>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Saturday, November 3, 2007

zaman berubah

Assalammualaikum
Aku tiba-tiba emosional apabila baca satu topik kat Forum tentang menyusu ketika hamil.
Sesungguhnya menyusukan anak ketika hamil tidak salah dari segi agama dan kesihatan selagi tidak memudaratkan si ibu dan anak.
copy paste sekali lagi laaaa

SOALAN

SAYA seorang ibu dan masih menyusukan anak yang berumur dua tahun. Ramai orang berkata, tidak elok terus menyusukan anak yang umurnya melebihi dua tahun. Malah, ramai juga yang melarang menyusukan anak jika kita hamil lagi.

Apa pandangan Islam dalam hal ini? Bagaimana pula jika wanita itu mengandung setiap tahun? Adakah dia perlu berhenti memberi susu badan kepada anaknya dan menggantikan dengan susu formula?

RINA
Kuantan


Penyusuan susu badan ibu sangat digalakkan dalam agama Islam. Bukan saja susu ibu baik daripada sudut kesihatan anak, tetapi ia boleh menjadi penjarak kehamilan bagi ibu.

Tiada tegahan dalam agama jika ibu masih mahu menyusu anak sehingga lebih umur dua tahun. Cuma yang disarankan dalam al-Quran ialah masa terbaik untuk memberi susu badan ialah selama dua tahun.

Tidak menjadi kesalahan agama juga mahupun daripada segi kesihatan terus menyusukan badan, walaupun hamil. Tiada istilah minum susu hak orang lain yakni minum susu bakal adik yang akan tiba seperti yang dikatakan setengah pihak kerana hak susu anak yang lahir ialah sebaik saja dia dilahirkan. Selama mana wanita itu mempunyai susu untuk diberikan pada anak, berilah kepadanya.

Dari harian metro online.Kalau nak search taip aja 'menyusu ketika hamil' ataupun 'hukum menyusukan'....


Apa yang menggeramkan aku adalah..kenapa pada zaman yang serba berteknologi tinggi ini..Pada zaman yang ilmu dihujung jari ini..Masih ada manusia yang masih mengamalkan 'orang tua tua kata tak boleh itu tak boleh ini?'
kenapa?

Pada pendapat aku, kalau sesuatu amalan turun temurun nenek moyang dahulu kala tiba-tiba dapat dibuktikan dari segi agama dan kesihatan dan logik akal manusia tidak benar, kenapa kita harus terus mengamalkannya?
Lupakan sahaja....
Ramai yang bertanya kenapa kalau orang tua tua tu amalkan menjadi?

Pada aku itu tentang spirit dan keyakinan mereka ..Secara kebetulan...

Berbalik kepada kes menyusu anak ketika hamil....
Tiada istilah minum susu bahagian adik ya..sila hati-hati dengan pengamalan tanpa usul periksa ni dikhuatiri menjurus ke arah syirik dan kurafat.

Itu aja...

p/s: Kerja hari sabtu ni tak best laaaa....

1 comment:

rizza said...

bagus2..ko carik lagi,....nanti aku pun tolong le gak cari artikel best2 gini..hehhhe