>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, December 17, 2008

buang anak-sakit-kenolehan anak-bf

1.      buang anak

Rentetan dari blog anamira(arinacasa.blogspot.com) aku ingin mengomel sedikit

Buang anak/bayi merata-rata septutnya bukan kerja manusia.

Hatta ibu kucing pun dia tak buang anak dia.

Yang pertama – Nampak amat kejam.

Yang kedua- Apakah penyebab si ibu yang mengandung 9 bulan 10 hari, sakit melahirkan itu sanggup buang anak?

Yang ketiga- ibu bunuh anak/tanam hidup-hidup anak yang dilahirkannya.

Kekejaman…Memang kejam,

Semua perbuatan itu adalah kerana syaitan dan nafsu.

Manusia sudah terpesong dari penciptanya.

 

Namun jika kita renung dari sudut yang lain.

Apakah punca ibu itu bertindak luar batasan sedemikian???

 

Aku yakin ibu-ibu itu sebenarnya meronta-ronta jiwanya..menangis-nangis hatinya malahan mungkin sudah meraung-raung.

Anak yang sebati dengannya sekian lama akan dibuangnya!Akan dibunuh!

Dan aku rasa mereka juga punyai rasa penyesalan walau sebesar hama.

Kenapa aku kata demikian…..???

 

PILIHAN.

Itu sebenarnya

Mereka buntu dalam pertimbangan membuat PILIHAN.

Selalu kes begini kes kehamilan tanpa nikah.

Dan kita sedia maklum, jika kehamilan tanpa nikah, berdosa dan terseksa dek kejian orang dan sebagainya.

 

Bayangkan ‘benda’ yang membusung di dalam perut anda tiba-tiba keluar, dengan pandangan mata yang bersinar-sinar dan kenyaringan suaranya anda berkenalan.

Sanggupkah anda mencabut nyawanya???/

TIDAK bukan???

 

Namun jika ‘mereka’ fikirkan bagaimana mereka ingin membesarkan anak itu..dengan hidup mereka yang tiada arah tuju…

Dan pasti mereka pejamkan mata butakan hati…maka berlakulah pembuangan bayi merata-rata dan pembunuhan kejam.

Tiada PILIHAN.. bagi mereka yang tiada panduan dan pedoman.

 

Siapakah yang harus dipersalahkan?

Adakah mereka dan keluarga mereka????

Kalau nak tahu siapa bersalah kita kena kaji dari A-Z baru jumpa puncanya.Kalau nak tunding sana tunding sini maka tunggulah di Padang Mahsyar kelak jawapan yang mutlak.

 

Maka apakah peranan kita

Pertama…ya jaga adik beradik kaum kerabat anak pinak kita agar tidak terpesong dari pegangan hidup kita

 

Ke-2 Jika JADI juga…..Kita elakkan mengutuk keji dan hina.Berikan mereka nasihat dan panduan.

Anak itu tiada dosanya yang berdosa ibubapanya.

Ubah persepsi kita, Buka minda untuk lebih menerima.

(menerima tidak bermakna menggalakkan ya)

 

2.      perihal tentang sakit dan penyakit

Adalah amat-amat dikesali jika anda bertanyakan tentang sesuatu penyakit berbahaya(ataupun tidak) kepada seorang jurutera elektronik dan mengharap dia dapat membantu anda menyelesaikan masalah anak anda yang batuk berkahak.hahahahahahaaa

Dan sesungguhnya dengan muka tak bersalah jurutera tersebut akan cakap “pergilah jumpa doctor”

 

Aku pelik

Susah sangat ka nak jumpa doctor?

Tak nak yang swasta pergi yang kerajaan.

Kenapa suka sangat nak amalkan petua itu ini?

Kenapa?

Ada yang kata “tak nak ambik ubat doctor sebab banyak bahan-bahan dadah etc…”

Ooo…macam tu ya

Then how about petua yang ntah apa2?

Guna minyak itu ini?sahih ka selamat????

Dan akan dijawap

“laah orang dulu2 ok ja amalkan petua tu..selamat”

Baiklah puan puan…

Cuba bandingkan apakah makanan orang yang hidup 80 tahun lalu dengan anda?

Ada mereka makan makanan berMSG???

Ada mereka makan ayam antibiotic?

Sendiri mau fikir la….

 

Anak sakit tolonglah bawa jumpa doctor.

Tak nak bagi ubat tak pe tapi pastikan keadaan anak tu

Lung dia OK ka….kahak tahap mana….

Kalau nak kena ‘gas’ ataupun nebulizer tu ambik  ja la..

Mende tu boleh mebantu mencairkan kahak.

Kalau nak kena sedut/fisio pun buat ja la

Kalau fisio tu memudaratkan dah lama dah Kerajaan Amerika Syarikat ban. (apsal aku sebut amerika syarikat bukan Malaysia?sebab rakyat amerika syarikat amat cerewet hahahaha)

 

3.      Berikutnya perihal kebolehan anak

Aku suka baca orang tulis blog tentang anak depa dan aku pun tulis tapi aku tak suka cerita pasal kebolehan anak aku kat forum..kihkihkih..

Haruskah aku nyatakan kenapa?

Sebab…..kang orang meluat..kok..macam aku aja punyai anak…idak gitu buk?

Anak aku umur berapa dah boleh apa?

Mmm….

Nak show off?

