>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, July 22, 2008

perlukan perhatian

Mummy dah sound daddy
jangan berjaga malam.
bayangkan tidur pukul 2am pukul 5am dah bangun.

Makanya the next day ngantuk gaban la..so malam tadi daddy 'request' dia nak tidur awal.
So mummy angkut segala mala suruh masuk bedroom.

Al kisah
Dia tak puas hati daddy tidur awal...
Macam-macam dia buat untuk tarik perhatian daddy.
Menengis....menangis...(sebenarnya dia bukan menangis tapi anakku pandai benar berlakon menangis.)
Siap tersembam2 kat lantai menangis konon....
Baca buku salah..Tengok DVD salah..menulis salah...
Dia asyik berlakon nangis sahaja. Nak suruh daddy pujuk...
Mummy dah naik angin...bayangkan ...dia bukan main kuat lagi 'meraung' (lakonan semata2..) Mummy tegur lagi dia kuatkan..Air mata tak de pun..bunyi je kuat....

Dia nak duduk atas bantal la..Dia nak lompatatas katil la....
Macam2 agar diberi perhatian..Mummy tangkap peluk suruh 'hanyen'..Dah kenyang dia mula balik lakonan dia.

Then daddy terpaksa bangun layan..Tapi tak menjadi juga..Hati sudah terguris.

Pujuk punya pujuk akhirnya dia setuju untuk tidur dengan syarat daddy pasangkan DVD yang ada mickey.
Alaa buka je magic english...sampai 5am td baru daddy OFF.
Memang kami tidur diulit magic english laaaaa

Pagi tadi dia tak nak bangun.
Dia bangun bila dah sampai nursery.
Anakku sungguh bertuah dan bijak..

kihkihkihkih

Dia ni terasa sangat tau kalau dengan daddy...
Memang 'dahaga'kan perhatian daddy melebihi perhatian mummy..
Anak daddy

And we asked him again on 'adik'
Choopp kami bkn plan nak bagi dia adik ya..just nak tau apa pandangan dia.
Pendedahan awal.Kahkahkah

Akif adik tu apa?
Tak payah!
apa yang tak payah?
Adik!acif tak nak adik!Tak payah!
Kenapa?
adik nanti nangis...uwaaa uwaa uwaaaa...Hiiishh bising!
Erkkk..mana akif tahu adik akan nangis?
Acif nangis!

Erkkk....

so NO adik is allowed!

5 comments:

Yan said...

sejak aku pindah ofis ni, dah tak dapat la nak layan zeri nyusu lama2.. pagi tadi lepas dah nyusukan dia dalam 6am+.. aku siap2 la nak kemas apa yg patut dalam pkl 7am tu.. tup2 dia bangun, berdiri blakang aku, tepuk2 bahu.. nak nyusu lagi la ni.. layan je la weh.. sampai 7.15.. sudahnya mak lambat mai ofis 3 minit dari biasa..

komen aku tak relevan dgn topik hang.. aku saja nak luah perasaaan.. kah kah kah..

Mommy Hafiy said...

bijaknyer akif....
hafiy kalau mommy pegang adik time dia nak tido..huwaaaaaaaaa..
kesudahannya adik kena dok ngan papa sementara mommy tidokan hafiy..kesian adik...huhu

NeroEcha said...

Ok le tu Yan kira blh masuk cite ler..aku pun biasa kena mcm tu tgh kita dok kejar masa , ms tu jugak ler dia nak nenen..tu ler antara cabaran nyer...tahan ekk mata dia tgk sampai pagi..takpe ler akif manja puas2 yer..

Ms Lola said...

Oh, anak aku nak adik ;). Tp mak-pak nye... belumready lg!! Hehehe...

its me said...

oh aku lak... mamanya dah ready.. tapi kalau tanya anaknya memang sama mcm akif laa.

bila aku usik dia dia akan cakap

"ini adib laa bukan abong long.. aaadib.."