>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, June 20, 2008

suami dan breastfeeding

Alhamdulillah aku diberikanNYA suami yang memahami aku. (walaupun kadang-kadang tak hahaha)

Tips ‘asuh’ hubby menyokong breastfeeding.
mmm.Apa ya?

Tapi kalau dari logic akal aku.

Satu: Gunakan kelebihan kewanitaan anda.
Dua: Kenali suami anda.Kalau anda tak boleh pengaruhinya maka anda masih tidak mengenalinya.(Bukan nak riak tapikan aku kankalau aku ditipu mesti aku tau..hahahahaa..aura tuh)
Tiga: Bertukar-tukar fikiran
Empat : berlaku jujur. Laporkan segala aktiviti anda agar dia tak curiga. (term and condition apply)
Hahahahaa…Aku pun tak tahu macam mana.

Aku..Memang jenis aku suka bercerita dgn suami aku..
Apa yang aku tau semua aku cerita (bayangkan betapa talkativenya aku)
Hatta kawan2 aku yang aku tak pernah jumpa pun hubby aku bleh kenal hahahaa,,,,
Aku memang tak boleh berahsia dengan dia so apa aku baca ..apa aku buat aku bagi tau dia.
(kalau dia nak berahsia nasib dia la)

Itu cara aku la

Aku memang ‘ajar’ husband aku tentang breastfeeding
Aku beli buku aku suruh dia baca kat internet..Aku ceramah aku tarbiah semua cukup.
(bayangkan betapa aku ni banyak bercakap ya hahaha)

Dan juga aku rasa why husband aku boleh faham tentang breastfeeding ni adalah kerana dia adalah seorang lelaki yang waras dan berakal.logikkan.

Ha.lagi satu aku ni.Kalau jumpa doctor WAJIB hubby aku ikut. Ari aku tau aku preggy sampai sekarang.Wajib pergi wajib masuk sekali bilik doctor.
(ada 2 kali je kot hubby tak ikut aku gi jumpa doctor..sekali time pregnant sekali time akif jumpa paed)
Begitu juga dengan family planning
Kalau tak nak ambik apa-apa method berteknolgi boleh guna method ‘manual’

pilihan ditangan anda.
Berbincanglah suami isteri.Ni hal terlalu peribadi.

Dan semestinya dalam membincangkan hal diatas suami dan isteri haruslah mempunyai cara berkomunikasi berkesan.

Pelikkan. Waktu mabuk bercinta bukan main lagi boleh berkomunikasi bila bernikah mula nampak pincang.

Aiseh membebel pula aku ni

OK.
Kembali ke tujuan asal aku menulis entry ini.

Bagaimana menjadikan suami kita seorang suami yang menyokong penyusuan susu ibu.

Sentiasalah belajar bersama-sama.
Berkongsi pandangan (ini bukan setakat BF aja..lain-lain pun)

Namun dari segi tanggungjawap sepatutnya si suami perlu labih tahulahkan bab tanggungjawap makan minum anak ni kan…

Setiap individu berbeza.
Terimalah seadanya.

p/s:sah tak ada conclusion!

Nanti aku request husband aku tulis entry tentang BF la.

8 comments:

Erna said...

aku pun gituuu! HI5 beb!
btw, aku kan selalu jadik pemerhati bebas kat hosp (SMC la selalunya kan..)
situasi wanita mengandung: datang suami isteri tapi bila giliran jumpa doctor.. isteri je masuk. Hatta kalau sarat mcm susah nak jalan tu pun isteri sorang2 la heret badan masuk. Suami? dok lepak baca paper or lain-lain perkara. Kalau yang dah ada anak ada la yang jaga anak. Tapi kalau yang datang berdua tu, aku tak paham kenapa tak nak masuk sekali? Benda ni dah lama aku musykil hehe..
Situasi anak sakit: datang bawak anak2 jumpa paeds..pun sama. Bayangkan kalau 2-3 anak.. bila nak masuk jumpa doc isteri je masuk..suami lepak luar.

