>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, June 5, 2008

Petrol naik harga!TAHNIAH!!!

Harga petrol naik lagi! RM0.78!

Tahniah kepada pihak pemerintah negara kerana makin hari makin buat rakyat sengsara.
Dan aku memang tak percaya langsung PM malaysia yang ke-5 ni.

1. kes pembubaran parlimenBukan main lagi dia kata parlimen tak akan dibubarkan ESOK.Tup tup...bila keesokkan harinya...Dia bubarkan parlimen..

Apa masalah dia?Kalau nak rahsiakan pun apa kata guna ayat yang lebih sesuai...

Saya tidak boleh jelaskan sekarang.....Tunggu esok, mungkin rakyat akan dapat jawapan/kepastian...

2. Penggal pertama dia jadi PM...petrol naik RM0.30...Kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysiakan..(masa tu)

3. Baru lepas PRU12 2 bulan lepas..dia dah umumkan pula kenaikan harga petrol RM0.78
Wow....So macam mana ku nak taruhkan lagi kepercayaan aku????

Aku tak nak jawapan tentang berapa banyak kerajaan tanggung subsidi ka apa kaaaa
Aku tak mau tau!
Apa kata kurangkan gaji menteri-menteri??Diaorang ya la...semua ada elaun.....Hatta petrol naik 300% pun tak terasa....Yang terasanya rakyat jelata yang kerja bagai nak rak cari duit nih haaaa..
Satu lagi..Kenapa hanya rakyat yang kerja dengan kerajaan sahaja dibela?

padahal berapa peratus sahaja...
Yang kerja swasta kerja kilang..kerja kuli ni siapa nak bela?

Beras naik harga..petrol naik harga..tarif elektrik naik harga....
Dan..shahrir samad tak habis-habis kata harga makanan tak akan naik sebab kerajaan masih bagi subsidi...
Itu kata dia....Boleh ke dia kawal peniaga-peniaga???

Tak boleh jual petrol kepada rakyat negara jiran...Thailand dan Singaporelah kan?

Tapi bolehkah?Peniaga yang tamak tak akan hiraukan pun.

Aku tertonton buletin utama hari tu yang mana ada sorang mak cik pengusaha stesen petrol kat kelantan marah-marah sebab bisnes dia teruk sebab 70% dari pelanggan dia tu rakyat Thai...

Bagi aku...Mak cik tu harus digantung lesen dia.Biar padan muka dia. Dia pikir dia aja...Dia tak pikir orang..konon apa akan jadi kalau dia tutup kedai....pekerja dia nak kerja apa....aku boleh bet pekerja2 dia tu bukannya warga Malaysia pun!!!So lantak pi laaaaaaaa

Toksah dok tipu lah mak cik stesen minyak oii...saya ni kampung dekat sempadan saya tau laaaaaa...

Tentang subsidi akan dibayar tunai kepada pemilik kenderaan...
Efisyen ke cara ni?Memanglah belum cuba belum tahu...So aku akan renew road tax and insuran 13 July ni...Wait and see

Tapi aku rasa tak lama lagi..harga makanan kat pasar malam akan naik

1. laksa..harga le ni kat pasar malam shah alam- RM2.50 sebelum petrol naik RM0.30, harga hanya RM2.00
So lepas petrol naik RM0.78...mestilah laksa naik harga kan..Maybe rm3.00 ka RM3.30 kaAl maklumlah kuah laksa kan buat dari petrol

2. mee/mihun/koew teow goreng kosongharga before petrol naik RM0.30- RM1.50Bila dah petrol naik RM0.30 - RM2.00so next maybe RM3.00 lah kot...

Jadinya..rakyat Malaysia masaklah sendiri.....

Tapinya kalau semua orang masak sendiri bagaimana pula nasib peniaga-peniaga pasar malam?

Kedai-kedai makan pula...sure macam-macam cerita nanti....

wow wow...maju maju....
Harga barang dah nak setanding harga barang negara maju nih...Dah maju sangat ke Malaysia ni?????

Arghhhhhhhhhhhhhh
dari utusan malaysia online

{Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.}

Nak jimat apa lagi?Jangan makan nasi makan ubi ketelo?????

Dah dah aku kena stop......

11 comments:

sitilina said...

hangin la dgn pakcik sorang tu.

