Thursday, December 11, 2008

bercinta?

salam
aku teringat akan suatu sesi kelas bahasa malaysia ketika aku form 3
Cikgun BM aku Pn Noraini
topik yang diperbincangkan adalah tentang
'panggilan dan keluarga melayu'
merangkumi adat-adat melayu etc
Yang ingin aku kongsikan adalah tentang panggilan dalam masyarakat melayu

Menurut cikgu aku
Orang melayu dahulu(dan mungkin sekarang) mempunyai ramai anak. Maka mereka amat menitik beratkan pangkat/salasilah.
maka wujudlah.abang/kakak/pak/mak long, ngan,lang,njang,ndak,tam,teh,chik,su dan sebagainya
dan mereka amat sensitif dalam hal panggilan antara suami isteri.
menurut cikgu aku..antara suami isteri kita kena ada panggilan khas.
tak boleh sama dgn anak kita panggil suami/isteri kita
cikgu aku kata..kalau anak panggil suami kita 'papa' kita pun panggil papa..maka nanti perasaan kita terhadap suami akan jadi sama macam anak dan papanya.
psikology kata cikgu aku.
dan a

ku juga kurang suka antara suami isteri dibahasakan diri papa-mama, ibu-ayah...
kalau kita nak anak kita panggil kita train dia kita tak payah nak panggil sama....
maka dengan itu anak kita akan tau dengan sendirinya hubungan kita dengan bapanya tak sama macam dia dengan bapanya
di situ dia akan mula tahu salasilah sebagainya-permulaan la tak de la detail

dan aku agak kaget bila orang guna istilah 'zaman bercinta dulu bla blabla..."
means bila u all kawen u all dah tak bercinta?????
aku lebih suka sebut 'zaman belom kawen' or 'masa masih kawan2 sahaja'....
sebabnya bercinta
bagi aku tak akan ada full stop
ku mencintaimu selamanya seadanya!

dan ada orang sebut cinta selepas kawin....
Mmm..kalau orang yang bercinta sebelum kawin ni macam mana ya???
sebelum dan selepas...
diterjemahkan dalam pelbagai cara
ikut memasing hahahahahahahha

seseorang telah bertanya kepada aku patutkah dia berkunjung ke rumah tunangnya/boyfriendnya dengan tujuan berkenalan dengan keluarga 

jika aku..
tidak patut
sebab prinsip aku lain
aku dulu tak pernah jejak ke rumah pihak suami aku...kali pertama aku ke sana hari majlis bertandang sehari selepas menikah
kenapa?
sebab seingat aku
semasa aku belajar pendidikan islam tingkatan lima diajar oleh ustazah rohami hitam.
ada satu topik..
adab2 bertunang lebih kurang gitu la
pihak lelaki yang berkunjung ke rumah wanita.
dan si lelaki boleh datang ke rumah tunangnya dengan tujuan mempelajari cara hidup wanita idamannya.
dan semestinya ditemani ibubapa wanita tersebut la
di situ..si lelaki kena lebih memahami si wanita
manakala wanita plak lepas ijab kabul nanti dia akan mulakan hidup dengan lelaki yang akan membimbingnya...
itu yang aku belajaq 12 tahun lepas la
hahahahahahhahaaa

so kalau pihak parents si lelaki nak kenal si wanita macam mana?
jumpalah kat rumah ibu bapa wanita

tapi zaman dah berubah
so anda boleh praktikkan mana yang anda rasa sesuai....

aku memang ala2 kolot gitu hahahahahahaaa

No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search