Kenapa ek? Salah ke masuk sekali? Salah ke dengar sekali penjelasan doc tu..bagaimana keadaan anak. Tak teringin ke nak tau? Malu? errm macam tak munasabah sebab kalau dah malu takde la mengandung kan! hehe

Aku faham yang tak datang sekali (mcm aku ada gak kena bawak budak2 masa laki aku keja) tapi yang tak paham ialah mereka yang datang sama tu..

Fid said...

erna
aku pun selalu jadi pemerhati bebas juga
tapi aku ni kekadang sampai terjadi kastam tak berbayar pun ada..
nyah ko harus tau mak mulut kacau naaa...
sure aku nak menegur punya laa.
ampunn...

tp la ni anak aku yg jadi tukang tegur huhuhu..
bila tgk bebudak ngan mak aja dia akan tanya..
"kawan...daddy mane?"
tanya kawan tu la mana ur dad...

mak bdak tu akan jwp..."papa kerja.."

ayat penutup anak aku
"acif ade daddy"

bab baby merah menyalah minum susu dr botol pun aku suka sebuk

but aku macam berkias2 laaaaa

tapi anak aku...
" mummy yayan(kesian) baby..tak ade hanyen!"

sitilina said...

asben saya yg melebih2 suh BF, suh itu suh ini. anak demam dia yg bawak gi klinik, spital sumer.

alhamdulillah.

sian org2 yg suami xamik kisah..or worse anggap anak/isteri as beban. sapa suh kawen!

Yan said...

as for me,
beranakkan Amir je, hubby ada masuk.. Arif? bilik macam crowded.. ada nurse dua, doc, tabung air + belt.. so, dia tak tau nak berdiri celah tang mana.. #3? kah kah kah.. Amir + Arif tertido kat hospital dalam waiting room.. ye la, mak beranak no 3 kan dah 11.41pm gitu..

as per pi clinic, sbb aku ni dasar tak reti drive, makanya mmg hubby akan tolong hantar.. tp part masuk, dia mmg jadi tukang jaga anak2 yg sihat walafiat di luar.. aku pun tak suka masuk ramai2.. karang benda yg aku dok tanya, jawapan doc bagi, aku takut tak dengar..

zamnzara said...

Dah lama baca blog ni, baru skrg nak comment. Glad to know bukan saya sorg aje gila dok cakap byk dgn husband. Hehe..

Nero ...... said...

Aku dl pi check-up sorang2 but then dah dekat nak check-up hubby datang..dai kena buat kerja part time..Psl bf lak mmg aku dah cite panjang gan dia since dpt tahu pregnant...oleh sebab dia malas nak baca buku , so aku leh dok terangkan tiap2 hari..alhamdulilah dia blh terima.Now anak aku dah 2thn 3 bln aku tanya le blh lg tak nak bf anak aku..ko tahu dia jawab ape..suke hati ler...t#$@k tu awak yg punya..hampeh..tapi aku bersyukur le dpt suami yg faham psl bf nie...n most important dia supportive sebab if suami tak mcm tu mmg susah nak bf anak2 kita ....

rizza said...

ye betul... hubby aku memang le support bf... dia pandai2 dia la..dia rajin dok search internet cari info.... kengkadang aku le dok tambah2 apa yg aku baca pasal bf... hehhehe bile aku tanya...cam ne ..nak bf lagi ke hassan.. hehheh dia kata "cian hassan..bagi la..hahhhaha"
kitorg sebenarnya 2-2 tak tahan bau susu tepung hehhhe.... pening2

fid/erna.. ye bab tu memang aku pun musykil gak...pi berdua awat yg bini je masuk???? kalau yg anak ramai tu lain le cite.... ni yg berdua tu???? nak sedap2 yeye berdua ..pastu pasal nak sakit2..bini gak yg tanggung sorang..hampeh tu..

Marisa said...

betoi... setuju suami buka setakat kena sokong dlm BF malah semuanya berkaitan isteri dan anak2. Melainkan suami ada hal ke.. outstation ke...