Wednesday, October 29, 2008

kena tahan wad

Aku pelik la awat zaman moden ni masih ada manusia yang masih 'takut' anak kena tahan kat wad...takut admitted

kalau takut admitted private hospital sbb kos mahal..ok faham..but y takut juga kalau hospital kerajaan?

kenapa sanggup cuba ubat yg ntah sahih tak sahih betul tak betul dari ditahan kat wad dan doktor/jururawat semua monitor?
Kenapa?

Contoh:Paling simple.Anak kena jaundice.
Ada yang sanggup bg anak..ubat sensei la..susu kambing la...macam2 la sebab konon akan pulihkan anak.
Sebab tak mau kena tahan kat wad.

Kalau aku kan...aku senang
Aku lagi rela dok hospital dari aku buat benda yang tak tau kesan dan sebab musabab.

Memang la kalau kena tahan spetal kena cuti bagai..Tapi itu la yang paling baik aku rasa.

Dari mencuba benda yang tak pasti

Pandangan aku ya

Pelik dengan orang yang kata depa moden..up-to-date tapi hakikatnya takuttttt nak terima kemajuan dunia perubatan dan teknologi!

12 comments:

Emma said...

pandangan peribadi sy..

mungkin some ppl tu takut nak tinggalkan anak kat hosp cthnya utk jaundice tu sbb kesiankan anak kecik tu dicucuk badannya sbb nak amik darah... urat halus lg dah tcemar dgn segala jarum semua...

so, x salah mberikan nasihat.. sbb rambut sama itam, hati lain2... (walaupun perumpamaan tu dah xleh pakai dewasa ini... hu hu)

just my 2cents..

-mama emma-

Anonymous said...

"Pelik dengan orang yang kata depa moden..up-to-date tapi hakikatnya takuttttt nak terima kemajuan dunia perubatan dan teknologi!"

That's exactly my point bila aku tulis something satu ketika dulu. Zaman dah moden - maklumat semua boleh dpt thru hujung jari je. Kenapa still nak ikut benda2 yg kita sendiri tak tau "kenapa"? Kalau nak ikut pun, at least cari la dulu kenapa dan bagaimana - tak lah membuta tuli ikut

Letih, beb

it me said...

aku pernah alaminya masa adib kena jaundice...
aku lak tinggal umh mertua.. ikutkan aku memang nak cepat2 bawa adib g spital.. tp tau2 laa org kg and my hb lak jenis ikut jer; jemur laa, bagi susu kambing laa, mandi air apa ntah

masuk hari ke3 adib kena (aku baru seminggu tu) aku gunakan air mata aku paksa hb bawa aku n adib g spital..
benda gini bukan boleh main-main

Rizza said...

yg ye nye.. masih tak mau pikir bahawa teknologi lebih byk membantu...
kalau petua2 yg bukan2 tu.. lagi le kesian budak2 kecik kena ...

sebab tu le ..awal2 dah nampak "kuning" cepat le bagi susuibu dan bawak pi jumpa doktor.. bukan pi sumbat susu kambing la....

ade benda kita kena pikir utk long term...... demi kesihatan anak....
kalau kita bagi apa2 yg kita tak pasti ..yg tak tau apa side effect..lagi le bahaya kan...

at least kalau kita pi bawak hospital... derang akan take care.. kalau dah teruk sgt ..tu yg kena cucuk segala jarum.....

Ms Lola said...

Lupa nak ckp, aku mula2 baca tajuk, aku ingat Acif yg kena tahan kat wad. Haru pulak, lepas sambut besday, terus masuk sepital :P

Fid said...

ala kalau tinggal anak kat spetal kita tunggu la sama
yg pi tinggal kita balik sapa suruh
bg yg mampu...dokla private
bg yg kurang mampu mcm aku bleh pi hosp kerajaan.
cakap yg kita BF anak

kwn aku ok ja anak dia kena tahan dia pun menahankan diri dia lepak spetal tunggu anak...

mmg la dlm pantang tak larat tapi dah jadi mak kan..pepandai la

pendapat aku la

ngan satu lg
time mengandung tu belajar la selok belok mcm mn nak bg anak tak /kurang kena kuning...

minta nasihat doktor bkn nasihat ntah sapa2..

