>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, October 2, 2007

alahai sashimi...


Sashimi
seafood mentah yang dipotong nipis-nipis. Di cicah dengan soy sauce/syoyu..(campor wasabi ataupun halia yang dikisar)
Boleh makan saja atau pun bolehlah makan dengan sushi rice....

Jangan tak percaya..Sashimi ni aku tak pernah makan sebab aku tak 'rela' nak telan.
Kalau sushi ok lagi..Tu pun aku akan makan cepat2...
Aku memang lemahlah bab memakan makanan mentah ni.

Alkisah tadi berEmail dengan kawan-kawan dari cerita morning sampai la ke cerita rojak, pasembor melarat ke sashimi.....
Terus terimbas kenangan 'silam' tatkala aku hidup di negara yang berbudaya makan sashimi.

Pertama kali aku makan sushi dan dihidangkan sashimi adalah pada hari ke-3 bulan Ramadhan tahun 2000. Lecturer Fizik aku yang belanja. Dia ajak aku dan beberapa orang lagi foreign student pergi makan kat rumah dia. (Actually dia nak ajak aku ngan best friend aku Lyou aja tapi kang apa plak foreign student yang lain kata so dia ajaklah semua..Budak course aku la)..aku..Lyou (Taiwanese), Ameen (Saudi Arabian), arghh aku lupa nama....seorang budak Thailand seorang lagi budak Beijing.....
Aku dah bagi tau lecturer aku tu yang aku puasa then dia kata oklah majlis tu buat time berbuka.
Bila sampai rumah dia yang 3 tingkat tu aku terperanjat...Banyak duit 'pak cik' ni tengah-tengar Tokyo rumah besar macam ni. So berkumpullah kami kat ruang makan..
uhh penuh dengan hidangan masakan Jepun.sushi, sashimi, tempura, udon, dan macam2 laaa Yang aku tak pernah tengok pun ada....Layannn...Semua halal di makan sebab aku dah bagi tau aku takleh makan daging yang tak disembelih secara Islam....Arak pun takleh minum...so da jamu ocya, kocya..jus etc la....

Semua makanan aku rasa cuma sashimi je aku buat-buat tak nampak, sampailah lecturer aku tu tanya...
Serba salah nak bagi tau....
Last2 aku kata aku kenyang dah makan mende lain Fuhhhhh....


Alamak teringat kisah aku gi homestay plak..Hahahha
Location:Syibuya-shi, Tokyo lagi laaa....
Derang tau yang aku takleh makan beef, pork but diaorang tak tahu sebab....diaorang sekadar ingat pantang . Derang hidangkan ayam goreng 'kepak leher'...sedapnya nampak..Tapi Otosan tu tanya Ayam ni ok ka?aku tanya beli kat mn?
okasan kata beli kat pasar then aku kata....Mm...basically aku buleh mkn tapi cara sembelih tu nyebabkan aku tak boleh nak makan.Nasib baik derang faham..so aku mkn nasi ngan ikan dan sayuran sahaja la...Terliur sangat2 ayam tuh..Hahahaa..Kalau ikutkan nafsu dah kutelan dah tapi bila kufikirkan kesannya...Nauzubillah...

2 comments:

ummizz said...

aku mmg tak lalu nak telan sashimi ni.. kembang anak tekak

btw, ko kena tag.. keke

rizza said...

aku tgk pun rase tak terlalu le ...ye le tekak aku ni memilih sikit..hehhheh