1. pikir ape yg dia nampak depan mate & ckp2 org yg kipas buntut dia je.
2. ucapan dia? habuk pon xde. semua blablabla je tadak isi!
3. bila kalah, cakap org dalam sabotaj. helo.. kalo org dalam pon bole sabotaj, paham2 sdr la.
4. yg dlu p luar negara cr duit tuk rakyat, dia 'kikis' duit rakyat.
5. ECER?NCER? Iskandar? pancing undi je tu.
6. RMK-9? mana? mana?

abg akif jom kita pakat2 jd PM. hehe.

barang xcukup, harga naik. minyak naik, harga naik. gaji naik sikit, harga naik banyak. sampai bila2 pon tak kaya2. hahahaha.

Fid said...

lina
itu la pasaiiii

mamadanish said...

Diorang yang pak2 menteri budus ni tak pk ka..

Depa ingat kita bodoh mcm depa tatau pikiaq ka..

Negara2 lain..harga minyak mmg tinggi..tapi harga KERETA depa murah..

Tapi negara,harga KERETA punyala mahal nak mampus..sampai beza Rm50k dengan negara jiran..dah tu ada hati nak naikkan harga minyak lagi ka?

If depa turunkan harga kereta atleast berbaloi la..adil sikit..

Tanggung la hangpa dan konco2 hangpa kat akhirat..hanya Allah saja yang membalasnya..

sorry fid..over pulak i ni..

Marisa said...

bengong ke apa... diorang senang la cakap.. dioarang petrol semua elaun.. yang aku kesian operator2 tpt aku.. gaji rm500-600 jek... yg mana kg jauh2....pengsan maa.. nak budget macamana.... macamana la peniaga tak naikkan harga dah kalau diorang pun beli bahan mentah pun mahal.

Fid said...

mamadanish
tak dah hal...boleh aja
tu la depa ni jenis takleh pikiaq lps tu assume semua org mcm depa

mama ryan said...

tu la.. dulu mak sy suruh blajar pandai2, sy memain..

kalau x, silap2 dah boleh jadi mteri..

padan muka haku!!! dok la bwh pemerintah yg bengong!!!

NUR said...

pm & para menteri mmg laa x rase...duit b'koyan2..sume ade elaun...kite ni hah naik gaji pun mcm x naik jek...cittt..podahhhhh...

da x t'bela da kite yg dok swata ni yang oii....

tahniah kepada kite sume..botak da kapla nk adjust budget lagu mana..setakat rebate 52/sebulan tu mana cukupp...

nk ckp lebey2 nanti kena akta hasutan lak..pemimpin kuku besi betoi..

Fid said...

yg eden idok paham sampai la ni
macam mn rakyat naberjimat cermat lagi?
kalau gaji 2k nak jimat apa?
sah2 guna sampai habis kan?

lainlah kalau gaji 22k..bolehlah adjust....

iamja said...

tetiba terasa nak comment pasal makanan. Tak lama lagi nak puasa. Lepas nie ada pasar ramadhan. Tengoklah reger makanan kat sana nanti... mesti gerun.

kuireena said...

Harga barang2 dah mahal macam negara maju, tapi gaji still ciput macam negara mundur.. hai..apa nak jadi la..

BTW, kongsi cerita sikit. Ada sorang hamba allah tu, berkhidmat sebagai YB selama 10 tahun, tp tahun ni dia tak terpilih jadi YB lagi dah. So gov bagi la dia pencen dan gratuiti. Imagine, dgn duit tu dia boleh beli Toyota Camry harge RM150K (tambah sikit lagi dah boleh beli sebijik rumah ok), pastu siap renovate rumah lagi. Tu yg terfikir tu, kerja 10 tahun, dah dapat pencen beratus ribu,tu baru sorang je YB. Yang banyak2 YB yang kalah/tak terpilih masa PRU12? tu semua pun nak kena bayar gak pencen dorang kan kan kan??

Agaknya si Samy Vellu tu berapa la pencen dia kan..

anamiraa said...

sakit jiwaaaaaaaaaa!!

lepas ni memang merudum la quality hidup rakyat malaysia.

masing2 akan sibuk carik duit semata2 nak to cover ends meet. nak saving camno lagu nih? nak makan pun payah.

aku risaunyee.. anak2 ramai la pulok! confirm naik la semua fee bus sekolah..

aku sedih la... camno la nak menyimpan ni? aku dah la nak resign awal. nak harap kwsp masa umur 50 tahun kaa?? oh tidakkkkkk!!