>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, January 24, 2008

stress part III dan baking time!

Pertama
Aku pergi mengurut hari Selasa pukul 8pm...
Jeng jeng jeng
Ikut akak tukang urut tu...Aku ok je tetapi..."u ni stress ke"
"Nape kak...I nampak mcm stress ke?"
"Ni kalau orang sakit area sini(tumit) sama ada stress ataupun bahagian perut ada masalah..tp perut u ok je..u stress ya?"
"ada kot sikit2"

Buleh???Kaki aku bleh buktikan tahap stress aku?Kahkahkahkahkah

so bagi menurunkan stress level aku..maka
pagi semalam aku bangun awal

Mulakan ngan sidai kain baju....
kemudian.aku buat mende ni

Easy bake pasta...
memang easy..(gambar tak de sbb mmg malas benor nak ambik gambaq....)
resepinya..(dapat dari www.myresipi.com)

Bahan-bahan ( 6 orang kot )

  • 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
  • 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 labu bawang besar – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 tin cendawan butang - dihiris
  • 1 biji lada benggala - didadu
  • 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
  • 1 batang carrot – didadu
  • 1 batang celery – didadu
  • 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
  • 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
  • Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan sos putih :
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
  • Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!
aku buat sukatan utk 3 org laaaa

Dan lepas makan kenyang gitu aku mula melipat..menggosok kain baju...Bagi anak aku tidur siang...
Anak aku bangun kitaorg siap2 nak keluar...ronda2 jusco bukit raja...
Tapi aku takleh dok lama sbb terasa nak try buat wet choc cake sebagaimana mummyvaio syorkan tu....jadi.....cecepat balik....

buat kek ngan masak sambal petai+udang fuhhhhhhh....
sedap weh sambal petai aku!..

resepi kek dr mummyvaio

Time kat jusco tu aku ala2 survey harga handbag le....Mmmm...alahai bnyknya harga yg bleh beli sebiji peti ais wat simpan EBM!!!

so nak peti ais ka nak handbag???
Rasa macam nak handbag la..Tapi agak2nya bilalah duit aku nak cukup nih???
Abaikan abaikan..
Kes intip rege handbag terjadi sbb satu handbagku yg murah itu telah tercalar sebab lelaki itu telah menariknya dr dalam tempat simpanannya..ala2 nak nangis pun ada..itu handbag dapat masa hantaran kawen....
Jadi atas dasar rasa bersalah lelaki itu dia kasi chance la aku survey2 tgk (ala2 mcm satu masa nnt nak ganti balik laaa)
yang calarnya sikit jeee..dalam 2-3mm jerk!tp ttp calar OK?

Dah tu lelaki itu (dia ni treat aku mcm dia duit bnyk tau!) suruh aku survey tgk perfume yang aku nak..buleh?sbb katanya dah lama benar aku pakai perfume biasa2..So konon nak kasi aku pakai balik perfume zaman aku dara remaja..Buleh?
Aku pun apa lagi kan pi la satu persatu kaunter perfume ala2 jenama obersi tuh...
Hampeh sekor pun tak layan aku!
Mentanglah2 aku ni selekeh gaban cehhhhh..Tak pa tak pa kalu org Malaysia tak mau jual kat aku..aku pi beli kat obersi laaaa...(gila apa?tak kuasa aku....)
Agaknya bilalah aku nak pi obersi nih?
Sejak aku balik end of march 2003 tak pernah dah aku kuar dr tanahair ni hahahaaaa
Ada hati berangan nak shopping kat obersi...Cehhhhh
Paling mustahak aku tak de itu extra RM nak guna gi obesi! Nasib baik sedar diri....

sekian,
aku yang masih sedar diri...

2 comments:

anamiraa said...

kahkahkahkah! memang lawak hang nih! hang kata senang nak buat baked pasta tuh? ish3 aku tengok step dia pun rasa haru!!

tapi memang nampak cam best la weh! buleh tak hang buat kat aku barang semangkuk pyrex kihkihkihkih

tang hand bag tu, tolonglah beli satu yang baru yek! ala2 pamperkan diri gitu...

Fid said...

tang hand bag tu ..tunggu lelaki itu bonus laa..tak pun kot2 dia baik hati dia pi paris kalu beli utk aku kalu (ntah bila)

wehh pyrex aku tak dak la
aku guna loyang kek je hahahaaaaa

aku ingat lelai itu tak suka berangan kot2 hari ni bleh bawa bekal sekali dia suka..habis leee....hahahaaa

haaa..kalu kita wat gathering bleh gak aku buat kan....heheheee

tp rasanya mmg rasa yg aku rindui....