Friday, May 23, 2008

Menjana Keuntungan Maybank2u - Mudah, Cepat & Berkesan

Hahaahaaaaaa

Hari ini aku dapat satu email tajuk di atas hahahaaaa

Kelakarlah....

Kalaulah itu offer yang maybank bagi dah ramailah jutawan di Malaysia ini....termasuk indonesi juga lahkan...
Dan Dunia seluruhnya la kan...

concept dia....macam biasa masukkan duit ke akaun org lain..lepas tu tulis email send ke orang ceritalah apa kita dapat..FUNNY!!!!

Tolonglah...Berhentilah buat benda macam ni


Yang kali ni kena bank in ke 5 akaun org RM2 each...

kahkahkah...

Walaubagaimanapun aku harap sangat Maybank dapat ambik tindakan kat 'bisnes' jenis ni
Depa guna nama Maybank tau!

Ni aku copy and paste
**************************************************************************************

Tuan/Puan,

GUNAKAN MAYBANK AKAUN ANDA UNTUK MENJANA PENDAPATAN MELEBIHI RM100,000!

Maybank2u menyediakan satu perkhidmatan yang baru bagi rakyat Malaysia membuat transaksi dan pengurusan perbankan melalui internet. Ia memudahkan pelanggan untuk mengakses dan membuat transaksi kewangan dengan lebih mudah dan cepat tidak kira dimana sahaja anda berada.

Tanpa disedari, Maybank2u juga menyediakan peluang bagi rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui internet. Disebabkan kemudahannya yang efisien dan kemampuan menyebarkan maklumat dengan pantas, ia merupakan platform yang sesuai bagi golongan yang menghadapi masalah kewangan bagi menjana lebih pendapatan.

**************************************************************************************

Ke aku yang tak tahu..

Sapa2 boleh tolong confirm kan?

3 comments:

cysev3n said...

hang nak suh confirm part mana?

RM2 sorang ye.. nak dapat 100K, fuh.. email aku kena menjangkau 50K umat manusia kat Malaysia ni..

Ealyie said...

Fid,
ealyie pun dapat jugak tapi maleh nak download attachment yg depa kirim tu... hehehehe.. Since last week depa dok sibuk menjana pendapatan kan..?

Fid said...

ealyie

tu laaa
tak larat nak jana dah kaya raya dah mak cik ni haaaaa

cik yan
confirm tang maybank tu laaaa

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search