>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Thursday, January 24, 2008

siapa ni?

Entah macam mana anak bujang kami telah berjaya memunggah keluar album gambar mummy zaman Univ dulu
Dia pun belek satu persatu gambar yang ada....

Ternyata hanya ada gambar mummy dan insan-insan yang dia tak kenali..tak ada daddy tak ada dia.....
Dia masa tu duduk tengah2 rumah..

"Daddy...Daddy...Daddyyyyyyy"
Daddy dia pun tergesa2 la melulu ke arah dia..
"kenapa?"
"Nengok ni.."
"Ok"
"NI SIAPA?"
"Hah?"
"Ni mummy NI SIAPA???"
Dia dok tanya daddy dia manusia2 dalam gambar dengan mummy dia tu SIAPA....
"Kawan2 mummy"
"Tahu laa..SIAPA?"
"Mana daddy tahu bukan daddy ada kat sana..."
"Daddy ada kat mana?Acif mana?Ni SIAPA?"
"Jom tanya mummy..."
"Mummy ..mummyyy..."
"Ya.."
"ni SIAPA?"
"Kawan mummy..."
"SIAPA???"
"ni chizuru-cyan,,,ni ikuji-san..bla bla."
"SIAPA?"
"Kawan mummy masa mummy belajar dulu.."
"Acif mana?Daddy mana?"
"Daddy tak ada...Akif BELUM ada"
"Acif kat mana napa BLOM ada?"
"Erkkkk"

Sampaikan dia tidur dgn gambar2 itu..pagi tadi hubby bangun mengutip gambar2 bertabur itu....Mesti malam ni dia akan tanya lagi...Adeiii....
Dia bukan apa dia tak puas hati dia tak ada dalam gambar2 tu...

Dalam banyak gambar2 tu ada satu gambar yang mummy ambik pemandangan kampung red indian kat Tokyo Disneyland..patung lee..
dia kata tu dia dan kawan2 dia...suka hati laaaa...

Gambar kawen kami ada yang dia dah koyak sbb dia cari mana dia.....
Kihkihkih....
p/s: According to my hubby raut muka aku mmg tak ubah dr dolu sampai la ni...(tetap anggunlah kan..hahahaaa) cuma ubahnya tembam, kurang tembam je laa..(gemuk/kurus) hahaaaa

4 comments:

Ms Lola said...

adoiiiii acif.. acif...
mak ni pun bebawak bersabar je kalau sofea dok tanya soklan yg same smpi 88 kali tau.

rizza said...

hehhe akif2
ni cite sama la ngan hassan..lama dah kisah tu...tahun lepas rase nya
bapak nye dok tunjuk la gambar kami kat canada tu...satu satu(kat pc la)...pastu dia tanya mana hassan.....dia nagis meraung tegk tak de gambar dia...hehhe siap bagitau dia lum ade lagi...tak puas hati oooo....

le ni dia kalu tgh gambar2 tu dia sendiri kata "hassan tak de lagi ...." cehhh...

Yan said...

kitorang ni laki bini jarang benar bergambar.. masa ada trip pi Germany dulu pun, amik gamba dari kamera orang.. kalau tak pi dengan org lain, gamaknya takde gamba la kot..

"Amir mana bu?" Amir dalam perut ibu.. yahahaha.. terkedu budak tu..

sitilina said...

comel la gelagat 'adik2' ni. hehe.