Friday, October 31, 2008

berbaktilah-ADA UPDATE!081101


Pada suatu hari
Aku search about hukum hakam bagai.

Sekali aku sampai kat satu website abour Q&A-tanggungjawap anak

Ada satu soalan tentang
‘Adakah menjadi tanggungjawap seorang anak perempuan untuk menjaga ibu bapanya?’

Jawapannya:
Ya. Selagi dia anak ibu dan bapanya
Tanggungjawab menjaga ibubapa adalah tanggungjawab bersama anak lelaki dan perempuan.
Jika anak perempuan itu sudah bersuami, suaminya perlu memikul tugasan itu atau benarkan isteri berbakti kepada ibubapa kandungnya.
-pilih suami yang baik..banyak harta pun jika jiwa kacau tiada maknanya-

Apakah yang aku ingin sampaikan
Berbaktilah kepada orang tuamu.

UPDATE
Dari website Muis(majlis ugama islam s'pore)


soalan: Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua?

Jawapan:Tanggung jawab menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua adalah tanggung jawab semua anak, tidak kira lelaki dan perempuan. Tiada ada perbezaan dalam tanggung jawab tersebut. Hanya jika anak perempuan itu sudah bersuami, maka izin suami perlu ada sebelum anak perempuan itu menjaga ibu bapanya. Namun, si anak perempuan itu tidak boleh berselindung di sebalik suami untuk tidak menjaga ibu bapanya yang sudah tua. Dia mesti yakinkan suaminya bahawa menjadi kewajipannya untuk menjaga orang tuanya, dan jika si suami tidak izinkan maka dosanya akan kembali kepada suami.
Walau bagaimanapun si anak perempuan itu berhak untuk menyumbang wangnya kepada orang tuanya walaupun tidak diizinkan suami kerana itu adalah wangnya dan bukan wang suaminya.


Soalan

Adakah wajib seorang isteri memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya yang tidak lagi bekerja walaupun dilarang oleh suaminya?

Jawapan
Kewajipan menjaga dan menampung kehidupan ibu bapa yang sudah tua adalah kewajipan yang dikongsi bersama kesemua anak-anak, lelaki dan perempuan. Mereka perlu berbincang akan cara perkongsian yang sesuai untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka. Mereka perlu sedar bahawa keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.
Apabila seorang suami melarang isterinya dari memberi nafkah kepada ibu bapa isteri tersebut, dosanya berpindah dari isteri kepada suami. Oleh itu, para suami tidak wajar melarang isteri mereka dari menziarahi dan membantu sekadar mampu ibu bapa mereka.


UPDATE LAGI-sebenarnya sebelum aku publish entry ni aku dah tulis bab bawah ni bab aku tak jadi..sebab itu syeh tak mari...

Bab mertua-menantu
Saya ingin menyentuh bab menantu yang asyik nak menag dalam erti kata lain...mengawal suami..Nak dia ja tak mau share ngan MIL dia..
Ehem...
Ini topik berat ni

But aku nak share sikit pendapat aku
Bagi aku, adalah tidak adil bila kita jadi isteri kita nak kawal suami kita(kes aku lain ya aku tak kenal pun MIL aku...Ada orang kata sedap la kau....sedap le nak ngater orang yang ade prob ngan MIL...IDAKKKKKKK)

Pendapat aku

Berapa tahun kita kenal suami kita?
Dan berapa tahun suami kita kenal mak dia???
Got the point????

Kalau korang 'termenikah' dengan suami yang memang 'ibuku ratu hatiku'(sepatutnya la)
korang jangan melatah.
Itu memang hakikatnya
Terima saja la

Bayangkan 25 tahun dia berkasih sayang dengan mak dia tiba2 kita nak ragut cinta depa..bayangkan ada org lain ragut cinta kita yang baru 10-11 tahun..bayangkan.....

Sebagai pencinta yang setia adakah anda akan rilex?Buat tak tahu
Itu juga yang berlaku jika bila kawin sahaja anda nak suami anda 'pilih' anda 24 jam 365 hari..
Dan bayangkan jika itu yang menantu anda lakukan...

Dan begitu juga if suami/isteri kita lebihkan family dia ....
Just think positif...

Kita baru hadir 10 tahun dalam hidupnya tapi mereka sudah 20 tahun sebati dengan jiwanya...

Aku mula2 dulu pun ala2 aku la 'ratu hatinya' juga...tapi bila dah ada anak ni aku mula nak jadi 'ratuhati' anak aku...(walaupun aku kata aku akan prepare myself to be a very supporting mom and MIL in the world..yet aku tetap sangsi dengan kemampuan aku!)
Kalau dua2 anggap aku ratuhati depa memang tak cukup besar negeri selangor negeri sarawak aku tadah...

Terlalu selfish jika kita nak semuanya..
isn't?