Fid said...

p/s:dr pengalaman aku yg anak kuar masuk spetal ni

apa yg anak aku blom kena?
cucuk?meronta pegang 5 org pun masih bleh ronta

kena bg ubat tido 2 minit terkulai...buat scan bagai

ikutkan tak sampai hati..mmg tak sampai laaaaaa
tapi bila aku pk balik...that's d only way

mcm mn nak tau otak ada pendarahan ke idak kalau tak scan?
bleh suruh bomoh kg scan ka?

aku rasa mak pak yg anak kuar masuk spetal mmg akan diketegeri zalim oleh org lain sbb memejamkan mata biaq anak diperlakukan...

MN said...

fid, mak link ur blog.
dibenarkan kah? :)

Fid said...

mrs noba
sila sila
tarak sombong punya...hahah

Mommy Lyna said...

saya kalo hafiy demam sikit pun, asik2 je nak suruh doktor tu amik darah, wat blood test. baru puas hati.

pengalaman dari arwah mentua saya, dia stop rawatan spital, try tradisional (kes dgr cakap orang), last2 hari2 terakhir dia tulis dalam diari dia "KESALAHAN DALAM MENGUBAT PENYAKIT AYAH : TINGGALKAN RAWATAN HOSPITAL, 4 BULAN TAK KEMO SEBAB TERLALU PERCAYA PADA TRADISIONAL, AKHIRNYA SEMAKIN TERUK & BILA KEMBALI KE HOSPITAL, TAK DAPAT SAMBUNG KEMO KEMBALI SEBAB DAH TERUK". (semuanya takdir Allah, tapi atas usaha kita juga)

bagi saya, biarlah saya tahu ape yg berlaku dalam badan dia secara saintifik i.e. amik darah & tau blood count daripada beri makan ape2, sape tau bukan betul2 sembuh, tp yg sebenarnya mungkin itu side effect dari benda makan yg takde bukti bagi saya.

biar dia sakit, nangis sikit daripada lepas tu kita yg nangis selamanya......

wanie said...

wanie rasa diorang takut/ tak sampai hati tgk anak kena cucuk sana sini kot...

wanie kalau irfan tak sihat mmg terus bawak klinik...kalau teruk bawak hospital...kalau kena masuk wad, redha je la...irfan pun penah 2-3 kali masuk wad..mmg tak sampai hati jugak tgk dia kena cucuk sana sini..kena kuat jugak la demi nak anak cepat sembuh..lebih baik masuk wad, daripada mencuba benda2 yg tak tau kesan nye nanti...

Anonymous said...

sy sgt2 setuju dgn pendapat sume org kat sini. korang smua mmg level-headed dn buat sesuatu bdasarkan fakta, bkn main ikut buta tuli.

saje nk share kt sini. anak sy dulu pn kne jaundice. bapak mertua sy pi sumbat baby dgn susu kambing, mak mertua sumbat dgn air masak, husband pulak pi jemur kt direct sunlight (bkn indirect kayy...) yg mana kesemuanya mmg tindakan yg SALAH. pd masa tu, dsebabkan kurang berilmu, sy tiada hujah utk menentang tindakan tsebut. last2 nasib baik masa nurse dtg buat lawatan ke rumah, sy dinasihatkan bwk anak ke hospital. nasib baiklah bacaannya tidak begitu tinggi. sy diminta mhentikan pberian susu kambing/air masak/jemur dn cuma perlu mggalakkan anak bf sekerap mungkin.

it's an eye-opener. slps kes jaundis tu, sy smakin byk mbaca dr buku/internet. apa2 petua yg sy rasa tak masuk akal sy ketepikan. tp sakit jugakla sbb husband slalu tuduh sy DEGIL dn TAK IKUT CKP ORG TUA. hehe.

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search