>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Wednesday, December 6, 2006

Pendirian terhadap penyusuan susu ibu

Ya betul blog ini bukan untuk aku paparkan kisah penyusuan susu ibu, tetapi kesempatan ini ingin aku gunakan untuk berkempen tentang susu ibu.

Aku memang penyokong kuat penyusuan susu ibu. Aku memang menyusukan anakku. Walaupun baru setahun 2 bulan lebih. Anak aku hanya minum formula separuh hari sahaja (hari pertama lahir) kerana aku tidak berupaya masih bawah pengaruh ubat bius (c-section delivery). Memang terkilan tapi aku puas hati bukan kehendak aku, itu ketentuanNYA. Lagi pun puting pertama anak aku kenal adalah puting ibunya bukan puting getah. Semasa minum formula pihak hospital gunakan cawan kecil bukan botol susu. Mungkin ini juga titik tolak permulaan aku begitu fanatik dengan susu ibu ini.

Aku paling tak suka mendengar orang bercerita tentang susu formula. Bagi aku tiada susu formula dalam dunia ini yang baik. Maafkan aku andainya ada yang terasa hati, jika anda tidak mampu memberikan susu ibu mungkin susu formula amat penting bagi bayi anda, namun tolonglah jangan bagi tahu aku susu itu terbaik. sakit telinga aku!! Kepada mereka yang merasakan susu formula itu baik, tolonglah hargai diri anda, susu anda lebih baik dari susu formula dalam tin itu!Anda mempunyai makanan terbaik untuk bayi anda!!

Tak kisahlah apa alasan yang diberi, bagi aku di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Susu tak banyak? Boleh banyakkan..Bagi aku kemahuan itu penting. Usaha tangga kejayaan. Kalau buat kerja yang kita tak pernah tahu kita boleh kenapa nak usahakan susu untuk anak kita tak boleh??

Apa lagi alasan nak bagi?Tak cukup masa? Masa berborak ada takkan masa mengepam tak ada??
Kerja?Ramai ibu bekerja susukan anak.
Apa lagi alasan???Malas???Boleh belah laaaaaaa...
Berilah apa-apa alasan pun, kisah apa aku anak kalian bukan anak aku! Jangan nak pandai-pandai ajar aku mengenal susu formula sudah laa. Ishhh paling senang, jangan berbangga dengan susu formula depan aku. Aku alergik!!

Satu lagi kegiatan yang aku tak berkenan, menambahkan nestum dalam susu formula anak. Ada yang kata nak ajar anak makan. Salah! Itu bukan caranya. Nak ajar anak makan kena suap solid food itu bukannya dengan cara masukkan dalam botol bersama susu formula.
Ada pula yang bagi alasan nak jimat susu formula. Padan muka, tahu pun parah nak keluarkan duit beli susu formula! Kalau bagi susu ibu kan tak perlu keluar duit. Padan muka padan muka.
Oh tentang menambahkan nestum ke dalam susu formula ni ada bahayanya. Aku tak ingat itu masalah besar aku. Sebab aku, kalau sebut je susu formula memang aku tak layan. Kena ubah sikap ni. Kena juga ambil tahu tentang bahaya ni.....Tambahan, aku dah jumpa artikel tentang bahaya dan tidak eloknya memberi bayi makan cereal menggunakan botol. sila bertandang ke SINI


Oklah, untuk maklumat lanjut tentang pendirian aku terhadap susu ibu ni silalah lawati blog aku yang INI

p/s: kepada mereka yang memang terpaksa berikan anak susu formula, bersabarlah ya cuba lagi untuk anak yang berikutnya.

1 comment:

Anonymous said...

hi yui...
i memang agreed with u on breastfeeding. i hope there will be more mothers yg akan breastfeed just like me and u and other more.
actually all this kena begantung pasa niat kita. i still remembered masa mula2 pas delivered. right after baby bersih and my hubby dah azankan, i terus ask for my baby to breastfed him. and u know what, i think that was the smartest decision i ever had. alhamdulillah anak i tak de jaundice eventho doc kate he had high possibility to get jaundice coz me and my baby have diff blood type.
it is also related to knowledge. i noticed most mothers yg reluctant to bf because lack of knowledge. Mother-to-be need to be equipped with all this, because breastfeeding not only come naturally (if u're lucky enuff) but its also a journey of learning. esp for babies yg suka nangis la, yg tak reti sucks breastla.. so, people like this need to be tought. bila ada prob cam nih, mula la decide nak bagi susu formula.

CT