>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, September 19, 2007

kak/kakak

Kakak- adalah saudara perempuan yang lebih tua dari kita. (ikut pemahaman aku la)
Kakak/kak adalah panggilan kepada saudara perempuan yang lebih tua/berusia dari kita. (ikut fahaman aku juga)
Kakak juga membawa maksud panggilan kepada seseorang wanita atas tanda hormat terhadapnya kerana dia lebih berusia/berpengalaman dari kita.(mengikut apa yang aku faham juga)

Apa yang ingin aku perkatakan....Chewah...

Masa aku dok asrama dulu kami junior WAJIB letakkan title kakak/kak didepan setiap nama senior kalau idak ..siap ko nanti kena panggil atau kena chop budak kurang ajor!
Sesiapa yang pernah hidup di asrama sure akan faham.
Aku lahir 12 january 79, ada senior tu lahir 31 december 78, pun aku diwajibkan panggil dia kak..Padahal aku ada kawan same batch lahir bulan december tak de le plak dia kena panggil aku kak..hahahhaaaa

Setelah dewasa kini pun..Panggilan kak tu tetap susah bagi aku gunakan...(ntah apa2)
Aku kan kakak sulung jadi aku rasa kekok bila nak sebut perkataan 'kakak'/'kak'..
Hahahaaaa
Kalau orang yang muda dari aku panggil aku 'kak' aku ok je tapi kalau yang lebih berusia panggil aku 'kak' aku sedih! Hahahahaa Rasa macam..'nampak tua sangat ka aku ni?'

Masa aku Baru-baru balik ke Malaysia ntah berapa tahun lepas, kat KLIA ada pegawai KLIA tu panggil aku 'kak' aku rasa bengang sangat-sangat..Hahahaa...Terfikir2 aku..Tua sangat rupa aku ni?
Then beberapa hari lepas tu aku tanya boyfriend aku...kenapa orang kat malaysia ni suka panggil orang ada title 'kak' kat depan....
Dia kata maybe tanda hormat la kot..
aku kata kalau nak tanda hormat gunalah cik ka miss ka ms. ka...Or y not panggil adik...
boyfriend aku kata kalau panggil adik kang orang kata nak menggatal plak..
ohhh mcm tu plak.....Nampak sangat waktu tu aku ni buta sunggu tentang budaya amalan rakyat Malaysia terkini (time tu la)

Bagi akulah kan
Kalau mereka yang lebih berusia dari aku(1-5 tahun lebih awal lahir ke dunia dari aku)..aku TAK panggil kak bukan bermakna aku tak hormat diaorang, tapi aku selesa dan rasa 'rapat'
Boleh dimaafkan tak?
Sebagai contoh....
Anamiraa- Aku (haa siap bahasakan diri aku lagi)..Aku memang kekok gila nak panggil ko kak sebab dari awal2 terpanggil nama sahaja.
Raihan- Aku rasa ko suka kalu aku tak panggil ko kak..so aku mmg dari awal tak panggil ko kak hahahaa
Rizza-sebab dari awal lg aku beraku ko ngan ko.
Roza- pun dah terpanggil nama dari awal.
Boleh diampunkan tak...?

Dan
aku suka kalau mereka yang lebih muda dari aku tak panggil aku 'kak'
sebab ikut fahaman aku..kalau org panggil aku kak kang aku kena bahasa diri aku kak..maka aku kenalah sopan sikit sebab aku kan 'kak' (belit2)...takleh la aku beraku kau...
Ishh sopan kan bagus...Beraku kau tu plak MESRA hahahaaa

4 comments:

anamiraa said...

ha ha ha ha... tulong la jangan panggil aku kakak... awww tak rela you!

aku ni sentiasa muda ingat tu!!!

muahahaha!!!

Fid said...

anamiraa
yup jgn risau aku tak akan panggil ko kak punya..hahhaaa
kekok

rizza said...

lawak le ko...
ye kalau tak panggil kak tu memang dah rapat le...
aku ni tak de hal org nak panggil kak ke idak..heehe...

pinkytoe said...

hehhe..aku pun ala ala anamira jua...Sentiasa muda..Kalau orang panggil aku akak pun, aku bahasakan diri aku 'Aku'. Takpelah..yang penting kita hormat orang tu dengan cara berfikir bukan dengan cara panggilan