Monday, August 11, 2008

rojak campor

sabtu ahad hari tu aku ada banyak sangat nak blogging tapi aku tak blogging sebab aku tengah gila nak habiskan novel2 aku hahahaaa

dalam usia yang dah suku abad lebih nih aku masih dok pulun baca citer oleh sidney sheldon hahaaaaaaa

Ingat ka dan habis..tak dan juga
dah berbulan baca ni
15 minit sahaja sehari..bayangkan bila kurun mau habis.
aku baca atas bus....

Aku nak baca direct sampai habis tak terdaya..banyak lagi buku aku nak baca...banyak lagi kerja nak buat...bagi aku kira aci la sehari 25 minit hahahaaaaa

baca buku hasil penulisan pak cik ni bagi aku....aku suka...bahasa dia mudah aku faham.
aku kan tak reti omputih..tapi baca buku pak cik ni aku bleh sedih..takut...gelak..bagai..kira aku faham la hahahaaaaaaaa

Lepas tu...
aku tetiba ada juga baca novel cinta remaja..kihkih
aku pinjam dari pengasuh akif..kihkih..baru abis sebuah....
hahahaaaaaa

alaa takkan aku nak baca bab2 technical aja kan..sekali sekala aku kenalah baca juga
walaupun aku tau novel2 melayu ni jalan cerita dan ending lebih kurang aja..aku layan juga hahaaaaaa

Masa aku form 3 dulu aku gila baca 'budak setan'

Lepas tu ntah apa2 novel cinta lagi...sampai aku masuk matriks..
jgn tak tau masa musim SPM org baca nota untk persediaan akhir aku layan novel cinta pinjam dari bdak junior la...akak matriks laa....
tukang nak bagi pinjam plak serba salah...
(aku nak baca nota SPM apa daaa..aku dah pos balik kampung semua buku aku....kahkahkah..time SPM time jawap soalan bukan time baca nota...see...smartkan aku..GILA!!!Sambil dok tengok juara lagu kutuk siti nurhaliza...Jahat sungguh..Ohh tapi aku tiap pagi akan bangun tgk rancangan motivasi Dr.Fadhilah Kamsah..)

Sebut motivasi
Yaaaaa..Aku ni jenis manusia benci baca buku motivasi....
Kalau dengar aku suka..baca aku tak suka..So..kalau aku baca apa2 yg bab motivasi aku akan baca kuat2 hahahaaa

Tukar topik

17 september 2008 ni anak manja aku akan 3 tahun..
La ni itu kanak2 sudah mula dok sebut.."bila happy birthday acif..."

pantang jumpa kedai kek..."nak happy birthday.."

Bab praktis nyanyi lagu birthday jgn cakap laa..hari2...
tiup lilin pun praktis juga....

nak berapa batang lilin?
"LAPAN!"..tapi jari tunjuk 3...

"Nak happy birthday ade ultraman.."(nak kek ada ultraman)

"Tak yaaah laaa..."

"Ade doraemon pun tak ape..."

UWAAAAAAAAAAAAAA........

Aku tengah fikir nak advancekan upacara tiup lilin...
Nak buat kat rumah 3 beranak aja hahaaaaaaa

Tapiiiiiiii...
"acif nak happy birthday kat school"

"Bawa goodies aja ke school tak boleh ka...?"

Buat muka sedih....adoiiii...

tahun lepas birthday daddy belkan basikal....
Tapi basikal tu buat hiasan aja....

Tahun ni?????

9 comments:

mamahanees said...

Nak masuk 3 thn dah akif....besar dah :-)

fid, kalau nak kek kartun murah, leh order kat cni:

http://dill-cakes.blogspot.com/

beli kat kedai mahal. Sebut jer akif nak kartun apa, sumer dia boleh buat :-)

it me said...

fid

aku order dgn mamachak member aku cakap sedap... last year kek adib spiderman.. this year cupcakes Thomas lak

nati lepas bday adib aku bgtau sedap idak yea..

Crazee Choc's said...

ala fid.... hang buat la cake sendiri... then pi cari la patung ulteraman ka.. doraemon ka.... cacak atas tu....

then.... beli la apa2 goodies letak dlm plastik..... senang ceta.

NeroEcha said...

Aku dulu pun rajin bc novel. Sidney Sheldon salah satu novelist yg aku suke baca buku nyer..beli tu tak byk ler kebanyakan aku sewa kat kedai buku sewa beli kat Central Market...relly missed that time...kalau dah start baca selagi tak habis tak sah....kejap je akif dah kat 3 thn ekk

Erna said...

hang buat je kek..then oda edible image ultraman ke apa yg Acif nak tuh..then tepek atas tuh! taadaa! siap beb!

Rizza said...

fid..buat je la kek..simple2 je..beli je patung lilin ultraman tu..cacak je..

p/s: sama le b'day akif ngan hubby aku hehheh

knv said...

pernah baca faisal tehrani? cubalah. memang best! mesti terangkat2 hang masa membaca tu hahahaha!

sydney sheldon memang dah lama katam woi!

lagi satu aku cadangkan buku dari Erich Segal. aku sukeeee...

err.. tang kek ultraman tu, aku

knv said...

sambung,

hang beli yang kecik tu aje..

kalau rajin nak buat lagi bagus la kan..

besday twin pun 28hb la..

Anonymous said...

kihkihkih..
tiup lilin siap ada raptai lagi tu!

fid, u & hubby pakai la topeng ultraman hari bday tu. sure happening!

(hai, dulu balik skolah agama tarus tengok atromen..)

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search