sangat sayangkan aku
hahahhaaaa
pantang aku tiada dapat dilihat dengan mata kasarnya dia akan cari aku
malahan dia juga dapat menghidu bau 'usyuk asyam' aku

anak aku sayang aku
pendek kata kalau boleh dia tak nak berpisah dengan aku

antara yang dia boleh toleransi akan perpisahan adalah
ketika aku bekerja-tu pun ada masa dia meragam juga

dan yang paling dia akan bagi kerjasama adalah time aku nak 'melepaskan hajat'
Kahkahkahkah

maka aku gunakan kesempatan itu

kalau aku nak pergi mana-mana tanpa diikuti dia aku akan cakap..
"Mommy nak u-uh jap yaaaa...."
Dia dengan muka cuak akan membantu aku mencepatkan 'perpisahan' aku dengan dia

moral dari alasan ini aku dapat kenalpasti yang anak aku:
  • tahu betapa seksanya perasaan nak 'melepaskan hajat' takleh tangguh-tangguh.hahahaaa
  • tahu yang bila u-uh tu sungguh tak best akan baunya...hahahaa
Dan aku agak zalim
kalau anak aku gigit aku..aku gigit balik..gigit balas!
kalau dia cubit aku..aku cubit balik dia...tapi kalau dia pijak aku..aku taklah pijak dia balik tapi aku cekup dia aku kiss kiss..sampai dia nangis!ambik ko!OR worst case..aku menagis laaa...kang anak aku menangis juga!