>

search@yuitsumuni

Custom Search

Cari@susuibu.com

Custom Search

Friday, November 28, 2008

jahit-jahit

1. aku dah beli gunting untuk gunting kain
Masa aku pi kedai tu last week aku tanya rege gunting dia bawa keluar gunting yang mahal2 ja..paling morah rm37. so aku pun balik bagi tau suamiku…”bang gunting kain tu mahai laa..paling murah rm37..” Paham apa makna???
So malam tadi aku pun ‘nyanyi2’ la nak gunting nak gunting..Maka demi kasih saying terhadap isterinya yang SINGA, si suami pun bawalah isterinya ke kedai barang jahitan. Ehem.Hujan tuh! Pakai uniform kerja lagi
Aku pun minta la kat nyonya kedai jahitan tu..
“Can I see the gunting please…”
Dia pun bawa keluaq la…
Huh…Minggu lepaih aku pi pakai baju ‘lawa’ sikit semua yang mahai dia tunjuk…Semalam aku pakai uniform kilang dia bawak keluaq segala price range…yang paling mahai dia pegang hahahaaaaa
Dah ada yang murah….Aku ambik paling murah la..RM20 kat tag harga…
Then aku pi ambik 5 ketul benang( apakah penjodoh bilangan bagi ketulan benang ini???siap sedia weeiii nanti anak kita tanya nak jawap apa…ketul ka????)
Masa aku nak bayaq(Aku bayaq tapi suamiku dah bagi duit sebab dia nak pi ubah kereta..parking sesuka hati tuh demi nak pi kedai jahitan..ish ish…), tokey kedai tu kata RM21.30…takkan 5 ketulan benang rm1.30 ja?
Dia kata “gunting ni I bagi u rm18 looo”
Ooooooo..
Thank u thank u…

Sebenarnya gunting ni modal dia berapa ya?aku tengok ‘made in china’ sok sok kalau aku pi china aku nak pi survey harga gunting juga la!
LOL

Maka, dengan bangganya aku mengumumkan aku dah ada gunting untuk potong kain.

2. Cik gedebi beli 6 biji kapal terbang jet pejuang malam tadi!Sib baik 6 buah harga rm6! Hahahhaaaaaaaaaaaaaaaa
Itu bukan tujuan aku…Apa yang ingin aku sampaikan..malam tadi kami sekeluarga tidur sekatil ngan 6 buah kapal terbang jet pejuang!!!!
Bayangkan…
Yang aku nak gelak tengah-tengah malam ada budak cakap “Aduhh sakit la plak tangan ni..ohh acif tido atas aeroplane!”
Kalau Ultraman baru ‘datang’ maka ultraman akan tidor sekatil juga..kalau ben-10 datang pun sama…meriah sungguh katil!

3. Bila hujan astro cuci pinggan
Dahsyat gila..lemah gila satelite signal astro ni ya….
Ke ‘pinggan’ kat rumah aku tu ntah apa2?
Tidak!Masa aku guna centeralized astro masa dok BJ lagi dahsyat..angin gitu2 ja pun pinggan sudah kena cuci!!!
Dahsyat!
So Astro please hire me, I’ll give u some ideas how to improve astro service time hujan hahahahahaaa….

No comments: