>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, June 8, 2007

admitted-discharge

Dia dah banyak hari demam tapi mummy dia tak dapat nak ambil cuti jaga dia sebab mummy dia sibuk bangat!
Then hari Rabu lepas, balik dari taska dia kalut nak mandi.
Mummy bukakan baju dia, dia buka seluar dan diapers dia ambil towel, masuk bathroom. Then mummy suruh dia keluar sebab tak ada orang temankan dia keluar.Mummy suruh daddy temankan dia tapi daddy sibuk nak masukkan kain dalam washing machine lepas puas mummy leter daddy siap2 nak temankan dia mandi.
Dia melulu ke bathroom lagi minta daddy bukakan air..manakala daddy pula tengah salin seluar depan pintu bathroom.
Dia duduk di lantai sambil menadah air shower dalam gayung...
Tiba2 mummy dengar bunyi jatuh dia nangis dan...
Dia jadi kejang2 macam orang kena fit..
Terus mummy dan daddy lintang pukang pakai baju bawa dia gi SMC
Dia tak sedar on the way. Sampai SMC diaorg check level oxigen dia.OK.....Dia sedar...dia bangun dia tekan2 tilam katil sebab 'yas aaa' (keras laaa)

Sempat plak dia check, mummy pun tak perasan.
Then dia lali2....
Dia kena buat CT scan....Nak buat dalam dia sedar confirm dia terjun maka kena bg ubat tido dulu....
Dah scan
Doctor kata dia OK
Cuma kena tahan 1-2 hari untuk monitor untuk kenal pasti dia jadi macam fit sbb dia fit ke sebab dia jatuh..
Conclusion,
Dia jadi macam nak fit tu sbb dia jatuh and may be ada gegaran.
Walaubagaimana pun dia OK.Alhamdulillah

Lps dia sedar dari ubat tidor CT scan, aku tanya dia...
Who's Akif Hafiy..
"aye"
Siapa anak mummy
"aye"
What's this (gambar kucing)
"cat...ehhh mimi jom bird ana..."(jom tgk bird kat sana) tunjuk arah tingkap

Perasaan
Tak tau nak cerita
Aku rasa macam gelap alam ni.
Laki aku lagilah dah bende jadi time anak dengan dia
Siap meleleh ayaq mata mamat tu
Aku control lagi sebab kang aku teriak mahu banjir...

Aku angin gila kat hubby tapi lepas sms Anamiraa dia pesan kat aku jangan marah hubby baru aku boleh control sikit hangin aku...

Ada banyak lagi nak tulis kang esok2lah...
Aku penat..Macam aku plak yang admitted..

Start pagi smlm sampai time nak discharge tadi Akif asyik melawat kawasan aja...penat kami laki bini.....
Dari Ground floor sampai tingkat 5 setiap sudut dia terjah.....
Rasa penat dia balik bilik...
Yang penatnya kami yang mengikut ni laaaaaa
Doctor takyah lawat dia kat bilik, dia yang terjah doctor..Mmmmmmm.....
Aku risau jg dia penat2 kang jadi apa2 ka..dia steady je....Tapi masih kena bagi perhatian, takleh biarkan dia keseorangan......

5 comments:

Che-Cheh said...

Thank God!

Jadi sekarang ni u ngan hubby u kena ikut hulu hilir la..busynya.

Fid said...

che-cheh
Ya ikut hulur hilir mana2 sahaja

momidanial said...

alhamdullillah....syukur larrr..takde apa yg serious. Akif be good okay? Aunty gumbira akif dah sihat ;)

rizza said...

alhamdullillah akif dah ok...
semoga cepat sihat n cergas kembali...
fid take care of yourself too...byk sgt kerje tu ..

Nero ...... said...

Ala akif camne leh jatuh..harap2 takde ape2.akif jgn notty2 ye kesian mummy akif