>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, May 15, 2008

MLM bisnes


Multi-Level-Marketing
MLM

Aku ni ada juga join MLM ni tapi jenis join untuk beli barang.Kalau kita member kita dapat harga member.
Hehehee


Apa yang aku nak bebelkan (lagi) adalah tentang bagaimana mereka yang claim mereka 'berjaya' dengan bisnes MLM ni.
Tahniah kepada mereka cuma aku tak suka orang yg 'berjaya' dalam MLM approach aku cara yang macam ni..
Cara macam mana?
Macam ni
Saya dulu kerja makan gaji .Sebulan gaji rm2000 sahaja tapi sekarang saya dapat more than 20,000...Saya ada beli rumah banglo 2 buah kereta BMW 3 buah yada yada....

Persoalannya....
apa kes ko nak tunjuk ko punya harta benda?
Bagi aku..aku tak suka macam tu..
Dan aku akan tanya balik..
Itu semua u beli cash??

Jawapannya..
Tak...Tapi nak beli banglo rm1,000,000 downpayment rm100,000 kalau kerja makan gaji mana boleh dapat..Tapi dengan bisnes ni I mampu..

Tahniah..mampu bayar RM100,000

Akukan...Kalau gaji ciput taraf aku ni pun kalau tak dak hutang aku dah anggap mewah sangat dah hahaaaa
Target aku bukan nak kaya raya dok banglo or beli kereta mewah..aku cuma nak hidup selesa tanpa hutang tanpa kena 'kacau' ngan bank etc...hahahaaaaa

lagi satu yang aku tak berapa suka
FLYER
dalam flyer tulis senarai segala kejayaan tapi satu perkataan pun tak bagi tau bisnes apa....

Ni apa kes?
Kalau betul..reveal aja la..Terus terang cakap..Ni nak ajak kita jumpa la apa la....
Mmmm
Strategi MLM ya?

Lagi satu..
Dari pengamatan aku
kawan2 aku yang join MLM yang iya2 dolu kala la ni dah stop ..Dah kerja makan gaji sbb...bisnes dah takleh nak jalan macam dulu....
Kalau dulu derang tak kerja tapi la ni bukan main lagi 'komited' kerja makan gaji...

Dan sesungguhnya aku tak nafikan ada yang berjaya senang lenang dengan MLM ni..Tahniah kepada mereka....

Tapi kalau flyer tu derang sertakan statistik org berjaya dan gagal lagi bagus bleh orang2 bijak macam aku ni buat penilaian..

hahahaaaaa


16 comments:

anamiraa said...

kahkahkahkah! sapa pulak yang approach hang kali ni?

patutnya yang beli rumah 2-3 biji tu hang cadangkan aje kat depa pegi sponsor satu rumah anak yatim. besarrrrrr pahalanyaa....!!

hahahahah!

Yan said...

itu la harapan aku Fid.. bebas dari hutang.. kalau kaya raya syioknya beli umah cash! isk.. seronoknya berangan..

Fid said...

anamiraa
bersepah2 dok ajak aku join...
rakan2 la etc...
modal utama..'ko sampai bila nak naik kereta kecik tubila nak menyewa..'

macamlah aku minta depa bayaq...
ceh ceh...

cik yan
kaya raya mmg syiok..tp tu la..aku target sampai nak hidup tak berhutang ja dulu..hahaaaa

ealyie said...

betul la fid.. bebas dari hutang merupakan suatu 'kekayaan'.. bagi sesetengah org cam ely ni lah..;)

mamaaina said...

free debt lagi baguih kan Fid..
kalo kereta besar , rumah besar lagi menambah kan debt ada...semata2 untuk riak dan menunjuk takkan ke mana....

rizza said...

fid..betul tu...lain le dia bayar cash semua tu...
tu semua tak leh pakai gak....

Erna said...

Aku kalau pasal MLM ni kan.. macam2 dah aku try tau.. tapi mula macam hang le Fid, nak pakai barang tu sendiri. Then depa sibuk la suruh active nak 'selamat mahu jaya' kunun!
Tapi bukan nak kata apa la.. aku tabik depa sebab sanggup usaha sampai berjaya gitu. Tapi bagi aku & hubby, kami tak sanggup! Buat masa ni tak sanggup nak tinggalkan anak2 sampai tengah2 malam nak pi seminar sana sini, talk sana sini semua. Percayalah, nak naik atas tu bukan mudah seperti yang disangka. Banyak yang kita kena sacrifice.. daripada pengamatan aku...semuanya perlukan masa! Masa bersama keluarga perlu di kurangkan so that kita bleh grab the opportunity dan attend all those motivational seminars...yada..yada..yada..
Aku ngan laki aku tu yang tak larat nak buat.. the main point, that kind of biz not meant for 'family type' kind of person like us!
Kami pernah join masa takdak anak dulu lagi.. yg haq amway ke apa ntah..walhal takda anak patut buleh jerr, tapi tu pun kami tak sanggup tiap hujung minggu kena paksa pi talk etc!
Apa aku merepek ni? haha...tapi tu la yang aku nak cakap...

