>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Sunday, January 13, 2008

tak tau kenapa teringat

Memikirkan tentang sistem pendidikan Malaysia membuatkan aku gementar memikirkan masa depan pendidikan sewajarnya buat anak aku....
Seterusnya membuatkan aku terkenangkan kenangan2 dan pengalaman2 aku berada di negara matahari terbit

Aku sampai di sana pada 1 februari 1999..7am mendarat di narita Airport..Masih segar dalam ingatan aku kesejukkan 0 darjah celcius...Masih aku ingat perasaan rindu aku terhadap tanah air ketika aku dengan terpaksanya mengangkat bag aku untuk aku masukkan ke dalam perut bus yang bakal membawa kami ke daigaku seminar house( university seminar house) hachioji-shi, tokyo

Setibanya kami rombongan ke-3...(dah 2 grp sampai ke sana..Ikut tarikh juken(ujian nak masuk Univ))

Pada 11 Februari aku gi exam untuk masuk Univ aku..Tokai Univ....Dan..Hari itu ..Hari ini dalam sejarah hidup aku....Salji!Senpai(senior) aku takmoh hantar aku balik ke daigaku seminar house sbb salji tebal...densya(train) delay
Rasa nak nangis pun ada..Dahlah senpai semua lelaki.....Ada sorang perempuan tapi dia tak de..balik bercuti...sungguh aku memang nak nangis sangat2.....

Keesokkannya dia hantar aku balik juga..
Ohhh satu lg buat aku nak nangis..pertama kali aku tidur rumah orang...lelaki plk tu...senpai aku tu dia pergi tidur rumah org lain..aku dok sorang2 kat bumi asing tuh!
Aku tak mandi pagi tu sbb aku takutttttt......Ala musim sejuk bkn busuk pun!!!

Dah balik sampai daigaku seminar house..mak aiii sejuk...dan salji tebal....tapi disbbkan tak mandi 2 hari...aku pi mandi juga.....

Dah 2 bulan dok ramai2 kat daigaku seminar house kami kena masuk Univ masing2 laaa.
1 april semua berpisah.......Bangang sungguh....Memang macam orang sesat...Tapi Alhamdulillah semuanya lancar..

Aku dapat juga sesuaikan diri dengan tempat asing itu..

Tahun ke-3 aku pindah rumah...
yenn37,00/mon...
rumah keluasan sama cuma better and area rumah family....
Hidup makin Oklah sebab makin semangat nak habiskan study nak balik hahahaaaaaa

Tahun akhir....sungguh mencabar
Aku ambik Lab yang mmg bdak gakka(course) aku tak mau..Hahhahahahaaa
Biasalahkan akukan suka ambik benda yang org tak suka
Derang tak suka Kawasaki Sensei sbb dia strict..Tapi aku suka!Dia baik ngan aku dan dia amat appriciate aku sbb aku ni berani menceburkan diri bantai join Lab dia....

Bermulalah hidup aku dgn Microwave Engineering.....Dah le Lab tu aku je perempuan yang lain lelaki..Dah tu yang batch aku tu yang lain tu ngok2..bdak2 yg mmg terpaksa masuk Lab kawasaki sbb sensei lain reject!!!!
Susah sebenarnya nak bekerja ngan bdak2 lelaki Jepun ni sbb depa suka under-estimate perempuan tambah2 ryugakusei(foreign student) macam aku nih. Tapi berkat kesabaran dan sokongan padu Kawasaki Sensei...Aku dapat lalui...
Dan Pengalaman itu amat bermakna buat aku...
Menjadikan aku boleh memahami semua budaya Jepun..Kawasaki Sensei ni dia jenis open minded dan dia selalu mendedahkan aku dengan budaya Jepun baik yang baik mahupun yang hancusss.....

komen aku ttg budak Jepun batch aku kat Univ aku..
Depa tak de pandai mana pun sbb depa belajar sbb nak A....
Bayangkan aku yang ala2 paham tak paham bahasa depa ni boleh dapat S (ni special marks) tapi depa hancur...siap pinjam note aku....ciplak report aku bagai...Ishh ishh

Haishhh apsal aku asyik teringat kisah2 lama nih???

Aku ingat lagi masa 1st time aku cari town hall hadano-shi..
mmg main redah...time tu rasa macam nak je aku beli tiket balik Malaysia hahahaaaa
Dah la tak tau apa2...kena plak pi sorang2.....
Jalan kaki tuh!..
Tak mau ingat tak mau ingat.....

Menuntut ilmu ni...Di mana sahaja di pelusuk dunia ni memang banyak dugaan..tu je moralnya!

Haruskah aku gelabah memikirkan soal pendidikan anak aku nih???

3 comments:

anamiraa said...

yep betul! yang susah tu la yang akan 'membangunkan' kita! lagi banyak kita buat yang susah, lagi cepat kita excel. itu aje formulanya. jadi kena biasakan anak2 kita dengan benda2 susah. supaya mereka akan sentiasa buat sehabis baik!!

sitilina said...

QUOTE: komen aku ttg budak Jepun batch aku kat Univ aku..
Depa tak de pandai mana pun sbb depa belajar sbb nak A....
Bayangkan aku yang ala2 paham tak paham bahasa depa ni boleh dapat S (ni special marks) tapi depa hancur...siap pinjam note aku....ciplak report aku bagai...Ishh ishh-

agaknya bila dah belajar kt negara senirik, kita xde nak struggle mana. mcm tpt sy pon, bdk2 foreigner belajar xhengat. yg local2 n lepak2 aje la. kuakuakua.

rizza said...

fid...pengelaman tu mendewasakan..

susah2 dulu..senang2 kemudian..insya'allah..

yeah..memang kita harus memikirkan masa depan anak kita ni....lebih2lagi zaman mencabar minda kita ni..