Wednesday, December 3, 2008

dilema bahasa

dilema bahasa
aku tidak nafikan bertapa aku mengalami dilema bahasa.

1.aku fasih berbahasa melayu tetapi adalah tidak dinafikan yang aku amat ketinggalan dengan penggunaan bahasa ini.sudah banyak perkataan english telah dijadikan bahasa melayu/malaysia
bahasa melayu bahasa bangsa aku.

2.aku tidak nafikan yang pengusaan bahasa inggeris aku amat lemah sehinggakan aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan untuk memperbaikinya
aku pernah ambik english course di malaysia ini tapi, kelas tersebut tidak memenuhi citarasa aku
apa yang aku nak.aku diajar seolah-olah aku tidak tahu langsung akan bahasa tersebut
ini mereka tetap mengajar aku dengan harapan aku DAH tahu...
itu salahnya sistem pengajaran bahasa inggeris di malaysia.
guru bahasa inggeris sering beranggapan pelajar mereka tahu serba sedikit.apasalahnya anggap mereka tidak tahu apa-apa.
ajar seperti mana anda mengajar anak kecil yang belum faham apa-apa.
percayalah itulah terbaik untuk menghasilkan insan yang mahir berbahasa asing

3.aku yakin dengan level pengusaan bahasa jepun aku sebab aku yakin dengan pencapaian aku setakat ini
aku graduated dari japanese university
aku tulis thesis dalam bahas jepun..Aku pernah hidup sebatang kara di jepun dan aku puji cara sensei aku ajar aku bahasa jepun.
mereka ajar aku dari 0 sampai aku tahu macam-macam.
aku masih ingat lagi ketika aku tahun 1 matrikulasi bahasa jepun ada beberapa orang rakan aku yang dah ada basic bahasa jepun namun aku tetap boleh atasi mereka kerana basic mereka tidak sekukuh yang kami pelajari.

jadi apakah yang hendak aku sampaikan di sini?

Basic tentang sesuatu bahasa itu amat penting dalam usaha menguasainya

Aku agak kaget dengan masyarakat kita sekarang ini yang melebihkan bahasa inggeris dari bahasa-bahasa lain.
Kelakar pun ada.
kenapa tak ada yang nak anak mereka fasih berbahasa mandarin/kantonis/japanese/tamil?
kena english sahaja?
Ya aku juga tidak ketinggalan dalam katogeri ingin melahirkan anak yang fasih berbahasa inggeris
ya nampak hebat dahsyat!
aku ingat lagi ketika aku baru masuk sbp dulu aku ja yang tak reti speaking english yang lain tu semua pandai belaka.rasa kerdil ja diri aku ni.
tapi dok sekolah asrama penuh kat malaysia tiada masalah la sebab semuanya dalam BM hahahhhaaaaaa

aku kurang setuju yang mana tak nak ajar anak BM dengan harapan anak dok malaysia so nanti dia akan tau juga BM....
mmm...dah dok Malaysia apa guna english?
ya betul kalau kerja..masuk univ kena tau english....
tapi BM tetap penting dan tahukah anda bahasa Melayu ni bahasa yang amat susah!
tahukah anda bukan semua cikgu BM tahu mengajar BM?aku bertuah kerana aku telah belajar BM dari seorang guru yang aku kira amat indah bahasa malaysianya
Pn Noraini...
Dia tak pernah ajar kami mana subjek mana predikat....Dia ajar kami cara menggunakan BM bukan cara nak kenal apa itu BM.
Cara menyampaikan apa yang ingin disampaikan.
Berbelit ayat aku.Adakah di sini aku menyatakan cikgu english aku tidak tahu mengajar?
tidak!
guru-guru aku adalah yang terbaik
aku ada tulis tentang 'my english teacher' di sini..tapi apa tajuk aku lupa...hahahhaaaaaa
cuma sistem negara kita kurang menyengat.

berbalik kepada pendapat aku tentang english vs bm untuk anak-anak.
bahasa apa paling utama?
pada pandangana kukalau anak anda akan masuk sekolah kebangsaan maka bahasa malaysia tetap number satu dan bahasa inggeris akan tetap number 2..
lainlah kalau anda akan hantar anak anda ke sekolah english dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke negara-negara yang mediumnya english.
selagi anda masih 'dikongkong' sistem pendidikan malaysia bahasa malaysia tetap penting buat anak anda.

anda mungkin akan merasa bangga anak anda fasih berbahasa inggeris sbaedangkan anak saya hanya sekadar tahu
namun saya bangga anak saya boleh bermasyarakat dengan semua lapisan masyarakat sedangkan anak anda tidak dapat bergaul dengan mereka yang tidak tahu berbahasa inggeris..
pandangan saya seadanya

one parent one language...why only one?
so anak ada 2 languages only?
mandarain/japanese/kantonis macam mana???

sekian..bebelan saya sambil2 dok tahan sakit perut adusss


No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search