>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Tuesday, February 5, 2008

cat kucing latest update about the kitten

Akif mana cat?
Hilang..
Hilang mana?
Ati
Mati tu apa?
Ati tu tido la mummy..tido tak bole bangun lagi!

Itulah kisahnya

Genap seminggu the kitten tinggal dengan kami dia telah mati.
Setelah segala peralatan keperluan hidupnya kami beli....Dia mati juga....
Kerana kami tak mampu nak beli 'ibu' untuk dia...
Aku suspect dia kesejukkan.....Kain2 macam tak mampu panaskan dia....
Kesian sangat saat2 kematian dia..Sampai aku terlambat pi kerja...Sabtu lepas dia mati...

Jadinya la ni hanya sangkar dengan peralatannya yang tinggal....
Bila tanya anak aku mana kucing dia akan jawap seperti jawapan di atas....Kadang2 dia pula tanya aku....

Seruan aku...
Sesiapa yang bela kucing..tolonglah jgn pisahkan anak kucing dr ibu dia.Kesian...
Kalau nak buang..buang sekali ngan ibunya..

Kepada manusia yang 'suka' buang anak
kalau nak buang anak tolonglah jangan buang kat tong sampah..'buang'lah kat tempat yang 'selamat'. Kalau tak nak anak tu tolonglah jangan bunuh dia cara zalim (bakar,sumbat lubang najis etc)....'Buang' aja dia hidup2 kat depan rumah orang yang bekeluarga ka..depan masjid2 , depan surau yang orang guna....
Kalau boleh tolonglah jangan buang langsung..Kalau tak nak sangat pun carilah orang yang mmg nak anak tu...Lagi satu kalau dah tau tak mau anak tu dr awal jangan 'buat'...

Pada pandangan aku pusat orang yang tak mau anak, 'buang' anak mereka wajib diwujudkan. Langkah2 ini perlu bagi mengurangkan manusia2 gila jadi makin gila dan kejam....
Bukan nak galakkan maksiat tapi jika maksiat itu sudah tidak mampu dibendung, apa kata kita 'tolong' kurangkan kadar bayi tidak berdosa dibunuh cara kejam oleh ibu yang buat dosa.

sekian...

12 comments:

mumaina said...

Fid,
Sedih betui bila baca kisah kitten tu..
Teringat kat kucing bapak den yg mati kena makan dek ular..kucing tu memang cantik coz hubby yg bagi,bapak den gila kucing :-))
kena makan dalam sangkar belakang rumah...seminggu monyok .... mak den tgk macam nak nangis...
P/s...
sebak sungguh tgk baby yg tak berdosa kena hitung dek lalat coz kena buang..korang baca metro semalam?

Fid said...

mumaina
sbb baca tu la teringat hal kucing sampai ke hal bb kena buang nih

rizza said...

ala cian nye..

Yan said...

isk.. sedihnya.. tisk.. teringat plak kucing mak mati kena lenyek keta yg parking kat depan umah back in 1990.

p/s: mak tak baca metro.. harus kalau ada pun mak tak sanggup baca..

anamiraa said...

kesian. memang kesian. itu aje yang mampu kuluahkan!

mamadanish said...

Fid..
sedihnyeee
speechless..everyday i excited nak baca update u pasal kucing..sob sob..:(

Ms Lola said...

aku agree ngan semua point hang tang buang anak manusia tuh.

tang kitten tu - am sorry to hear that

Fid said...

cik yan, anamiraa,rizza,mamadanish...
kasihannnn..

ms lola..
kan...patut kan buat gitu kalu anak manusia....

Mommy Hafiy said...

sedeynyer...teringat kat kucing kitaorg dulu..sanggup bela sampai 18ekor tp bila dah besar sket org pulak curik!!
btw..kat sini dah stat akachan posto..start thn nih..

Mommy's brownies said...

oh! terkedu aku! am sorry to hear that!
aku setuju segalanya tentang masalah buang anak tu!

madamoiselleczar said...

aku sedih laaa ini macammm..huhuhuhu

mamafiza said...

Dear Miss Lovebaby,

Wish you and your family will recover soon from this sorrow *hugs*

Truly Miss your post and lil Akif :)

Hope lil Akif will be strong to face the situation *great boy, great effort*

Totally sad for this news.

May Allah swt blessed your kind family and the precious kitten. Amin~

p/s: stories about "unwanted child" *tears uhuhu*