.sekadar renungan…..nak show off apa kes?kebolehan seseorang tu adalah kebolehan dia anugerah dari Illahi…

Anak aku lahir secara ceasarian kerana besar(dah berkali bagi tau….Tok sah la tanya sebab apa besar…Daddy dia pun tinggi 180cm….genetik- maka nak declare la..aku memang telan semuaaaaaaaaaaaa vitamin ka pill apa2 aja yang gynea bagi yang kata good for preggy woman….haa jgn nak kata sbb aku makan segala pil gynea bagi anak aku besar…anak aku besar sebab memang dia ketuunan besar..full stop)

 

Lahir-lahir keluar ja ke dunia terus memberi laluan kepada udara melalui lung dia..kok kok kek kek..then uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..(dia tak bunyi uweekk uweekk pun)

Then dia buka mata dia luas-luas..dia perhati sekeliling OT….Bulat biji mata…..(Harus tak akan kubuang budak ni!)

Then dia kencing kat nurse hahahaaaaaa

Nurse jerit dia pun jerit juga…then dia diam….

 

2 jam kemudian aku jumpa dia kat bilik ward.

 

Ketika usia 20hari+ dia jatuh sofa sebab percubaan pertama untuk meniarap

Manalah kita sangka budak 20 hari+ nak meniarap so memandangkan sofa masa tu luas..letak la atas sofa..sekali..

Gedebukkk…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…bila angkat ngan muka macho….berhenti nangis….

-fact…anak aku tanggal tali pusat ketika berusia 20 hari..kira record keluarga la! Hahahaaaa

Orang lain dalam keluarga paling lambat 7 hari..dia bantai 20 hari..

Sebab musabab ..tak tau tapi kemungkinan sebab tali pusat dia besar!

(Hubby kata plasenta/uri dia memang besar sangat!)

 

Anak aku berjalan ketika genap 1 tahun 1 bulan…..lambatlah kiranya kan?

Tu ja serba sedikit perihal anak aku…(padahal dah bersepah dalam blog ni kahkahkah)

 

 

Dan yang terakhir buat masa ni..

4.      perihal penyusuan susu ibu.

Kitakan kalau bebetul nak susukan anak selama yang mungkin silalah tolonglah belajar. Akan selok belok penyusuan susu ibu nih

Tolonglah beli buku ka baca kat internet ka…tanya LC..tolong laaaaaaa

Toksahlah merepek merapu meraban ntah mana dalil mana fakta mana pembohongan.

 

1.      susukan anak ketika mengandung adalah BOLEH..tak salah tak berdosa selagi tidak memudaratkan mana-mana pihak. Dari segi medical juga. Ok selagi ibu mengamalkan cara hidup yang sihat.

2.      susukan anak secara tandem nursing juga adalah boleh..harus…tiada kesalahannya.

3.      Orang susukan anak tidak semua yang lambat period…Kalau menyusu dan lambat period adalah perkara biasa..kalau period pun biasa…Kalau tak period pun tetap ada peluang mengandung lagi…susukan anak tidak memandulkan ibu!

 

4.      Botol berputing BUKANnya jawapan kepada semua permasalahan penyusuan.Boleh try sudu..botol bersudu..syringe dan banyak lagi feeding device.sila google sendiri. Guna internet tu guna la bebetul bukan takat forward2 email…copy blog orang hantar ikut email bukan…dapatkanlah info sepatutnya.

 

Baiklah sampai di sini sahaja bebelan aku…panjang lagi kalu banyak sangat typo hahahahhaaaaaa

11 comments:

mommysarah said...

nak tumpang komen boleh?
hehe..yang pasal anak sakit tue mmg pelik. paling saya hangin kat forum *itu*, biler ada org bagi solution, melawan balik. mcm yg u kata, suh jumpa dr, dia kata taknaklah.. apalah..

dah tue cemana anak tue nak sembuh?? lainlah kalau dah bawak ke dr. segala bagai, pastu tak sembuh2. barulah bleh tanyakan...

Fid said...

mommysarah
komen komen jgn tak komen

itulah masalahnya saya tak bleh all out kat forum 'itu' kang ada plak yang dapat dosa...

siti said...

salam..saya pun nk komen jugak yer tuan rumah:)

tentang no 4 tu...mmg saya notice byk sgt komen yg misleading..and suka post tajuk yg berulang2..

tapi saya suka kalau fid response sbb kalau tidak lagi merepek jadinya...

Fid said...

siti
sila sila

hahhaa saya ni kalau respon kalu emo kang ada yg terasa terguris...ihiks...

Mummy HnH@arnie said...

wah kak fid, entry 4 in 1 terus...

ya ya, saya pon slalu tunggu2 kak fid kasik zasss response2 merapik kat forum itu... hahaha...

Fid said...

Mummy HnH
kahkahkah
kasi zass kang...kahkahkah

itu kena tunggu time menurun!

rizza said...

aku gelak2 je.. seronok baca gomelan ko sambil makan pizza... nyummy..(saja je )...

wei.. apa lagi.. teruskan usaha anda.. membasmi gejala tidak sihat di forum kesayangan ko itu hehhehe

Fid said...

puan fariza!
ko memang buat hati aku panas tau!
dah la makan pizza tak bagi kat orang!hakhakhakhak....

mrs noba said...

saya juga sudah lama tidak ke forum itu.
lebih suka bertanya one to one atau google terus.
ngeh ngeh..adakah aku berlagak???kah kah..mungkin tidak...

::Umi Sufira:: said...

Saya juga seperti ms. Noba..sudah lama tidak ke 'situ'...sebab rasa sudah tidak seperti dulu...

sayangibu said...

btol laa..walopun saya bukanlah orang2 lama di situ, tapi rasanya sekarang nih lebih merapu meraban ceritanya di situ..sayang laaa forum yang patut nya berinformatif jadik gitu..x ada sape leh selamatkan kah???