Saturday, December 1, 2007

december datang lagi

December datang lagi...Cepat sungguh masa berlalu. 2007 hanya tinggal 30 hari sahaja lagi.Maknanya lagi 42 hari aku akan genap 29 tahun masihi..Tua dah tua dah....

December..Kalau kat Japan musim sejuk la ni..Sejukk sejukk...
Bila ingat musim sejuk teringat aku mak su aku nak pinjam long coat aku. Bila teringat baju2 sejuk nih aku teringat le koleksi aku yang bersepah2 dulu..Aku bawa balik malaysia 2 helai je yang lain aku 'lelong'..kasi kawan-kawan dan saudara mara (aku ada sedara mara tau kat Jpn hahahaa). aku ingat ka bila aku dah balik Malaysia pakaian musim sejuk sudah tidak berguna lagi..Aku silap di situ!!!
Rupanya kat Malaysia ni mahal dan tak cantik sangat heheheheeee...
Dan ruginya aku tak beli bawa balik untuk boyfriend aku dulu (ye la nak bawa balik buat apa kan Malaysia panas...) tapi bila le ni dia bakal kerap ke negara 4 musim rasa cuak plak tengok tag harga pakaian musim sejuk kat Malaysia nih!! Boleh gitu?

Aku dulu beli pakaian musim sejuk ni time bargain sale/clearance sale aja!Huhuhu murah gila la...Tapi aku pakai baju fesyen 2000 pada tahun 2001 fesyen 2001 pakai pada tahun 2002 dan seterusnya la..Tapi tak kisahlah kan janji selamat Yen aku!
tutup kisah baju usim sejuk....

Kenapa akhir-akhir ini aku asakan masa begitu pantas berlalu?
Aku sebuk sangat ke?

Namun bulan december ni bulan BONUS!!! Hahhahahaaaaa
Ya Allah murahkanlah rezeki kami...

No comments:

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search