>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, December 5, 2006

Pindah rumah

Alahai rasa tak sabar pula nak pindah rumah. Padahal kunci rumah pun belum dapat.
Aku hanya berpengalaman pindah rumah masa study dulu sahaja. Pindah sekali sahaja. Dr Hadano-shi ke Hiratsuka-shi. Guna hikoshi center (moving center). Penat juga.
Mula-mula aku jumpa Fudosan ya san, aku cakap awal-awal aku nak rumah yang murah, ada bilik air, ada tandas, ada dapur harga below Yen40,000. Cari punya cari, aku direkemenkan rumah sebilik ini, sewa Yen37,000. Sebulan kemudian aku pun berpindah.
Pada mulanya nak pindah dengan meminta bantuan seniors dan kawan-kawan tetapi banyak alasanlah diaorang jadi aku buat keputusan guna hikoshi center. Kos hikoshi center Yen30,000 mahal jugalah. Oklahkan tidak menyusahkan sesiapa. Semua mereka yang buatkan. Aku hanya perlu kemaskan serba sedikit sahaja.
Lepas pindah tu rasa happy sangat, entahlah kenapa. Maklumlah rumah baru. Tingkat atas jauh dari cerun bukit. Rumah sebelum tu memang di cerun bukit. Setiap kali ada gempa bumi kecut perut aku. Ciri-ciri keselamatan pun kurang. Yang rumah baru tu dekat bukit juga tetapi jiran tetangga ok. Heheehee
Ishhh itu cerita lama lah...
Ini cerita baru. Insya Allah akhir bulan ni kami akan pindah rumah sewa. Semoga semuanya berjalan lancar.

4 comments:

mawar said...

Waah..new blog..kenapa change to blogspot? mawar pun teringin nak tukar ke blogspot tapi manjang tak jadik je..malas nak maintain...so apa citer akif pegi zoo? hari tu tgk paper pasal zoo teringin gak nak bawah alisa pi sana for learning session..will see la one find day we whole family pegi sana! yeay!

fid said...

mawar
tukar blogspot sbb lawa hahaaa
akif blom gi zoo...Insya Allah weekend ni

Mo-C said...

pindah rumah mmg syok.. nak mengemas tu lagi 'syok'.. hehehe

Che-Cheh said...

I suka buang barang2 lama lah...lagi syiok!