>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, June 2, 2008

harus ada izin...

Lagi kisah tentang kenduri

Last weekend (friday to sunday), there was a (?) majlis kenduri kahwin kat my house area. Selang sebuah dari rumah aku.

Kami dijemput pada selasa before the majlis dan masa kami dijemput tu tuan rumah ada la 'bagi tahu' nak guna air kami untuk mencuci lauk pauk serta pinggan mangkuk.
Dan hubbyku yang baik hati itu semestinya akan kata YES...

Maka bermula dari Sabtu lepas air di rumah kami digunakan sewenang-wenangnya.Sampaikan pressure air masuk dalam rumah amatlah low..sampai nak mandi pun jadi malas....Serius....

Namun pada hari kenduri kemuncak, Sunday......Kami bangun tidur lambat sebab penat la..Kita ni kerja weekend ajalah nak rehat tambahan plak semalam siang dan malam dok membantu rumah kenduri tu...Hubbyku tolong potong daging etc,...aku....aku tolong kejar anak aku yang laju macam bullet train!

Aku terperanjat beruk(korang bayangkan beruk terperanjat macam mana ya) bila aku bangun dalam pukul 9am tu, aku intip dari tingkap...pitu pagar rumah aku dah HILANG!!!!!

Aku tengok beberapa orang sedang mengangkut meja masuk ke area porch(?) rumah aku.....
Aku bagi tahu hubbyku tapi seperti biasa dia amat baik hati....

Lantas aku pun buka pintu au tanya..
"Encik...ni nak buat apa ni dalam kawasan rumah saya???"

Dia jawap..."nak cuci pinggan.."
Aku jawap "Alaaaaaaa"

Aku dah 113 kali warning hubbyku...kalau nak guna air gunalah tapi tolong jangan langgar sempadan sampai dalam ruangan rumah aku..
Tapi......
Dah la guna ruang rumah orang...minta izin pun tak..main ceroboh sahaja...Aku memang anggap mereka menceroboh sebab sampai ke saat ini mereka tak minta izin pun dari kami....

Dalam pukul 2pm gitu kami 3 beranak keluar.Tak larat oooo nak dok kat rumah..Aku tak pasti itu majlis kenduri kahwin ke majlis pertandingan karaoke...sumbang sumbing bagai.....
Maka dari menahan telinga dan tahan sakit hati kami keluar.....
Oklahkan...dah anak-anak muda area situ pun main makan tinggal pinggan ja..kami ni pun anak muda juga tapi kami tolong juga buat kerja

Dah tu dalam pukul 6pm kami balik
Allah sahaja yang tahu...apa perasaan kami
Tak ada ruang untuk kami nak masuk rumah....
Apakah jenis manusia ntah la mereka itu
Sampai ke depan rumah orang mereka bantai letak barang..
Dah la dah lewat...Esok kerja pula..Bila nak angkat semua ni?
Hubbyku dah tak tahan...Ada perasaan juga rupanya mamat ni..
Dia terus masuk rumah letak anak kami yang memang cergas dan cerdas tu, terus keluar gi buang segala air yang mereka tinggal bertakung..
Dan dia gi rumah kenduri bagi tau tuan rumah suruh clearkan kawasan rumah kami..Letak balik pintu pagar rumah la weeeiiii

Baru le terhegeh-hegeh nak datang angkat...
Seorang je..bakinya hubbyku yang kena tolong.....
Serius aku tak izinkan...
Aku amat-amat tak boleh nak redha....
Penat badan....Penat jiwa....

Sampaikan solat pun dialuni dengan nyanyian karaoke yang sumbang..Ini sudah lebih.......

Aku tak tahulah kalau zaman la ni memang karaoke dah jadi syarat sah walimatul urus ka.....
Bagi aku nak karaoke ka nak bermuzik ka ..boleh tapi jangan sampai ganggu gugat masyarakat sekeliling....
Sedangkan kalau dalam masjid kita tengah mengaji...ada orang solat kita kena perlahankan suara inikan pulaaaa...karaoke....

Kalau nak berkaraoke pun janganlah sampai para tetamu naik pekak dek bunyi muzik dikawal oleh orang yang bukan pakar.....
Boleh rosak gegendang telinga....

Aku pernah hadiri majlis kenduri orang lain..Buat di dewan..ada juruhebah..ada alunan muzik tapi sebagai latar sahaja bukan sebagai 'main'

Yang paling aku tak faham..selepas majlis tahalil ada majlis karaoke...mmmmm..
Ini trend ka?

Aku kahwin dulu tak ada semua ni..Hatta bersanding pun tak ada.....
Tapi aku ok aja....
In fact kalau suruh aku bersanding mau aku kahwin lari hahaaaaaa

Kampung aku memang hulu laa..Memang pedalaman tapi orang kampung au masih beradab sopan...
Hatta nak guna tanah orang lain sebagai laluan pun ada minta izin...
Inikan pula na guna ruangan rumah..
ke aku ni yang berkira sangat?
Or maybe aku ni dibesarkan dalam suasana penuh kekampungan nan damai lagi bersatu?
MMM........

6 comments:

IbuAtHome said...

laa fid, kalau tahu, boleh kita sama-sama pergi zoo, bergembira disitu. saja bawak zahra yang dah worth it nak dibawa ke zoo.

Marisa said...

mmg sunguh melampau jiran hang ni. tak reti nak hargai bila org dah menolong tu. Tak suka tau org macam tu!!
Sabtu lepas jiran selang 2rumah aku pun ada wedding. anak sulung dia kawin. Alhamdulillah... mmg kawasan kami clean and clear... lgpun diorang buat katering... aku lak yg segan sbb tak dak apa2 nak menolong... cuma bg kek je sbg buah tgn.

anamiraa said...

masyaallah.
dahsat gak tu ye.

sabo aje lah.

sesetengah orang ni, bagi betis nak kepala!

Fid said...

roza..
wow zahra pergi zoo....so amacam..apakah haiwan yang paling diminati...heheheee

marisa
orang area umah hang tu oklah..catering....
kalau catering aku gi makan jerk hahahaaaaaa

anamiraa
sabo sabo heheheeee..tapi kekadang my blood go up stair cannot go down....kihkihkihkih

aku tak tau la apa mak cik mak cik area umah tu akan kata..nasib la labuuuu....

Yan said...

kalau buat tak tau, kata tak bermasyarakat.. bila dah join, kita la plak jadi mangsa.. heeee..

mama ryan said...

"pitu pagar rumah aku dah HILANG!!!!!"

sy baca 2 3 kali utk memastikan apekah betul yg sy baca... kalau pinjam air, ngape pintu rumah boleh ilang??

apekah xleh bukak je pintu gate tu??

x paham kawe....