>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Monday, April 28, 2008

Hilang

Kisah anak teruna manja

jumaat malam sabtu
daddy gi rumah kenduri ada tahalil
dia kat rumah dengan mummy
(daddy lari sebenarnya masa dia gi pee kat toilet)

Bila dia sedar dia mula mencari daddy...serata rumah...bawah almari
bawah katil..bawah kerusi(tak de logik langsung tak akan daddy muat nak masuk bawah semua tu kan..dia lain laaa...)

"mummy..daddy mane?"
"Daddy?"(mummy buat2 tak tahu...
"A,,Daddy acif mane?"
Belom sempat mummy jawap....
"mummy daddy hilang......daddy..daddy....Mummy daddy hilang..."
"Daddy tak hilang la....Daddy ada.."
"Mane?"
"Daddy pergi rumah kenduri.."
"mane?"
"pergi rumah kenduri..."
"ken-tuwi tu ape?"
"Kenduri tu majlis keramaian..."
"Ape tu?"
Mummy garu kepala lagu mana nak explain...
Maka mummy tukar topik..

"soo kita nak belajar ke nak main ke nak tengok TV ke nak buat apa?"
"Nak tunggu daddy..."

Hari Sabtu pagi mummy plak gi 'merewang' kat rumah kenduri...
Dia tak bangun tidur lagi masa mummy keluar rumah...
Dia 'rusuban' ngan daddy la

"Daddy..nak mummy"
"Mummy tak ada kat rumah."
"mummy..mummy..."
Cari mummy satu rumah ala2 macam cari daddy juga
"daddy..mummy hilanggg.."
"Mummmyyyyyyyyyyyyyyy"

Daddy mandikan dia then bawa gi rumah kenduri...

Nampak aja mummy..
"mummyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....mummy acif tak hilang yaaa"

Malam tadi pula daddy 'lari' lagi gi ambil kereta sebab nak simpan kat umah le since dah bleh masuk..masa kenduri kereta tinggal kat area umah flat...
Jalan tertutup dek pelamin...

Bila dia perasan daddy tak ada

Dengan deraian air mata...
"Mummyyy...daddy hilang lagi!uwaaaaaaaaaaaa"

Adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Tak de nye mummy ngan daddy nak hilang!

No comments: