>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, January 14, 2007

Alahai

Lagi cerita di Tesco

Ketika kami dalam perjalanan ke parking lot, aku terlihat sepasang suami isteri dan seorang anak lelai mereka. Anak lelaki mereka sedang menangis dan berguling-guling, dari apa yang aku dengar si anak (dalam 7-8 tahun kalau tak salah aku) hendak membeli sesuatu tetapi si ibu dan bapa tidak membenarkan.

Terus terlintas di fikiranku, andai tiba suatu masa nanti aku harus hadapi situasi itu apa harus aku lakukan?

1. Kalau aku ada duit, tak semua barang yang anak aku hendak aku patut belikan. Jadi aku perlu didik dia agar menjadi insan yang tahu menilai barang yang perlu dan tidak perlu dimilikinya.. Bagaimana? Ini kena dalami ilmu mendidik anaklah ni.

2. Andainya aku tidak berduit. Alahai kasihan anak aku. Di sini juga pendidikan penting. Aku harus melatih dia menerima kenyataan.

Pada pendapat aku, aku perlu bersedia dari segi kewangan dan pendidikan terhadap anak aku.Insya Allah.

p/s: rasa takut pula nak hadapi hari-hari mendatang.alahai.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami.Amin

1 comment:

anamiraa said...

Fid,
Jangan takut. Cuma lebihkan usaha. Money is DEFINITELY not everything in raising a good healthy family. But it can do wonders and open up many good opportunities not only for parents but for the children as well.

Ewahh…pepandai je aku ni…hee..he...bukan apa... it’s about time umat muhammad ni bukan saja ramai tapi jugak berkualiti…so hang kena lah beranak banyak2…he..he.. itu je kesimpulannya…