Friday, July 11, 2008

ada lipstick


Aku tak tau relevan ke idak aku tulis mende ni kat blog.
Tapi bantai laaaa
 
kes 1
 
Aku memang hari pergi kerja hubby akan hantar sampai depan main gate kilang.
So sebelum berpisah aku akan salam dia and kiss kat dia punya pipi.
Dan hari2 aku akan sebut mende ni....
 
"Ada lipstick (kat pipi)"
 
Dia akan jawap..
"tak apa..."
 
Aku pernah tanya kat dia sekali...
"Tak malu ke kalau abang gi office ada 'chop' lipstick kat pipi?"
 
Dia jawap
"Buat apa nak malu...halal..."
 
Erkkk.....Andai katalah korang jumpa laki aku yang 'berchop' lipstick kat pipi korang pelik????
 
 
kes 2
 
Pagi tadi.
 
"Ayang..Abang ni nampak tua ke?"
"Apasal...?"
"Tua ke?"
"Mmmm...nampaklah tua sikit dari saya waaupun saya lagi tua dari Abang.."
"Ye ke?"
"Laaa dah tanya...jujur la ni...awat??"
(aku baru nak tanya balik aku ni nampak tua dgt ka...Tapi...)
"Shanaz kata kat Abang...U nampak tua tapi wife u muda..."
(Shanaz tu manager dia)
Aku bantai gelak kahkahkahkah...
Dia tak puas hati....
 
"Betul ke Abang nampak tua?"
"Dah Abang suka wat perangai cam orang tua...Hahahaaa"
"Eleeehhhh"
"Ok what kalau saya nampak muda dari Abang..Tak de maknanya nampak muda ke tua..kalau tiap2 tahun usia meningkat lambat laun tua juga..."
 
Ntah apasai tiba2 ambik kisah sangat orang kata dia nampak tua hahaaaaa
In fact tahun depan kami 30 years!
 

8 comments:

cysev3n said...

hari tu muka laki mak serabai OK.. mak cakap la, kalau dia trim misai, sure nampak muda.. seriau la plak dia sbb time serabai nampak tua..

adakah lelaki lebih concious tentang rupa tua muda depa berbanding kita?

Rizza said...

hhheehhe gelak je aku..

rase nye depend pada individu (lelaki) kot.. ade yg perasan nampak tue...(yg sebenarnya dah tue..) hahhah

yan.. memang pun kalau depa tak trim misai serabai je...hahhah (kalau laki aku shave misai .....abih nampak cam budak sekolah....kang aku lak nampak tue..hahhah)

Mommy Hafiy said...

sebut pasai misai..kalaulaki aku ada misai nampak mcm gengster tp kalau takde misai terbyg ropa bapak aku..maka aku lg rela muka dia mcm gengster..hahahaha
baiknyer la laki hang fid..kalau laki aku sure dia awai2 ckp baik2 karang lekat lipstick tu kang!

Erna said...

kahkahkah..asalkan lipstick hang takpe ler! Halal-bak kata laki hang tuh! hehehe... lomantika gitu! =)
wahaha.. laki aku mmg sedar dirinya tua hahaha.. tapi berjiwa muda sbb bini dia muda kan! so, org selalu panggil dia young man sbb mostly akan nampak tempias aura muda aku! ahaks! perasan buleh? (reason laki aku nak criteria isteri mesti muda 5tahun above)hehe..sbb wanita lebih cepat nampak matured dari lelaki katanya..

knv said...

laki aku compem nampak lagi tua. pasai dah beruban penuh dahh... ikut pak mentua yang jenis rambut putih cam sultan perak tu...hihihii..

tak kisahlah beb tua ke muda ke... yang penting serasi tak gitu?

rohaadam said...

camner ngan aku nie....laki aku 10 tahun dari aku....cam kata Erna...memang kena tempias sesape lelaki2 yg lebih tua kahwin ngan perempuan2 muda...cam aku ler..hhehehe....setakat nie almost org yg aku jumpa..semua kata laki aku jauh beza ngan umur dia

Crazee Choc's said...

aku lak kan... laki aku muda setahun dr aku (tp sebenarnya 3 bulan je muda).. tp semua org kat ofis ingat laki aku lg tua 5 thn dr aku. best kan? best kan?

kuireena said...

weh, lelaki pun self concious about age okay. Abg ipar aku meniaga, so ada sekali tu dtg la 2 org teenage girls nak order makanan. Sekali bebudak tu pi panggil dia pakcik (dia perasan dia tahap 'abang' la kan), bukan main bengang dia. Siap boleh bad mood lagi...hahahaha

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search