>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, November 5, 2007

daddy...

Hari ini hari ke-2 Daddy berjauhan dari kami....
Si Gedebi dah tahu yang daddy tak ada..Dan tak akan balik dalam masa 2-3 hari ini..Tapi dia seolah-olah mencuba melupakannya..(Lupakan yang daddy tak ada kat rumah)..Aku tengok dia macam sedaya upaya menghiburkan dirinya agar tak mencari daddy walaupun aku tengok 2-3 kali juga dia merayau-rayau dalam rumah...Mencari-cari 'sesuatu'...Bila dia teringat dia akan sebut dengan perlahan..
"Na yaa (Mana la) daddy ya(Daddy saya) ni...wooo daddy ya work (Ohhh daddy saya work)"
Lepas dia sebut dia akan pandang arah aku kot kot aku dengar aku buat muka tak tahu apa-apa...so dia senyum...Risau takut aku tau dia miss daddy...

Dia ada juga cari daddy belakang pintu (daddy suka sembunyi dari dia kat belakang pintu)
Bila tak ada daddy kat situ dia akan tarik muka masam....Dia akan ke pintu depan renung ke luar dan kemudian datang kat aku...
Aku tau dia rindu daddy dia.Sejak dia besar ni mana dia pernah ditinggalkan daddy dia lama-lama....Kalau daddy balik lambat dia dah bising ini berhari-hari...Mmmm..
Sabar ya baby....

Hubby ada call 2 kali petang semalam...Dia janji nak call malam tadi but dia tak call..Si Gedebi macam tertunggu-tunggu panggilan telefon...dia asyik jeling-jeling arah telefon...Itulah daddy janji nak call tapi tak call......

Malam tadi Gedebi tak selesa tidur..(Dia kan tidur cium ketiak daddy hahahaa)...Dia macam tercari-cari daddy dia...dilonjak-lonjak badan dia sampai ke kepala katil 3-4 kali aku bangun betulkan.....

Anak aku ni aku tengok memang kuat 'control macho'..Mmmm.....

tokorode (ni perkataan kalau bahasa jepun kita nak tukar topik tak bersangkut paut d tengah2 topik lain hahah)

Last Saturday..Aku kena kerja..Terpaksalah kan but aku ambik halfday.....
Pagi tu Daddy bawa baby pergi opis dia ambik sport shoes yang tertinggal (kononnya laa) tapi aku tau dia nak gi buat kerja dia....Nak bagi tau direct takut kena fire so sengaja2 la kan tinggalkan kasut..padahal kasut lain kat rumah pun ada....

Kat opis daddy tengah daddy buat kerja baby sibuk main game....

Al kisah ada satu mamat ni pi sound daddy

"Anak hang ni beghapa taun?"
"2Tahun.."
"awat kecik sgt?Anak aku masa 2 tahun besaq..."
"Mana gambaq mai aku nak tengok.."
Si mamat ni pun tunjuk laaaa..
"Cehhh kughus kedekiang....Apa yang besaqnya?"
"Anak aku minum susu banyak ooooo...Sebulan 6 tin"
"Anak aku tak minum susu-susu tin nih....Dia ni 100% anak manusia...."
sigh.....

Komen daddy....
"benci aku kalau orang nak compare-compare anak aku ngan anak depa..."
Komen mummy
"Tau tak paaaa"

9 comments:

mamalisa said...

seronok je baca pasal akif yg dah pandai cakap dan bijak nih. Alisa tu byk jugak cakapnya tapi sepatah haram mama dia tak paham! heee

Fid said...

hahahahaaa mamalisa
biasa lah tu
kadang2 tak faham juga tp buat2 faham..lama2 clear le sikit sebutannya

rizza said...

hahahha

sama la akif ngan hassan..bukan ye leh tido kalau bapak dia tak de sebelah..(kalau mengantuk sgt ..bantai je dia tido..)

hehheh bijak2...kasi "fire" kat org yg suka banding2 kan anak derang tu.. akat anak cekeding kata anak besar dari akif..hehhhe
lawak2

anamiraa said...

eh aku heran. apsal lak hang nak fire laki hang kalau dia pi opis nak buat kerja masa cuti? aku heran. aku heran. ha ha ha ha !

Fid said...

anamiraa
aku fire sbb dia dah la hari2 balik lambat
lps tu malam2 buat kerja opis lagi..takkan weekend pun nak pi buat charity kat opis juga kot.....
anak dia tu bknnya bleh sgt kalau 'kurang perhatian' kang demam masuk spetal aku juga yg susah....
itu sbbnya.....
sejak aku kawen ni
kompeni yg dia kerja ni je yg aku ok sikit sbb ada give and take ..kalu kompeni lama....giveeee je nak take takleh....

Nero ...... said...

Aku memang bengang kalau org banding2 nie..baru je semalam aku kena ..tegur anak aku kecik gak..aku tgk anak dia lg kecik umur dah 2 thn lebih..

anamiraa said...

oh barulah aku paham. laki hang ni kiranya jatuh workaholic la yea.. takpe nanti boss sayang tu...he he he..

mimielola said...

mamalisa & rizza (mintak maaf ye tuan rumah),

anak aku tu kalau nak satu2 benda yg dia tak tau nama, di bantai "nak ni!!!" "ni" apa haku pun tatau.

Ardellia said...

kecik kaa akif tu? la ni dah brp kg? tinggi dah brp cm?
kalau lebih kurang sama mcm yaya, ok la tu... sbb umur sama.. gila apa susu tin 6 tin sebulan.. tak mkn nasi kaa...