Tuesday, June 17, 2008

love story

It's about 'our love story'.
Hahahahaaa

Malam tadi, lepas makan malam (sambil berebut makan itu sambal ayam yang lazat) 'kami' mengimbas kembali al kisah pada suatu masa dahulu tatkala kami mula-mula berkawan.
Kihkihkih

Mengenali antara satu sama lain tak tahulah bila. Tapi mengetahui akan wujudnya 'makhluk itu' sejak tahun 1992 lagi.

Bermulanya aku terdetik 'suka' akan dia pada tahun 1995...Kawan baik aku, lina aka kak tam bercerita kepada aku yang si mamat ni konon 'anti girl' atas sebab-sebab tertentu.(diaorang sama-sama pengawas sekolah so ada sesi motivasi ka apa ntahlah khas buat prefect)

Mungkin itulah yang dinamakan jodoh...
Bila kak tam bagi tahu aku tentang si mamat tu, aku rasa macam teruja..Kahkahkah...
Aku cakap kat kak tam..
"haaaa tak pa la...aku akan jadi perempuan yang palinggg dia sayang.."
kata kak tam
"Makhluk macam hang ni???"
"Awat???"
"Ok ok..kasi can laaa...aku ucapkan good luck laaa"
"cehhh pelekeh aku noo..."

Berakhirnya perbualan itu berakhirlah misi aku kahkahkah..
Aku tak buat apa-apa tindakan pun...

Tapi maybe itulah yang dinamakan jodoh...(Time tu aku memang dah terfikir satu hari nanti aku akan tulis tentang hal ni-zaman tu bukan ada lagi blog-blog ni...agak-agak aku nak tulis kat mana ya?)
Terdetik aja aku 'rasa' macam nak suka dia...
Amboi macam tau-tau ja mamat nih..
tak abih-abih asyik datang pinjam stapler dari aku...selang 2 kelas tu....Macam la orang lain tak de stapler....

(ehh rasa macam dah banyak kali la aku tulis cerita macam ni..)

short cut la..
sekali mamat tu kata nak 'jumpa' aku..bulan posa plak tu lepas terawih....
aku plak lupa.....aku macam biasa la lepak kat kelas buat latihan add maths...
sekali..bau harum semerbak..SUDAHHHHHH...Dah la aku sorang je kat kelas..jumaat malam sabtu.Hari ni orang dah start balik cuti raya tapi aku tak balik lagi....esok baru aku balik...
Bulan-bulan posa ni apa plak dah yang bau wangi nih?
Coih! Aku nampak mamat tu....
Erkkk..
sengeh-sengeh plak tu
Haiyooooo...
Tanpa diundang dia pun mai dok kat kerusi berhampiran aku...
Ada ka patut dia cakap kat aku..."saya nak jadikan awak isteri saya"
Weiiiiiiiiiiii...aku baru 17 tahun wei!
Gilo ka apo mamat ni????
Takuuuutttt....
Entah apa cerita entah malam tu..Tup-tup ada member datang bagi tau suruh 'bersurai' sebab warden tengah buat 'ops couple' hahahaaaa
yang korang couple ala2 hindustan tu sapa suruh???
Borak-borak pun takleh???
Nasib la...
Balik la kami ke asrama masing...
itu titik permulaan....

Sah kawan-kawan aku dah jemu dah dengar hatta baca cerita cinta aku ni..stop laa...
moral cerita aku ni apa ya..

sebenarnya aku nak ucapkan GOOD LUCK to 'mamat' sorang tu untuk interview dia pada hari ini.
(Apa interview kalau berjaya baru aku kepoh hahhaa)

Ehh...abih tu apa moral of the storynya ya?

p/s: ayam masak merah aku masak malam tadi sedap ooo...
p/s2: posting aku memang selalu tak de conclusion...Dan tajuk dan cerita selalunya tersasar jauh berkilometer...

11 comments:

Ms Lola said...

Fid,
KO pernah tulis, ye? Tak pe la, ada hikmah nya ko membuat org lain mual baca citer ko ni beb. Ini first time aku baca love story ko.

Erna said...

kahkahkah...sangat syiok aku baca LOVE STORY hang!! down memory lane nampak..ihiks!
btw, Good Luck to Mr Hubby!

Fid said...

ms.lola
aku tak pernah tulis erk??
hahahaaaaaa

erna
saja teringat......
sbb aku ni jenis tak terucap dgn kata2..hahaaaa

cysev3n said...

walaaaaa.. aku teringin jugak nak buat flash back since 25/6 ni ulang tahun kami declare.. boleh?

tapi malangnya blog aku tu, inlaws pun baca.. karang muntah plak depa.. kah kah kah..

Erna said...

tu la yan.. aku dah terpikior dah nak buat flash back ala Fid nih.. nasib aku punya tuh berkonci..hehe..

Fid said...

flash back aku panjang lagi..hahah
dr umor 16 tahun sampai 29 tahun hahaaa..tu baru takat 17 tahun hahaaa

Rizza said...

dasat cita jiwang ko ye...hehheh cite la lagi..sonok baca cita org2 bercinta dari sekolah ni..ehhhehe

Crazee Choc's said...

ala.. fid.. sambung la ceta lagi... potong stim betoi la....
suka la aku dgn ceta hang ni

cysev3n said...

cik Erna,
harus la aku punya pun dikunci jugak nampaknya.. kah kah kah..

Ealyie said...

Fid, kuarkan la citer part II & part III lak.. hehehehe...

NeroEcha said...

Aku setuju jika dikeluarkan cite bersiri Fid...jiwang gan ko ekk masa dolu2...ahakahakahak...

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search