>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, January 18, 2008

cerpen

Terasa macam nak tulis cerpen pula....
Nak letak tajuk apa ya?
(opsss aku tak harus fikirakan tajuk...)

Dia tersentak, tersedar dari lamunan. Kenapa sejak kebelakangan ini dia sering teringatkan kisah-kisah silam hidupnya. Kenapa dia sering mengimbas kembali kenangan-kenangan lalu.

Daerah itu sudah bertahun tidak dilawati. Hanya kerana satu 'pertikaian' kecil.
Dia sedaya upaya menenangkan hatinya, terus menerus meyakinkan dirinya, tempat itu bukan lagi untuknya.

Daerah itu. Sudah bertahun ditinggalkan.
Daerah itu satu paparan keperitan perjalanan hidupnya.

Dia tidak pernah menyangka dia mampu keluar dari konkongan hidup di daerah itu.
Masih jelas di dalam ingatannya, hari dia melangkah keluar dari daerah itu.
"Orang melangkah pergi ini, mungkin untuk selama-lamanya. Kalau orang balik pun hanya untuk seketika"
Lalu disahut oleh nenek yang sudah lanjut usia itu...
"Selagi tok ada baliklah, kalau tok tiada lagi tak balik pun tak mengapa. Kalau balik pun tiada siapa...."

Dan itulah juga kata-kata terakhir nenek tua itu pada kali terakhir pertemuan mereka di dunia fana ini. Namun nenek tua itu menyambung sedikit lagi tutur katanya,
"Tok bersyukur, tok puas dan tok bangga punyai cucu seperti kamu. Tok redha dan halalkan segala makan dan minummu.Tok maafkan segala salah dan silapmu"
Dipeluk dan dikucup si cucu lalu dilepaskan tangan perlahan-lahan mengiringi langkah si cucu.
Dia melambai-lambai kepada si nenek dengan ucapan terakhir..
"Assalammualaikum Tok"

Dan daerah itu tidak lagi dikunjunginya.

Masih terbayang dalam putaran kaset video ingatannya, daerah itu sebenarnya mendewasakannya. Menjadi penjana kekuatan dirinya, pemangkin ketabahannya dan pencabarnya.
Kerana dia dibesarkan di daerah itulah dia begitu positif cuba sedaya upaya mengubah jalanan hidupnya agar tidak terus kekal dengan yang sedia ada. Dia berjaya jua akhirnya.

Dia sedar setiap kali dia berusaha membaiki dirinya dia akan menjadikan pengalaman yang dilalui di daerah itu satu kayu pengukur.
Jika dugaan dan rintangan sedahsyat itu telah dia lalui inikan pula perkara sekecil ini....

Dia tersingkir dari kasih sayang insan-insan di daerah itu kerana khianat dan iri hati insan-insan yang cemburukan kelebihannya.
Tahukah mereka kelebihan yang dia perolehi itu adalah hasil dari kekurangan nan sekian lama dia rasai?
Tahukah mereka pahit getir hidupnya sebelum ini?
Pasti mereka tidak tahu.......

Dia yakin dan dia percaya, jika dia terus berjaya pasti kash sayang insan-insan dari daerah itu akan kembali mengiringi langkah-langkahnya. Biarpun bukan seikhlas dahulu....

Doa dan harapannya, walaupun daerah itu masih menjadi daerah yang paling dia cuba hindari , suatu hari nanti dia ingin kembali ke sana jua, menakluki segala yang sepatutnya miliknya.

kihkihkihkih.....
Kalau nak jadi penulis kena banyak membaca baru boleh guna perkataan yang pelbagai kaya raya perkataan....

5 comments:

mamafiza said...

Dear Miss Lovebaby,

Warghhh best nye baca Miss Lovebaby nyer hasil karya!

Really impressed and love it ^_-

Why not try to be a novelist? (I'm sure gonna buy your books!)

rizza said...

aku macam dah baca karya ko ni..hehhehhe
tulis la lagi..gaya ayat yg sungguh dasat..bravo!!!

ehhehhehe

Fid said...

mamafiza'
*pengsan*
ok ke?..heheh thanks...

rizza
hahahahaaaaaa

anamiraa said...

fiddd!!

sejak bila hang berkarya nih?? tapi cerpen hang nanti buhlah dialog banyak2 sikit...kihkihkihkihkikh!

Fid said...

anamiraa...
kena bnyk dialog erk?
ok ok..hahahaaa