anamiraa said...

erna,
bullseye!!!

that EXACTLY made me drop my wonderfully-growing Herbalife. masa tu side income mak 5-6 ribu sebulan beb. tapi usahanya... masyaallahhhhhhhh! i was working 24-7. anak2 semua tinggal kat bibik n my parents. you know what made me realize all the madness? bila one late night i arrived home and my mom said "nak cari duit macam mana lagi? jgn sibuk buat duit sampai abai anak2" it was like a BIG slap in the face!!!! and i was like practically stopped breathing. how i neglegted my kids and hubby! how money can really drives you! thinking about it, i was really upset with myself. I was not desperate for cash to begin with! tak taulah kenapa terjerumus sampai lagu tu.

kesimpulannya, it's not easy to make money. you have to sacrifice. a lot. and make sure it's worth your while.

so adik2 terchenta. be careful. you need to set your priorities straight.

Fid said...

aku mmg tak rela nak korbankan masa bersama family..maka MLM mmg amat takleh aku join....

aku ni sayang masa yg hanya suku hari je bleh aku bersama suami dan anak tuh.....

Erna said...

gosh Ana! side income dah 5-6k!!! tu dia!! that thing must be growing well! Aku dulu tak dan nak sampai side income ratusan sebulan pun dah give up! hehe..
but that's the thing..bila dah mcm tu kita seronok dan mula leka..of course naluri kita nak kejar lagi banyak duit semua. Lucky that at least kita semua sedar kan..kalau tak kesian kat anak-anak ngan laki kita. Tu yang banyak budak2 sekarang tak reti kasih sayang berkeluarga, sebab dari kecik dah diajar kasih sayang tru money! Naudzubillah!

anamiraa said...

erna,
yang best MLM, you still get passive income from your previous effort tu. la ni dapat jugaklah monthly ciput2. dalam rm500-rm600 je... hihihihihi..

tapi jadilah.. ini baru betul goyang kaki duit masuk hahahahaa.. happy je dalam rm500 tak tentu pasal... :)))

Erna said...

weii! 500-600 pun jadikla!!! bukan buat ape kan! aiseh! aku ni kecepuih-kecepuih membanting tulang mengadap oven bagai tak sampai 500 pun sebulan :P Tu yang dok venture into UT plak =) dari lesen ku dok diam tak jadik apa..at least ada gak kan!

farah225 said...

wah kak ana! tu baru syiokkkk.baru le orang kata goyang kaki tapi masyukkkk dapat duit kan.tp tula, nak dapat byk tu, byk mana kena berkorban sebelum tu kan.

fid,aku pon sama mcm hang,tak sanggup nak korbankan masa utk hb n anak2 terchenta.kalau kena keje weekend or balik lambat pon aku dh susah hati.tak relaaa u!!

kuireena said...

[Quote] Fid wrote:

anamiraa
bersepah2 dok ajak aku join...
rakan2 la etc...
modal utama..'ko sampai bila nak naik kereta kecik tu bila nak menyewa..'

macamlah aku minta depa bayaq...
ceh ceh... [/quote]

Tak pa Fid, depa tu jeles kita pakai kereta kecik, jimat installment, jimat minyak, jimat maintenance noooo..

betol, depa soh beli rumah besar bagai, keta mahal, bukan depa nak tolong bayarkan installment pun..

Kalau dulu orang kata ' biar papa asal bergaya'. Lani aku rasa dah tak apply dah, lagi baik lagi 'biar nampak papa, tapi sbenarnya kaya'.. hehehehe

rizza said...

"Kalau dulu orang kata ' biar papa asal bergaya'. Lani aku rasa dah tak apply dah, lagi baik lagi 'biar nampak papa, tapi sbenarnya kaya'"

kuireena,
hehhe betul2 tu...
ataupun.."biar tak byk credit card... asal kan dlm bank byk duit...." hehhhe boleh???

mado_ct said...

suka topic ni.. BIla dengar yang best-best memangla rasa teringin tapi kalau tk sanggup nak korbankan masa, family, susahla nak sampai ke tahap tu..

salute kat sis Ana..boleh dapat 5,6 ribu tu..cute pulak baca nasihat sis Anan untuk adik-adik. TQ