Betul MIL/FIL juga perlu fikirkan kedudukan menantu
Bukan semua MIL/FIL kita ada ilmu secukupnya...
Namun.....Macam kata one of my aunties...Berapa lama sangat kita akan hidup..If bukan dia yang pergi dulu..kita yang pergi....so selagi masih ada nyawa dikandung badan....Berbuat baiklah dengan ibubapa/mertuamu

Dan aku pernah ingat aku pernah kata
"kalau laki aku tak mau ikut cakap aku sia2 dia kawen dgn aku.."
Yes...aku nak dia ikut kehendak aku..jika kehendak aku itu betul jika songsang dan alpa haruslah dia betulkan...

Menjadi suami bukan sekadar memandikan isteri dengan intan permata....Membimbingnya terus maju ke Jannah!Main objective!

maka itulah pandangan aku yang sudah berusia 29 tahun senja...
Besday aku 12 jan..so kalau nak bagi hadiah ka..bleh la...handbag 2nd hand pun aku terima....ehemmm...(agak2 ada orang nak sedekah ke???)





7 comments:

Anonymous said...

fid,
blog mana hang pi ada tulis pasai ni? aku nk gak tgk full artikel. dh lama surf psl berbakti pd org tua ni, tp tak jumpe yg dicari. sbb apa, org melayu kita ni asik ckp bile pompuan dh kawen, ibu bapak bkn tanggungjawabnya lagi, cuma tanggungjawab anak lelaki shj. aku kompius la kan, klo kite dpt sume anak pompuan, takde anak lelaki langsung maka kite jd terbiar ke bila sume anak pompuan dh kawen??? haaaaa....ni la persoalan yg selalu blegar dlm kepala aku. hang bukak entry yg cite detail pasal hal ni bleh tak fid?

Fid said...

first mom

bkn blog tapi satu website


jap nak cari

Fid said...

it's majlis agama islam s'pore
muis

knv said...

tanggungjawab atau tak pun, tergamak ke tengok parents kita susah? musykil betul aku kalau ada orang yang bagi alasan gini. dan malang betul kalau ada suami yang larang isteri mereka terus berbakti kepada parents dia. tak ada akal kaa?

dari dua tapak kaki makpak bela hangpa sampai besaq takkan langsung takde consideration, takdak kasih sayang? err.. aku memang takleh terima apa alasan pun yang depa bagi.

boleh tak kalau dapat laki yang tak bagi baik ngan makpak, kita mintak cerai je? over ke aku nih?

Anonymous said...

saya,secara peribadi mmg agak bengang dgn sesapa yg tak suka kat mentua (xkira laki ke pompuan). Lagi2 kalau asik komplen 'suami/istri melebihkan mak dia je'.

Pd pendapat saya, org skarang byk dijamu cerita Romeo&Juliet,Laila&Majnun, Shahjehan&Mumtaz drp hakikat sebenar perkahwinan dalam Islam. Pendek kata, semua pasal cintan hanya kau & aku je lah.

Tanggungjawab lelaki lepas kawen:
1. Allah (absolute la kan)
2. Rasul (pun absolute juga)
3. Ibu & bapanya
4. Ibu & bapa mentuanya
5. Isterinya

Tapi ramai isteri yg ingat dia duk tangga no. 1. Sebab tu lar nikah nakkan wali,bukan main belasah aje. Islam amat mengutamakan keturunan & ikatan kekeluargaan. Lelaki pun, ada yg piki lepas kawen,dia dgn wife & anak2 dia je. Tak ingat (tak tau kot, sebab watak2 dlm filem cinta mana kisah mak bapak) tgjawab sbenar.

Ramai lelaki yg ingat,lpas kawen,anak orang tu dia punya,org tua tadak hak. Mmg org tua dah tadak hak kat anak dia, tp hak dia dah betambah, menantu lelaki betanggungjawab ke atas mereka. Bukan amik anak, makpak dah takde ape2.

Istri pun, bantulah suami menjalankan tanggungjawab dia, sdar la kita kat mana.. Huhu. Dan ia bukan u,mak u,i, mak i. Dah kawen, dah jadi mak u pun mak i, mak i pun mak u.

Mmg susah nak terima/buat. Kalau tak,semua org pun masuk syurga terus.

Benda ni ada masuk kusus kawen tak? Cam takdak je. Tapi kalau ada pun mesti jadi bab yg org xminat nak dgr. Hehe.

Pantun Melayu kata:
Nasi lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara kerana kasih hambe turutkan.

Tapi agama kita kata : buang emak (temasuk mak mentua) kau masuk neraka. Hehe.

Apsal saya suka merepek kat blog k fid? Sebab blog ni best!

knv said...

kahkahkahkah!
lyna, harus si fid masukkan comment hang kat entry dia hahahahahah!

betul! yang penting didikan agama tu nak kena solid molid dulu. orang yang takut dengan allah takkan berani buat benda2 macam ni. ingat hang tu besaq sgt ka?

Rizza said...

aku setuju ...

ibu mertua tu kan kira ibu kita juga bila kita kwin ngan anak nye laa.... (org2 yg bengap dan kureng pahaman agama sebenar nye ..yg dok kata mak ko .mak ko.. mak aku mak aku bile dah kawin.). hehehh

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search