>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, August 26, 2008

Oh ibu mertuaku

Aku nak komen sikit bab ibu mertua ni
Bab mengadu bab ibu mertua kat alam maya.


Aku terpanggil untuk komen bab mengadu domba(ada ke perkataan ni)
bab Mertua di alam maya

1. Pada aku kalau mengadu ngan orang online secara personal melalui Email ka..YM ka..Gtalk ka...itu OK lagi la sebab bukan semua orang boleh access itu Email, YM, Gtalk bagai.
Tapi bila kita memperkatakan di forum yang seluruh umat manusia boleh access, pada aku ralat sikit la

Bayangkan mertua anda baca...Apa akan berlaku.

Bagi aku...Kalau suami kita mampu lantak dia la dia nak beli apa untuk mak dia...Kalau dia mampu lantaklah dia nak bina istana ka apa ka untuk parents dia...lantak!
Kalau tak mampu yang mana kita pun kena terkulat2 kerja sebab nak tolong dia...berbincanglah dengan suami anda...
Paling basic, komunikasi antara suami dan isteri mesti ada.Baru rukun rumah tangga.

Bisikkan syaitan jahanam..
Tak payah nak nafikan....kalau kita nak buat baik dia akan sedaya upaya suruh kita jahat juga...
Nafsu satu lagi....
Astagfirullah hal a'zim...

Kita isteri ni kadang kala terlalu melampau!
Kita kekadang fikirrrr kitaaaaaaaaaaaa aja...
konon kitalah paling berjasa kat suami....Sampai lupa mana datangnya lelaki itu.

Aku paling menyampah kat bini2 yang rasa depa terbagus..terlawa terbagai lagi!Tapi hampas...
Hari2 laki kena makan kat luar (ada yg kata ...'hubby i mkn kat luar pun bkn mkn kedai mamak atau gerai tepi jalan..kami gi 5-stars hotel') Whatever....
Bagi aku bini2 jenis ni too much! Serius.....Lainlah kalau laki korang kaya melana 44tahun harta makan tak habis...
Tapi bila mai tang bab laki spend duit untuk mak pak dia ..depa mula melompat tak puas hati....
BEWARE aaaaaaaa....

Untuk diri aku juga.
Kalau ada tak puas hati apa ngan mertua..ipar duai kita bincang ngan suami terlebih dahulu.
salah satu tugas isteri..menjaga hak dan maruah suami....fikir-fikirkanlah.

(ke aku pun dah tersasar?)

Bab serumah dengan PIL or ipar duai..
Sebaik2nya elakkanlah..Kalau ngan PIL ok lagi...ngan ipar duai cubalah elakkan...banyak kena consider..aurat etc kena jaga....

sekian aku membebel..
Hish!!

Bersamalah kita bangunkan ummah yang berkualiti.

UPDATE


Ada orang message ke aku kata
"u tak berada kat tempat mereka yang bermasalah ngan MIL memang u tak akan tau perasaan sebenar"

Itulah harapan aku...Aku tak nak berada di tempat mereka!

Bagi aku benda gitu tetap ada jalan untuk selesaikan.
Fikirkan yang positif la

Kalau aku ikutkan perasaan aku........


10 comments:

mommy lyna said...

kita pun nanti akan jadi mentua...

hehe.

what we give is what we get.

ealyie said...

aku setuja la ngan hang fid.. aku tak penah pon baca topik tu..malas sbb da tau isinya mcmana.. dari bab mengadu tak sokong susuibu xpe lagi.. skrg da mengarut2 dah..

Fid said...

bersedialah menjadi ibu yg meredhai....

Fid said...

ahaaa bab tak sokong susuibu ok lagi..tapi tetap tak OK juga la....

itu kebijaksanaan kita la....

ni bab tak puas ati yg melampau ni...kalau boleh jangan la...

menampakkan kebodohan kita ada la..

sori naaaa

Mama Adib said...

wah fid
siap org sms ko lagi he he..

bagi aku laaa depa ni mungkin terlupa... bercerita kat alam maya ni silap gaya suami baca..adik ipar sedara mara baca..
yang malu mereka dan keluarga mereka juga

Yan said...

so lah very true..

walaupun kita bebas bersuara, tp kena ingat la ada batasnya.. ada benda bley cerita seantero donia.. ada jugak yg perlu kita simpan kemas2 utk diri sendiri..

kita2 yg ada anak lelaki berbagai ni, mmg le nak kena redha sokmo.. moga2 semua anak2 lelaki kita ni tahu yg kita ni di tahap priority yg ke-3 lepas ALLAH & Rasulnya..

Marisa said...

itu la kadang2 bila duduk berjauhan lagi bagus dr duduk berdekatan tp hampeh.... aku cuba sgt tak nak berkira dgn PIL tp kalau dgn ipar duai tu pun aku tak berkira kalau org tu tak berkira dgn aku.... hehehe...

mommy lyna said...

imejin kalo besok2 kita call anak

"A..A.. bole tak blk weekend ni, minggu lepas A cakap nak blk.."

"hmmm jap ek Mama, (belakang dengar sora bini cakap: ala.. kan kita nakgi sanwey lagun. jomla kita pegi sanwey lagun la). hmm Mama saya tak leh la saya dah janji dgn budak2 ni la Mama nkgi Sanway Lagun"

"Mama ikut?"

"hmmm (dgr sora bini cakap: ala tak best la mak abg ada. abg pilih nak mak abg ke saya? ) nantila lainkali saya bawa Mama ye"

hahaha. takde keje sgt ke ni?

arina said...

semua orang ada masalah peribadi. nak cerita atau tak je. islam pun tak bagi bukak pekung didada sendiri, apatah lagi pekung didada orang.

dibuatnya cerita yang tak betul dah jatuh fitnah. kan bahaya tu?

semoga kita semua terlindung dan dilindung daripada fitnah.

tapi kalau orang tak cerdik buat hal, aku nak tak nak, kena jugak sound hahahahahaha!

Fid said...

hahahaa
akak punya kes mcm ni plak

"A...kata nak balik weekend ..jadi tak?"

sok sek kat blkg sbb bini tak nak..
so A pun jawap
"Mummy tak boleh baliklah this weekend kami ada plan lain..."

so mummy akan jawap..
"then OK la...Mummy ngan daddy pergi Tokyo la..lama tak makan sushi kat tepi Tokyo station tu..lepas tu kami plan nak terus ke London...korang takyah pesan apa2lah ya.,...mummy punya barang pun dah lebih limit...see u next month la yerk....Tapi kalau next month mummy jadi gi Dubai...ingat nak beli tudung sikit...so korang takyah la balik ya..."

ambik ko!

kot kalu lain plak jadi..kang belakang menantu terjerit2.."mummy cek nak ikut mummy....abang doklah rumah jaga anak2.."
hakhakhak

so mummy kena simpan duit bnyk2 dari hari ni!